MUKADIMAH

there's a story behind everything..how picture got on wall..how a scar got on your face..how you fall in love with your buddy..sometimes the stories are simple and sometimes they are hard and heartbreaking..
there's always be a stories where others people are really at the heart..leave them to tell those..tell yours instead..

Tuesday, April 19, 2011

JALAN2 SABAH-DAY 2 PART 1 ( KK Park-Poring Hot Spring )


At around 5.45am aku dah bangun sebab cuaca dah start terang benderang.Bangun2 aja terus mandi air panas sambil kejutkan anak-anak dan ayahnya juga.


Masing-masing liat nak bangun disebabkan suasana yang sejuk dan nyaman.Ikutkan hati..aku sendiri nak sambung zzzz lepas solat tapi disebabkan semangat nak melihat puncak yang paling tinggi di Asia membuatkan aku gagahkan diri ..bangun mandi dan bersiap sebelum kejutkan yang lain-lain.


Gambar ni aku ambil from our room around 6.30am mcm tu.Dah terang..kalo kat Melaka..harus gelap lagi gitew..


Lepas siap2 kiter orang check out sambil berjalan kaki mendapatkan kereta yang kami tumpang parking kat lodge sebelah.Geli hati kan..stay tempat laen tapi parking keta tempat laen..sumernya gara-gara kecuramanan nak menuruni J.Residence punya pasallah nih..


Bayu Kinabalu Lodge..tempat kami tumpang parking dek kerana ketidaksanggupan enche Megat membawa turun Starex yang besar gabak tu kebawah.Tapi rasa haku dah selalu sangat kot customer J.Residence park dekat sini sebab management BKL ni mcam tahu2 ajer kita orang nak tumpang parking.Senyum jer masa aku cakap nak tumpang letak keta.. 


Malas nak jalan jauh-jauh..kita orang breakfast dekat sini.Restoran ni sebelah ngan BKL..and boleh nampak dari tepi jalan dan tak jauh dari Kota Kinabalu park.

Satu cawan hot drink tu cost us RM1.00 ajer.Murah kan..that include milo also

Breakfast aku pagi tu..scramble egg with sosej and hot tea.Breakfast kami anak beranak pagi tu ajer RM30.00.

Lepas aja breakfast..kami terus cabut again ke Kota Kinabalu park untuk melihat gunung KK tapi kali ni of couselah dengan keta sekali naek atas.Tak larat oo nak jalan kaki lagi.

Enche Megat drive sampai ke Timpohon View dan buat pertama kalinya kami anak beranak nampak puncak gunung live.

Indahnya ciptaan Tuhankan..

Abaikan keriangan mak budak2 ni yerk..lihat pada anak2nya sahaja


Dua gambar yang diambil pada lokasi yang sama cuma beza hanya 10 minit sahaja.Gambar atas ( taken 8.40am) jelas nampak puncak gunung tapi gambar bawah which taken on 8.51am hanya nampak awan ajer..


Kami tak lama pun dekat sini sebab lepas ni nak pergi Poring,Sabah Tea then Fish Spa.Since aku begitu mengimol-ngimol nak tengok proses perah susu lembu itenary tuk ke dairy farm telah ditukar pada sebelah petangnya.Yea yea..

Perjalanan ke Poring agak jauh jugak..melepasi pekan Ranau.Nanti dekat nak sampai Poring ada signboard..kalo nak ke Poring amik kiri tapi kalo nak g Fish Spa..jalan terus jer..Aku advise pergi Fish Spa dulu then balik tu singgah Poring..tapi aku terbalik..aku g Poring dulu baru naik atas g Fish Spa..macam waste time gitew

Nak masuk Poring @ Air Panas ni tak kena bayar.Tunjuk aja kupon yang sama masa masuk ke KK park.Tapi kalo nak Canopy Walk kena charge lain.Termasuklah segala jenis kamera..lain chargesnya.

Seperti selalunya kami anak beranak ( haku..amir ngan adam tapi x termasuk enche Megat ) merasa sangat excited untuk mencuba Canopy Walk.

Entrance fee kami 3 beranak + Canon 1000D bersamaan dengan RM11.00.Enche Megat tak masuk..dia duk rendam kaki dalam kolam air panas sambil beramah mesra dengan pak guard dekat situ.

Sebelum masuk kedalam tempat air panas..ada sign board yang macam dekat KK park.




Harap maklum..ini bukan Canopy Walk seperti yang dinyatakan sebelum ini ..Hanyalah sebuah jambatan gantung yang panjangnya tak sampai pun 100m.


Yea yea..kami dah sampai kat sini..anda bila lagi??



Perjalanan mendaki menuju ke Canopy Walk.Semput nafas haku.Kalo sapa2 yang ada anak kecik..tapi masih sanggup untuk mendukung..dialu-alukan naik tapi kalo x sanggup nak dukung anak tu..baik tak payahlah..anak aku yang besar tu pun mencungap

Pada ketinggian 100m..

Jejak yang telah kami tinggalkan

Finally..dah sampai tapi kena amik turn untuk naik sebab hanya 6 orang sahaja dibenarkan pada satu2 masa

Otw ke 1st station..relax..amek gambar dulu

Sambung semula

Haku pun nak posing jugak kat sini




Bayaran untuk kamera

Sekadar bergambar dipintu masuk sebab terlupa nak snap sekeping dua gambar kat kolam air panas akibat kepenatan turun dari Canopy Walk tadi..Enche Megat pun bukan nak tolong ingatkan..kan dah rugi tak ada gambar sambil rendam2 kaki dalam kolam air panas..tapi Enche Megat kata airnya taklah sepanas air kat kolam air panas Gadek..aku tak tahu sebab aku x rendam kaki..dia ajer yg tahu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...