MUKADIMAH

there's a story behind everything..how picture got on wall..how a scar got on your face..how you fall in love with your buddy..sometimes the stories are simple and sometimes they are hard and heartbreaking..
there's always be a stories where others people are really at the heart..leave them to tell those..tell yours instead..

Monday, July 25, 2011

KASIH RYAN 9

CHAPTER 9

“Ma,Kay nak keluar sekejab..”

“Jangan balik lewat sangat Kay..”

“Yalah..”

Buru-buru dia hidupkan enjin kereta dan kemudiannya berlalu.

“Kay pergi mana,ma..?”

“Mama tak sempat nak tanya..”balas mama pendek tanpa angkat muka.

Anak-anak pohon matahari yang mula membesar lebih menarik minat mama dari memandang wajah along..

Mama dengan bunga-bunga ibarat irama dan lagu yang tidak dapat dipisahkan.

“Mama dah beritahu Kay.?”

“Bukan mama tak nak beritahu dia,kamu pun tahu perangai Kay tu macam mana.Degil ya amat.Tak boleh ditegur.Nanti cakap lebih-lebih merajuk panjang.Tak nak balik rumah..”

“Mama manjakan dia sangat..”tegur along.Namun mama hanya bisu.

Antara ketiga anaknya,Kay yang paling degil sekali.Keras kepala dan tidak boleh ditegur.

Kay juga kuat merajuk dan tak peduli dengan perasaan orang lain namun Kay seorang gadis yang baik.

“Biarlah dulu Jass.Bila tiba masanya mama akan beritahu Kay juga.”

@ @ @ @ @

“I thought you will be busy this whole week..?”

“For you I do anything.”

“Hmm.Busy sangat ke dengan kerja you sekarang.?”

Azran angguk.Meneguk lime jus namun pandangan matanya tidak teralih dari memandang wajah Kasih.

“I miss you ..”ujar Azran perlahan namun cukup jelas dipendengaran Kasih lantas membunga senyum dibibirnya.

Menggunung rindunya untuk lelaki itu setelah hampir beberapa ketika tidak bersua.

Namun kesibukkan kerja membataskan pertemuan mereka.Kalau dia senang,Azran akan sibuk dengan kerja dan begitu juga sebaliknya.

“Apa yang you menungkan.Teringat bunga-bunga dekat kedai.?”

Kasih geleng.Wajah Azran ditatap lembut.

“Kenapa tengok I macam tu.?Ada apa yang tak kena..?”

Kasih geleng lagi.Memang terasa seakan ada yang tak kena dengan Azran.

Ringan mulut mahu bertanya tapi rasanya biar disimpan dulu dalam hati.

“Kalau tak ada apa-apa yang tak kena,janganlah tengok I macam tu.Takutlah..”ujar Azran dengan senyum.

“Sejak bila you takut dengan I ni..”balas Kasih sambil ketawa kecil.

“Mana I takut dengan you.Sayang you lagi ada.Hmm..lupa nak beritahu you,last week I balik kampung.My mom kirim salam..”

“Waalaikumsalam.Hmm tak cakap dengan I pun you balik kampung.Selalu bukan main ajak lagi..”Kasih buat muka.Pura-pura merajuk.

“Bukan tak nak ajak you tapi I pun kebetulan ada kerja dekat sana.Then singgah sekejab..”

“Your mom sihat..?”

Angguk.

“Seperti selalulah.Tak lekang dengan soalan wajib dia tu..”

“Apa jawapan you.?”

“Macam biasa jugaklah.You not ready yet.”

“You cakap macam tu.??”

“Ha’ahlah.Kan you juga yang kata tak ready lagi nak kahwin.Tak sehingga business you betul-betul stabil..”

Kasih ketap bibir.Geram dengan jawapan Azran.Dia tidak tahu Azran bergurau atau serius.

Kasih mahu buka mulut namun belum sempat suarannya keluar terdengar satu suara manja menuturkan nama Azran.

Dia dan Azran sama-sama menoleh.Well..what do we have here.

Seorang gadis kecil molek bersuit hitam berdiri tidak jauh dari mereka.

Azran dan gadis itu berbalas senyum sementara Kasih hanya terpaku memandang.

Dia seolah tidak wujud diantara Azran dan gadis itu.Ataupun Azran lupa nak kenalkan dirinya.

“Ehem..Saya Kasih.And you are..?”

“Lia.Nadzlia.Azran tak pernah cerita pada you tentang I..?”riang suara Nadzlia sambil menyambut huluran tangan Kasih.

Kasih telan liur.Azran dipandang bagai tak percaya.

Patut aku yang tanya dia,ini terbalik pulak..desis hati Kasih.Geram.

“Err Kay.Lia is my colleague.We work together.Team partner..”

“Oo ic.Team partner.Okay..”Kasih angkat kening walau dalam hati berbulu melihat Lia yang gedik.

“Hmm.Okaylah.I need to rush and don’t forget tau.Esok kita kena pergi JB.Bye Kasih.Nice to meet you..”

Dengan muka kelat,Kasih sambut huluran tangan Nadzlia dan mukanya tambah kelat bila Nadzlia kejab-kejab menoleh kebelakang sambil melambai pada Azran yang hanya tersenyum sumbing.

Kasih duduk tanpa pandang pada Azran.Hatinya sedikit panas dan mendidih.

Kenapa gedik sangat perempuan tu?Yang Azran pun sama aja melayan.

“Kay,are you alright.?”

“Ya..”namun bibir masih masam mencuka.

“Kalau pasal Lia,I’m sorry okay..”

“Kenapa you nak minta maaf pulak..?”

“I tahu you mesti marah dan terasa hati sebab I tak pernah cerita pasal Lia,sedangkan I selalu cerita pada you about my other colleague..”

“Buat apa I nak marah atau terasa.Hak you untuk beritahu atau tak nak beritahu..”ujar Kasih dalam nada sedikit geram.

“Bukan big deal pun Lia tu..Bukan dengan I aja dia gedik macam tu.Dah memang perangai dia gedik.Tak boleh nak ubah..”

“You pun suka..”

“Kay..”

“I can see from your face.I bukan baru kenal you semalam.Dia pegang-pegang lengan you selamba aja,mean dah selalulah dia pegang you..”Kasih sedikit tidak puas hati.

“Bukan macam tu..”

Kasih angkat muka.Balas renungan Azran dengan senyum dibibir.

“Tak kisahlah macam mana pun.”

Kasih kerling jam dipergelangan tangan.

Dah tak ada mood nak teruskan perjumpaan dengan Azran.Masih terbayang-bayang dimata kegedikkan Lia tadi.

Kekasih mana yang tak hot bila ada perempuan lain tergedik-gedik.Siap cakap sambil pegang-pegang lengan lelaki.

Melampau betul.

“I think I need to make a move now..”Kasih bingkas bangun seraya capai sling bag dan silangkan pada bahu.

Azran terpinga.Rasanya baru sangat dia dan Kasih berjumpa.Hmm mesti kes tak puas hati pasal budak Lia nih..

“Kay,please.Janganlah macam ni..”

“I tak ada mood lagi Azran.That girl really spoil it.We talk later.Bye..”

Tanpa bertangguh,Kasih terus angkat kaki.Tak peduli tentang laungan Azran.

Tak menoleh dia angkat tangan dan melambai.

Sebuah keluhan Azran lepaskan.Kesal dengan sikap Kasih yang degil dan tak mahu terima penjelasan tapi dia juga silap kerana tidak menolak bila Lia menyentuh lengannya tadi.

Kalau dia ditempat Kasih,sudah tentu dia juga akan naik angin.

Ahh Lia.Betullah.Menyusahkan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...