MUKADIMAH

there's a story behind everything..how picture got on wall..how a scar got on your face..how you fall in love with your buddy..sometimes the stories are simple and sometimes they are hard and heartbreaking..
there's always be a stories where others people are really at the heart..leave them to tell those..tell yours instead..

Tuesday, November 30, 2010

BUAH TURUNKAN BERAT BADAN..

Tadi haku baca paper BH offline..then I find one article yang quite interesting which I want to share it.

Sedia maklum dengan khasiat buah yang mengandungi serat tinggi,air dan nutrisi sehingga mampu membuatkan perut menjadi kenyang dan tidak hairanlah juga mengapa pakar permakanan,mengunjurkan amalan memakan buah sebagai pelengkap hidangan dalam diet harian.

Bagaimana pun dalam pilihan berbagai jenis buah,ada beberapa jenis yang mempunyai kelebihan dalam membantu menurunkan berat badan iaitu grapefruit @ limau gedang,oran,epal,beri,tembikai dan anggur.

1. LIMAU GEDANG

Kajian mendapati buah limau besar ini mengandungi asid sitrik yang dapat menghambat kehadiran kalori dalam makanan.

komen sunshines : menghambat kalori yang tak tahan tu..tak payah susah2 haku nak bersauna bagai kalo kalori leh dihambat2..


2. OREN

Berbanding buah lain,oren dipercayai mempunyai kandungan serat paling tinggi.Serat yang ada dalam buah itu juga adalah jenis larut dalam air dan amalan memakan oren mampu mengurangkan keinginan seseorang untuk menikmati karbohidrat.

komen sunshines : adakah makan oren banyak2 boleh    
mengurangkan niat haku tuk makan nasik..??

3. EPAL

Ada kajian mendapati seseorang yang mengambil sebiji epal sebelum menikmati hidangan,mampu mengurangkan kadar kenaikan berat badan sebanyak 33% berbanding orang yang tidak mengamalkannya.

komen sunshines : aku x berapa suka epal tapi disebabkan 33% tu maka aku akan cuba untuk menyukainya..

4. BERI

Buah dari kumpulan beri seperti  strawberi,rasberi,blue/blackberi,dan cranberi adalah antara jenis buah yang kaya dengan kandungan antioksidan dan dapat meningkatkan kadar metabolisme tubuh.

komen sunshines : aku suker beri2 ni tapi rege kat sini mahal ya ampun....

5. TEMBIKAI

Tembikai terdiri daripada 92% air dan mampu memberikan signal kepada kenyang kepada otak dalam tempoh singkat apabila reseptor didalam perut teransang.

komen sunshines : aku suka tembikai tapi tembikai banyak sangat air..nanti perut haku boncitlah pulak..

6. ANGGUR

Kandungan antioksidan didalam buah anggur mampu mencegah gula didalam darah dari menjadi lemak.Anggur juga mencegah pembentukkan lemak dalam perut.

komen sunshines : haku sangat suka buah anggur dan never miss to eat it almost everyday but why..why ..why..perut haku macam tu gak..apsal x slim2 pon..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...