MUKADIMAH

there's a story behind everything..how picture got on wall..how a scar got on your face..how you fall in love with your buddy..sometimes the stories are simple and sometimes they are hard and heartbreaking..
there's always be a stories where others people are really at the heart..leave them to tell those..tell yours instead..

Sunday, April 24, 2011

JALAN2 SABAH-DAY 3 PART 1 ( TAMU GAYA )

Hari yang ke3 bermula sebaik aku buka mata dan lihat suasana diluar sudah agak cerah.


Bangun mandi dan bersiap.Itenary hari ni nak ke Gaya Street kerana nak merasai suasana Tamu Gaya.


Kami breakfast di hotel pagi ni.Macam-macam makanan ada dengan suasana yang santai.Perut pun tengah lapar..tapi aku dok asyik mengulang bubur nasi dengan pelbagai kombinasi lauk.


Breakfast aku pagi tu.


Budak sakit telinga makan cococrunch ajer.Tak ada selera.Demam pulak.


Lepas breakfast..lebih kurang dalam pukul 8.30 lagi kami keluar dari hotel menuju ke Gaya Street.Berbekalkan KK street map..mencari Gaya Street ni taklah sesukar yang disangkakan tapi mencari parking amat mencabar sekali.Tambahan pula kereta sewa kami yang gabak tu tak boleh nak selit kat mana-mana.


Dan kami kena bawak kereta sebab plan lepas ke Tamu Gaya..kami nak ke Tanjung Simpang Megayau untuk ke Tip of Borneo pula..


So adviseable..kalo nak kesini jalan kaki ajalah sebab mencari parkingnya maha amat susah..agak penat tapi sepanjang jalan ada kedai-kedai so sambil jalan sambil cuci mata.Dont forget to wear cap and sunglasses sebab KK agak panas even jam baru pukul 9 pagi.


Tamu Gaya @ Sunday Market ni hanya ada pada hari Ahad sahaja dan begitu juga tamu kat Kota Belud.Ahad sahaja ya bah.Ikut hati aku nak pergi dua-dua tamu tu but how can I be at different place in the same time unless aku naik burung aka flight..hahaha..


Macam-macam jenis pokok ada jual dekat sini.Pokok bunga..pokok buah..pokok berbunga plastik aja tak ada


Kraftangan..cantik tapi tak beli pun

Pasu ni..macam pasu kat Sarawak 

Kulit-kulit siput


Segala jenis pets..cats..puppies..hamster..rabbit semua ada pada harga serendah RM20.00..aku nak beli sekor persian yang ala-ala our Romeo buloo-buloo tapi masakan aku nak bawak sampai jauh seberang LCS..

Jalan aja sepanjang tamu.Belinya tidak

Kedai baju yang paling hujung sekali ke jalan keluar dan kat sini baru singgah grab few shirt.

T-shirt putih yang selalu orang beli tuk souvenir macam mahal aja kat sini.Sehelai tak kiralah tuk kanak-kanak mahupun dewasa regenya RM8.00.Puas aku menawar sebab nak beli tu Sorfya..Qhal ngan Qhaleef..tetap gak bagi RM 24.00..tapi aku nak juga RM20.00 sebab aku nak beli lagi tuk Amir ngan Adam..girl yang baju pink tu buat keras dier jer..dier tak tahu yang aku ni pun buat part time meniaga kat Uptown so aku tahu how they increase the price..Aku pun buat keras gak..last2 dapat RM20.00 tuk 3 helai.

Adam amik selai tshirt yang kualiti kain agak baik.Ntah apa-apa ntah..budak2 punya shirt pun cecah RM20.00 selai dan Amir yang dah masuk kategori dewasa punya size RM29.00.Mahal mahal tapi nak beli juga tshirt sebagai tanda kenangan.

So aku minta tawar shirt Adam pada harga RM15.00 dan Amir pada harga RM20.00.Mula-mula tak dapat sebab kain tshirt tu 100% cotton..ya-ya ajerlah cotton 100%..kalo dier campur material lain pun bukan aku tahu..takkan sampai aku nak bawa g lab.

Sampai kering tekak menawar last2 dapat juga..hahaha...tapi still aku rasa macam mahal jerk.Korank rasa macam mana..??Mahal ker murah.. ke aku yang kedekut sangat..asyik nak menawar jerk..

Kat sini pun ada banyak perhiasan yang indah-indah dan cantik-cantik belaka tapi seperti sebelumnya its not yet time for shopping.Ni jalan-jalan punya masa.

Panas..orang ramai..tetiba dengar lak orang jerit2..twister twister..4 botol sepuluh ringgit..yang kecik 7 botol sepuluh ringgit..Ha biar betik..Twister rege mcm tu..Apsal murah dari semenanjung..??Pedulilah..janji belum expired lagi..

Mula-mula nak beli yang besar tapi fikir2 balik..esok dah nak fly back..sempat ke minum habiskan 4 botol besar tu..kalau tak habis kan rugi.Membazir aja..so decide beli yang botol kecik aja.Sekali lagi aku menawar..dia kata 7 botol..aku minta 8 botol..dengan alasan..sesekali bagilah free 1 botol kat orang semenanjung and yes..I got it..8 botol untuk RM10.00 ajer..amek 4 botol oren..4 botol apple..buat bekalan ke Simpang Megayau nanti.

Kami parking keta dekat sinilah.Sebelah ni ajer.

Otw nak ke Simpang Megayau..kami merayau2 dulu cari klinik tapi dan2 tu Adam bagitahu telinga dia dah tak sakit lagi tapi badan dia agak panas dan selesema dah mula melanda so kami singgah jab ker farmasi untuk beli ubat demam dan selsema.

Bagi dia makan ubat dan lepas tu tak sampai 10 minit dah zzzzz..siap berjaket bagai..sian anak aku tu.Tak penah2 sepanjang kami bercuti dia demam..kali ni pulak.

Later on..head to Kudat.Tip of Borneo..here we come

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...