MUKADIMAH

there's a story behind everything..how picture got on wall..how a scar got on your face..how you fall in love with your buddy..sometimes the stories are simple and sometimes they are hard and heartbreaking..
there's always be a stories where others people are really at the heart..leave them to tell those..tell yours instead..

Monday, July 25, 2011

KASIH RYAN 16

CHAPTER 16

Satu family senyum senang bila dia setuju untuk menjadi isteri Ryan.

Begitu mudah dia buat keputusan walau hati berbelah bagi sebenarnya.

Cintakan dia pada Ryan atau hanya simpati pada lelaki itu.?

Tidak dinafikan Ryan seorang lelaki yang baik namun jauh disudut hati dia masih tak dapat lupakan Azran.

Entah bagaimana,begitu mudah dia buat keputusan menerima Ryan sebagai suami.

Jam didinding telah hampir kepukul sepuluh malam namun Kasih masih leka menyiapkan beberapa gubahan yang ditempah pelanggan.

Sehelai kain songket dilipat dan diletakan dialam bekas anyaman dari mengkuang berwarna merah putih.

Bekas itu kemudiannya diletakkan didalam sebuah bakul yang telah siap digubah kuntuman mawar merah.

Tinggal beberapa helai songket lagi yang perlu diletakkan didalam bekas mengkuang dan hanya perlu diletakkan didalam bakul gubahan.

Pelbagai jenis bunga sudah siap digubah Mira.Dia hanya perlu menyiapkan kain songket itu saja.

Tempahan yang diterima dari sebuah badan bukan kerajaan untuk meraikan satu delagasi pelabur dari Jepun dan dia perlu memastikan kesemua tempahan dihantar ke Legacy Hotel sebelum pukul 9 pagi esok.

Semenjak mereka mengiklankan perkhimatan membungkus hadiah,hamper dan juga tempahan untuk hantaran pertunangan dan perkahwinan sambutan yang diterima amat mengalakkan.

Hingga tak menang tangan dibuatnya.

Tambahan pula setiap keluaran yang dihasilkan oleh syarikat mereka adalah eksklusif dan tidak akan diulang melainkan atas permintaan pelanggan itu sendiri.

“Pukul berapa kau nak balik ni.Dah pukul 10 tau.”kedengaran suara Mira bertanya.

Dia hanya diam.Membiarkan pertanyaan Mira berlalu begitu sahaja.

“Ryan tak bising ke Kay.Kau asyik balik lewat aja.”

“Kenapa pula dia nak bising.”

“Bukan ke kau isteri dia.Hari-hari kau balik lambat.Tentulah dia bising.”

“Aku bekerja.Bukannya kemana.”

“Kay,dah dua bulan kau jadi isteri dia dan aku rasa sepanjang tempoh tu jugalah kau selalu balik lewat.Kenapa.?”

Dia angkat muka dan berbalas pandang dengan Mira.Seketika kemudian dia menunduk semula.Kembali kepada pekerjaannya.

“Kau ada masaalah dengan Ryan..?”soal Mira.

Setahunya Kasih tiada masaalah dengan Ryan.Malah Kasih sendiri yang setuju untuk berkahwin dengan Ryan tanpa ada paksaan dari mana-mana pihak.

Hubungan Kasih dengan Ryan juga baik sebelum mereka berkahwin tapi selepas mendirikan rumah tangga,dia dapat tahu hubungan mereka mula dingin.

Tak tahu dimana silapnya.

“Kay..aku faham perasaan kau.Tak boleh kau lupakan apa yang berlaku dan belajar untuk menerima Ryan.He’s a good guy.And you deserve to get a good guy just like him.”

Dia diam mendengarkan kata-kata Mira.Sedikit pun tidak teringin untuk membalas.

“Your life have to goes on Kay.Dulu kau dengan Ryan tak macam ni.Tak ada paksaan dalam perkahwinan kau kan.Tapi kenapa tiba-tiba kau jadi macam ni..?”

“Aku masih tak dapat lupakan Azran,Mi.”akhirnya meluncur ayat itu dari mulut Kasih.

“Astagafirullahalazim.Kau tahu tak apa yang kau cakap ni.Kay..kau kena hadapi kenyataan yang hubungan kau dengan Azran dah berakhir.Sekarang Ryan adalah suami kau.Kau juga yang setuju untuk kahwin dengan dia dulu.Kalau kau masih tak dapat lupakan Azran,kenapa kau setuju kahwin dengan Ryan..”suara Mira kesal.

“Kau tak patut buat Ryan macam tu..”Mira mengeleng lantas sekali lagi Mira suruh dia balik.

“Dah dekat pukul 11 ni.Nanti apa kata Ryan.Sure dia ingat aku yang dera kau,kerja sampai lewat malam.”

“Alah sikit saja lagi ni.Tingal lagi lima helai songket aja lagi ni.Lagipun esok pagi-pagi nak hantar kan.”

“Lilykan ada.Dia boleh tolong aku.Kita orang ni bujang.Tak ada sesiapa tunggu dekat rumah.Kau tu lain.Dahlah.pergi balik..”

“Kau ni..macam halau aku aja.”

“Memang aku halau kau pun.Kalau aku tak halau kau macam semalam-semalam,kau tak ingat nak balik rumah.Hei kawan,sesekali baliklah awal.Masak untuk suami kau.Makan malam sama-sama.Asyik beli nasi bungkus aja..”

Kasih diam dengan muka cemberut.Geram sungguh mendengar kata-kata Mira.

Namun dia buat-buat pekak.Tangannya lincah melipat helaian songket yang tinggal dan disusun kemas didalam bekas mengkuang..

Lima belas minit berlalu akhirnya dua puluh helai songket didalam bekas mengkuang,berhiaskan gubahan bunga segar yang indah,siap.

Dia mengerling jam dipergelangan tangan.Setengah jam lagi kepukul dua belas malam.

Argghh..dia mengeliat kecil.

“Esok aku dengan Lily akan bawa bunga-bunga ni ke Legacy.Kau buka kedai.Jangan lupa,Lim datang esok.Kau suruh dia tambahkan bunga lily dengan orkid untuk next shipment.Bakul-bakul rotan pun kalau boleh suruh dia bawa.Mmm..medium size tau.”

“Yalah-yalah.Aku tahu.Kau dah cakap tadi.Lagipun kau dah tulis kat notice board tu.”

“Aku ingatkan aja.kau tu pelupa.”

“Aku pelupa.?Yalah..”

Mira senyum melihat wajah keruh Kasih..Dilihat Kasih menarik laci dan mengeluarkan beg kulit PRADA hitamnya.

“Kau nak balik.?”sengaja dia bertanya.

Angguk.

“Penatlah..”

“Memanglah.Jangan salahkan aku ya sebab aku tak suruh kau tunggu sampai lewat malam.”

“Yalah-yalah.Aku balik dulu..”

“Drive carefully Kay.”

Daun pintu ditolak perlahan.Dia sampai dirumah tepat-tepat jam 12.30pagi.

Harap-harap Ryan dah tidur.Kalau tidak pasti dia akan menceceh atau berceramah seperti semalam.

Dia membongkok,menanggalkan sepatu NIKE dikaki dan sebaik dia mengangkat badan,serentak lampu terbuka.

Ryan sudah menantinya dikepala tangga.

“Did you know what time is it now.?”

“12.30..”dia menjawap sepatah.

“I tak suka you balik lambat setiap hari.”

“I kerja..”

“Orang lain pun bekerja juga.Tapi tak adalah macam you.”

“I tak pernah suruh you tunggu I.”

“Kalau macam ni keadaannya selalu,you jangan kerja lagi dekat situ.Either you balik awal start from tomorrow or take back your share in Flower Shoppe..”

“You siapa nak arah-arahkan I..”

“I suami you.Sama ada you suka atau tidak..I berhak keatas diri you..”

Kasih hanya membatu.Tanpa mempedulikan renungan Ryan dia atur langkah dan masuk kedalam bilik..

Pintu bilik dihempas perlahan dan dia melompat naik keatas katil.

Airmata mengalir tanpa diundang.Sangkanya dia akan gembira dan bahagia dengan perkahwinan ini tapi rupanya dia silap.

Sedikit pun dia tidak rasa bahagia malah hatinya sentiasa teringat pada Azran.

Azran sentiasa hadir dalam setiap detik hidupnya.

Ya ALLAH.Apa yang harus aku lakukan.Sangat besarnya dosa aku pada Ryan kerana menyiksa hidupnya.

Sangat besarnya dosa aku sebagai isteri yang tidak pernah menunaikan tanggungjawap terhadap suami.

Kasih mula menyesal dengan keputusan yang diambilnya dahulu.

Terdengar ketukkan perlahan dimuka pintu.Dia cepat-cepat kesat airmata.

“You nak apa..”tanyanya dalam sedu yang bersisa.

“Kay..I minta maaf .”

Diam.

“Kay..”

“I akan maafkan you kalau you izinkan I terus kerja dekat Flower Shoppe.”

Giliran Ryan pula membisu.

“I izinkan.”agak lama membuat keputusan,barulah dia bersuara.

Kasih diam.

“Kay..”

“I maafkan you.”

“Thanks Kay.”

Ryan berlalu perlahan meninggalkan Kasih sendirian.Sengaja dia memilih bilik dibawah kerana lebih mudah untuk memantau pergerakkan Kasih.

Sebuah keluhan dilepaskan.Entah bila agaknya Kasih dapat menerima kenyataan.Sudah dua bulan ikatan suami isteri terjalin,namun dia dapat rasakan begitu sukar untuk merapati isterinya.

Sangkanya bila Kasih sendiri bersetuju menjadi isteri segalanya akan indah dan ceria.

Dia impikan kehidupan berkeluarga yang bahagia.Diserikan dengan kehadiran beberapa orang cahaya mata.

Sangkanya juga Kasih telah benar-benar bersedia menerima dirinya tapi Ryan silap perhitungan.

Kasih berubah sebaik mereka diijab kabulkan.Kasih bukan lah seperti gadis yang dikenalinya sebelum ini.

Bukan seperti Kasih yang riang menikmati Lamp Chop di Highway Corner,Kasih yang adventure sewaktu mereka sama-sama menaiki EOM dan Menara Tamingsari,Kasih yang kecoh dan kepoh.Kasih yang banyak cakap,Kasih yang kuat bertekak.

Ryan sendiri seolah-olah tidak mengenali Kasih yang ada dihadapannya.

Bukan dia tak tahu Kasih sengaja pulang lewat malam,itu satu alasan untuk menjauhkan diri.

Dan apabila hujung minggu,dia hanya memerap didalam bilik.Mereka jarang  berkomunikasi dan setiap kali dia membuka mulut,Kasih hanya mendiamkan diri.

Jarang sekali dia membalas setiap pertanyaan yang dilemparkan.

“Ya Allah..kau bukakan lah hatinya untuk ku.Sesungguhnya aku amat cintakan dia..melebihi cintaku pada diriku sendiri.”







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...