MUKADIMAH

there's a story behind everything..how picture got on wall..how a scar got on your face..how you fall in love with your buddy..sometimes the stories are simple and sometimes they are hard and heartbreaking..
there's always be a stories where others people are really at the heart..leave them to tell those..tell yours instead..

Monday, May 30, 2011

DIARI ORANG SAKIT..

30 May 2011 bersamaan dengan 26 Jamadilakhir 1432H hari Isnin atau hari omputeh Monday.


8.00 am - aku dah ada di opis untuk memulakan tugas seperti hari-hari yang sebelumya.Hari ini aku berblouse putih,berskirt labuh warna merah pink ( ala-ala puteri UMNO dikala usia menjejak senja dan lebih layak menjurus kepada wanita..WTH..aku punya sukerlah..nak pink ke nak merah ker..ko apa pedulik-statement untuk orang-orang yang suka komplen apa orang laen pakai )


hari ini..batuk yang aku hadapi masih ditahap so-so dan tak berubah even dah banyak aku menabur wang pada klinik-klinik ( walau disupport sepenuhnya dan tak menggunakan wang sendiri..aku tetap bengang sebab masih tak baik-baik )..so aku decide untuk pergi klinik dengan menggunakan duet sendirik..mana tahu sebab welfare @ free..tu yang batuk tak mahu baek2..


8.50 am - aku tulis buku log untuk keluar dari opis dan meninggalkan beberapa pesan pada opismate dan berjalan keluar mendapatkan kereta yang diparking nun jauh diatas gunung 


9.15 am - reach klinik..take few minutes for registration and time waiting started..


10.15 am - aku dipanggil untuk bertemu doktor..as usual doktor tanya sakit apa.??hes..doktor ni..macam tak tahu aku ni sakit tekak..batuk2..sore dah ala2 abang Ramli Sarep..lagi mahu tanya ka..??bukan dier tak dengar aku batuk teruk depan dier tadi..and treatment time just take less than 10 minutes compare to waiting time..almost an hour..btw doktor cakap kalo x baek lagi..next visit kena inject lak..


11.00 am - reach home safely..call opismate untuk inform aku mc hari ni dan send sms to my beloved hubby untuk beritahu aku mc..and this is what he repy...ok,temankan buloo2 coz dia nampak boring n pls wash de car


melampau tak..?seorang suami hantar sms mcm ni pada isteri yang sakit..bukan nak suruh rehat ker..apa ke..kadang rasa macam suami aku ni tak ada perasaan langsung..


11.05 am - otw nak balik tadi aku sempat singgah beli nasi putih + ikan kembung goreng + bendir goreng cili + peria goreng + sambal belacan + sket jer kuah asam pedas..makan nasi..and few minutes after that makan ubat..later on sambil layan FB ..mata pun layu..


ubat batuk..sakit tekak..cairkan kahak..antibiotik dan sehelai mc

Sebelum tido..aku sempat plan dalam kepala nak bangun pukul 3.00 petang macam tu..nak pergi car wash..then nak g sattlekan apa-apa payment yang boleh aku buat..tapi aku hanya buka mata tepat jam 6.00 petang..Fuhh..lama betul tido..rasanya ni semua penangan ubat batuk agaknya..ditambah pula dengan hembusan dingin aircond..tu yang sedap aku zzz..

6.00 pm - tersedar dari tido..kepala berdenyut sakit sebab terlalu lama kot aku tido..nasiblah bendera jepun melanda so tak perlu rush nak bersolat..bangun pelan-pelan..mandi sambil membasahkan rambut..barulah rasa fresh..

terus shoot fetch Adam..and plan lepas basuh keta nak g Econsave..nak beli cauliflower sebab start on 1st June aku tekad nak makan veggie jerk..even dah loose almost 4kg tapi aku tekad..nak terus turunkan few kg lagi..tu yg menggelupur nak makan veggie jerk..

interior dah bersih..sedap mata memandang

yang kat luar pun dah berkilat-kilat ..

Dalam pada aku menunggu keta aku dibasuh..tetiba terasa nak makan kek lah pulak..so aku cakap ngan Adam..kiter tak payah pegi Econsavelah..kiter pegi beli kek so lepas basuh keta..kami pun berkereta ke kedai kek pulak..

6.45 pm - sampai kat rumah ada keja lain pula menanti..top up food cat food..buang sisa buangan dier dan change to fresh RO water..untuk info..aku dah letak Romeo Buloo2 kat luar sebab alahan yang teruk pada bulu halus dier tu..so inilah ruper rumah baru Romeo..

dulu romeo duduk kejab2 aja dalam ni..hampir 100% masa dia kat dalam rumah but now almost 95% dia akan duduk dlm ni..dan hanya masuk dalam rumah around 6pm to 9pm ajer..siankan dier tapi demi kesihatan diri aku terpaksa relakan romeo duduk kat sini..semua complete kecuali tiang cakar aja masih ada dalam rumah sebab tak sanggup nak letak dlm cage tu..menambahkan semak lagi 

siap kunci dan rantai sekali..takut orang curi buah hati aku tuh..

bila malam macam nilah keadaannya..tutup..pasang ubat nyamuk..

7.00 pm - masuk rumah..mandi..sambil makan kek dan menonton Nora Elena bersama-sama Amir dan Adam..tak sedap rupernya kek yang aku beli hari ni..nyesal lak beli kek ni..ingat tadi nak beli blueberry cheese tapi Adam dah point kek yang ni so tak nak mengecewakan anak..aku ikut ajalah..last2 nan hado..anak2 kendian g bersolat dan mengaji..tinggal aku sorang2 layan Nora Elena sampai habis..

katanya adaptasi longgar dari novel KASIH YANG SUCI which aku rasa dah bertahun2 lepas aku baca..aku harap lepas ni dier orang adopt pulak novel ADAM DAN HAWA from Aisya Sofea ..idakpun MANISNYA CINTA from Anis Ayuni sebab aku suka dua-dua novel ni..bila aku baca aku rasa macam citer aku lak..

ini kek yang kita orang makan tu..coklat cake which bottom layer dia ada cornflakes..x sedap sebab tak berapa nak moist..lepas ni pangkah dah kek ni dari list bila nak beli kek..ntah apa nama dia..aku pun luper


8.30 pm - anak2 dah balik mengaji tapi ayahnya tak balik lagi dari keja..malas nak telefon @ sms..kejab lagi baliklah..dinner kami malam ni..Amir..as usual..tak habes2 dengan burger..aku lak bihun tomyam..tupun share ngan Adam..buat alas perut nak makan ubat nanti..bukan aku masak..tapau ajer kat kedai depan..

9.00 pm - kami anak beranak ramai2 berlonggok depan tv..kecuali aku yang duduk atas kerusi mengadap laptop sambil sesekali menjeling kearah tv..2 plus 1..citer apa lagi malam ni..JUVANA la..apa lagi..awal2 anak2 dah booked remote..aku ngan hubby layankan sambil memberi kata2 nasihat pada budak berdua tu agar tidak menjadi nakal yang melampau..nanti kena hantar kat sekolah Henry Gurney..

poster kredit pada TV3
oh yerk..sebab sekarangkan cuti sekolah so pelepasan diberikan hari ini untuk anak2 aku menonton JUVANA dengan free and easynyer tanpa perlu fikir tentang homework tapi ari ni jerk..esok dah start balik schedule..

10.00 pm - aku masih mengadap laptop..menulis diari orang sakit untuk hari ini..

11.28 pm - selesai menulis..nak log out..makan ubat..dan zzzz..nite2 sumer..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...