MUKADIMAH

there's a story behind everything..how picture got on wall..how a scar got on your face..how you fall in love with your buddy..sometimes the stories are simple and sometimes they are hard and heartbreaking..
there's always be a stories where others people are really at the heart..leave them to tell those..tell yours instead..

Tuesday, November 30, 2010

BUAH TURUNKAN BERAT BADAN..

Tadi haku baca paper BH offline..then I find one article yang quite interesting which I want to share it.

Sedia maklum dengan khasiat buah yang mengandungi serat tinggi,air dan nutrisi sehingga mampu membuatkan perut menjadi kenyang dan tidak hairanlah juga mengapa pakar permakanan,mengunjurkan amalan memakan buah sebagai pelengkap hidangan dalam diet harian.

Bagaimana pun dalam pilihan berbagai jenis buah,ada beberapa jenis yang mempunyai kelebihan dalam membantu menurunkan berat badan iaitu grapefruit @ limau gedang,oran,epal,beri,tembikai dan anggur.

1. LIMAU GEDANG

Kajian mendapati buah limau besar ini mengandungi asid sitrik yang dapat menghambat kehadiran kalori dalam makanan.

komen sunshines : menghambat kalori yang tak tahan tu..tak payah susah2 haku nak bersauna bagai kalo kalori leh dihambat2..


2. OREN

Berbanding buah lain,oren dipercayai mempunyai kandungan serat paling tinggi.Serat yang ada dalam buah itu juga adalah jenis larut dalam air dan amalan memakan oren mampu mengurangkan keinginan seseorang untuk menikmati karbohidrat.

komen sunshines : adakah makan oren banyak2 boleh    
mengurangkan niat haku tuk makan nasik..??

3. EPAL

Ada kajian mendapati seseorang yang mengambil sebiji epal sebelum menikmati hidangan,mampu mengurangkan kadar kenaikan berat badan sebanyak 33% berbanding orang yang tidak mengamalkannya.

komen sunshines : aku x berapa suka epal tapi disebabkan 33% tu maka aku akan cuba untuk menyukainya..

4. BERI

Buah dari kumpulan beri seperti  strawberi,rasberi,blue/blackberi,dan cranberi adalah antara jenis buah yang kaya dengan kandungan antioksidan dan dapat meningkatkan kadar metabolisme tubuh.

komen sunshines : aku suker beri2 ni tapi rege kat sini mahal ya ampun....

5. TEMBIKAI

Tembikai terdiri daripada 92% air dan mampu memberikan signal kepada kenyang kepada otak dalam tempoh singkat apabila reseptor didalam perut teransang.

komen sunshines : aku suka tembikai tapi tembikai banyak sangat air..nanti perut haku boncitlah pulak..

6. ANGGUR

Kandungan antioksidan didalam buah anggur mampu mencegah gula didalam darah dari menjadi lemak.Anggur juga mencegah pembentukkan lemak dalam perut.

komen sunshines : haku sangat suka buah anggur dan never miss to eat it almost everyday but why..why ..why..perut haku macam tu gak..apsal x slim2 pon..

Saturday, November 13, 2010

IT'S BEEN SO LONG..

I guess dah almost six month tak menulis..I mean berblog..kalau menulis untuk yang lain-lain tu rasanya almost everyday haku menulis..

Ikutkan hati memang hari2 nak update blog tapi tulah..nak kena cari masa..sebab nak menulis ni kena ada masa terluang..mana nak upload gambar..mana nak mencari idea..sebab tulah tak berhapdate2 blog haku

Sometimes got free time @ office but network menjadi penghalang utama.Haku cuba juga menggunakan berukband but sungguh menghampakan.

Since office dekat basement ( ala2 bawah tanah gitew )..penggunaan MAXIS begitu menyedihkan hati..out betul.

CELCOM punya berukband okay dekat opis tapi dekat rumah haku pulak coverage macam tuuuuuut...

Cause aku plan if mana2 berukband ni okay coveragenya both at office and home...aku nak terminatekan service STREAMYX kat rumah tu..salah satu sebabnya..sila rujuk gambar dibawah


Kesian kan melihat wire2 yang berselirat kehulu dan kehilir atas meja tuh..If berukband tu senang ajakan..plug in ajer kat lappy..futhermore leh angkut g mana2 but since 2-2,penggunaanya tak memberangsangkan so temporary I'm stick with this la..what to do unless haku dare to try DIGI or P1YMAX ( ada betul ke ini spelling )..

Today I wake up around 7.20am..penat woo..semalam layan HBO HD till 3am lepas balik dari Pahlawan Walk.

Bangun pagi terus iron Megat punya pant ( tanpa mengosok gigi mahupun mencuci muker ).Semuanya gara-gara suami yang terchenta tu nak ke AKCC pagi ni.

After sattle all house work..aku stat enjin keta and drove to PASAR BESAR MLK..Niat hati nak masak for lunch today and dalam kepala dah plan  today punya menu.

Simple but delicious ( hahaha..perasan sendirik..).Just tenggiri goreng sambal dengan buncis goreng with cendawan n prawn.



Lama wooo..haku tak masak sejak tukar kerja baru ni.Bukan tak ada masa cuma kemalasan tahap melampau disamping hati akan rasa sedikit sakit sebab bila dah penat2 masak..hamba2 ALLAH kat rumah ni tak makan dengan alasan..'ummi..kiter orang dah makan kat rumah mak yam'..Ini kata-kata anak haku.

Dan En Megat dengan muka seposennya..dengan ayat skemanya..kan malam memang abang tak makan nasi..

See..bukan sebab aku malas tapi sebab aku x mo membazir..Dah masak penat2..tak ada orang nak makan..last2 tong sampah yang makan.Membazir tak ???
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...