MUKADIMAH

there's a story behind everything..how picture got on wall..how a scar got on your face..how you fall in love with your buddy..sometimes the stories are simple and sometimes they are hard and heartbreaking..
there's always be a stories where others people are really at the heart..leave them to tell those..tell yours instead..

Monday, July 25, 2011

KASIH RYAN 8

CHAPTER 8

Dengan sepiring kastard dia bersantai diatas buaian besi yang terletak dilaman belakang.

Cuaca hari ini cukup indah.Langit tak gelap tanda nak hujan seperti selalu.Angin bertiup sepoi.

Ahh..alangkah indahnya kalau dapat melelapkan mata barang seminit dua.Desis hatinya sambil mengunyah kastad yang enak dibuat Mak Yam.

“Amboi,orang semua sibuk dok berkemas dekat dapur,Dia sedap-sedap aja bersantai dekat sini..”suara along jelas kedengaran.

Kasih tak ambil peduli dengan leteran along.Sebaliknya dia pelawa along untuk turut serta bersantai dengannya.

“Betul ke along due lagi 3 bulan.?Kenapa besar sangat perut tu..”soalnya sambil hulurkan piring berisi kastard pada along.

“Jangan-jangan twins tak..?”sambungnya lagi.

“Taklah.Along dah scan.Sorang aja..”

“Bila Kay kawin nanti,Kay rasa Kay tak nak babylah..”

“Amboi dah cakap pasal kahwin ni,dah ada calon..?”

Kasih senyum.Pipinya memerah.

“Kan Kay cakap bila Kay kahwin nanti tapi bukan sekaranglah.Macam mana nak kahwin boyfriend pun tak ada..”

Along ketawa mendengar jawapan yang Kasih berikan.Macamlah dia tak tahu.

“Then siapa gerangan jejaka yang bernama Azran tu..”bisik along ketelinga membuatkan mulut Kasih terlopong.

“Angah ni teruk betul.Tak boleh simpan rahsia..”rungut Kasih tiba-tiba.

“Hmm..dengan angah,Kay boleh cerita.Dengan along Kay rahsia.”Along pura-pura merajuk.

“Mana ada long.Kay tak cerita apa-apa dengan Angah.”masih tak mahu mengaku.

Memang Angah nak kena nih..

“Handsome tak boyfriend Kay.Ada gambar?”

“Mana ada..”

“Ala.Takkan tak simpan gambar dia dalam handphone.Tunjukklah dekat along..”Along tak putus asa memujuk.

Kasih ketawa.Along kalau bab pujuk rayu,memang kelas.Tapi dia dah bulat hati takkan tunjuk pada along.

“Kedekut..”

Dan Kasih ketawa lagi.

“Agak-agak mana handsome compare dengan Ryan.?”

Mendengar nama Ryan disebut,cepat Kasih tarik muncung.Tapi kalau tidak kerana Ryan,sudah pasti dia masih tak jejak kaki pulang kerumah.

Dia akui yang dia sebenarnya berterima kasih dengan nasihat Ryan tempoh hari cuma bibirnya berat untuk mengakui.

“Kenapa semua orang dalam rumah ni suka sangat sebut nama Ryan.Tersedak-sedak dia nanti..”

“Along suka dekat Ryan tu.Kay..?”

Kasih mencebik.Along ni teruk betul.Terang-terang mengaku suka dekat Ryan.Kalau abang Fazree dengar,baru padan muka dia.

“Maksud along,along suka kalau Ryan jadi adik ipar along..”

“Adik ipar along?Nak kahwinkan dia dengan siapa?”

“Dengan Kaylah.Takkan la dengan angah pulak..”

“Along ni,macam tak ada orang lain lagi tau.Balik-balik Ryan tu.tak sukalah dia..”

Senyum along masih bersisa.Seronok pula mengiat Kasih dengan Ryan.

“Maknanya betullah Kay dah ada pilihan hati.?”

“Hmm.Jangan beritahu mama dan papa..”

“Okay okay..”secara tidak rasmi along berjanji.

“Kami kenal dah lama.Sejak Kay masih dekat Aussie lagi.He’s a good guy.”

“Good looking..?”

Kay senyum.Azran seorang lelaki yang cukup sempurna dimatanya.Dia tidak terlalu kacak dan juga tidak pula terlalu buruk.Orangnya sesedap mata memandang.

“Bagilah along tengok macam mana rupa dia..?”

Akhirnya Kasih akur.Dia seluk poket jeans dan keluarkan 6500.Tekan button menu dan select gallery.

Beberapa ketika dia hulurkan 6500 pada along yang menanti.

Berkerut dahi along seketika.Seakan pernah dia berjumpa dengan lelaki yang didalam gambar namun semakin cuba dia ingat makin tipis ingatannya.

Tak silap memang dia pernah bersua dengan lelaki itu.

“So,inilah Azran..”

Kasih angguk.

“Bila nak kenalkan dengan mama dan papa.Kalau dah suka sama suka,along advise baik kahwin cepat.Jangan dah berumur macam along ni baru nak kahwin..”

“Ah along.Kay masih muda lah.Jauh lagi perjalanan hidup Kay.Kahwin-kahwin ni nantilah dulu..”

@ @ @ @ @

“Angah kenal lelaki yang kawan dengan Kay..?”

“Jimmy  pernah jumpa tu sekali.”

“Macam mana orangnya..?”

“Kalau along nak tahu,memang handsome budak tu.”

“Bukan along nak tahu dia handsome atau tidak.”

“Tengok macam baik.Adalah budi bahasa.Kenapa .?”

“Entahlah.Along rasa macam pernah tengok lelaki tu tapi tak ingat dekat mana..”

“Habis tu apa masaalahnya..?”

“Tak ada apa-apa..”berat mulut along nak menuturkan yang dia pernah terserempak dengan lelaki itu bersama seorang wanita dibutik Carlo Rino,Jusco.

Tapi disebabkan along sendiri tidak pasti adakah itu lelaki yang sama maka along ambil keputusan tidak mahu berkata apa-apa dahulu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...