MUKADIMAH

there's a story behind everything..how picture got on wall..how a scar got on your face..how you fall in love with your buddy..sometimes the stories are simple and sometimes they are hard and heartbreaking..
there's always be a stories where others people are really at the heart..leave them to tell those..tell yours instead..

Monday, July 25, 2011

KASIH RYAN 21

CHAPTER 21

Kasih hanya pekakkan telinga sekalipun pintu biliknya seakan hampir roboh diketuk Ryan.

“Baik you buka pintu ni..”jelas kedengaran suara Ryan.

Lantang dan kuat.Dan akhirnya dia akur.

“Kalau I tak buka,apa yang akan you buat.Pecahkan pintu ni..?”

“Kalau itu yang you nak I buat,I do it..”balas Ryan,jelas menyinga dengan perbuatan Kasih.

“I’m leaving to Singapore this afternoon.I want you to stay at your parents house.”seakan satu arahan didengarnya keluar dari mulut Ryan.

“Siapa you nak arah-arahkan I untuk kemana-mana..”

“Either you like it or not,I want you to go there.I tak nak you tinggal sorang-sorang dekat sini.”tegas kedengaran suara Ryan.

Dia buat-buat tak dengar.Selama ini pun,sebelum berkahwin dia tinggal seorang di apartmentnya.

Tidak pernah berlaku apa-apa pun.Kenapa pula kali ini Ryan beria-ia sangat menyuruh dia pulang kerumah.

“I wont go there.”.

Kasih cuba menutup pintu namun pantas Ryan menghalang.Sekelip mata lelaki itu sudah berada didalam bilik.

Tidak pernah dilihat Ryan semarah ini.Mukanya merah padam hingga Kasih tidak berani angkat muka.Kecut perutnya tika ini.

Cepat dia cuba berlalu meningalkan Ryan namun lelaki itu lebih pantas dalam segalanya.

Tidak sampai dua langkah,terasa lengannya ditarik membuatkan dia jatuh kedalam pelukkan lelaki itu.

Sedaya upaya dia meronta,namun semakin kuat dia meronta,semakin kuat cengkaman Ryan.

“You hurting me..”

“I akan keep continue hurting you kalau you tak duduk diam-diam.”Ryan mengugut.

“Sakitlah..”Kasih mula mahu menangis.Bukanlah sakit sangat sebenarnya tapi dia takut.

Takut melihat Ryan yang seakan sudah dirasuk hantu.

“You listen to me okay.From today onwards,I tak izinkan lagi you bercakap macam tu dengan I.I’m your husband.Please show your respect.I believe your parents dah ajar you cara menghormati orang lain expecially your husband.”

“You tak berhak nak paksa I.”Kasih masih berdegil.

“I don’t care.Sebaik sahaja you sign surat nikah tu,automatically,you’re mine.I berhak keatas diri you.Dan ingat,you sendiri yang rela untuk berkahwin dengan I.Do remember that..”

“I hate you..”jerit Kasih dalam sedu.

“I don’t care.Sama ada you suka atau benci,makesure sepanjang I tak ada,you stay at your parent house.Jangan sesekali you ingkar cakap I.If not,I tak akan izinkan you keluar bekerja lagi.Do you understand.?”soal Ryan.

Macam cikgu sekolah menyoal anak murid.

“No.I did not.You memang kejam.Kejam.”

“Ya..memang I kejam.Tapi you yang paksa I untuk menjadi seorang yang kejam.Mana tanggungjawap you sebagai seorang isteri?You tak pernah belajar untuk menghormati I.You keluar,you balik sesuka hati you.Makan pakai I,tak pernah you jaga.Isteri apa you ni..”akhirnya.

Setelah sekian lama bersabar,Ryan sudah tidak mampu menyimpannya lagi.Dua belas bulan telah hampir berlalu..

Sangkanya Kasih akan berubah namun hingga kesaat ini,hati isterinya tetap keras seperti besi padu.

“You jangan nak perasan.Tidak sesekali I akan menganggap you sebagai suami.Never.Baik you keluar.Keluar..”separuh histeria dia menjerit.

Namun Ryan bagai tidak mendengar jeritannya.Hati lelaki itu sakit.

Telinganya terasa panas,mendengar kata-kata yang dihamburkan oleh Kasih.

Kalau ikutkan hati yang marah,mahu rasanya dia menghadiahkan penampar.

Tapi dia bukan jenis lelaki seperti itu.Dia tidak percaya pada kekerasan.

“Sebetul-betulnya I memang tak kenal you siapa Kay.I tak boleh baca hati you.Ada masa I rasa you seakan dekat dengan I.Kita boleh bercerita tentang apa saja.You can laugh when I make joke.Tapi ada masa-masa juga you bagaikan orang asing.You don’t want to talk.You dengan dunia you sendiri.”

“Bila you kata you sudi jadi isteri I,rasanya I adalah orang yang paling bahagia dalam dunia ni.I sangka lepas kita kahwin,you akan berubah.You akan sayang pada I.Hormat I sebagai seorang suami,but I was wrong.That will never happen kan.Lagi-lagi sekarang,you dah pandai jumpa kekasih lama you..”

“Jangan ingat I diam,I tak tahu apa-apa Kay.I know.Tapi I nak tunggu you talk to me.Kalau you nak I lepaskan you dan kalau itu yang akan membuatkan you bahagia,gembira,I akan lakukannya.Just ask..”

Kata-kata Ryan membuatkan Kasih terdiam.Sedikit pun dia tidak berani nak angkat muka untuk memandang wajah Ryan.

“Kita bincang selepas I balik nanti.Mean time,please stay at your parents and don’t see that guy anymore.I tak nak orang kata I suami yang dayus.Tak pandai jaga isteri.Dan kalau you tak mahu hormat I sebagai suami,fikir tentang parents you.Apa kata papa dan mama kalau dapat tahu you jumpa orang lain masa I tak ada..”
  
@@@@@

Mata along besar dan bulat pandang pada Kasih.Tak percaya dengan apa yang telinganya baru dengar.

Along geleng kepala tanda tak puas hati.Dari duduk,along sudah bangun dan bercekak pinggang lantas jalan mundar mandir keliling bilik.

“Kenapa Kay buat macam ni?Dulu masa Kay agree nak kahwin dengan Ryan,Kay ada fikir tak tentang semua ni?.”

Kasih bisu.

“Inilah padahnya bila buat keputusan dalam keadaan marah.Orang lain yang jadi mangsa.Kay marah pada Azran,then Kay setuju kahwin dengan Ryan tapi bila Kay tahu cerita sebenar tenang Azran dan Lia,Kay nak tinggalkan Ryan.Kay tak kasihan pada dia?Dia suami Kay tahu..”

Suara along mula tinggi.Kasih angkat muka dan buat isyarat minta along turunkan volume suaranya.

Dia tidak mahu papa dan mama dengar.Nanti akan panjang lagi cerita ni jadinya.

“Kay tahu Kay salah.Kay dah cuba tapi Kay tak boleh terima Ryan.Kay tak tahu kenapa..”

“Along nak tanya.Dan along nak Kay jawap dengan jujur..”

Kasih angguk.

“Katalah,Azran sememangnya ada hubungan dengan Lia.They get married.Then masa tu rasanya Kay boleh terima Ryan..?”

“Along..”

“Jawap soalan along ..”

Kasih bisu lagi.Otaknya buntu.Tak ada jawapan pada soalan along saat ini.

“Kay tak boleh terima Ryan sebab Kay tahu Azran is there for you.But what if Azran is somebody husband.?And nobody there for you except Ryan.Will you except him..?”

Kasih masih bisu.Kata-kata along melekat kuat dalam otak dan memaksanya berfikir.

Dia akui kata-kata along.Suatu masa dulu dia hampir menerima Ryan dalam hidup.

Bak kata Ryan padanya semalam..

Sebetul-betulnya I memang tak kenal you siapa Kay.I tak boleh baca hati you.Ada masa I rasa you seakan dekat dengan I..Kita boleh bercerita tentang apa saja.You laugh when I make joke.Tapi ada masa-masa juga you bagaikan orang asing.You don’t want to talk.You dengan dunia you sendiri

Dulu sewaktu belum kahwin, dia boleh duduk berjam-jam bersama Ryan.Bercerita dari satu topik kesatu topik.

Dia ketawa bila Ryan buat cerita lucu dan dia hampir mengalirkan air mata bila Ryan ceritakan kisah silam hidupnya.

Sedikit demi sedikit hatinya mula terbuka untuk Ryan tapi sejak Azran datang semula,dia mula menjauhkan diri dari Ryan.

Dia mula mencipta jarak dan alasan.Padanya Ryan mula tidak menyenangkan dan membebankan.

“Along senang hati bila Kay kahwin dengan Ryan.Papa,mama,angah.Kami semua senang hati bila Kay buat pilihan terima Ryan.He’s a very very good guy.Along minta Kay fikirlah masak-masak sebelum ambil apa juga keputusan.Along tak mahu Kay menyesal kelak sebab tak mudah nak cari lelaki seperti Ryan sekarang ni.Apa pun the choice is in your hand..”





KASIH RYAN 20

CHAPTER 20

“Kay..”

“Hmm..”

“Pandanglah sini..”

Kasih angkat muka dan pandang pada Mira yang duduk dihadapannya.

“Kenapa ..?”

“Dah berapa lama kau kahwin..?”

“Apa punya soalan kau ni..?”

“Aku tanya dah berapa lama kau kahwin..?”

“Entah.Masuk 7 bulan kot.Kenapa.?”

“Kenapa tak besar-besar perut kau..?”soal Mira dengan sengih nakal.

“Kau ni.Melampau tau soalan kau.”

“Melampau ke.?Muda-muda dapat anak bagus tahu.Kalau kau dah tua,anak-anak dah besar.Silap-silap orang ingat kau dengan anak kau macam kakak dengan adik..”

Kasih bisu.Membiarkan Mira berbicara sendirian.Fikirannya jauh mengingati Azran.

Dia terima ajakkan Azran untuk lunch kali kedua beberapa hari yang lepas.Dan dia ajukan soalan pada Azran tentang Lia.

“Buat apa I beritahu you dia dah kahwin.Lainlah kalau I beritahu,you akan kahwin dengan I..”

Dan dia terdiam mendengar jawapan Azran.

“Bukan I dah beritahu you sebelum ini.Antara I dengan Lia,cuma kawan.Tak ada hubungan istimewa.You yang tak nak percaya..”

“I minta maaf sebab tak percayakan you dan terlalu ikut perasaan I.”

“Masih belum terlewat Kay.I want you to come back to me.Please.”

“I tak boleh Azran.I tak sanggup..”

“Kay.Please.Bukan untuk orang lain.Untuk kebahagiaan kita juga..”

“Wei Kay..Kay..”

“Ha..”

“Ya ALLAH.Kau ni..tk habis-habis berangan.Telefonlah..”

Dalam keadaan terpingga,dia sambut juga gagang telefon yang Mira hulurkan.

“Hello,Kasih sini..”

“Kay,why don’t you pick up your handphone..”lembut suara Ryan dihujung sana bertanya sekalipun hatinya sedikit terbakar.

Penat dia mendail tapi panggilannya tidak berjawap membuatkan dia terpaksa menelefon Florist Shoppe.

“Err..handphone dalam beg.Nak apa..?”

“I will go to Singapore tonight.In 2 days will be back..”

“Okay.”

“You take care.I call you when I reach there..”

“Okay..”

Gagang telefon dia letakkan semula.Ryan nak ke Singapore.Dia akan keseorangan malam ini.

Apa nak takut,selama ini pun dia tinggal seorang sebelum pulang semula kerumah orang tuanya.

Mati pun nanti seorang juga.

Kasih sudahkan hiasan bunga segar yang dipesan seorang pelanggan sebentar tadi.

Jambangan lili digubah untuk pelanggan yang mahu menziarahi seorang kenalan yang baru kehilangan anggota keluarga.

Sementara diluar,Mira dan Lily sibuk memeriksa bunga-bunga segar yang baru tiba dari Cameron Highland.

Jelas kedengaran riuh mulut Mira memarahi pembekal bunga kerana lewat tiba.

Pembekal sepatutnya tiba pagi tadi tapi disebabkan urusan yang tidak dapat dielakkan,hanya baru sebentar tadi mereka tiba.

Ahh..Mira yang sentiasa punctual.

Telinganya menangkap bunyi handphone tanda ada sms diterima.Kasih selongkar beg dan keluarkan 6280.Ada beberapa miss called dan satu sms.

Miss called semuanya dari Ryan dan sms diterima datangnya dari..Azran.

hye sayang.i miss u..hope can see u..can we have dinner 2nite?

Azran..Azran.Why are you doing this to me.?

Sekali lagi handphone berbunyi.Sms dari Azran,again.

please..

Kasih menekan kekunci.

okay..





KASIH RYAN 19

CHAPTER 19

Ryan menolak troli yang sudah hampir penuh,perlahan-lahan.Kasih masih mendahului didepan sambil menilik senarai barang-barang dapur yang mama pesan.

Dah hampir penuh satu troli,takkan tak habis-habis lagi..???

“Apa lagi yang kita tertinggal..?”bisiknya pada Kasih yang masih leka dengan list ditangan.

“Hmm..macam dah tak ada lagi.Kejab nak check lagi.Nanti kalau ada yang miss,bising pula orang tua tu..”

“Okay.Err kita tak nak beli barang dapur untuk rumah kita..?”sengaja Ryan bertanya.

Kasih telan liur lantas padang tepat pada Ryan yang masih dibelakang troli.

Cap baseball tertenggek dikepala.Bermuda khakis dengan t-shirt berkolar warna cerah membuatkan Ryan kelihatan seperti seorang pemuda Cina.

Lagi pula kulitnya yang putih melepak.Dia sendiri tidak secerah Ryan.Kadang dia terfikir,mungkin parents Ryan berketurunan Cina.

“Hello..”

Cepat-cepat Kasih kalih pada list ditangan.

“Apa yang tak ada dekat rumah kita..?”soalnya semula pada Ryan.

Sememangnya selama ini Ryan yang beli barang-barang dapur.

Sepanjang perkahwinan mereka,dia tidak pernah sekalipun masak untuk Ryan.

Sekadar diminta menyediakan satu mug nescafe atau kopi,pernahlah.

Baju dia,dia sendiri hantar dobi.Begitu juga dengan Ryan.

Masing-masing buat hal sendiri dirumah.Ryan dengan urusannya dan dia buat hal sendiri.

“Hmm..buy nescafe and coffee for me.Also some sugar and creamer.Barang-barang basah tak payahlah.Bukan ada orang nak masak pun..”secara halus Ryan menyindir namun Kasih buat pekak.

Langkahnya panjang menuju ke bahagian minuman.Ryan hanya ikut dari belakang..

“Yang ini..”sebungkus kopi ditunjukkan pada Ryan.

“You know which one I always drink..”

Kasih cebik.Letak semula bungkusan kopi cap Kapal Api dan capai sebungkus kopi Aik Cheong..

Bukan dia tak tahu kopi apa yang menjadi kegemaran Ryan,sengaja saja.Kalau ikutkan dia,semua kopi sama sahaja.Hitam dan pekat.Pahit.

“Kopi ni lebih wangi aromanya..”ujar Ryan,bagaikan tahu apa yang bermain di fikiran Kasih.

Alah..sama aja..kopi juga.

“Ops sorry..”

“It’s okay..”

“Kasih..?”

Kasih angguk.Macam kenal perempuan ni.Hmm dekat mana ya,dia pernah tengok muka perempuan dihadapnnya ini.

“I Lialah.Colleague Azran..”

“Ooo..”hanya itu yang mampu Kasih ucapkan melihat Lia yang juga sedang menolak troli.

Hampir dia tidak kenal kerana Lia sudah bertudung dan tubuhnya juga sedikit berisi.

Disisi Lia berdiri seorang lelaki yang tidak dikenali.

“Ini suami saya,Fadil..”

Kasih hanya mengangguk lantas turut sama memperkenalkan Ryan pada Lia dan Fadil.

“Kasih,saya minta maaf ..”

“Kenapa tiba-tiba minta maaf..?”soal Kasih tidak faham.

“I tak patut ganggu hubungan you dengan Azran.Dia tak pernah layan I  walau berbagai cara I lakukan untuk menang hati dia.Mulanya I sangka dia akan tewas juga tapi I was wrong.He love you so much.I get fed up.Bila Fadil datang meminang,I terus terima.I’m so sorry..”

Kasih pandang Lia dengan pandangan tak percaya.Apa jenis perempuan Lia ni..

Amboi,senang betul minta maaf setelah apa yang kau dah buat..Tak guna..tapi bukan itu yang keluar dari mulutnya.

Kasih hanya senyum dan membalas.

“Perkara dah berlaku,sudahlah.I have forget about that..”

“Rancak you berbual dengan perempuan tu.Bukan dia yang curi boyfriend you..?”soal Ryan sebaik Lia dan Fadil berlalu.

“Bukan urusan you.Dah habis belum..?Kalau dah habis,jom pergi bayar.”

“Lepas ni kita pergi makan okay.I lapar sangat..”

Kasih kerling Ryan,geram.Dahlah hati bernanah dengan penjelasan Lia tadi.Ryan pulak nak mengada-ngada.

“Bolehkan sayang..?”tanya Ryan lagi.

“Boleh..”jawap Kasih sepatah bila cashier dihadapan turut sama tersengih mendengar panggilan sayang Ryan padanya tadi.







KASIH RYAN 18

CHAPTER 18
              
Deringan telefon menyentakkan Kasih dari khayalan.Diletakkan semula tangkai rose merah yang baru dicapai kedalam bekas dan pantas mencapai NOKIA 6280 yang terletak berhampiran.

Melihat gambar pemanggil yang tertera di skrin membuatkan dia sedikit terkejut.

Sudah lama dia tidak menerima panggilan dari yang empunya nombor ini.

Butang hijau ditekan lantas telefon dibawa ketelinga.

“Assalamualaikum.”

“Waaalaikumsalam.”dia menjawap perlahan.Ada getar dihujung suaranya.

“Kay..”

“Saya..”

“It’s me,Azran..”

“Ya,I know..”

“How are you..?”soal Kasih setelah beberapa saat membisu.

“Great.Err..I call nak ajak u lunch hari ni.Itupun kalau you sudi.”

“Err....”

Kasih kehilangan kata.Spontan wajah Azran bermain dimata.Masakan dia boleh terima pelawaan Azran.

Apa kata Ryan,kalau Ryan dapat tahu kelak.Pasti timbul masaalah.

“Please Kay.I nak sangat jumpa you.”

“Apa yang you mahu sebenarnya..?”

“I nak jumpa you.We have lunch..”

“I cant..”

“Why?You takut husband you marah..?”

Kasih diam.

“I isteri orang.Tak elok berjumpa lelaki lain..”

“You pun ada customer dan supplier lelaki.You pun ada jumpa mereka kan..”

“That is different..”

“Then treat me as your customer.I’ll buy anything.You delivered it to me..”rayu Azran.

Kasih hela nafas.Terbit rasa kasihan pada Azran.

“Sorry Azran.I tak boleh jumpa you.I tak mahu Ryan fikir yang bukan-bukan..”

“Please Kay.Lepas ni kalau you tak mahu jumpa I lagipun tak apa.I tak kisah.Tapi I rayu you kali ni..please..”

“Meet me at Windmill JJ.In half an hour..”akhirnya Kasih beri jawapan.

“Thanks Kay.I see you there.Bye..”ujar Azran.

Suaranya jelas ceria dipendengaran Kasih.

Kasih capai semula mawar merah tadi namun dengan fikiran yang sedikit melayang membuatkan dia tersasar.

Gelas berisi fresh orange kelantai.Pecah.Mira angkat muka sambil mengeleng..

“Kau ni..asyik berangan dari tadi.”

“Siapa yang berangan.Aku tak sengajalah.”

Kasih bela diri.Cepat-cepat mengutip kaca yang bersepah dan buang kedalam tong sampah.

“Pukul berapa appointment kau dengan King Hotel tu..?”

”Pukul 2.Tapi aku keluar kejab lagi ya.Ada urusan ..”

“Okay.Tapi kau be careful sikit dengan si Amri tu.Dia tu asyik nak minta diskaun aja.Ingat kita ni kedai diskaun ker..?”

Kasih senyum mendengarkan kata-kata Mira.Amri,pengurus hotel King segera menjelma di fikiran.

Berpewatakkan menarik tapi sedikit kelam kabut dan perkataan diskaun tak pernah lekang dari mulutnya.

“Aku tahulah,nak  handle dia macam mana..”

“Bagitahu dia.Kalau nak diskaun lebih-lebih,contract tu kena panjangkan lagi.baru boleh bagi diskaun lebih.”

“Yalah..”

Kasih kerling  jam dipergelangan tangan.

Rasanya lebih baik dia keluar sekarang,jika tak mahu sangkut dalam kesesakkan lalu lintas.

@@@@@

Dari jauh sudah nampak kelibat Azran menantinya.

“Sorry lambat..”

 “It’s okay.I pun baru sampai.”

Mereka mengambil tempat bersebelahan tingkap yang terbuka.

Seorang pelayan datang dan meninggalkan menu,memberi mereka masa untuk memilih hidangan yang mahu dinikmati.

“Selera you masih sama.?”

Kasih angguk perlahan.Lamp chop dan jus nenas.Pilihan wajibnya setiap kali mengunjungi WindMill,sekalipun berpuluh pilihan tertera dimenu.

Menu diserahkan semula kepada pelayan yang sudah mengambil pesanan.

“How’re you doing now.?”soal Azran sebaik pelayan berlalu.

Kasih yang leka menyeka peluh didahi,diperhatikan penuh kerinduan.

“Mmm..okay.Fine.As you see.”

“You bahagia sekarang.?”

Kasih senyum.Mereka berbalas pandang sebelum dia mengangguk perlahan.

“Alhamdulilah.Dia tentunya seorang lelaki yang baik..”

Kasih masih dengan senyum dihujung bibir.

“Macam mana dengan business you sekarang..?”

“Well.Dengan izin Allah,segalanya berjalan seperti yang dirancangkan.Dah ramai yang tahu dan kenal kedai kami.Agak busy sikit lately..”

“Baguslah macam tu.Tercapai juga hajat you ya..”

“Macam tulah..”

Hidangan yang dipesan tiba seketika kemudian.Masing-masing senyap dan sunyi.Hanya bunyi garfu dan pisau kedengaran dimeja makan.

Terasa janggal untuk berbual selepas apa yan terjadi.Lidah tidak lembut seperti dulu.Otak juga tidak boleh spontan berfikir apa yang mahu dibualkan.

“Dia jaga you dengan baikkan..?”

“Siapa?Maksud you Ryan..?”

“Siapa lagi..”ujar Azran dalam senyum.

“Ya.”

“That’s good..”

“I sentiasa doakan kebahagiaan you,Kay..”

“Terima kasih.You dengan Lia macam mana..?”

“Macam mana apa..?”

“Err..bila nak kahwin..?”

Tercetus tawa Azran membuatkan Kasih sedikit tertanya.

Salahkan soalan aku tadi.?Lawak ke.?

“Lia bukan perempuan yang sesuai untuk I,Kay.Entahlah.Bukan dia tak baik tapi memang dia bukanlah perempuan yang sesuai untuk I..”

“Memang dia suka pada I tapi hati I bukan pada dia.Macam-macam cara Lia buat tapi tak tahulah.Hati ini bukan untuk dia..”

Kasih bisu.Memikirkan kata-kata yang paling sesuai untuk dituturkan namun hampa.

Otaknya masih kosong dan tiada sepatah perkataan pun meluncur keluar.

“Tapi I tak nafikan,Lia memang hebat..”

“Maksud you..?”

“Dia memang hebat sebab berjaya pisahkan kita.Berjaya buat you percaya yang I ada affair dengan dia.Berjaya buat you tak percaya langsung pada I sedangkan you lebih kenal I siapa.Hebatkan dia..?”

“Azran,perkara yang lepas tak usah ungkit semula..”

“I bukan ungkit cuma mengenangkan nasib I yang tak sebegitu baik..”

“Kenapa you buat keputusan terburu-buru Kay.?”

“I..I tak faham..”

“Married that guy.You and I should sit and talk.Tapi you ran away from me.You tak nak jawap my call,tak nak reply my sms.You keep quite.Senyap.I pun tak tahu yang you dah kahwin dengan that guy if your father tak beritahu sebab I tahu you bohong masa you perkenalkan dia sebagai tunang you dulu...”

“Things had happen Azran.I had to responsible for what I had done.There is no way turn..”

“Yes,there is.There is always a way,Kay.You told me before.Takkan you dah lupa..”

Kasih pandang pada Azran.Mata Azran bercahaya.Senyum masih dibibir.

“Back to me Kay..”

“You’re crazy..”

“I tak kisah siapa pun you.I love you Kay.You pun tahukan.Leave that man.Kita pergi jauh dari sini.Start new life dekat tempat dimana tak ada orang yang kenal kita..”

“Tak semudah itu..”Kasih geleng perlahan.

“Jangan mengalah sebelum kita cuba Kay.I sanggup berdepan dengan Ryan.I explain to him.He’ll understand...”

“No..”

Kasih geleng.Tidak setuju dengan permintaan Azran.

Ini bukan perkara main-main.Dia tak sanggup melukakan hati papa dan mama.

Lagipun bukan mereka yang suruh dia kahwin dengan Ryan.Dia yang rela sendiri.

Dia pasti dihujani dengan seribu satu soalan sekiranya dia buat kerja gila ini.

“Azran,I tahu you masih sayang dan cinta pada I malah I sendiri mengaku..deep in my heart,I masih sayang pada you tapi jangan suruh I tinggalkan Ryan.I tak sanggup..”

“Why.?You don’t love him..”

“Ya,I admit.I did not love him tapi I sendiri yang rela mengahwini dia.My parents never force me.You got what I mean..”

“No,I did not..”

“Forget about me,Azran.There’s a lot of lady yang lebih perfect,lebih bagus dari I untuk you.Pick one dan lupakan I..”

“Talk is easy Kay.Put yourself in my shoes than you akan tahu bagaimana perasaan I..”

“I’m sorry for that Azran..”








KASIH RYAN 17

CHAPTER 17

Freekan gear dan break tangan ditarik.Pintu kereta di buka.Dia melangkah masuk.Senyap aja.

Dia nampak kereta papa dan mama digaraj.Begitu juga dengan Sportage milik angah yang tersadai ditepi garaj.

Terdengar suara bergelak ketawa di taman dan pantas saja dia mengatur langkah kesana.

Terdapat seorang lelaki dalam kumpulan keluarganya.Yang pastinya lelaki itu bukan angah mahupun abang Fazree,kerana susuk tubuh lelaki itu lebih tegap.

Kehadirannya disedari angah,lantas mengamitnya supaya datang menghampiri.

“Tak dengar bunyi kereta Kay pun.”

“Habis dah bergelak ketawa sampai habis volume..mana nak dengar.”dia berjenaka.

Angah tergelak kecil lantas mereka bergandingan mendapatkan papa,mama dan tetamu mereka.

“Assalamualaikum papa..mama.”

“Waalaikumsalam..”

Lelaki yang membelakangkannya turut sama menoleh.

Senyum yang menguntum hilang tiba-tiba sebaik mata mereka bertemu.

Begitu juga dengan lelaki itu.Jelas kelihatan air mukanya berubah sebaik sahaja mereka bertemu pandang.

Kasih menelan liur.Cuba berlagak selamba.

Lelaki yang sudah hampir beberapa bulan tidak ditemui,tiba-tiba muncul dirumah orang tuanya.

“Kay tak beritahu nak datang..”mama memberikan kucupan  sayang dipipi.

“Takkan nak datang rumah parents sendiri pun nak kena beritahu dulu.”

“Taklah.Sekurang-kurangnya mama boleh suruh Mak Jah masak makanan favourite Kay.Tidur sini ajalah ya malam ni.Lagipun Ryan tak ada kan..”

Dia diam.Papa direnung,meminta penjelasan akan kehadiran pemuda yang sedari tadi tercegat disebelah papa.

“Oh ya.Papa lupa.Mari papa kenalkan Kay dengan Azran.Peguam baru syarikat kita.”

“Peguam..?Uncle Roslan mana.?”

“Uncle Roslan nak menumpukan perhatian pada keluarganya.Kay tentu maklumkan yang untie Ida sakit.Jadi sebab itu uncle Roslan letak jawatan sebagai peguam syarikat.Dia kenalkan papa dengan Azran ni.”

Pandangan serba salah dihalakan kewajah lelaki itu.Azran kelihatan bersahaja.

Dengan senyum manis terukir dibibir dia menghulurkan salam tanda perkenalan.Teragak-agak Kasih menyambut..

“Saya Azran.NorAzran Syamsul..”

“Kasih Ariana..”sempat dia mengerling kearah angah yang sudah diduduk dipergola mengadap kolam ikan yang sederhana besar.

Angah angkat bahu dan dia cepat-cepat mengalihkan pandangan kearah papa.

“Kasih ni anak bongsu uncle.Jassrina anak yang tua dan Jimmy,anak nombor dua.”Kasih dengar papa bercerita dengan Azran.

Tidak berminat mencampuri urusan mereka dan menambahkan sesak didada,dia mohon diri masuk kedalam dengan alasan mahu mencari Mak Jah.Meminta resepi ikan bakar sumbat kelapa kegemaran Ryan,alasannya.

“Kasih tak tinggal dengan kami.Dia tinggal dekat Cheng dengan suaminya.Menantu uncle,juga pemilik bersama Earth Land.”

Azran angguk.Kalau Datu Faizal tidak bercerita,dia sudah boleh mengagak siapa suami Kasih namun dia sedikit terkejut bila mendapat tahu Kasih sudah berumah tangga,sedangkan hubungan mereka putus tidak sampai enam bulan yang sudah.

Cepat benar Kasih lupakan kisah cinta lima tahun mereka.

Kasih tarik langsir,menutup jendela kamar setelah puas mengendap papa dan Azran dibawah.

Tak sedar perbuatannya lama diperhatikan oleh Nadzmi.

“Kay intai siapa..?”

“Intai siapa pula?Kay tengok langsir ni ha..warna dia macam dah lusuh.Takut Bibik letak bleach aja.”

Nadzmi tersenyum.Teringat peristiwa beberapa tahun lepas bila pembantu rumah mereka secara tidak sengaja meletakkan peluntur sewaktu mencuci langsir dan akibatnya langsir kuning diraja kesayangan mama menjadi bertompok-tompok dan terpaksa dibuang begitu sahaja.

“Takkanlah belek macam tu sekali.Kalau letak bleach,dari jauh dah nampak..”

“Angah ni.Merepek betullah.”

“Angah pulak..”

Dia melabuhkan punggung keatas sofa biru bertentangan.Angah masih tersandar dipintu.

“Dah berapa lama papa kenal dia.?”

“I think around 3 to 4 month..”balas Nadzmi perlahan.

Dia faham soalan itu tentunya di tujukan pada Azran yang sedang rancak bersembang dengan papa dilaman.

“You think..?”soalnya seakan tidak percaya.

Angah angguk.Dia tahu papa berurusan dengan Azran sejak beberapa bulan yang lalu namun dia sengaja tidak mahu memberitahu pada Kasih.Tidak ada gunanya.

Lagipun dia tidak rasa adiknya perlu tahu Earth Land berurusan dengan firma guaman milik Azran kerana Kasih tiada kepentingan di EarthLand..

“Bila Ryan balik.?”

“Esok petang.”balasnya pendek..

“Macam mana Kay dengan dia..”

 “Okay aja..”

“Baguslah kalau macam tu.Ingat..Kay sekarang ni isteri orang.Bukan anak dara lagi.Tak elok balik lewat malam dan tinggalkan suami sorang-sorang dekat rumah.”

“Mana ada..”dia membalas.

Geram.Tentu Ryan mengadu dengan along.Tak malu betul.

“Ryan tak pernah cerita apa-apa dengan angah.Mira yang beritahu.”seakan tahu apa  yang bersarang dihatinya,angah membuka rahsia.

“Kay makan malam dekat sini yer..”pelawa Mak Jah sebaik melintas dihadapan kedua beradk itu.

“Boleh,tapi mak Jah kena masak ikan bakar favourite Kay tu.”dia merengek manja.

“Kamu suami isteri suka betul ikan bakar tu.Yalah..nanti mak Jah masak.”

“Masak lebih-lebih Mak Jah.Nanti along dengan abang Fazree nak join sekali.”sampuk angah.

Kasih sengih.Hanya memerhatikan mak Jah berlalu kedapur.

“Kay dengan Ryan ni macam ada chemistry.Perasan tak.?”

“Apa angah merepek ni..”

“Kay suka makan ikan bakar sumbat kelapa.Ryan pun suka.Kay suka air  kelapa,dia pun sama.Kay banyak baju warna merah..perasan tak Ryan pun sama.Nombor plat kereta pun sama..”

“Angah ni.Cuba jangan merepek..Bencilah.”bantal kecil yang berada disisi dicampakkan geram kearah Nadzmi yang sempat mengelak.

Kasih bangun.

“Nak pegi mana tu..?”

“Masuk bilik la..”

“Malas.Bukan nak tolong mak Jah masak..”

“Lain tahun..”

Papa dan Azran masuk sebaik Kasih menghilangkan diri.

“Kay mana..?”

“Dalam bilik..”

“Duduk Azran.Malam ni kamu makan malam dekat sini ajalah..”papa mempelawa.

“Eh..menyusahkan uncle ajalah..”

“Apa pulak nak susah.Bukan kena masak pun.”

“Ha’ah.Dinner dekat sini ajalah.Bukan ada sapa-sapa pun..”pelawa angah pula.

Azran angguk dengan senyum dibibir.Matanya tertancap pada satu gambar keluarga yang diletakkan di atas meja tidak jauh dari situ.

“Itu menantu uncle.Ryan namanya..Rasanya Azran belum pernah berjumpa dengan dia.”

“Betul uncle.Belum pernah sekali berjumpa dengan dia.”Azran bohong sunat.Dia pernah sekali bertemu Ryan di Lot 35 satu waktu dulu.

“Dia baik orangnya.Segala urusan syarikat dialah yang uruskan.Nanti uncle akan kenalkan Azran dengan dia sebaik dia pulang dari Singapura.”

Azran angguk lagi.Sebenarnya dia lebih berminat melihat gambar wanita disebelah Ryan.

Senyum yang diukir dibibir wanita itu jelas seperti satu lakonan semata-mata.Dan dia yakin sehingga kesaat ini,hati Kasih masih padanya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...