MUKADIMAH

there's a story behind everything..how picture got on wall..how a scar got on your face..how you fall in love with your buddy..sometimes the stories are simple and sometimes they are hard and heartbreaking..
there's always be a stories where others people are really at the heart..leave them to tell those..tell yours instead..

Monday, July 25, 2011

KASIH RYAN 1

CHAPTER 1

 “Keputusan Kay muktamad..?”lembut suara papa bertanya sambil kerling sehelai kertas yang ada diatas meja.

Beberapa minit yang lepas dia baru saja membaca isi kandungan surat tersebut lantas mengarahkan Misha memanggil Kasih Ariana masuk berjumpa.Tak ada hujan ribut,alih-alih anak gadisnya itu hantar surat letak jawatan.

Dirumah,Kasih tidak pernah menyuarakan hasrat untuk meninggalkan Earth Land.Setiap kali ditanya tentang kerja,ceria wajahnya memberitahu tidak ada apa-apa masaalah.Alih-alih,hari ini lain pula ceritanya.

Kasih angguk tanpa memandang kearah papa.

“Jangan salahkan papa.Jangan kata papa tak beri peluang.”

Kasih diam.Hatinya membuak-buak marah.Geram dengan papa dan benci betul dengan Ryan yang macam tunggul kayu mati dikerusi sebelah.

Papa pun satu,yang pergi panggil Ryan sekali buat apa.

Dia nak berhenti kerja,tak perlu nak hebohkan satu company.Sedikit marah dia mengerling pada Ryan.Namun lelaki itu hanya menunduk,merenung hujung sepatu.

“Kay dah ambil keputusan untuk berhenti papa.”suaranya tegas.

“Kalau keputusan Kay tetap macam tu,serahkan semua projek Pulau Mahkota tu pada Ryan.Papa tak nak bila Kay tak ada nanti,macam-macam masalah yang timbul.”

Kasih angguk perlahan tanpa memandang kearah papa.Berasa kecewa
didalam hati kerana papa sedikit pun tidak memujuk supaya dia terus tetap di Earth Land tetapi sebaliknya meminta dia menyerahkan projek yang ditanganinya kepada Ryan.

Entah apalah yang Ryan dah guna-gunakan papa,dia sendiri tidak tahu.

Fail-fail berkaitan dengan pembinaan kondominium dan apartment di Pulau Mahkota disusun rapi diatas meja.Sekotak CD juga diletak berhampiran.

Kasih angkat sebuah kotak sederhana besar yang berisi barang peribadi miliknya dan melangkah keluar meninggalkan bilik yang dihuninya hampir enam bulan yang sudah.

“Misha,fail-fail dan CD atas meja saya tu tolong berikan pada En Ryan.”

“Baik cik Ariana.Tapi cik nak kemana..?”

“Saya nak berhenti.Lagi lama saya kerja dekat sini lagi cepat saya dapat darah tinggi..”

Kata-katanya membuatkan Misha sedikit tercengang namun dia tahu gadis itu faham apa yang dia maksudkan.

Setiap hari berperang dengan Ryan dan paling sakit hati,apa saja keputusan Ryan pasti disokong oleh papa.

Kasih atur langkah,keluar dari Menara Citra yang tersergam indah.

Terasa lega dapat menghirup udara segar tanpa bebanan didalam kepala.Lega yang amat sangat.

Tak payah lagi nak fikir tentang dateline,tentang supplier dan segala-galanya.Dan yang paling penting tak payah nak tengok muka orang gila pangkat tu lagi.

Mengingatkan Ryan membuatkan wajah cerianya tiba-tiba muram.

Ryan,orang kepercayaan papa hingga sanggup mengenepikan dia,anak kandung papa sendiri.

Tak tahu mana papa kutip budak tu.Benci betul.Lima tahun dia di Australia,menimba ilmu tentang segala selok belok perniagaan.Harapannya tinggi menggunung.

Untuk membantu papa didalam syarikat tapi alih-alih,bila dia balik ke Malaysia,papa rupanya sudah ada pembantu lain yang begitu mengugugat dirinya.

Penat-penat dia belajar dengan niat untuk tolong papa dalam business tapi alih-alih papa suruh dia jadi assistant Ryan.

Tugasnya lebih kepada paper work dan buat kopi untuk Ryan.Mana dia sakit hati dan geram.

Dan apa saja yang dia buat mahupun cadangkan,semuanya tidak kena pada mata Ryan.

“Kasih,wait.”

Kasih toleh namun sebaik melihat kelibat Ryan,dia palingkan wajahnya semula dan cepat-cepat atur langkah pantas menuruni tangga ke parking kereta.

“Kasih...”terasa lengannya ditarik dan memaksa dia memberhentikan langkah.

“Kau nak apa.?”

“Aku tahu kau marah tapi tindakkan kau meninggalkan syarikat tu bodoh.”

“Kau kata aku bodoh..?”

“Tak..bukan itu maksud aku.Kau tak bodoh tapi tindakkan kau tu yang bodoh.”

“Apa aku nak buat,itu aku punya suka.Kau apa peduli.”

“Kasih....”

“Kau lagi sukalah.Cepat sikit kau boleh take over business papa aku.”

“Kenapa kau suka buruk sangka pada aku.?”

“Memang itu pun rancangan kau bukan.Singkirkan aku dari syarikat dan lepas tu kau boleh ambil alih syarikat papa.Kau ambil kesempatan atas kepercayaan papa pada kau.”

Ryan diam.Hela nafas panjang mendengar tuduhan gadis dihadapannya.

Celupar sungguh mulut perempuan ni.Kalau ikutkan hati,rasa nak ramas-ramas aja mulut Kasih yang celupar.

“Kalau aku nak take over syarikat papa kau ni,dari dulu lagi tau.Tak payah nak tunggu kau balik dari oversea..”

“Ooo..jadi kau memang bercita-cita nak take over syarikat papalah.”

“Eee..aku tak fahamlah kau ni.Suka buruk sangka pada orang.”

“Aku tak nak cakap dengan kau lagi..”

“Kasih,wait.Kau betul-betul nak tinggalkan syarikat.?”lembut suara Ryan bertanya.Tak guna untuk dia terus bertegang urat dengan perempuan degil dan keras kepala seperti Kasih.

Baik gunakan cara diplomasi.Berlembut.

“Papa lebih percayakan kau untuk menguruskan Earth Land.Better for me to back off..”

“Kasih,you are wrong.Earth Land perlukan kau..”

“Tak payah kau nak pujuk-pujuk aku.I’m done”

“Betullah kau ni.Ego dan keras kepala..”

“Apa kau cakap..?”

Kasih tidak jadi melangkah.Amboi,sedap betul mulut dia kutuk aku.Depan-depan aku dia cakap macam tu.Kurang ajar betul.

“Kau ni memang perempuan ego dan keras kepala.Degil tak bertempat.Suka pandang rendah pada orang lain.Kau tahu tak tujuan papa kau beri kau kerja macam tu dan bukan terus jadi pengurus projek.?Sebab papa kau mahu kau belajar dari bawah.Susah payah dulu.Bukan terus senang..”

“Aku yang patut bantu papa.Bukannya kau..”

“Memang itu yang papa kau harapkan.Tapi kau kena belajar dari mula.Tahu selok belok syarikat dari A sampai Z.Bukan main terjah aja.Tak semestinya apa yang kau belajar dekat U sana,sama dengan apa yang kau bakal kau pratikkan disyarikat.Fikirlah sikit..”

Kembang kempis hidungnya menahan marah namun tiada sepatah perkataan keluar dari bibir.

“Kau ni memang melampau.Pembodek..”

Langkah kaki diatur semula menuju kekereta meninggalkan Ryan.

Aku tak perlukan Earth Land kalau papa sendiri tak perlukan aku dalam syarikat.Buat apa aku nak terhegeh-hegeh dekat situ kalau kehadiran aku sendiri tidak dialu-alukan.Biar papa dan mamat pembodek tu yang uruskan syarikat.

Jazz dipandu perlahan meninggalkan perkarangan Menara Citra dan dihalakan ke arah Jalan Ong Kim Wee.

Tak ada mood nak pulang kerumah.Kalau pulang pun,pasti telinganya akan sakit mendengar leteran dan bebelan mama pula.

Tak tahulah apa kena dengan mama dan papa.Keduanya begitu berkenan dengan Ryan.Segala yang ada pada Ryan baik pada pandangan mata mereka.

Kak Jass dan angah pun sama.Tak pernah membangkang cakap papa.Apa yang papa cakap tentang Ryan diiyakannya saja.

Malah angah juga kelihatan amat rapat dengan Ryan.Bila dia mengadu hal-hal pejabat yang dia tidak puas hati,terutamanya tentang Ryan,angah hanya tersenyum dan meminta dia bersabar.

“Kau tak keja ke hari ni..?”soalan pertama yang dilontarkan Mira sebaik sahaja dia menjengah ke muka pintu.

“Aku dah berhenti..”selamba dia membalas sambil melabuhkan punggung disofa empuk yang diletakkan disudut kedai bunga itu.

“Berhenti?Kau biar betul..”

“Apa pulak yang tak betulnya.Betullah.Aku dah berhenti.”

“La..sayang betul kau ni.Lima tahun belajar teruk-teruk.Dapat kerja elok..kau berhenti pulak.Kenapa?”

“Aku malas nak kerja..”

“Malas nak bertekak dengan Ryan yer..?”nakal kedengaran suara Mira diiringi senyuman..

Dia mencebik.

“Tak baik benci-benci.Nanti lama-lama sayang tau..”

“Aku tak kata aku benci dia.Aku cuma tak suka cara dia membodek papa aku.”

“Benci dengan tak suka..sama ajalah tu.Habis kau nak buat apa sekarang..?”

“Aku nak sambung belajar lagilah.”

“Sambung lagi..?Hei kau ingat si Azran tu nak tunggu kau lagi ke.?”

“Bukan lama pun..”

“Tu kau kata.Aku rasa kalau kau tanya kat Azran sure dia tak setuju.”

“Aku yang nak further study.Bukan dia..”

“Yalah..tapi bukan ke dia dah lama sangat tunggu kau.Kau ingat dia sanggup tunggu lagi.”

“Aku tak pernah suruh dia tunggu aku.”

“Eh yang kau beria-ia sangat nak futher study ni kenapa?Tak bosan ke asyik mengadap buku aja..?”

“Aku geram dengan papa aku tu.Semua kerja,dia bagi dekat Ryan.Projek tu..projek ni,semuanya Ryan.Macam aku tak reti nak buat kerja.Nak kata aku belajar tak tinggi tak juga.Ryan tu ..setakat diploma aja.Aku yang ada degree ni,papa tak pandang pun.Mungkin bila dah ada Master nanti,baru papa nak percaya yang aku pun boleh buat kerja..”

“Alah..jangan ambil hatilah dengan papa kau tu.Apa pun dia tetap sayangkan kau lebih dari Ryan..”

“Banyaklah sayang.Kalau sayang kenapa dia senang-senang saja terima surat perletakkan jawatan aku.Sikit pun tak pujuk aku.”

“Kau lebih kenal papa kau kan..”

Kasih diam.Memang dia cukup arif dengan perangai papa yang tidak pandai memujuk.Biasanya bab pujuk memujuk ni mama lebih arif.

“Apa kata kau tolong aja aku dekat kedai ni.Lagipun assistant aku si Marissa tu dah berhenti.”

“Marissa dah berhenti?Bila?Kenapa?”

“Dah dua hari dah.Ikut suami dia ke JB.Susah betul nak cari orang yang nak berkerja sekarang ni.”rungut Mira.

Jari-jemarinya begitu lincah menyusun beberapa kuntum wild orchid dan carnation dididalam bakul.

“Aku?Kau biar betul..”

“Betullah.Kau kan pandai gubah bunga.Tak ler kelam kabut aku nanti.”

“Memang ler aku pandai gubah bunga.Masalahnya..”

“Masalah apa lagi.?”

“Masalahnya kau mampu ke nak bayar gaji aku.Aku demand tau..”

“Berapa kau nak..?”

“Sama macam gaji aku di Earth Land.”

“Mak oii..macam tu tak mampu lah aku.Kena cari orang lain lah..”

Dia senyum.Berdiri dan mendapatkan Mira.Memeluk bahunya erat.

“Don’t worrylah kawan.Aku tolong kau sampai kau dapat pembantu.Tak bayar gaji pun tak apa..asalkan kau tolong bayar duit keta aku bulan-bulan pun jadi la..”

“Kau ni..melampau..”

Dia hanya ketawa bila berjaya mengelak cubitan Mira yang tak sempat singgah di pipi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...