MUKADIMAH

there's a story behind everything..how picture got on wall..how a scar got on your face..how you fall in love with your buddy..sometimes the stories are simple and sometimes they are hard and heartbreaking..
there's always be a stories where others people are really at the heart..leave them to tell those..tell yours instead..

Friday, April 22, 2011

JALAN2 SABAH-DAY 2 PART 2 ( Sabah Tea-Fish Spa-Dairy Farm-KK )

Destinasi seterusnya selepas Poring ialah Sabah Tea dan Fish Spa Sungai Moroli.


Keluar semula ke jalan besar dan menuju ke Telupid untuk ke Sabah Tea dan Fish Spa ni.


Perjalanan agak jauh sampai aku ingat kami dah miss tempat ni dan dengan muka selamba aku tanya pada seorang penjaja ditepi jalan dan katanya lagi 5 minit akan jumpa Sabah Tea.La..macam kebetulan ajer..


Actually tak ada apa-apa yang menarik kat Sabah Tea ni..lagi best Boh Plantation kat Cameron Highland tapi alang-alang dah sampai aku pergi juga..belilah 3 kotak teh sabah pada harga RM11.00.


Kalau yang nak terus pergi Fish Spa..lepas nampak signboard Sabah Tea ( lupa nak cakap..signboard ni sebelah kiri anda yer )..drive terus jer..drive pelan2..tak usah laju2 sebab Fish Spa ni tak jauh dari signboard ke Sabah Tea ni.
Kat dalam ni ada kedai jual cenderahati dan segala jenis teh.


My enche Megat cakap..the only tea yang ditanam secara organik di Malaysia..betul ka??

Lunch hubby tengahari ni.Bihun goreng

Adam yang dah lapar

Amir yang tak pernah miss dengan lambchopnya walau dimana dia berada.

Lunch kami berdua..kongsi ngan Adam.Nasi putih + daging goreng cendawan.Total cost lunch kami anak beranak hari tu + 1 jug of sabah tea cost us RM45.50.

Jalan nak keluar dari Sabah Tea..jalan nak masuk juga..

Lepas isi perut dan mengembalikan tenaga..kami bergerak keluar dari sini untuk menuju ke Fish Spa.

Enterance fee kami anak beranak + our 1000D is RM17.00..duet lagik..hahhhaha..mana yerk g jalan2 yg enterance feenya free..x adanya..sumer kena bayor..

Nak masuk tu kami beli 4  paket makanan ikan cost us RM0.80.

Proses memberi makan ikan bermula

Walllaaa..tengok ikan-ikan kelah dah start datang..banyakk

Enche Megat..mula2 takut kena ngap ngan ikan

Last-last dia ngan Adam yang tak reti2 nak naek

Bagi makan lagi dan lagi dan lagi

Amir dengan skil memberi ikan makan..

Sekali dia yang terkujat terus melompat sakai

Bagi makan lagik..


Selepas puas bermanja-manja dengan ikan kelah dekat sini dan waktu pula semakin beransur petang..kami pun bergerak pulang ke Kundasang dengan destinasi seterusnya Dairy Farm.

Nak pergi ke Dairy farm ni senang jer..Kalo dari KK park..masuk simpang sebelah kiri..( akan nampak Alliance bank & Kundasang Memorial park )..kalo dari Ranau..masuk sebelah kanan selepas nampak gerai2 kayu yang jual sayor ala2 di CH.

Nanti akan jumpa simpang dengan macam2 sign board..just follow ajer..tapi minta maaf dalam ni tak ada sign board Mesilau Dairy Farm tu sebab haku x sempat nak zoom ( mana taknya..amik gambo  dalam keta yang sedang bergerak )..

Jalan terus dari simpang ni ( peringatan : JALAN AGAK TIDAK MEMBERANGSANGKAN DISINI )..kendian nampak satu simpang..amek kiri ( perhatian : JALAN LAGI AMAT TIDAK MEMBERANGSANGKAN KAT SINI )..jalan terus ..dalam 10 minit gitew ( bergantung pada pemanduan ) ..then dah nampak ladang menghijau dengan lembu2 yang sedang menikmati udara petang yang segar.

Oh ya..kami tiba tepat2 jam 3..just nice untuk tengok proses perahan susu dilakukan.


Lembu-lembu sedang tunggu turn untuk diperah susunya.

Mula-mula kena basuh dulu puting susu lembu kasi bersih.

Pass tu..alat perah susu akan dipasang pada puting lembu sambil lembu-lembu diberi makan.

Adam tanya..kenapa tak pakai tangan ajer perah susu lembu macam dalam rancangan kat tv yang dier penah tangok tuh.Nak pakai tangan..OMG..sampai tahun depan x habes nak perah..Adam..Adam..

Dah puas tengok lembu..tengok proses perah susu lembu..tibalah sessi bergambar dibatu yang haku rasa paling popular dekat dairy farm ni.





Sessi merenung banjaran Croker selepas sessi bergambar dibatu.



Aku beli beberapa kotak susu coklat + susu yang dalam cawan palstik tu..sekali lom sempat jumpa jalan besar lagi dah habes..dasyat betul naga2 berjuang dalam keta ni menyedut chocolate fresh milk ni hingga aku dapat la sesedut dua ajer..

Masa nak tulis buku rekod tu..notice that ramai sungguh orang Melaka yang datang..ahhaha..mana taknya 15hb tukan cuti Melaka Bandaraya Bersejarah..memang patut ramai2 tinggalkan Melaka untuk jalan2 tempat orang laen..


Dah puas possing..dah kenyang minum susu..kami bergerak pulang.Niat hati nak singgah ke Kundasang Memorial Park ( enche Megat memang suka singgah memorial2 park cam gini ) tapi susah nak parking tambah pula dengan cuaca panas yang menyengat.


Mana lagi dengan habuk yang berterbangan dari construction terdekat,membuatkan kami membatalkan rancangan nak ke KMP.


Banyak betul construction dekat Kundasang ni.Dan ini salah satu darinya.Mana tak Starex sewa aku tu dah macam ala2 masuk dalam rally Drakkar.



Tak jauh meninggalkan Kundasang cuaca mula gelap dan hujan mula turun rintik2.Kabus pun makin lama makin tebal.Aku berdoa moga-moga perjalanan turun kami dipermudahkan dan alhamdulilah ..kami selamat turun dan next..lokan bakar in next post.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...