MUKADIMAH

there's a story behind everything..how picture got on wall..how a scar got on your face..how you fall in love with your buddy..sometimes the stories are simple and sometimes they are hard and heartbreaking..
there's always be a stories where others people are really at the heart..leave them to tell those..tell yours instead..

Monday, July 25, 2011

KASIH RYAN 13

CHAPTER 13 

Beberapa bulan telah berlalu semenjak dia meninggalkan EarthLand,ini kali pertama dia menjejakkan kaki semula ke Menara Citra.

Ditangannya terdapat sebakul bunga carnation berbagai warna yang digubah penuh dan diikat dengan paper ribbon maroon pekat yang cantik..

“Cik Ariana..”sapa Misha yang tidak sangka dengan kehadirannya hari tengah hari itu.

‘Apa khabar Misha.?”soalnya lembut dengan senyum dibibir.

Misha pantas angguk.Agak terkejut dengan perubahan sikap Kasih Ariana.

Sebelum ini dia agak jarang brcakap dengan kasih Ariana yang selalu moody dan cepat naik angin tapi hari ini,Kasih Ariana bagaikan orang lain.Tidak seperti Kasih Ariana yang dulu.

“Cik Ariana cari Datuk ke.?”soal Misha.Pastinya Kasih Ariana datang kepejabat untuk bertemu ayahnya.

Takkan dia cari Ryan kot.Ryan kan musuh ketat Kasih.

Kasih geleng.

“Err,saya datang nak jumpa Ryan.Dia ada dekat pejabat.?”

“En Ryan.Err ada rasanya.”

“Tak apa,saya pergi cari dia dekat bilik dia.Jumpa lagi..”

Misha angguk dan ekor langkah Kasih dengan mata dan dengan seribu persoalan bermain diminda.

Kasih cari Ryan?Eh bukan dulu kerana Ryan,Kasih tinggalkan pejabat ini tapi hari ini Kasih datang cari Ryan.

Eh...peliknya.Bila masa pula Kasih dengan Ryan...Ahh bukan urusan aku .

“Hello..”

“Kay !!What a surprised.Kau buat apa dekat sini.Come in.”

“I come to see you.Tak boleh ke.?”

“Siapa kata tak boleh.Eh ini untuk aku ke..?”

“Hmm tak lah.Aku lupa nak kasi dekat Misha tadi.Boleh dia letak dekat receptionist.”

Bakul ditangan diletakkan diatas meja sebelum dia mengambil tempat berhadapan Ryan.

Matanya melatari segenap bilik Ryan.Tidak ada yang berubah.Sama seperti dulu.

Yang baru rasanya,hanya sebuah frame gambar diatas meja yang membelakangkannya.

“Dah lunch..?”

“Kenapa.?Kau nak belanja..?”soal Ryan angkat kening.

“Boleh aja tapi tak ganggu kau ke.Papa kata kau bukan main busy sekarang.?”

“Busy-busy pun aku tetap kena isi perut jugakan.Aku bukan jenis yang jaga perut supaya slim macam kau..”

“Tak guna.Sempat lagi nak kutuk orang.Kalau nak lunch,jomlah.Aku pun dah lapar.Kita makan asam pedas nak tak..?”

Lot 35.?Boleh juga.Lama tak pekena asam pedas dengan kerabu mangga.You car or mine..?”

“Up to you..”

Mereka beriringan keluar dari pejabat mendapatkan kereta Ryan yang dipakir dibasement.

Benar kata along,Ryan tidak seteruk yang disangka.Dia seorang lelaki yang baik dan kacak.

Kata angah juga benar.Ryan penuh humor.Dia pandai berjenaka dan buat orang ketawa.

Papa juga benar tentang Ryan.Ryan komited dengan kerja.Semua projek yang papa serahkan pada Ryan,disudahkan dalam tempoh yang ditetapkan dan ada kalanya lebih awal dari dateline.

Baik pelanggan mahupun supplier,semuanya mudah berurusan dengan Ryan.

Hanya dia saja yang selalu buruk sangka pada lelaki itu.Ryan boleh jadi seorang kawan yang baik because he is a good listener.

“Cik kak.Apa termenung lagi,Masuk la.Lambat-lamat nanti jammed tahu.Zaman-zaman budak sekolah ni,jalan kat Melaka Raya tu manjang aja jammed.I bukan keja company sendiri tahu..”suara Ryan menyentak dia dari lamunan.

Kasih ketawa lantas meloloskan diri dalam kereta.

Dan benar kata Ryan,mereka ambil masa lebih kurang 45 minit untuk tiba ke Lot 35 yang selalunya hanya 20 minit berkereta dari Menara Citra.

Semuanya gara-gara tersangkut dalam kesesakkan lalu lintas akibat budak-budak sekolah yang sudah mengakhiri sessi pelajaran untuk hari itu.

“Jauh sangat nak makan,last-last ini yang tinggal.”

“Okaylah ni..”

Ada sepiring asam pedas dengan dua keping ikan jenak,sepinggan kerabu mangga,dua ekor sotong dimasak sambal dan ikan kering.Tak ketinggalan sambal belacan dengan ulam raja.

“Kay,kalau aku ajak kau kahwin kau nak tak..?”

Hampir tersembur nasi yang didalam mulut mendengar soalan spontan Ryan.

Cepat Ryan hulurkan jus jambu batu dan Kasih teguk rakus.

“Kau ni cakap mulut tak berlapik.Ada ajak orang kahwin macam tu.Tak pro langsung.Hantarlah wakil jumpa parents aku..”balas Kasih bergurau.

Dia tidak merasakan Ryan bersungguh sewaktu bertanya tadi lantas dia merasakan wajar dia membalas kata-kata Ryan dengan gurauan juga.

“Betul ni Kay.?Nanti kau tolak pinangan aku macam mana.?”

“Kau cubalah dulu.Baru tahu..”

“Okay.Tapi kau jangan tolak ya.Aku serius nak kahwin dengan kau..”

“Aku pun..”balas Kasih dengan senyum.

Namun senyumnya mati sebaik melihat kelibat Azran dan Lia bergandingan mesra,melangkah masuk ke Lot 35.

Begitu mesra Lia memaut lengan Azran dan tambah erat sebaik Lia menyedari kehadirannya disitu.

Perubahan air muka Azran cepat disedari,namun Kasih berlagak selamba.

Dia kalih pandang pada pinggan dihadapan dan suap perlahan nasi sekalipun terasa bagai butir-butir pasir yang masuk kedalam tekak.

Azran memang pembohong besar !!!!

Senyum dan tawa Kasih yang mati tiba-tiba mengundang pertanyaan di hati Ryan lantas dia angkat muka.Turut sama memandang apa yang dilihat Kasih.

Siapa pemuda tu?Dan siapa pula perempuan disebelah pemuda itu.Magic betul,kerana mereka berdua berjaya membuatkan senyum dan tawa Kasih tiba-tiba ghaib..desis hati Ryan.

“Hai..you Kasih kan..”

Kan dah kata.Perempuan gedik ni sure datang sapa aku punya.Kasih kutuk dalam hati.

“Hai..ya saya Kasih.”

“Ingat lagi tak I.?Lia.Yang datang kedai you hari tu.Thanks ya.Bouquet tu memang cantik and he really love it..”ujar Lia perlahan lantas mengerling manja pada Azran yang sedang mengambil makanan.

“Eerr..I’m glad he like it.By the way,meet Ryan.Ryan..ini Lia.She and err..”

“Azran..”ujar Azran yang tiba-tiba muncul dihadapan mereka bertiga.

“Err..Lia dan Azran ni satu office.Both is my fren..”

Ryan hanya angguk.Mahu berjabat tangan tidak mungkin rasanya kerana jarinya penuh dengan nasi dan kuah,juga kerabu mangga.

“Lia,Azran.Ini Ryan.He work with my father..”

“Hi,sorry tak dapat nak shake your hand..”Ryan angkat tangan yang bersisa dengan makanan sambil ketawa kecil.

Lia masih dengan senyum mengoda dibibir dan Azran hanya mengangguk.

Kasih dan Ryan sambung semula menikmati hidangan dihadapan.Kali ini dengan suasana yang amat berbeza.

Jika sebelumnya mereka riang ketawa dan bercerita namun kali ini tiada sepatah perkataan pun keluar dari bibir masing-masing.

“Are you ready.?”

“Ya..”

“Tak nak jumpa you friend before we leave..?”

Kasih geleng.Cepat dia raih lengan Ryan dan berlalu keluar tanpa menoleh.

Hanya Ryan yang berpaling dan angkat tangan pada Azran dan Lia.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...