MUKADIMAH

there's a story behind everything..how picture got on wall..how a scar got on your face..how you fall in love with your buddy..sometimes the stories are simple and sometimes they are hard and heartbreaking..
there's always be a stories where others people are really at the heart..leave them to tell those..tell yours instead..

Tuesday, April 26, 2011

JALAN2 SABAH- DAY 4 ( KK-LCCT-MLK )

18.04.2011-Isnin..hari ni merupakan hari terakhir kami di KK dengan rancangan pada asalnya hendak menjelajah pulau-pulau yang ada di Taman Tun Abdul Rahman tapi kerana kepenatan yang dialami oleh enche Megat maka plan itu terpaksa dibatalkan.Terasa amat sedih sekali tapi tak apa..ada juga alasan aku untuk merepeat KK kali ke duakan..

Kami bangun agak lewat dan selepas bersiap terus breakfast diluar dekat satu kedai makan yang betul-betul berhadapan dengan pasar kraftangan ( opposite ).

Menu pagi tu..enche Megat roti kosong 2 keping..kami 3 beranak makan bakso dan tapau lagi 3 bakso untuk bawak balik..dan seperti selalu enche Megat tak tinggal dengan nescafe manakala Adam with his milo ice so does Amir dan aku lak minta teh o ais.Breakfast pagi tu cost us RM38.00

Lepas breakfast..dalam pukul 10 pagi macam tu ( tapi panas terik dah )..kami cross untuk pergi ke pasar kraftangan dan pasar ikan masin.Haa..shopping time dah mai dah..

Mula-mula kami pergi pasar ikan masin.Oh ya sebelah pasar ikan masin ni ada pasar buah dan juga pasar besar KK dan juga belah belakang tu ada SAFMA @ Sabah Fish Marketing iaitu pasar ikan yang menjual ikan fresh terus dari bot nelayan..aku tak pergi pun SAFMA sebab memang x ada plan nak bawa balik fresh seafood ke Melaka tapi aku terkejut tergolek-golek bila dapat tahu rege-rege seafood tuh..biar benar regenya murah sgt..

Ikan pari katanya RM2 aja sekilo..Ketam RM3 sekilo..Sotong pula serendah RM2 sekilo..aduiii betul ke murah sampai macam tu sekali.?

Sambung balik cerita aku dekat pasar ikan masin..dalam banyak2 kedai aku singgah kedai no 7..lupa nama owner kedai tu..

Pasar ikan masin..tapi bukan takat ikan masin..ikan bilis..belacan..udang kering..sotong kering..pun ada dekat sini

Antara yang aku beli kat sini..2 kilo udang kering..4 kilo ikan bilis..2 ekor ikan terubuk ( 2 ekor jerk hahaha )..2 bungkus ikan tenggiri 
( adalah 10 ekor dalam tu )..sotong kering..ikan kering yang goreng ranggup tu...Ha..tu jerlah..tak reti aku nak membeli banyak2 nih sebab aku ni bukan jenis masaknyer orang..so yang aku beli2 ni pun untuk bagi kat mak..mak metua..baby sitter..adik haku ngan kawan2..aku perabis RM170 jer ..

Yang berbalut tu..seller tu claim ikan terubuk masin sabah dan katanya tak kering macam terubuk sarawak..aku tengok sama ajer..btw belum goreng pun..masih berbungkus cantik dalam fridge..

Oh ya..nak bawak balik jangan risau..dier orang akan bungkus cantik2 untuk kita..siap ikat dengan buat pemegang sekali supaya senang nak bawa.Nanti aku tunjuk gambar dalam posting yang last yerk..

Lepas tu kami pergi pasar kraftangan.Sebelah aja.Katanya harga barangan dekat sini agak mahal berbanding tempat lain tapi tak apalah..seller letak harga..kita as buyer ada hak untuk menawar dan kalau tak nak beli pun tak apa..sebab buying power kat tangan kita kan..



Kat sini aku beli bracelet pearl untuk my mom..my mom inlaw..adik aku..aku ni memang tak berapa gemar sangat dengan barang2 kemas ni..pada aku dah cukup dah apa yang aku beli..sekali tu ada kakak dari mana ntah cakap..datang jauh2 ni kena beli lebih sket..tak tahu bila nak sampai sabah lagik..laki aku pulak mengiakan ajer..so aku belilah 1 set rantai dengan bracelet untuk diri aku which ditawarkan pada harga permulaan RM160.00  
  
                               
aku suka design yang simple-simple macam ni..kalo yang berloket besar gabak tu aku terasa macam mak2 datin jer..ha nilah yang aku dapat pada rege RM80 tuh..rantai ngan gelang tangan.

Seperti selalunya aku tawar dan tawar sampai aku dapat pada harga RM80.00.Then aku beli satu lagi pearl bracelet yang simple ajer design dier.Rege dia letak RM45.00.Aku minta RM20 tapi tak dapat.Hehehe..dapat RM25.

ini yang aku dapat RM25..rege asal dier RM45..tak tahulah betul ke tak rege asal mcm tu ..

yang ni lak rege asl dier letak RM25..aku minta RM10 tak dapat..kejam kan haku..sekali dia bg RM15..ala tu pun dah ada untung dah tu..

 
Budak 2 orang tu lak nak beli keychain yang metal tu.Harga 1 keychain tu RM6 dan ada 6 dalam satu pek..Aku kata kat sale girl tu RM30 dah.Banyak dah beli ni..

Then I bought 2 hairband yang ada pearl comel2 for my niece Sorfya..since aku tak ada gurl kan so memang kalo g mana2..jumpa aja nice thing for gul..aku sure beli tuk Sorfya.

cantik tak hairband ni.??tapi berat..pakai asyik nak melorot jer kebawah..

yang ni aku beli kat pasar malam hari tu..actually ada banyak lagi dengan warna-warna yang berlainan tapi dah habes aku sedekahkan pada kawan-kawan dan sedara mara jugak mertua..so ini aja yang tinggal untuk aku melaram..kihkihkih..

Lepas menghabiskan duet kira-kira dalam anggaran RM250..kami bergerak nak balik ke hotel.Selalu jalan waktu malam ajer..tak la penat sangat tapi hari ni jalan dengan matahari yang terik..ooohh tak leh tahan panasnya ..menyengat..

Tapi sebelum tu sempat lagi Adam bergambar dengan bot-bot nelayan yang singgah kat tepi jeti.Cantik sangat.Pulau pun macam dekat aja dari sini..huuuuu..pulau lagik..sedih tak dapat g pulau..





Kendian kami lalu pulak pasar yang jual makanan ringan tapi aku tak beli pun.Tak tahu kenapa tak tergerak hati nak beli..just singgah kejab tuk pekena air kelapa muda..sedap betul dapat air sejuk time cuaca panas cam gini..lagi pulak isi kelapanya dipotong halus-halus..Harga sama macam kat Melaka..satu cawan plastik tu = RM1



Sampai kat hotel aku menyambung semula keja'an mengemas segala apa yang patut dikemas untuk balik.Flight kami pukul 9.25 malam  so memang ada banyak sangat masa.

Adam merengek-rengek nak mandi pool so aku layankan aja.Tukar baju untuk mandi pool.Arghh..camner ngan skill berenang aku tuh..almaklumlah dah hampir setengah tahun tak masuk pool..lantaklah..bak kata trainer aku..kalo dah ada asas..rasa2 nak lemas nanti automatik leh float..tawakal ajalah aku..





gambar2 diatas merakamkan aksi penerjun pro sebelum terjerubus kedalam kolam..senang bila anak2 dah pandai swimming..guard dari jauh ajer..poyo anak aku..ala..5 feet ajer..12 feet pun adam buleh terjun lah..sabo ajalah budak ni..kerek semacam..

Hampir dua jam layan kerenah anak-anak dekat pool..kami naik keatas..order lunch ngan room service dan lepas lunch terus zzzz..sedar2 aja dah pukul 4 petang.

Alamak..sempat ke nak pergi Jesselton point..?Tak kira..sempat ke tidak..mesti pergi Jesselton point..nasib aku dah siap packing barang..so tidaklah kelam kabut sangat..lepas mandi dan bersiap2..kami check out pukul 5 petang..Naper aku leh check put kul 5 ptg ??sebab aku book otel sampai 19hb ..kalo tak harus kena bayar bagai kan kan kan..

Perjalanan ke Jesselton point take about 10 minutes mcm tu dari Promenade Hotel menaiki kenderaan.Tak dapat pergi pulau dapat pergi tempat bot2 nak ke pulau pun jadilah..

Dari Promenade Hotel..drive terus aja..akan jumpa Jesselton Point sebelah kiri ..

Tengok ajalah bot-bot tu..nak pergi pulau memang sah2 x sempat


Baru balik dari pulau..last trip kot sebab that time dah pukul 5 lebih


Posing kat tepi bot dari belah atas..


Lepas bergambar ala kadar enche Megat pun pecut untuk pulangkan keta ke Terminal 1.Ikutkan kena pulang before 6 tapi kami berhenti untuk fullkan tank kereta dulu then baru head to T1.Lewatlah few minutes..

Inilah roper Starex kami selepas 4 hari digunakan..tak sempat nak snap gambar sebelah sana yang lebih dasyat kotornya..gara2 hujan panas hujan panas..mana dengan construction lagik kat Kundasang..

Masa nak return car..HERTZ akan buat inspection kat keta tuh..include juga check minyak.Musti up to level yang dia orang dah tanda..sekali enche Megat isi tak penuh..then HETZ minta dia top up another RM17.50 atau nak g top up sendiri..

Punya kedekut enche Megat dengan dia punya RM17.50 tuh..dia agree tuk top up kat nearest petrol kiosk..so pergilah dia dengan budak HERTZ tuh..nah amek ko..konon nak jimat la..sekali g top up..kena add another RM30 instead of RM17.50..sabor ajerkan..

And while waiting for him..aku sempat beli kupon teksi untuk ke T2.Another RM30.

Suasana santai dan tenang aja kat Terminal 2 ni..

Muka-muka bosan menunggu

Ni jerk yang kami bawa balik dari KK..1 kotak jerk..cer tengok orang-orang lain ( gambo bawah ) yang bawak berkotak2..tetiba aku rasa cam nyesal sebab tak beli fresh seafood dan bawak balik huhuhu...

Banyaknyer beli..

Duty free shop yang tak berapa nak free dutynye..

Finally..yang ditunggu2 tiba akhirnya..lewat almost 15minutes

Nak onboard masa ni..flight kami lewat dalam 15minit gitew..sebab bagi space pada another flight to take off..Tak kisahlah..yang penting perjalanan pulang kami selamat..BTW..masa balik tu aku satu flight ngan zizie ezette with hubby..mr bung..zizie comel..bung..hmmm no komen..

Touchdown LCCT dalam kul 12 lebih gitew..enche Megat bayar duit parking ..cost us RM147.00..than kami balik terus ke Melaka.
Sampai  pukul 3 pagi dan terus pengsan...

Overall..KK @ Sabah..best tapi sedih tak dapat g pulau.. tak apa..another time perharps..and next trip rasanya nak pergi Kuala Gandah pulak..ala yg mandi2 ngan gajah tu..jom konvoi reramai..

Day 4th Costing
Breakfast    - RM38.00
Dried Fish   - RM170.00
Pearls          - RM250.00
Minyak keta -RM 80.00
Dinner @ T2 - RM 45.00
Parking Lcct - RM 147.00

Overall day 4 cost - RM730.00

Cost in Sabah - 4 days - RM 1475.00
Car Rental - 4 days - RM 384.00
J.Residance - 1 day - RM 80.00
Promenade Hotel - 4 days - RM236.00
Flight Ticket - RM 500.00
Other cost - RM 140.00

Overall cost for KK vacation - RM 2815.00
Experience cost - PRICELESS


























Sunday, April 24, 2011

JALAN2 SABAH-DAY 3 PART 2 ( TIP OF BORNEO )

About 11.00 am kita orang dah sattle semua aktiviti di Tamu Gaya dan kawasan-kawasan sekitarnya.

Head to Kudat melalui jalan yang sama nak ke Kundasang tapi bila sampai di Tuaran amik jalan terus..if amik kanan nak ke Kundasang.

Jalan tidak memberangsangkan sangat dan few times jumpa jalan runtuh.Bukan tanah runtuh yer tapi jalan yang runtuh menyebabkan jalan tinggal satu lane ajer.

Perjalanan ke Kota Belud akan melalui jalan besar dan sepanjang jalan akan nampak orang menjual ketam nipah.Besar-besar ketam dia tapi kami tak singgah pun untuk bergambar sebab mengejar masa untuk ke T.O.B.

Aku notice that sepanjang jalan..tidak terdapat banyak sangat gereja sebagaimana jalan nak ke Kundasang.Ada tapi boleh kira dengan jari..

Masuk sahaja Kota Belud nak menuju ke Kota Marudu..jalan sudah semakin kecik walaupun aku yakin ini adalah jalan utama untuk ke Kudat selain of couse la naik chopper.

Sepanjang jalan akan nampak kawasan gunung dan juga sawah padi dekat sini.

Dan bila tiba di Kota Marudu menuju ke Matunggong akan nampak pula ladang kelapa sawit seluas mata memandang.

Ada juga jual jagung bakar dan hasil2 tanaman yang lain.Bau jagung bakar tu harum sungguh tapi kami tak singgah dulu.Balik nanti baru nak singgah pekena jagung bakar.

Untuk sampai ke Tanjung Simpang Mangayau ni..about 15km lagi nak ke Kudat akan nampak signboard sebelah kiri.Just follow signboard tu then akan jumpa simpang nak kekiri atau kanan.Dua-dua akan bawa kita ke Tanjung Simpang Mangayau but..

Dinasihatkan untuk ambil jalan sebelah kanan sebab jalannya agak cantik kalo nak compare jalan yang sebelah kiri tu.Dan bila balik nanti pastikan anda ikut laluan yang sama masa anda pergi tadi.Naper aku cakap macam tu ??

Sebab masa pergi kami ikut sebelah kanan tapi bila balik konon2 nak ikut jalan yang satu lagi..sekali jalan tu agak teruk..berkerikil dan tengah jalan pulak ada jalan runtuh so kenalah buat u-turn balik semula.

Overall perjalanan ke T.O.B ni mengambil masa 3 jam sebab kami tiba tepat-tepat jam 2.00 petang selepas bertolak dari KK pukul 11.00 pagi tadi.

Ikutkan tak jauh mana kalo highway terus tapi keadaan jalan membuatkan masa yang diambil untuk kesana agak panjang.So kalau in rush..tak payahlah pergi tapi rugi kalo tak pergi..bila lagi nak jejak ke penghujung pulau Borneo ni kan..

Oh ya..lupa nak citer..selain T.O.B..ada beberapa tempat menarik yang boleh kita pergi masa kat sini such as Rungus Longhouse..Honey Bee farm..Gong Factory dan Rungus beads and handicraft making.

Jangan risau..kesemua tempat ni located kat sebelah kiri..dan ada signboard untuk guide tapi kami tak singgah pun sebab main reason nak ke T.O.B.

Few meter nak sampai ke T.O.B akan lalu pantai yang sangat2 cantik.Airnya jernih dan ada few family tengah picnic tapi sorry..tak sempat nak snap few photo sebab asyik sangat lihat scenery yang memukau pandangan.

Argh..finally..we reach T.O.B.Parking kereta dan kena jalan kaki about 200-300 meter macam tuh untuk sampai pada landmark globe yang popular tuh.Penat siot..


The famous globe.Landmark Tip Of Borneo



Yea..yea..I'm here

So does Amir


Enche Megat..Amir and Adam

With our eldest son..bukan adik yerk

Adam tak sudah2 suruh kami pose ala-ala candid..




Pertemuan antara Laut China Selatan dan Laut Sulu..kalau nasib baik katanya boleh nampak pusaran air dek kerana pertemuan dua laut itew..diberitahu oleh penjaga kedai souvenir kat situ


Setelah puas menyaksikan scenery yang cantik dan mengabadikan gambar2 untuk kenangan..kita orang nak head back to KK but before that singgah dulu kedai kat bawah tu..beli apa yang patut dan buang apa yang patut jugak..maklumlah perjalanan nak balik bukannya dekat.3 jam tu..

Dalam perjalanan kami singgah untuk beli jagung bakar yang ada disepanjang jalan di Kota Marudu.Uniknya jagung-jagung ni dibakar dengan kulit-kulitnya sekali dan tak payah letak butter atau garam..jagung ni tetap enak dimakan.Lemak gitew.

Sebab nak makan dalam kereta..aku minta penjual tu tolong kopekkan kulit jagung tu dan wallaaa..memang cantik lah jagung tu dan sedap betul..Aku ada snap gambar tapi cari2 tak jumpa lah pulak..so tengok ajalah gambar jagung bakar ni yerk..




Lepas beli jagung kami teruskan perjalanan pulang ke KK tapi kali ni sebab dah agak mahir sket ngan jalan..kami take about 2 hour aja.Mata rasa berat tapi nak tidur tak sampai hati membiarkan enche Megat drive sensorang..so layankan dier bercakap sambil makan jagung bakar meanwhile budak 2 orang tu senyap ajer kat belakang..apa lagi zzzz lah kerjanya..


Tiba di KK lebih kurang pukul 6 petang tapi cuaca dah gelap.Plan lepas ni nak makan dan nak singgah kedai Jamilah yang famous dengan pearl and others accessoriesnya tapi aku tak beli apa2 pun dekat sini.Agak mahal tapi design cantik dan eksklusif jugaklah tapi untuk orang yang tidak berapa sangat gemarkan perhiasan macam aku ni..memadai untuk cuci2 mata sahaja.


Kemudiannya kami pergi dinner dekat satu restoren nearby.Nama restoren tu Restoren Sempelang.


Malam tu aku makan ikan merah bakar + sotong bakar + big glass watermelon juice.Enche Megat makan ikan selar bakar ( mmg laki aku ni x reti makan ikan lain ) + kerabu mangga + nescafe.Amir ngan Adam makan bihun goreng seafood + milo ais dan tambahan 4 keping sayap bakar.Cost us RM48.00


Kerabu mangga yang masam giler


Sayap..paling besh kat KK

Lepas makan..kenyang dan tenaga pun dah ada semula..kami sambung jalan2 ke pasar malam pula.

Kat sini Adam nak beli jam tanganlah pulak dan enche Megat layankan ajer.Amir pulak berkehendakkan tali pinggang..ayah dia layan lagi..

Malam ni baru aku start membeli few souviner untuk kawan2..such as brooch..bracelet..eerr..tu ajalah rasanya.Harga murahlah pada aku sebab aku pun x sure sangat dengan kualiti yang ditawarkan..but as long ada something untuk aku bring back..okaylah kan.

Pic x sempat snap sebab masing2 sibuk menyoppingkan diri sendiri.

Dalam 1 jam kat pasar malam ni..kami pun balik la ke hotel..membersihkan diri dan zzzzzzzz...tido

Day 3 costing.
Tshirt KK - RM55.00
Dinner - RM48.00
Belt & Watch - RM36.00
Pearls & Souviner - RM100.00
Others - RM50.00

Overall day 3 cost - RM 289.00




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...