MUKADIMAH

there's a story behind everything..how picture got on wall..how a scar got on your face..how you fall in love with your buddy..sometimes the stories are simple and sometimes they are hard and heartbreaking..
there's always be a stories where others people are really at the heart..leave them to tell those..tell yours instead..

Monday, July 25, 2011

KASIH RYAN 11

CHAPTER 11.

“Dua puluh hamper bertemakan CNY..???”terlopong seketika mulutnya mendengarkan berita yang dibawa Mira.

Mira angguk dengan senyum lebar dibibir.

“Hmm..alhamdulilah.”Kasih ucap syukur.

“Pihak EQ call aku tadi.Katanya mereka tertarik dengan design hamper kita masa expo dekat EQ hari tu.”

“Sempat ke Mi.?Kau ada idea macam mana nak design?Taknak lah sama dengan hamper-hamper biasa.”

“Aku dah ada idea,tapi nak bincang juga dengan kau.Mana tahu kau ada idea kau sendiri..”

“Aku tiba-tiba terfikir tentang cup cake.Apa pendapat kau.?Cup cake dengan perisa oren and decorate with butter cup or other theme yang related with CNY.Kalau asyik guna kuih bulan or limau,tu dah command sangat rasanya.”

“Hmm..not bad.Aku rasa kita buat few proposal dan biar pihak EQ yang tentukan.Boleh juga kita sertakan harga sekali.Mana tahu mereka pun nak budget juga..”

“Okay juga tu.Nanti aku contact bakery dan dapatkan harga cup cakes tu.Tapikan Mi, aku rasa kita patut selitkan juga kuih bulan dan limau.Itukan tradisi mereka..”

Mira angguk tanda setuju dengan apa yang Kasih katakan.

Sedang asyik berbincang tentang tema dan design,loceng pintu berbunyi tanda ada pelanggan masuk kekedai.

Kasih bingkas bangun membiarkan Mira meneruskan kerja yang mereka lakukan tadi.

“What can I help you..”senyumnya pudar bila gadis itu berpaling namun memikirkan gadis dihadapannya seorang pelanggan,Kasih memaniskan semula wajahnya.

Lia senyum.

“You kerja dekat sini ke..?”soalnya sudah cukup menyakitkan hati Kasih.

“Oh.Tidaklah.Ini kedai saya dan rakan.Tengoklah apa yang you perlukan..”

“Hmm..I nak sesuatu yang istimewa untuk seseorang yang istimewa.”Lia bersuara manja namun cukup gedik dipendengarannya.

“Kami boleh sediakan apa sahaja yang cik Lia mahukan.Jika pembelian melebihi RM100,free delivery.”

“That good.”Lia terangguk-angguk..

“Esok brithday colleague saya.Dan saya mahukan sejambang mawar merah yang cantik untuknya.Full bloom with white peacock.Hmm sesuai tak rasanya.?”

“Colleague you tu guy or gal..?”

“Well.A guy.I told you kan ,I nak sesuatu yang istimewa untuk seseorang yang istimewa.”

Kasih rasa nak muntah mendengar cara Lia bercakap.Macam manalah perempuan ni boleh jadi lawyer.

Bercakap pun gedik semacam.

“Hmm since you ni flower expect kan,I rasa I serahkan pada you sajalah urusan untuk pilih bunga yang sesuai.Budget in RM200.Free deliverykan.?”

Kasih angguk.Dia lihat Lia keluarkan purse dari COACH yang disandang dan keluarkan 4 keping note RM50.

“I nak you hantar esok kepejabat I around lunch hour sebab dia akan masuk office selepas pukul 2.I nak sebaik dia masuk office,dia akan nampak bouquet tu dulu.Bolehkan..?”

“Ya,sure.No problem.Err you tak nak tulis apa-apa.I mean card?”

“Oh sorry.Takkan dah beli bunga mahal-mahal tak dapat free card..?”

Kasih telan liur.Selama ni bukan tak ada pelanggan yang menjengkelkan tapi kerenah Lia benar-benar menjengkelkan dia petang itu.

Kasih hulur sekeping kad kecil warna hijau muda dengan sebatang pen pada Lia.

Membiarkan Lia menulis seketika sebelum memasukkan kad itu kedalam sampul.

Sebaik bunga digubah nanti,kad itu akan diselitkan sekali.

“Oh ya..Ini alamat pejabat saya.Dont forget ya.Around lunch hour..”

“Don’t worry.We will be on time.Thanks..”

“Bye..”

Dia hanya angguk.

Kertas yang Lia hulurkan tadi dia kerling dan hampir luruh jantungnya bila membaca alamat itu lebih-lebih lagi bila mengetahui jambangan istimewa itu adalah untuk Azran.

Hati Kasih terusik dan sakit namun cepat-cepat dia usir perasaan itu.Mungkin niat Lia ikhlas,menghadiahkan jambangan tersebut pada Azran sempena hari lahirnya.

Tapi bila mengenangkan kata-kata Lia disertakan dengan lenggok tubuh gediknya hati Kasih sakit kembali.

I told you kan ,I nak sesuatu yang istimewa untuk seseorang yang istimewa..

Seseorang yang istimewa?Apa maksud Lia?Apakah dia dan Azran having something behind me?

“Eh..tadi macam ada customer.?”

“Dah balik pun..”

“Sekejab sangat.”Mira terasa pelik.Selalunya pelanggan yang datang akan berada sekurang-kurangnya setengah jam dikedai namun yang ini tak sampai sepuluh minit dah berlalu.

“Pelanggan tak cerewet.Dia bagi duit,nak jambangan yang special dan minta delivery esok.Nah kau buatlah.Aku tak ada mood..”Dia hulurkan duit ketangan Mira berserta alamat pejabat Lia.

“Bunga apa Kay..?”

“Apa-apa sahaja.Untuk boyfriend dia.Kad yang dia tulis tu ada atas meja tu..”

Mira angkat bahu dengan sikap Kasih yang moody tiba-tiba.Dia tidak ambil pusing kerana sudah masak dengan perangai Kasih.

“Bila nak delivery ni..”

“Esok around 1pm.Makesure Zack hantar before 2.Minah tu nak boyfriend dia nampak bunga tu sebaik boyfriend dia masuk pejabat..”

Mira berpaling melihat Kasih yang sudah menghilang dibelakang.Dia dengar Kasih buka pili air disinki.

Air kedengaran mengalir deras dan merasa tidak sedap hati,Mira segera kebelakang.

Dia nampak Kasih menangis.Kasih menangis?Kenapa?Kasih bukanlah seorang yang mudah mengalirkan air mata.

“Kay,are you alright.?”

Kasih tidak menjawap sebaliknya airmatanya makin deras mengalir.

“Hei.Kenapa ni..”Mira sentuh bahu Kasih.

Cuba menenangkan sahabatnya.Dipeluk bahu Kasih cuba memujuk.

“Kenapa dia buat aku macam ni Mi.?”

“Siapa..?”soal Mira hairan.

Sememangnya dia tidak tahu hujung pangkal.Tiba-tiba sahaja Kasih bersedih.

“Azran.Kenapa dia buat aku macam ni.?”

“Dia buat apa pada kau..?”

“He’s cheating on me..”

“What.?”

“He’s cheating on me.Perempuan yang tempah bunga tadi tu.Yang nak kasi bunga pada boy friend dia tu.Kau tahu siapa boy friend dia?”

“Azran..?”

Kasih angguk.

“Kau pasti Kay..?”

“Kau tengoklah alamat tu.Dan untuk siapa bunga tu.Kau baca kad yang dia hantar.Dan untuk pengetahuan kau,aku pernah jumpa perempuan tu.Bukan main lagi dia meleser dengan Azran..”

“Kay..”panggil Mira lembut.Bahu Kasih dielus lembut.

“Kau lebih kenal Azran kan.?Kenapa tak tanya pada Azran?Minta penjelasan dari dia.Mungkin perempuan tu sukakan Azran tapi mana tahu Azran tak layan dia.”

“Aku tengok dengan mata aku sendiri Mi.Perempuan tu selamba pegang-pegang lengan Azran.Depan-depan aku dia buat macam tu.Belakang aku,tak tahulah macam mana aksi dia orang..”

Mira tarik nafas.Dia tahu.Kasih sedang marah sekarang.Dalam masa yang sama hatinya sakit dan kecewa tapi untuk Azran berlaku curang,agak sukar untuk Mira mempercayainya.

Mungkin benar perempuan yang datang tadi sukakan Azran dan anggap Azran istimewa tapi hanya Azran yang tahu siapa yang paling istimewa diantara Kasih dan perempuan itu.

Kerana itu dia tidak mahu Kasih terburu-buru.

“My advise.Bersemuka dengan Azran.Minta penjelasan darinya.Andai dia tidak menafikan hubungannya dengan perempuan itu,aku harap kau tabah.Ingat,setiap hubungan tidak semestinya berakhir dengan kebahagiaan.Kau harus kuat dan tabah.Dan aku tahu,kau memang seorang yang tabah kan..”
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...