MUKADIMAH

there's a story behind everything..how picture got on wall..how a scar got on your face..how you fall in love with your buddy..sometimes the stories are simple and sometimes they are hard and heartbreaking..
there's always be a stories where others people are really at the heart..leave them to tell those..tell yours instead..

Monday, July 25, 2011

KASIH RYAN 12

CHAPTER 12

Kasih letakkan bungkusan kecil yang dibalut kemas diatas meja.

“Happy birthday,sayang.”ucapnya perlahan.Hampir tidak kedengaran dipendengaran Azran.

Bengkak dimata sudah susut dan ditambah dengan sedikit solekkan,dia sudah kelihatan seperti biasa.

“Thanks.You tahukan I tak perlukan hadiah dari you.Sudah cukup dengan apa yang you beri pada I selama ini..”balas Azran dengan senyum.

Jari jemari Kasih masih dalam genggamannya.Kasih hanya senyum tanpa suara.

Hari ini suaranya agak mahal pada pandangan Azran.Semenjak mereka tiba di coffee house tadi,dia sedar Kasih tidak banyak bercakap seperti biasa.

Kasih hanya senyum,angguk dan geleng.Tidak petah berbicara seperti hari-hari sebelum ini.

Mungkin Kasih penat dengan kerja atau ada sesuatu yang mengganggu fikirannnya,getus Azran.

Namun Azran tidak mahu memanjangkan cerita.Dia tahu lambat laun nanti,Kasih akan kembali kerutin asalnya.

Normal dan berkicau macam murai tercabut ekor.

“Sayang,if I ask you something,you think you can be honest with me.?”

“Selama ni pun apa sahaja yang you tanya, I akan sejujurnya menjawap.”

“You betul-betul cintakan I..?”

Berderai ketawa Azran.Sangkanya dia akan ditanya soalan yang lebih serius dari ini.

“I’m serius,okay.”masam wajah Kasih.

“Kay,you tahukan bagaimana perasaan I pada you.Bagaimana I cintakan you.Betapa I perlukan you dalam hidup I.”

“Tapi kenapa you curang pada I.?”soal Kasih perlahan.Pandangannya tepat ke dalam mata Azran.

Dia mahukan satu jawapan yang jujur.Dia mahu Azran berterus-terang padanya.

Apa sahaja jawapan Azran,dia akan terima dengan hati yang terbuka.

Seperti kata Mira,dia harus tabah.

“Kay,what are you trying to say..?”soal Azran sampai berkerut dahinya.

Dia benar-benar tak sangka dengan soalan yang Kasih soalkan tadi.Dia curang?Bila?Dengan siapa..?

“I know about you and Lia.Her feeling towards you.I know everything..”

Dahi Azran tambah berkerut.Sedikit pun dia tidak tahu dari mana Kasih dapat idea tentang dia dan Lia.

“Kay,there is nothing between us.Kami hanya rakan sepejabat.Tak lebih dari itu.”

“Oh really.Kenapa I tak rasa macam tu pun..”

“Kay,apa yang you merepek ni..?”

“Oh sekarang you dah pandai kata I merepek..”

“Oh my GOD.What happen to you Kay.?Apa yang tak kena dengan you ni..?”

“Tak tahulah sama ada I yang tak kena atau you yang tak kena.Kalau seorang perempuan tak adaapa-apa kaitan dengan seorang lelaki,masakan dia sanggup berhabis untuk lelaki itu.”

“Apa maksud you,Kay..”

“I know about the bouquet..”

“Kay,you silap.Bouquet tu bukan dari Lia..”

“Sejak bila you pandai menipu.Lia jumpa I dekat kedai.Dia mahukan sesuatu yang istimewa untuk seseorang yang istimewa.She mean you..”

“Kay,please listen to me.Antara I dan Lia,kami memang tak ada hubungan apa-apa.Yes,I mengaku.Lia memang sukakan I tapi I hanya anggap Lia tak ubah seperti rakan pejabat I.Itu sahaja.It’s up to you untuk percaya atau tidak..”

“Bukan mudah untuk I percaya apa yang you katakan selepas I lihat sendiri perlakuan Lia pada you tempoh hari.I’m sorry.I tak rasa I dapat teruskan hubungan kita lagi..”

“Kay,please.Dont act like this.Lima tahun kita bersamakan,you should know me.”

“Hanya kerana perkara kecik macam ni you nak putuskan hubungan kita.?”soal Azran lagi.

Kasih bisu.Kata-kata Azran tidak singgah walau sepatah pun di fikiran.Dia hanya mahu cepat-cepat pergi dari situ.

Tiap kali memandang wajah Azran,dia terbayang gelagat Lia sewaktu kali pertama mereka bertemu dan sewaktu di Flower Shoppe.

“Kay,percayalah.Dalam hati I hanya ada you.Bukan Lia atau perempuan-perempuan lain.Tak pernah terlintas langsung dalam hati I untuk curang pada you.Please don’t do this to me.”

“Betul you tak ada apa-apa hubungan dengan perempuan tu..?”

Azran angguk,bersungguh.

“Betul you tak pernah curang pada I..?”

Angguk lagi.

“Demi ALLAH,I tak pernah curang pada you..”

Dan Kasih akhirnya ukir senyum.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...