MUKADIMAH

there's a story behind everything..how picture got on wall..how a scar got on your face..how you fall in love with your buddy..sometimes the stories are simple and sometimes they are hard and heartbreaking..
there's always be a stories where others people are really at the heart..leave them to tell those..tell yours instead..

Monday, July 25, 2011

KASIH RYAN 6

CHAPTER 6

Ryan raup wajah dengan kedua-dua tangan.Terasa sedikit kepenatan setelah selesai melakukan lawatan ketapak apartment dan kondominium di Pulau Mahkota bersama beberapa kontaktor.

Sebotol air mineral dicapai dan diteguk rakus.Tak semena-mena matanya tertancap pada jambangan bunga yang terletak cantik diatas meja bersebelahan sofa biru yang terletak disudut bilik.

Beberapa tangkai carnation putih berbelang biru digabungkan dengan kuntuman kudup-kudup mawar putih.Cantik.

Carnation putih belang biru pada kelopaknya mengingatkan dia pada Kasih Ariana.

Sudah hampir enam bulan dia tidak pernah bersua lagi dengan gadis itu.

Kali terakhir itulah,sewaktu Kasih meninggalkan Earth Land.

Setiap kali dia berkunjung ke banglo Datuk Faizal,tidak pernah kelihatan kelibat Kasih.Menurut Nadzmi,gadis itu amat jarang pulang kerumah.Dia lebih senang menginap diaparmentnya di Bukit Cheng.

“Ryan,come join us.”

Dia hanya mampu tersenyum dan mengangguk.Menarik kerusi dan melabuhkan punggung disebelah gadis cantik yang begitu sedap menikmati hidangan tanpa sedikit pun memperdulikan kehadirannya.

“Kenalkan,my princess.Kasih Ariana.Kasih,this is Ryan.Project Manager Earth Land.”

Garfu dan sudu diletakkan semula.Gadis cantik yang bernama Kasih Ariana memandang tepat kewajahnya.

Dia senyum namun tidak berbalas.Sebaliknya gadis itu melihatnya atas bawah dengan pandangan yang mencurigakan.

“Kenapa papa tak beritahu Kay kita ada Project Manager yang baru.?”

“Sebenarnya dah hampir tiga tahun.”

“Three years?Papa..”

“Papa minta maaf okay.Papa terlupa nak beritahu Kay.”

Ryan diam.Menelan liur.Terasa kehadirannya tidak diperlukan.Gadis dihadapannya memang cantik namun kelihatan sedikit arragont.

Bukannya dia hendak memperkenalkan diri tapi sebaliknya sibuk mempertikaikan kedudukkan aku sebagai Project Manager.Mentang-mentanglah Earth Land syarikat bapak dia.

Ryan senyum sendiri.Kasih memang sedikit degil dan keras kepala namun dia penuh dengan idea-idea segar yang Ryan sendiri tidak pernah terfikir.

Walaupun tidak bersetuju,namun diakui idea Kasih memang brilian.Tapi yang pelik,kenapa Datuk tidak terus beri Kasih jawatan yang sesuai dalam Earth Land.

Mulanya Ryan tidak faham tapi setelah Datuk sendiri menerangkan padanya,barulah dia tahu tujuan Datuk Faizal buat begitu.

Tapi tak sangka pula Kasih ingat dia yang pengaruhi Datuk Faizal untuk buat semua keputusan.Sudah-sudah dia pula dituduh macam-macam.

Gambar disudut meja direnung.Wajah Kasih yang sedang tersenyum bersebelah Datuk Faizal menjadi perhatiannya.

Gadis tinggi lampai dengan susuk tubuh yang menawan.Berkulit putih bersih dengan seulas bibir merah merkah yang bisa mengetarkan hati mana-mana lelaki.

Rambut panjang ikal melepasi bahu.Hitam berkilat namun ada sejalur rambut diwarnakan kemerahan.Nampak moden dan seksi sekali.

Dia suka melihat gadis itu tersenyum tapi senyum Kasih amat mahal padanya.Sejak  hari pertama gadis itu menjejakkan kaki di Earth Land,dia sudah menjadi musuh nombor satu .

Tak tahu dimana silapnya.Sudah puas dia bertolak ansur namun gagal.Kasih memang tidak suka mendengar kata orang lain.Degil.

Sepanjang mengenali Kasih,dia tidak pernah nampak gadis itu dengan mana-mana lelaki atau lebih tepat teman lelaki.

Gadis secantik Kasih tak kan tak punya special boyfriend.Pertanyaan yang sering berlegar difikirannya hinggalah kesaat ini.

Deringan telefon menganggu lamunannya.Frem gambar diletakkan semula dan pantas gagang telefon dicapai.

“Encik Ryan,Mr Leong online.”

“Thanks Maria.”

“Mr Leong.Afternoon.Yes.Confirm tonight at 8.Okay.I’ll see you there.”

Gagang telefon diletakkan semula selang beberapa minit berbicara.

Perjumpaan dengan prospect buyer malam ini di Equotarial berkenaan dengan projek di Pulau Mahkota.

Dia mengerling Tag Huever dipergelangan tangan kanan.Hampir pukul lima petang.Aahhh..penat betul.

“Maria,saya nak balik dulu.”

“Awal hari ni..?”terdengar seakan satu sindiran ditelinganya akan pertanyaan Maria.

Mana tidaknya,kalau jam tidak menunjukkan keangka 9,dia masih lagi berada dipejabat.

“Saya ada urusan malam ni..”balasnya pendek..

“Drive carefully.”

Ryan cuma mengangguk tanpa memandang.

@ @ @ @ @

Jam ditangan menunjukkan hampir kepukul 11 bila dia turun kebasement untuk mendapatkan keretanya.

Civic hitam metalic dengan nombor pendaftaran MBF 6889 dipandu perlahan.Kereta dihalakan kearah Lorong Pandan,pulang kerumah.

Puas dia menolak ajakkan Mr Leong untuk berkaraoke.Berbagai alasan diberikan dan akhirnya Syaiful yang mengikutinya tadi menjadi mangsa.Mengikut Leong dan beberapa orang buyer berkaraoke di Melaka Raya.

Dia melepaskan gear dan menarik break tangan.Matanya memandang sayup bangunan setinggi lima tingkat dihadapannya.Entah kenapa tak pasal-pasal dia tiba di sini.

Bagai ada yang memanggil,dia tiba-tiba rasa rindu yang amat sangat pada Kasih.

Semasa perjumpaan malam tadi,hanya jasadnya saja yang ada sedangkan fikirannya melayang jauh mengingati gadis itu.

Keypad ditekan.Mencari nombor telefon milik Kasih.Beberapa saat berlalu namun masih tiada jawapan.

Ryan terus mencuba dan beberapa ketika terdengar suara kasih dihujung talian.

“Assalamualaikum..”

“Waalaikumsalam..”

“Kasih..?”

“Ya,saya.Apa kau nak cari aku malam-malam buta ni..”

“Aku ada dekat bawah.Boleh aku jumpa kau..?”

“Kau gila?Dah pukul berapa ni..?”jerit Kasih dihujung sana.

“Please..”

“Sorry.Aku nak tidur.Lagipun hari dah lewat malam..”

“Aku akan tunggu dekat sini sampai kau setuju..”

“Suka hati kau..”

Klik.Telefon sudah diletakkan.

Ryan dongak sekali lagi.Memandang deretan apartment,lima tingkat dihadapan.Dia hanya tahu Kasih tinggal d block D tapi tak tahu unit yang mana satu.

Melalui tingkap yang tertutup,dibalik langsir,Kasih memerhati.Susuk tubuh Ryan jelas kelihatan.

Berkerut dahinya memikirkan tujuan Ryan datang.

Dah gila agaknya mamat tu.Dah tengah malam ada hati nak jumpa.Macam tak ada esok hari.

Ah lantak.Biar dia tunggu dekat bawah sampai subuh.Peduli hapa aku.

Kasih tarik langsir dan padamkan lampu.Lebih baik layan mata dari layan Ryan yang tak betul tu,desis hati kecilnya.

Jam berdenting sekali tanda sudah pukul 1 pagi tatkala dia tersedar.Tekak pula terasa dahaga lantas dia kuak selimut lalu kedapur.

Melintasi ruang tamu,dia terasa mahu melihat keluar.Adakah Ryan mengotakan katanya..?Ya Tuhan.Ryan masih terpacak dekat situ.

Mamat ni tak betul agaknya..

“Ryan..”

“Aku masih tunggu kau..”ujar Ryan dihujung talian.

“Kau baliklah.Hari dah pagi.Jangan mimpi aku nak turun jumpa kau..”

“Aku tak akan balik selagi kau tak setuju nak jumpa aku..”

“Kau ni dah kena rasuk ke..?”

“Aku cuma nak jumpa kau.”

“Macam tak ada esok..”

“Kau janji ya.Esok kita jumpa..”pinta Ryan.Macam budak-budak.

“Yalah..”

“Thanks Kay.Err one more thing....”

“Apa lagi..?”

“Aku rindu..”terus Ryan letak.

Tak tahu dari mana dia punya kekuatan untuk mengucapkan ayat tersebut dan dihujung sana Kasih masih terlopong.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...