MUKADIMAH

there's a story behind everything..how picture got on wall..how a scar got on your face..how you fall in love with your buddy..sometimes the stories are simple and sometimes they are hard and heartbreaking..
there's always be a stories where others people are really at the heart..leave them to tell those..tell yours instead..

Monday, July 25, 2011

KASIH RYAN 17

CHAPTER 17

Freekan gear dan break tangan ditarik.Pintu kereta di buka.Dia melangkah masuk.Senyap aja.

Dia nampak kereta papa dan mama digaraj.Begitu juga dengan Sportage milik angah yang tersadai ditepi garaj.

Terdengar suara bergelak ketawa di taman dan pantas saja dia mengatur langkah kesana.

Terdapat seorang lelaki dalam kumpulan keluarganya.Yang pastinya lelaki itu bukan angah mahupun abang Fazree,kerana susuk tubuh lelaki itu lebih tegap.

Kehadirannya disedari angah,lantas mengamitnya supaya datang menghampiri.

“Tak dengar bunyi kereta Kay pun.”

“Habis dah bergelak ketawa sampai habis volume..mana nak dengar.”dia berjenaka.

Angah tergelak kecil lantas mereka bergandingan mendapatkan papa,mama dan tetamu mereka.

“Assalamualaikum papa..mama.”

“Waalaikumsalam..”

Lelaki yang membelakangkannya turut sama menoleh.

Senyum yang menguntum hilang tiba-tiba sebaik mata mereka bertemu.

Begitu juga dengan lelaki itu.Jelas kelihatan air mukanya berubah sebaik sahaja mereka bertemu pandang.

Kasih menelan liur.Cuba berlagak selamba.

Lelaki yang sudah hampir beberapa bulan tidak ditemui,tiba-tiba muncul dirumah orang tuanya.

“Kay tak beritahu nak datang..”mama memberikan kucupan  sayang dipipi.

“Takkan nak datang rumah parents sendiri pun nak kena beritahu dulu.”

“Taklah.Sekurang-kurangnya mama boleh suruh Mak Jah masak makanan favourite Kay.Tidur sini ajalah ya malam ni.Lagipun Ryan tak ada kan..”

Dia diam.Papa direnung,meminta penjelasan akan kehadiran pemuda yang sedari tadi tercegat disebelah papa.

“Oh ya.Papa lupa.Mari papa kenalkan Kay dengan Azran.Peguam baru syarikat kita.”

“Peguam..?Uncle Roslan mana.?”

“Uncle Roslan nak menumpukan perhatian pada keluarganya.Kay tentu maklumkan yang untie Ida sakit.Jadi sebab itu uncle Roslan letak jawatan sebagai peguam syarikat.Dia kenalkan papa dengan Azran ni.”

Pandangan serba salah dihalakan kewajah lelaki itu.Azran kelihatan bersahaja.

Dengan senyum manis terukir dibibir dia menghulurkan salam tanda perkenalan.Teragak-agak Kasih menyambut..

“Saya Azran.NorAzran Syamsul..”

“Kasih Ariana..”sempat dia mengerling kearah angah yang sudah diduduk dipergola mengadap kolam ikan yang sederhana besar.

Angah angkat bahu dan dia cepat-cepat mengalihkan pandangan kearah papa.

“Kasih ni anak bongsu uncle.Jassrina anak yang tua dan Jimmy,anak nombor dua.”Kasih dengar papa bercerita dengan Azran.

Tidak berminat mencampuri urusan mereka dan menambahkan sesak didada,dia mohon diri masuk kedalam dengan alasan mahu mencari Mak Jah.Meminta resepi ikan bakar sumbat kelapa kegemaran Ryan,alasannya.

“Kasih tak tinggal dengan kami.Dia tinggal dekat Cheng dengan suaminya.Menantu uncle,juga pemilik bersama Earth Land.”

Azran angguk.Kalau Datu Faizal tidak bercerita,dia sudah boleh mengagak siapa suami Kasih namun dia sedikit terkejut bila mendapat tahu Kasih sudah berumah tangga,sedangkan hubungan mereka putus tidak sampai enam bulan yang sudah.

Cepat benar Kasih lupakan kisah cinta lima tahun mereka.

Kasih tarik langsir,menutup jendela kamar setelah puas mengendap papa dan Azran dibawah.

Tak sedar perbuatannya lama diperhatikan oleh Nadzmi.

“Kay intai siapa..?”

“Intai siapa pula?Kay tengok langsir ni ha..warna dia macam dah lusuh.Takut Bibik letak bleach aja.”

Nadzmi tersenyum.Teringat peristiwa beberapa tahun lepas bila pembantu rumah mereka secara tidak sengaja meletakkan peluntur sewaktu mencuci langsir dan akibatnya langsir kuning diraja kesayangan mama menjadi bertompok-tompok dan terpaksa dibuang begitu sahaja.

“Takkanlah belek macam tu sekali.Kalau letak bleach,dari jauh dah nampak..”

“Angah ni.Merepek betullah.”

“Angah pulak..”

Dia melabuhkan punggung keatas sofa biru bertentangan.Angah masih tersandar dipintu.

“Dah berapa lama papa kenal dia.?”

“I think around 3 to 4 month..”balas Nadzmi perlahan.

Dia faham soalan itu tentunya di tujukan pada Azran yang sedang rancak bersembang dengan papa dilaman.

“You think..?”soalnya seakan tidak percaya.

Angah angguk.Dia tahu papa berurusan dengan Azran sejak beberapa bulan yang lalu namun dia sengaja tidak mahu memberitahu pada Kasih.Tidak ada gunanya.

Lagipun dia tidak rasa adiknya perlu tahu Earth Land berurusan dengan firma guaman milik Azran kerana Kasih tiada kepentingan di EarthLand..

“Bila Ryan balik.?”

“Esok petang.”balasnya pendek..

“Macam mana Kay dengan dia..”

 “Okay aja..”

“Baguslah kalau macam tu.Ingat..Kay sekarang ni isteri orang.Bukan anak dara lagi.Tak elok balik lewat malam dan tinggalkan suami sorang-sorang dekat rumah.”

“Mana ada..”dia membalas.

Geram.Tentu Ryan mengadu dengan along.Tak malu betul.

“Ryan tak pernah cerita apa-apa dengan angah.Mira yang beritahu.”seakan tahu apa  yang bersarang dihatinya,angah membuka rahsia.

“Kay makan malam dekat sini yer..”pelawa Mak Jah sebaik melintas dihadapan kedua beradk itu.

“Boleh,tapi mak Jah kena masak ikan bakar favourite Kay tu.”dia merengek manja.

“Kamu suami isteri suka betul ikan bakar tu.Yalah..nanti mak Jah masak.”

“Masak lebih-lebih Mak Jah.Nanti along dengan abang Fazree nak join sekali.”sampuk angah.

Kasih sengih.Hanya memerhatikan mak Jah berlalu kedapur.

“Kay dengan Ryan ni macam ada chemistry.Perasan tak.?”

“Apa angah merepek ni..”

“Kay suka makan ikan bakar sumbat kelapa.Ryan pun suka.Kay suka air  kelapa,dia pun sama.Kay banyak baju warna merah..perasan tak Ryan pun sama.Nombor plat kereta pun sama..”

“Angah ni.Cuba jangan merepek..Bencilah.”bantal kecil yang berada disisi dicampakkan geram kearah Nadzmi yang sempat mengelak.

Kasih bangun.

“Nak pegi mana tu..?”

“Masuk bilik la..”

“Malas.Bukan nak tolong mak Jah masak..”

“Lain tahun..”

Papa dan Azran masuk sebaik Kasih menghilangkan diri.

“Kay mana..?”

“Dalam bilik..”

“Duduk Azran.Malam ni kamu makan malam dekat sini ajalah..”papa mempelawa.

“Eh..menyusahkan uncle ajalah..”

“Apa pulak nak susah.Bukan kena masak pun.”

“Ha’ah.Dinner dekat sini ajalah.Bukan ada sapa-sapa pun..”pelawa angah pula.

Azran angguk dengan senyum dibibir.Matanya tertancap pada satu gambar keluarga yang diletakkan di atas meja tidak jauh dari situ.

“Itu menantu uncle.Ryan namanya..Rasanya Azran belum pernah berjumpa dengan dia.”

“Betul uncle.Belum pernah sekali berjumpa dengan dia.”Azran bohong sunat.Dia pernah sekali bertemu Ryan di Lot 35 satu waktu dulu.

“Dia baik orangnya.Segala urusan syarikat dialah yang uruskan.Nanti uncle akan kenalkan Azran dengan dia sebaik dia pulang dari Singapura.”

Azran angguk lagi.Sebenarnya dia lebih berminat melihat gambar wanita disebelah Ryan.

Senyum yang diukir dibibir wanita itu jelas seperti satu lakonan semata-mata.Dan dia yakin sehingga kesaat ini,hati Kasih masih padanya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...