MUKADIMAH

there's a story behind everything..how picture got on wall..how a scar got on your face..how you fall in love with your buddy..sometimes the stories are simple and sometimes they are hard and heartbreaking..
there's always be a stories where others people are really at the heart..leave them to tell those..tell yours instead..

Monday, July 25, 2011

KASIH RYAN 14

CHAPTER 14 

Dia kerling 6280 yang berkelip-kelip sejak tadi.Sengaja diletakkan dalam silent mode supaya deringannya tidak menganggu.

Dan dia sebenarnya juga tidak mahu diganggu oleh sipemanggil.

Berat mata memandang namun berat lagi bahu memikul.Lima tahun hubungan dibina namun tak sampai lima minit ianya berakhir.

Betulkah tindakkan yang aku ambil?Bagaimana kalau Azran benar?Bagaimana kalau Azran benar-benar tiada hubungan dengan Lia?

Macam mana kalau benar hanya Lia yang tergila-gilakan Azran.?

Tapi bagaimana pula kalau benar Azran memang ada hubungan dengan Lia?

“Kay..what ever yang you nampak tu tak benar.I swear to GOD yang I memang tak ada apa-apa hubungan dengan Lia..”ujar Azran bersungguh.

Namun Kasih seolah-olah tak mendengar apa yang dikatakan oleh Azran.Hatinya kosong saat ini.

Sudah tidak ada tempat untuk lelaki bernama Azran lagi.

“Kay,please.Percayalah..”

Kasih cebik.Terlalu sukar nak percaya kata-kata Azran bila mata sendiri melihat kemesraan Lia dan Azran tempoh hari.

“Agaknya lawyer seperti you ni memang pandai bercakap.Cuba untuk meyakinkan orang dengan hujah-hujah you tu sekalipun you tahu semuanya tak benar..”

“Kay,I tahu you marah.Tapi berilah peluang pada I untuk buktikan yang I memang bercakap benar.”

“Look Azran.I see with my own eye.You dengan perempuan tu.Few times.”

“You tahukan we work together..”

“Orang lain pun kerja bersama tapi tidaklah setiap kali nampak berdua like you dengan Lia.”

“I tak tahu macam mana lagi cara untuk I yakinkan you yang I sememangnya tiada apa-apa hubungan dengan Lia.”

“You tak perlu buat apa-apa untuk yakinkan I lagi,Azran.Sememangnya hati ini dah tertutup untuk you.I don’t think we have future together.”

“Begitu mudah untuk you akhiri cerita cinta kita ni?”

“Ask yourself..”

“I never cheat on you,Kay.”

“Enough Azran.Rasanya tak perlu untuk aku terus menerus percaya kata-kata kau.Sudah cukup rasanya you perdayakan I.”

Lamunannya terganggu dengan tangisan nyaring sikecil.Dia bingkas bangun dari sofa dan menuju kebilik along.

“Kuatnya dia nangis..”pipi mongel dicium tak puas..

“Macam mak usu dia juga.Asyik ngangis sejak dua menjak ni..”along mengusik lantas menyuap puting susu kemulut sikecil yang kehausan.

Sebaik mendapat susu,tangisan sikecil segera terhenti.Kasih senyum.Lantas merebahkan diri disebelah sikecil yang begitu asyik menyusu.

“Kay,okay ke.?”

“Kenapa along tanya macam tu.?”

“Along tengok sejak akhir-akhir ni Kay banyak termenung.Kadang tu nangis sorang-sorang.Kenapa.?”

“Mana ada..”Kasih cuba berdalih.

Bila masa pula along nampak aku menangis.Ah sudah..

“Dengan along pun nak berahsia.?Hmm bila nak bawa kekasih hati Kay datang rumah.Dah lama sangat kawan kan.Baik kahwin aja.”

Kasih senyum terpaksa.Kalaulah along tahu..

“Kenapa.?”

“Kami tak mungkin akan berkahwin,long.Hubungan Kay dengan dia dah putus..”

“Putus?Kenapa..?”

“Dia ada orang lain.”ujar Kasih perlahan.Wajah along dikerling seketika.

“Mungkin dah ditakdirkan jodoh Kay bukan dengan dia..”

Lima tahun yang sia-sia..”

“Hmm.Jangan cakap macam tu.Seolah-olah Kay menyesali takdir hidup Kay.Ada orang perlukan bertahun mencari cinta sejati.Tapi ada juga yang hanya jumpa sehari,kemudian jatuh cinta.Kahwin dan bahagia.Ada juga yang tak bercinta,kemudian kahwin dan bahagia..”

“Kay menyesal.?”soal along bila Kasih hanya mendiamkan diri.

Geleng..

“Tak guna kita kesali apa yang telah berlaku kan.Setiap yang berlaku pasti ada sebab.Mana tahu selepas ni Kay akan jumpa lelaki yang lebih baik dari Azran..”Kasih cuba ubati luka sendiri.

“Ya.Lelaki macam Ryan contohnya..”along sengih penuh makna.

“Argh..Ryan lagi.Macam tak ada orang lain..”Kasih mencebik.

Along ketawa melihat reaksi spontan Kasih.Sebut nama Ryan pasti Kay akan mencebik tapi yang hairan boleh pula Kasih keluar makan bersama Ryan.

Tak pula dia mencebik.

“Ryan tu baik orangnya.Kay cubalah..”

“Along ni melampau tahu.Ingat Kay ni desperate sangat ke nak cari boyfriend.”

“Hmm..manalah tahu kalau-kalau Kay dalam proses nak mencari pengganti.Tak payah pergi cari jauh-jauh.Yang depan mata pun dah ada..”along masih tak puas mengusik Kasih.

“Ahh.Tak nak layan alonglah.”



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...