MUKADIMAH

there's a story behind everything..how picture got on wall..how a scar got on your face..how you fall in love with your buddy..sometimes the stories are simple and sometimes they are hard and heartbreaking..
there's always be a stories where others people are really at the heart..leave them to tell those..tell yours instead..

Monday, July 25, 2011

KASIH RYAN 21

CHAPTER 21

Kasih hanya pekakkan telinga sekalipun pintu biliknya seakan hampir roboh diketuk Ryan.

“Baik you buka pintu ni..”jelas kedengaran suara Ryan.

Lantang dan kuat.Dan akhirnya dia akur.

“Kalau I tak buka,apa yang akan you buat.Pecahkan pintu ni..?”

“Kalau itu yang you nak I buat,I do it..”balas Ryan,jelas menyinga dengan perbuatan Kasih.

“I’m leaving to Singapore this afternoon.I want you to stay at your parents house.”seakan satu arahan didengarnya keluar dari mulut Ryan.

“Siapa you nak arah-arahkan I untuk kemana-mana..”

“Either you like it or not,I want you to go there.I tak nak you tinggal sorang-sorang dekat sini.”tegas kedengaran suara Ryan.

Dia buat-buat tak dengar.Selama ini pun,sebelum berkahwin dia tinggal seorang di apartmentnya.

Tidak pernah berlaku apa-apa pun.Kenapa pula kali ini Ryan beria-ia sangat menyuruh dia pulang kerumah.

“I wont go there.”.

Kasih cuba menutup pintu namun pantas Ryan menghalang.Sekelip mata lelaki itu sudah berada didalam bilik.

Tidak pernah dilihat Ryan semarah ini.Mukanya merah padam hingga Kasih tidak berani angkat muka.Kecut perutnya tika ini.

Cepat dia cuba berlalu meningalkan Ryan namun lelaki itu lebih pantas dalam segalanya.

Tidak sampai dua langkah,terasa lengannya ditarik membuatkan dia jatuh kedalam pelukkan lelaki itu.

Sedaya upaya dia meronta,namun semakin kuat dia meronta,semakin kuat cengkaman Ryan.

“You hurting me..”

“I akan keep continue hurting you kalau you tak duduk diam-diam.”Ryan mengugut.

“Sakitlah..”Kasih mula mahu menangis.Bukanlah sakit sangat sebenarnya tapi dia takut.

Takut melihat Ryan yang seakan sudah dirasuk hantu.

“You listen to me okay.From today onwards,I tak izinkan lagi you bercakap macam tu dengan I.I’m your husband.Please show your respect.I believe your parents dah ajar you cara menghormati orang lain expecially your husband.”

“You tak berhak nak paksa I.”Kasih masih berdegil.

“I don’t care.Sebaik sahaja you sign surat nikah tu,automatically,you’re mine.I berhak keatas diri you.Dan ingat,you sendiri yang rela untuk berkahwin dengan I.Do remember that..”

“I hate you..”jerit Kasih dalam sedu.

“I don’t care.Sama ada you suka atau benci,makesure sepanjang I tak ada,you stay at your parent house.Jangan sesekali you ingkar cakap I.If not,I tak akan izinkan you keluar bekerja lagi.Do you understand.?”soal Ryan.

Macam cikgu sekolah menyoal anak murid.

“No.I did not.You memang kejam.Kejam.”

“Ya..memang I kejam.Tapi you yang paksa I untuk menjadi seorang yang kejam.Mana tanggungjawap you sebagai seorang isteri?You tak pernah belajar untuk menghormati I.You keluar,you balik sesuka hati you.Makan pakai I,tak pernah you jaga.Isteri apa you ni..”akhirnya.

Setelah sekian lama bersabar,Ryan sudah tidak mampu menyimpannya lagi.Dua belas bulan telah hampir berlalu..

Sangkanya Kasih akan berubah namun hingga kesaat ini,hati isterinya tetap keras seperti besi padu.

“You jangan nak perasan.Tidak sesekali I akan menganggap you sebagai suami.Never.Baik you keluar.Keluar..”separuh histeria dia menjerit.

Namun Ryan bagai tidak mendengar jeritannya.Hati lelaki itu sakit.

Telinganya terasa panas,mendengar kata-kata yang dihamburkan oleh Kasih.

Kalau ikutkan hati yang marah,mahu rasanya dia menghadiahkan penampar.

Tapi dia bukan jenis lelaki seperti itu.Dia tidak percaya pada kekerasan.

“Sebetul-betulnya I memang tak kenal you siapa Kay.I tak boleh baca hati you.Ada masa I rasa you seakan dekat dengan I.Kita boleh bercerita tentang apa saja.You can laugh when I make joke.Tapi ada masa-masa juga you bagaikan orang asing.You don’t want to talk.You dengan dunia you sendiri.”

“Bila you kata you sudi jadi isteri I,rasanya I adalah orang yang paling bahagia dalam dunia ni.I sangka lepas kita kahwin,you akan berubah.You akan sayang pada I.Hormat I sebagai seorang suami,but I was wrong.That will never happen kan.Lagi-lagi sekarang,you dah pandai jumpa kekasih lama you..”

“Jangan ingat I diam,I tak tahu apa-apa Kay.I know.Tapi I nak tunggu you talk to me.Kalau you nak I lepaskan you dan kalau itu yang akan membuatkan you bahagia,gembira,I akan lakukannya.Just ask..”

Kata-kata Ryan membuatkan Kasih terdiam.Sedikit pun dia tidak berani nak angkat muka untuk memandang wajah Ryan.

“Kita bincang selepas I balik nanti.Mean time,please stay at your parents and don’t see that guy anymore.I tak nak orang kata I suami yang dayus.Tak pandai jaga isteri.Dan kalau you tak mahu hormat I sebagai suami,fikir tentang parents you.Apa kata papa dan mama kalau dapat tahu you jumpa orang lain masa I tak ada..”
  
@@@@@

Mata along besar dan bulat pandang pada Kasih.Tak percaya dengan apa yang telinganya baru dengar.

Along geleng kepala tanda tak puas hati.Dari duduk,along sudah bangun dan bercekak pinggang lantas jalan mundar mandir keliling bilik.

“Kenapa Kay buat macam ni?Dulu masa Kay agree nak kahwin dengan Ryan,Kay ada fikir tak tentang semua ni?.”

Kasih bisu.

“Inilah padahnya bila buat keputusan dalam keadaan marah.Orang lain yang jadi mangsa.Kay marah pada Azran,then Kay setuju kahwin dengan Ryan tapi bila Kay tahu cerita sebenar tenang Azran dan Lia,Kay nak tinggalkan Ryan.Kay tak kasihan pada dia?Dia suami Kay tahu..”

Suara along mula tinggi.Kasih angkat muka dan buat isyarat minta along turunkan volume suaranya.

Dia tidak mahu papa dan mama dengar.Nanti akan panjang lagi cerita ni jadinya.

“Kay tahu Kay salah.Kay dah cuba tapi Kay tak boleh terima Ryan.Kay tak tahu kenapa..”

“Along nak tanya.Dan along nak Kay jawap dengan jujur..”

Kasih angguk.

“Katalah,Azran sememangnya ada hubungan dengan Lia.They get married.Then masa tu rasanya Kay boleh terima Ryan..?”

“Along..”

“Jawap soalan along ..”

Kasih bisu lagi.Otaknya buntu.Tak ada jawapan pada soalan along saat ini.

“Kay tak boleh terima Ryan sebab Kay tahu Azran is there for you.But what if Azran is somebody husband.?And nobody there for you except Ryan.Will you except him..?”

Kasih masih bisu.Kata-kata along melekat kuat dalam otak dan memaksanya berfikir.

Dia akui kata-kata along.Suatu masa dulu dia hampir menerima Ryan dalam hidup.

Bak kata Ryan padanya semalam..

Sebetul-betulnya I memang tak kenal you siapa Kay.I tak boleh baca hati you.Ada masa I rasa you seakan dekat dengan I..Kita boleh bercerita tentang apa saja.You laugh when I make joke.Tapi ada masa-masa juga you bagaikan orang asing.You don’t want to talk.You dengan dunia you sendiri

Dulu sewaktu belum kahwin, dia boleh duduk berjam-jam bersama Ryan.Bercerita dari satu topik kesatu topik.

Dia ketawa bila Ryan buat cerita lucu dan dia hampir mengalirkan air mata bila Ryan ceritakan kisah silam hidupnya.

Sedikit demi sedikit hatinya mula terbuka untuk Ryan tapi sejak Azran datang semula,dia mula menjauhkan diri dari Ryan.

Dia mula mencipta jarak dan alasan.Padanya Ryan mula tidak menyenangkan dan membebankan.

“Along senang hati bila Kay kahwin dengan Ryan.Papa,mama,angah.Kami semua senang hati bila Kay buat pilihan terima Ryan.He’s a very very good guy.Along minta Kay fikirlah masak-masak sebelum ambil apa juga keputusan.Along tak mahu Kay menyesal kelak sebab tak mudah nak cari lelaki seperti Ryan sekarang ni.Apa pun the choice is in your hand..”





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...