MUKADIMAH

there's a story behind everything..how picture got on wall..how a scar got on your face..how you fall in love with your buddy..sometimes the stories are simple and sometimes they are hard and heartbreaking..
there's always be a stories where others people are really at the heart..leave them to tell those..tell yours instead..

Monday, July 25, 2011

KASIH RYAN 20

CHAPTER 20

“Kay..”

“Hmm..”

“Pandanglah sini..”

Kasih angkat muka dan pandang pada Mira yang duduk dihadapannya.

“Kenapa ..?”

“Dah berapa lama kau kahwin..?”

“Apa punya soalan kau ni..?”

“Aku tanya dah berapa lama kau kahwin..?”

“Entah.Masuk 7 bulan kot.Kenapa.?”

“Kenapa tak besar-besar perut kau..?”soal Mira dengan sengih nakal.

“Kau ni.Melampau tau soalan kau.”

“Melampau ke.?Muda-muda dapat anak bagus tahu.Kalau kau dah tua,anak-anak dah besar.Silap-silap orang ingat kau dengan anak kau macam kakak dengan adik..”

Kasih bisu.Membiarkan Mira berbicara sendirian.Fikirannya jauh mengingati Azran.

Dia terima ajakkan Azran untuk lunch kali kedua beberapa hari yang lepas.Dan dia ajukan soalan pada Azran tentang Lia.

“Buat apa I beritahu you dia dah kahwin.Lainlah kalau I beritahu,you akan kahwin dengan I..”

Dan dia terdiam mendengar jawapan Azran.

“Bukan I dah beritahu you sebelum ini.Antara I dengan Lia,cuma kawan.Tak ada hubungan istimewa.You yang tak nak percaya..”

“I minta maaf sebab tak percayakan you dan terlalu ikut perasaan I.”

“Masih belum terlewat Kay.I want you to come back to me.Please.”

“I tak boleh Azran.I tak sanggup..”

“Kay.Please.Bukan untuk orang lain.Untuk kebahagiaan kita juga..”

“Wei Kay..Kay..”

“Ha..”

“Ya ALLAH.Kau ni..tk habis-habis berangan.Telefonlah..”

Dalam keadaan terpingga,dia sambut juga gagang telefon yang Mira hulurkan.

“Hello,Kasih sini..”

“Kay,why don’t you pick up your handphone..”lembut suara Ryan dihujung sana bertanya sekalipun hatinya sedikit terbakar.

Penat dia mendail tapi panggilannya tidak berjawap membuatkan dia terpaksa menelefon Florist Shoppe.

“Err..handphone dalam beg.Nak apa..?”

“I will go to Singapore tonight.In 2 days will be back..”

“Okay.”

“You take care.I call you when I reach there..”

“Okay..”

Gagang telefon dia letakkan semula.Ryan nak ke Singapore.Dia akan keseorangan malam ini.

Apa nak takut,selama ini pun dia tinggal seorang sebelum pulang semula kerumah orang tuanya.

Mati pun nanti seorang juga.

Kasih sudahkan hiasan bunga segar yang dipesan seorang pelanggan sebentar tadi.

Jambangan lili digubah untuk pelanggan yang mahu menziarahi seorang kenalan yang baru kehilangan anggota keluarga.

Sementara diluar,Mira dan Lily sibuk memeriksa bunga-bunga segar yang baru tiba dari Cameron Highland.

Jelas kedengaran riuh mulut Mira memarahi pembekal bunga kerana lewat tiba.

Pembekal sepatutnya tiba pagi tadi tapi disebabkan urusan yang tidak dapat dielakkan,hanya baru sebentar tadi mereka tiba.

Ahh..Mira yang sentiasa punctual.

Telinganya menangkap bunyi handphone tanda ada sms diterima.Kasih selongkar beg dan keluarkan 6280.Ada beberapa miss called dan satu sms.

Miss called semuanya dari Ryan dan sms diterima datangnya dari..Azran.

hye sayang.i miss u..hope can see u..can we have dinner 2nite?

Azran..Azran.Why are you doing this to me.?

Sekali lagi handphone berbunyi.Sms dari Azran,again.

please..

Kasih menekan kekunci.

okay..





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...