MUKADIMAH

there's a story behind everything..how picture got on wall..how a scar got on your face..how you fall in love with your buddy..sometimes the stories are simple and sometimes they are hard and heartbreaking..
there's always be a stories where others people are really at the heart..leave them to tell those..tell yours instead..

Saturday, April 23, 2011

JALAN2 SABAH-DAY 2 PART 3 ( LOKAN BAKAR-PROMENADE HOTEL-PASAR FILIPIN-PASAR MALAM ) )

Dalam perjalanan balik ke KK..aku beritahu enche Megat yang aku nak makan lokan bakar sebab aku baca kat cari.com..it's a must bila dah sampai sini so aku musti musti mahu makan..


So bermulalah pencarian kami ke gerai2 lokan bakar dan yang aku tahu aku mesti cari politeknik KK untuk sampai ke tempat lokan ni which aku notice it was located kat Jalan Sulaman.So pada yang ada GPS tu..setting ajer Jalan Sulaman.


Tapi sebelum tu kami singgah kat Petronas untuk buang apa-apa yang patut dan penuhkan semula tangki keta.Cost us RM77.00


If dari Kundasang nak menghala ke KK..akan nampak satu simpang ke politeknik..ada signboard tapi kecik aja signboard polly tu so kenalah alert sebab takut terlepas.


Berhenti kat traffic light tu then amik kanan..jalan terus jer sampai jumpa round about..amek pukul 12 ( tegak jer )..tak jauh dari situ ajer tempat lokan bakar ni.Ada banyak gerai yang boleh kita pilih.


Kalau dari KK..akan jumpa politeknik dulu..then baru nampak roundabout tu,.amek pukul 9 ( belah kiri )..Dari jauh dah buleh nampak berderet2 keta berhenti tepi jalan dengan asap berkepul2   (btw bukan asap keta tapi asap ni dari api yang digunakan untuk bakar kelapa).


Kami makan kat kedai kak Tini.Kedai dia sebelah kiri belah tepi sekali.

Lokan mentah yang belum dibakar untuk dipilih.Harganya RM12.00 setumpuk a.k.a selonggok.Aku amik yang besar terus.Tamak betul kan.. 

                            
Ini pulak kelapa muda dier.Sikit punya giler besar buah nikan..sampai enche Megat tak habes..siap cakap..kalo tahu macam ni besar gabak..baek share ngan Adam jerk.

Tempat bakar lokan ngan kelapa ada kat belakang sana.Malas nak bangun amek gambo..aku zoom ajer

Kelapa yang lebih besar dari kepala Adam

Aku oder kelapa bakar.Hahaha..nak jadikan citer..sebaik kak Tini meletakkan kelapa ni depan aku..dengan rakusnya aku amek straw dan sedut air ni..so boleh imagine tak macam mana roper aku masa tu..hahahha..jangan cakaplah..sampai aku balik Melaka..lidah aku masih terasa pedih akibat kerakusan aku menyedut air kelapa panas tanpa budi bicara..tapi isi kelapa bakar memang lemak sangatttt...

Amir memang suka oder lain dari yang lain.Dia makan rojak ayam tapi lepas tu tolak tepi sebab hahahaha..tst sudahlah yerk

Gambar lokan bakar diambil oleh ehsan enche Megat.

Wala..ini lokan yang dah siap dibakar.Hanya menunggu untuk dicurahkan air asam dan masuk kedalam mulut ajer.

Haku dengan Amir ajer yang telan lokan ni sementara enche Megat ngan Adam tak minat langsung.

Alhamdulilah..kenyang.Tinggal kulit jerk

Lepas makan lokan bakar ni..kami balik ke KK.Badan punyalah melekit.Rasa nak berendam dalam bath tub jer..sambil menyental daki2 dan habuk2 yang melekat seluruh badan.

Set our navigator to Jalan Tun Fuad Stephens and head to Promenade Hotel.

Tapi dah set navigator pun sesat jugak hahha..maklumlah hari dah gelap even baru pukul 6.30 petang.Berpusing-pusing satu bandar KK kami hari tu sebelum jumpa hotel.Dah jumpa masa nak check in tu pulak..diberitahu kami kena check in kat level 11..walla..dah penat ni..janganlah macam-macam.

Parking keta kat basement dan dengan beg besar..kami melangkah masuk ke hotel ni ..wow..wow..betul ke hotel ni yang kami nak duduk..??Jakun..macam masuk Merdeka Palace hari tu..Yalah..kalo ikut budget poket aku dan enche Megat memang kami tak mampu nak duduk sini tapi terima kasih pada tempat keja enche Megat yang membolehkan kami duduk sini pada cost yang sangat2 minimum.

For info Promenade ni pun ada service apartment juga.Serendah RM50.00 untuk book online.Boleh tengok kat sini untuk service apartment dan hotel punya rate.

Kami check in kat level 11 dan bilik kami dekat level 12.Buka ajer pintu..wow..wow..syoknyerr...








Lepas mandi kami siap-siap untuk isi perut sebab last makan tadi masa dekat Sabah tea..dan lepas tu just makan yang ringan2 ajer.

Tak nampak pun kedai makan yg biasa-biasa..oo rupernya kena jalan sikit ke depan kat Water Front tu..then jumpa pasar philipin..

Baca review yang pasar philipin ni ada mak menti besar2 gabak dan tahap kebersihan kurang memuaskan tapi disebabkan  perut kami anak beranak masa tu dah bebetul x buleh nak tahan  lapar so kami redho ajerlah..berhenti makan kat kedai yang jual seafood.

Dan sebelum makan aku tanya dulu rege seafood2 yang dijual.Mak aihh..buleh tahan jugak regenya.Kalo kat Melaka..kita orang makan siakap 3 rasa..udang gred A dalam 6 ekor..sotong celup tepung dalam setengah kilo..otak2 dalam 20 keping..ngan nasi lemak + air baru dalam RM80.00++ tapi kat sini aku tanya udang bakar sekor jer yang kecik tu RM15.00..mahal..

Tapi enche Megat kata nak makan jangan berkira..tapi aku tetap nak menawar jugak..tak salah mencubakan..

Sotong 4 ketul tu regenya RM12.00 tapi aku minta RM8.00.Tak dapat.Makcik tu bagi RM10.00.Baeklah dari tak ada langsung kan.Ikan kerapu tu regenya RM15.00.Aku minta RM10.00.Tak dapat gak.Dapat RM12.00.

Udang dalam pinggan tu regenya RM15.00.Amek ko..aku minta RM12.00..dapat dan ikan tu..tak tahu ikan aper..aku dengar ikan batu tapi anak aku dengar ikan susu..RM10.00.

Memang mahal kot seafood yang dah dimasak kat sini sebab katanyer seafood murah..aku tak jumpa pun kedai yang murah.
Sumer mahal ( base on rege yang ditampal di kedai-kedai tuh )

Aku tak berani nak mencuba segala jenis rumpai2 laut yang ada ni so kami makan seafood ajer.

Air asam dier.Aku belasah jer.Sedap pulak tu

Kalo nak lebih masam..leh perah limau..nak pedas..leh tambah cili..nak masin tambah garam..nak manis tambah gula..all provided.F.O.C
Pembahagian sama adil perlu dilakukan untuk mengelak dari krisis rebutan seafood.

Meninjau seafood yang dihangatkan semula.

Memang dah lapar budak ni

Antara seafood yang ada dekat kedai yang aku pilih tu.Dah tak banyak pilihan sebab aku pegi dalam pukul 8 lebih gitew tapi kedai2 kat belah2 depan masih banyak lagi.Enche Megat pun heran macammana aku buleh masuk kedai ni lak..aku pun sama heran.

Antara kedai yang menjual seafood.Banyak lagi sebenarnya.

Lepas makan kita orang ingat nak balik terus ke hotel sebab badan rasa letih sesangat.Lagipun esok nak jalan jauh..tapi enche Megat ternampak pulak orang makan ABC so dier ajak kami makan ABC lah pulak.

Aku ikutkan ajer.Amir ngan Adam order cendol..enche Megat order ABC dan aku teragak nak minum air avacado sebab aku tengok buah dier yg fresh tu macam sedap ajer.

Dan memang sedap pun air avacado tuh sampai tak sempat nak amek gambar dah habes anak2 haku tolong sedut masuk dalam mulut dier orang.


ABC Special enche Megat yang memang bebtul special dan tak akan jumpa kat Semenanjung.Naper aku cakap macam tu..??Cer tengok gambar kat bawah nih..

Penah ker korank tengok ada macaroni dalam ABC..tak penah kan..hahhaa..tula aku cakap memang bebetul special..Aku nampak maraconi ni direndam dalam air untuk melembutkan dier dan dicampur sebagai salah satu bahan dalam ABC ni tapi enche Megat tak makan pun hahahahah...

Haaa..aku nampak satu lagi benda pelik ( pada haku la ) kat sini..

Kalo kat semenanjung ubikayu nya macam dalam gambar kat bawah ni ( gambo kredit to sheryna.com.my ) tapi naper kat KK aku jumpa ubi kayu macam gambar kat atas tu..ke itu ubi kayu yang dah diparut.??sebab aku sempat tekan ubikayu tul..lembut jer..saper leh tolong jawap..

Lepas makan ABC kami jalan kaki nak balik..sekali nampak pulak orang berjualan ala2 pasar malam..ala singgahlah kejab tak beli apa-apa pun.

Macam-macam ada dekat sini tapi paling banyak aku nampak aksesori wanitalah..of courselah from pearl and crystal.Cantik cantik tapi aku tak beli pun.Belum saat untuk membeli lagi.Aku cuma beli keychain untuk office mate ajer malam ni.

Cantik-cantik belaka.Ada rantai..rantai tangan..brooch..butang baju melayu..earing..pendek kata macam2lah

Aksesori lagik

Macam-macam jenis keychain.6 biji RM10 tapi aku minta RM7 biji RM10 sebab aku beli banyaakkk sangat.Hehehe..dapat pun

Sampai ajer hotel..budak2 tu gosok gigi..cuci muka..salin baju then zzz..Ayahnya pun sama jugak..Aku cuci muka..salin baju dan tido tapi malam tu tak dapat tido lena sebab Adam merengek..menangis..
kata telinga dia sakit.Maybe sebab berdengung masa dlm flight then naik ke Kundasang..tempat tinggi..pass tu turun lak ke KK..Malam-malam buta aku search internet..mencari panel klinik enche Megat tapi tak jumpa..tak apalah..esok bawak Adam pergi mana-mana klinik yang ada..Sian anak aku..

Day 2 cost :-
1.Breakfast - RM30.00
2.KK park - RM8.00
3.Poring - RM11.00
4.Lunch - RM45.50
5.Fish Spa - RM17.00
6.Dairy Farm - RM10
7.Dinner -RM45.00
8.Minyak - RM77.00
9.Lain2 - RM65.00

Overall day 2 cost - RM308.50

End of day 2


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...