MUKADIMAH

there's a story behind everything..how picture got on wall..how a scar got on your face..how you fall in love with your buddy..sometimes the stories are simple and sometimes they are hard and heartbreaking..
there's always be a stories where others people are really at the heart..leave them to tell those..tell yours instead..

Sunday, April 24, 2011

JALAN2 SABAH-DAY 3 PART 2 ( TIP OF BORNEO )

About 11.00 am kita orang dah sattle semua aktiviti di Tamu Gaya dan kawasan-kawasan sekitarnya.

Head to Kudat melalui jalan yang sama nak ke Kundasang tapi bila sampai di Tuaran amik jalan terus..if amik kanan nak ke Kundasang.

Jalan tidak memberangsangkan sangat dan few times jumpa jalan runtuh.Bukan tanah runtuh yer tapi jalan yang runtuh menyebabkan jalan tinggal satu lane ajer.

Perjalanan ke Kota Belud akan melalui jalan besar dan sepanjang jalan akan nampak orang menjual ketam nipah.Besar-besar ketam dia tapi kami tak singgah pun untuk bergambar sebab mengejar masa untuk ke T.O.B.

Aku notice that sepanjang jalan..tidak terdapat banyak sangat gereja sebagaimana jalan nak ke Kundasang.Ada tapi boleh kira dengan jari..

Masuk sahaja Kota Belud nak menuju ke Kota Marudu..jalan sudah semakin kecik walaupun aku yakin ini adalah jalan utama untuk ke Kudat selain of couse la naik chopper.

Sepanjang jalan akan nampak kawasan gunung dan juga sawah padi dekat sini.

Dan bila tiba di Kota Marudu menuju ke Matunggong akan nampak pula ladang kelapa sawit seluas mata memandang.

Ada juga jual jagung bakar dan hasil2 tanaman yang lain.Bau jagung bakar tu harum sungguh tapi kami tak singgah dulu.Balik nanti baru nak singgah pekena jagung bakar.

Untuk sampai ke Tanjung Simpang Mangayau ni..about 15km lagi nak ke Kudat akan nampak signboard sebelah kiri.Just follow signboard tu then akan jumpa simpang nak kekiri atau kanan.Dua-dua akan bawa kita ke Tanjung Simpang Mangayau but..

Dinasihatkan untuk ambil jalan sebelah kanan sebab jalannya agak cantik kalo nak compare jalan yang sebelah kiri tu.Dan bila balik nanti pastikan anda ikut laluan yang sama masa anda pergi tadi.Naper aku cakap macam tu ??

Sebab masa pergi kami ikut sebelah kanan tapi bila balik konon2 nak ikut jalan yang satu lagi..sekali jalan tu agak teruk..berkerikil dan tengah jalan pulak ada jalan runtuh so kenalah buat u-turn balik semula.

Overall perjalanan ke T.O.B ni mengambil masa 3 jam sebab kami tiba tepat-tepat jam 2.00 petang selepas bertolak dari KK pukul 11.00 pagi tadi.

Ikutkan tak jauh mana kalo highway terus tapi keadaan jalan membuatkan masa yang diambil untuk kesana agak panjang.So kalau in rush..tak payahlah pergi tapi rugi kalo tak pergi..bila lagi nak jejak ke penghujung pulau Borneo ni kan..

Oh ya..lupa nak citer..selain T.O.B..ada beberapa tempat menarik yang boleh kita pergi masa kat sini such as Rungus Longhouse..Honey Bee farm..Gong Factory dan Rungus beads and handicraft making.

Jangan risau..kesemua tempat ni located kat sebelah kiri..dan ada signboard untuk guide tapi kami tak singgah pun sebab main reason nak ke T.O.B.

Few meter nak sampai ke T.O.B akan lalu pantai yang sangat2 cantik.Airnya jernih dan ada few family tengah picnic tapi sorry..tak sempat nak snap few photo sebab asyik sangat lihat scenery yang memukau pandangan.

Argh..finally..we reach T.O.B.Parking kereta dan kena jalan kaki about 200-300 meter macam tuh untuk sampai pada landmark globe yang popular tuh.Penat siot..


The famous globe.Landmark Tip Of Borneo



Yea..yea..I'm here

So does Amir


Enche Megat..Amir and Adam

With our eldest son..bukan adik yerk

Adam tak sudah2 suruh kami pose ala-ala candid..




Pertemuan antara Laut China Selatan dan Laut Sulu..kalau nasib baik katanya boleh nampak pusaran air dek kerana pertemuan dua laut itew..diberitahu oleh penjaga kedai souvenir kat situ


Setelah puas menyaksikan scenery yang cantik dan mengabadikan gambar2 untuk kenangan..kita orang nak head back to KK but before that singgah dulu kedai kat bawah tu..beli apa yang patut dan buang apa yang patut jugak..maklumlah perjalanan nak balik bukannya dekat.3 jam tu..

Dalam perjalanan kami singgah untuk beli jagung bakar yang ada disepanjang jalan di Kota Marudu.Uniknya jagung-jagung ni dibakar dengan kulit-kulitnya sekali dan tak payah letak butter atau garam..jagung ni tetap enak dimakan.Lemak gitew.

Sebab nak makan dalam kereta..aku minta penjual tu tolong kopekkan kulit jagung tu dan wallaaa..memang cantik lah jagung tu dan sedap betul..Aku ada snap gambar tapi cari2 tak jumpa lah pulak..so tengok ajalah gambar jagung bakar ni yerk..




Lepas beli jagung kami teruskan perjalanan pulang ke KK tapi kali ni sebab dah agak mahir sket ngan jalan..kami take about 2 hour aja.Mata rasa berat tapi nak tidur tak sampai hati membiarkan enche Megat drive sensorang..so layankan dier bercakap sambil makan jagung bakar meanwhile budak 2 orang tu senyap ajer kat belakang..apa lagi zzzz lah kerjanya..


Tiba di KK lebih kurang pukul 6 petang tapi cuaca dah gelap.Plan lepas ni nak makan dan nak singgah kedai Jamilah yang famous dengan pearl and others accessoriesnya tapi aku tak beli apa2 pun dekat sini.Agak mahal tapi design cantik dan eksklusif jugaklah tapi untuk orang yang tidak berapa sangat gemarkan perhiasan macam aku ni..memadai untuk cuci2 mata sahaja.


Kemudiannya kami pergi dinner dekat satu restoren nearby.Nama restoren tu Restoren Sempelang.


Malam tu aku makan ikan merah bakar + sotong bakar + big glass watermelon juice.Enche Megat makan ikan selar bakar ( mmg laki aku ni x reti makan ikan lain ) + kerabu mangga + nescafe.Amir ngan Adam makan bihun goreng seafood + milo ais dan tambahan 4 keping sayap bakar.Cost us RM48.00


Kerabu mangga yang masam giler


Sayap..paling besh kat KK

Lepas makan..kenyang dan tenaga pun dah ada semula..kami sambung jalan2 ke pasar malam pula.

Kat sini Adam nak beli jam tanganlah pulak dan enche Megat layankan ajer.Amir pulak berkehendakkan tali pinggang..ayah dia layan lagi..

Malam ni baru aku start membeli few souviner untuk kawan2..such as brooch..bracelet..eerr..tu ajalah rasanya.Harga murahlah pada aku sebab aku pun x sure sangat dengan kualiti yang ditawarkan..but as long ada something untuk aku bring back..okaylah kan.

Pic x sempat snap sebab masing2 sibuk menyoppingkan diri sendiri.

Dalam 1 jam kat pasar malam ni..kami pun balik la ke hotel..membersihkan diri dan zzzzzzzz...tido

Day 3 costing.
Tshirt KK - RM55.00
Dinner - RM48.00
Belt & Watch - RM36.00
Pearls & Souviner - RM100.00
Others - RM50.00

Overall day 3 cost - RM 289.00




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...