MUKADIMAH

there's a story behind everything..how picture got on wall..how a scar got on your face..how you fall in love with your buddy..sometimes the stories are simple and sometimes they are hard and heartbreaking..
there's always be a stories where others people are really at the heart..leave them to tell those..tell yours instead..

Monday, July 25, 2011

KASIH RYAN 10

CHAPTER 10

Lariannya diperlahankan seraya mengelap peluh dengan towel Good Morning yang melingkar dileher.

Cuaca petang ini agak mendamaikan sekalipun langit diatas agak kelam namun tiada tanda hujan akan turun dalam jangka masa terdekat ini.

Sempat rasanya dia buat dua atau tiga pusingan lagi mengelilingi kawasan.

Ini rutin setiap hujung minggunya.Menghabiskan masa dengan berjogging di Bukit Serindit.

Ada masanya dia akan turut serta melakukan senamrobik.Bukan hanya untuk mengekalkan berat badan namun ianya lebih kepada kesihatan.

“I never see you before..?”

“Maybe this is you first time here..”balasnya tanpa memandang pada yang menyapa.

“Hmmm,tiap petang I datang.”

“Dan I pula hanya datang pada hujung minggu.Sebab tu you tak pernah terserempak dengan I..”

Ryan senyum.Betul juga.Ini kali pertama dia datang berjogging dihujung minggu.

Selalunya dia lebih senang datang pada hari bekerja kerana tidak ramai yang datang berlari tapi hari ni disebabkan dia terasa agak bosan,lantas dia ambil keputusan untuk kemari.

Langkahnya panjang menyaingi Kasih yang sudah mula berlari anak.

Fit jugak minah ni..desis hati kecilnya.

Jam dipergelangan tangan sudah tepat ke angka 7 bila Kasih selesai melakukan sit up.

Ryan masih setia disisi sekalipun dia tidak memintanya.Lelaki itu turut sibuk melakukan apa yang dia lakukan.

“Are you coming again tomorrow.?”

“Ya.Why.?”

“Can I join you..?”

Kasih hanya geleng dengan senyum dibibir.

“Tempat ni bukan I punya so you boleh datang bila-bila you nak..”secara baik Kasih menolak.

“Tapi I nak be with you.Eerr..I mean ada kawan nak jog baru rasa semangat sikit..”ujar Ryan dalam sengih.Tidak berputus asa.

“Hmm,kalau rasa nak jog datang sajalah.Kalau semuanya nak berkawan,teruklah.”balas Kasih sambil mencebik.

Namun 100plus yang Ryan hulurkan dia sambut juga.Membuka penutup tin lantas membawa kemulut.Arghh !! segar terasa tekak bila dibasahi air isotonik tersebut.

“You buat apa malam ni..?”soal Ryan tiba-tiba.

“Kenapa.?Kau nak ajak aku dinner.?”soal Kasih selamba.Menghabiskan sisa-sia 100plus yang tinggal.

“Kalau kau sudi,apa salahnya.Aku tahu satu kedai makan yang western foodnya cukup best.”Ryan memancing..

Tahu sangat makanan kegemaran Kasih.Lamp chop with black paper sauce.

“Lagipun esok bukannya kerjakan.Kedai kau tak bukakan esok..”Ryan masih tak putus asa bila dilihat Kasih hanya membisu.

Seperti berfikir mahu terima atau tidak pelawaaan Ryan.

“I fetch you around 8,okay..”

“Wait,aku tak kata aku agree..”

Ryan senyum.Pintu Civic dibuka dengan senyum dibibir.

“Aku yakin kau tak akan tolak.Pukul 8 okay..”

Kasih hanya mampu terpaku melihat Civic milik Ryan meluncur laju berlalu pergi.

Tak guna betul.Dia ingat aku agree nak ikut dia dinner malam ni tapi nak juga tahu mana kedai yang Ryan cakapkan tadi.

Mana tahu masakkannya memang enak sebagaimana yang Ryan katakan.

@@@@@

“Nicekan..”

Kasih angguk perlahan dengan mulut yang penuh berisikan brokoli rebus.

Memang benar kata Ryan.Kedai kecil yang terletak dipingir jalan ini memang tak putus dengan pengunjung.

Western foodnya juga enak dan dia bercadang untuk menikmati kuetiaw goreng yang disajikan dalam kuali kecil,pada kunjungannya yang akan datang setelah terliur melihat pelanggan meja sebelah menikmatinya.

“Mana kau jumpa kedai ni..?”

“Akukan bujang.Tak ada siapa nak tolong masak so mana-mana kedai yang aku pass by,aku nampak orang ramai,aku singgahlah.Kalau sedap dan service bagus akan masuk dalam list kedai yang akan aku datang lagi.”

“Hmm.Not deny.The food is delicious..”

“Next time kita makan steambot pulak.Steambot dia pun best.Ada nasi goreng cina lagi,okay.”Ryan buat perancangan berikutnya dan senyum tambah lebar bila lihat Kasih menganggukkan kepala tanda setuju dengan rancangannya tadi.

“Aku teringin nak makan kuetiaw tu.Nampak macam best aja..”muncung Kasih pada meja sebelah.

Sedari tadi kuetiaw itu menghantuinya.

“Aku order ya..”

“No.Perut aku dah penuh..”

“Kita share..”

Belum sempat Kasih buka mulut,Ryan lebih pantas mengamit pelanggan dan membuat pesanan.

“Sure jarum timbang aku akan naik.”Kasih ketawa kecil sambil menyudu kuetiaw kemulut dan mengunyah perlahan.

Menikmati keenakan kuetiaw yang digoreng bersama kerang,taugeh dan daun kucai.Memang enak.

“Tak apa.Nanti kita boleh pergi Bukit Serindit lagi.”balas Ryan turut ketawa.

Kasih menghabiskan suapannya yang terakhir lantas menyedut tembikai laici hingga tinggal ketulan ais didalam gelas dan kemudian menyapu bibir dengan tisu.

Dia benar-benar kekenyangan dan dia salahkan Ryan kerana bawa dia makan dikedai kecil yang menyediakan hidangan yang begitu enak sekali.

Ryan hanya ketawa mendengar kata-kata Kasih.

Tak sangka dia boleh duduk semeja dengan Kasih dan bergelak ketawa sebegini.

Kalau dulu,mereka semeja pasti ada saja yang ditekakkan.Ada saja benda yang mencetuskan pertengkaran.Ada sahaja yang tidak puas dimata Kasih.

Mungkin ini hikmah disebalik kejadian yang berlaku dulu.Hmm,bagus juga Kasih tinggalkan EarthLand.

Kalau tidak,tentu dia tak berpeluang duduk semeja dengan Kasih pada malam ini.

“Kau tak pernah cuba cari orang tua kau..?”

Ryan geleng.

“Kau tak rindukan mereka..?”

“Bohong kalau aku kata aku tak pernah ingat atau rindukan mereka.Dan bukan mudah untuk aku terima kenyataan kedua orang tua aku sanggup tinggalkan aku dirumah anak-anak yatim..”

Ryan telan liur.Suaranya sedikit sebak membuatkan Kasih rasa menyesal kerana bertanyakan soalan yang tidak sepatutnya.

Ryan berpaling.Memandang pada Kasih yang cepat-cepat mengalihkan pandangannya pada Eye of Malaysia yang tersergam dihadapan mereka.

Harap-harap Ryan tak perasan,aku dok tenung muka dia tadi..getus Kasih dalam hati.

Ryan senyum.Ah..macam aku tak tahu yang dia dok tenung muka aku tadi..

“Aku sentiasa berfikiran positif Kay.Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya.Ada cerita disebaliknya.Jika aku tidak ditinggalkan dirumah anak-anak yatim tu,sudah tentu aku tidak berpeluang mengenali papa dan mama.Dan kau.So,are you ready..?”

“Ready..?”

Ryan tunjuk pada EOM dengan senyuman.

“Don’t tell me kau gayat..”

“Me..gayat?Ah !! pleaselah..”

Ryan ketawa.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...