MUKADIMAH

there's a story behind everything..how picture got on wall..how a scar got on your face..how you fall in love with your buddy..sometimes the stories are simple and sometimes they are hard and heartbreaking..
there's always be a stories where others people are really at the heart..leave them to tell those..tell yours instead..

Monday, February 14, 2011

PETUA UNTUK LANSING DAN SIHAT..SEMESTINYA PERUT TAK BUNCIT

1.Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan ( obes yang melampaui batas ), air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda.
Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah 
airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. 
Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam.
Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.

sunshines-sue : belum cuba lagi petua ni sebab x sempat nak beli limau nipis..kalo limau raya cina tu belambak lah kat rumah nih..tapi menurut nasihat doktor kaedah perlansingan menggunakan limau nipis hanya boleh diamalkan seminggu sekali sahaja dengan maksimum 2 biji sebab boleh menyebabkan gastrik yang teruk hingga luka usus kerana harus diingat limau ni asid

2. Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.
sunshines-sue : pun belum penah cuba try test lagik petua ni 

3.Asam jawa baik dijadikan minuman harian kerana asam jawa boleh mengurangkan kadar lemak dalam badan anda.
Caranya nak buat sendiri : Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air agak2 satu gelas. malam. Amalkan setiap hari,sure tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.
sunshines-sue : sekarang ni dah ada berbagai jenama air asam jawa yang ready made tapi lebih afdal kalau kita buat sendiri..ala guna aja paste jenama adabi tu..letak guler sket aja..pass tu keep in fridge..minum sejuk2..sedap woooo..

4.Kalau nak turunkan berat badan..lepas makan nasi amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu.
sunshines-sue : same goes with petua no 2 yang belum penah ku cuber lagik
5.Kalau nak badan langsing lepas bersalin cuba amik 5 halia bara ( Halia Cina ), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan bilis.Pas tu tumbuk sampai lumat dan perah air limau nipis.Makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.
sunshines-sue : pada sapa-sapa yang dalam pantang bolehlah cuber yerk pass tu review kat sini..berkesan atau tidak..nak tunggu me dalam pantang..maybe tak akan kot..

6. Untuk mengurangkan buncit boleh mencuba petua ini.Ambil sedikit kapur makan @ kapur sirih dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya.Kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga pagi.
sunshines-sue : me amalkan petua ni masa dalam pantang.sapu kat perut pass tu pakai bengkung yang hampir 1km panjangnya..time gatal TUHAN saja yang tahu betapa azab x dapat menggaru..

7. Petua paling mudah dan murah untuk kempiskan perut cam gini - Amik limau nipis ( limau nipis lagik-lepas ni sure rege limau nipis melambung tinggi sebab sumer dok cari limau nipis..nak buat kurus ) yang telah dicampur dengan teh tanpa gula..kendian minum.Amalkan tiap2 hari dan Insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. sunshines-sue :petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit. 

Well..apa pun semua yang dinyatakan diatas tu hanya petua saja..lebih afdal kalau disertai dengan senaman yang mana lebih menyihatkan badan..dan satu lagi..kalo nak kurus tak payahlah nak amalkan diet yg drastik silap2 haribulan..dok kat sepital..sapa yang susah..????
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...