MUKADIMAH

there's a story behind everything..how picture got on wall..how a scar got on your face..how you fall in love with your buddy..sometimes the stories are simple and sometimes they are hard and heartbreaking..
there's always be a stories where others people are really at the heart..leave them to tell those..tell yours instead..

Monday, July 25, 2011

KASIH RYAN 5

CHAPTER 5

Kesibukkan menyiapkan kertas kerja untuk projek yang dicadangkan,membuatkan dia lupa seketika kepada Azran dan janjinya.

Malah Azran juga tidak sekerap dulu menelefon.Mungkin dia juga sibuk agaknya.

“Kay,kau dah call carpenter ?”

“Alamak,aku lupalah Mi.Kejab aku call.Yang kau kelam kabut ni kenapa.?”

“Aku nak pegi bank kejab sebab nak bank in kan duit supplier.Kau boleh tunggu sampai carpenter tu datang kan..”

“Tulah kau.Dah berbuih mulut aku suruh ko activekan Maybank2U.Kau tak nak.Kalau tak,tak adalah kau susah-susah nak pegi bank..”

“Yalah cik Kasih oii..Nanti aku buat lah.”

“Nanti-nanti.Dah sepuluh kali nanti aku dengar.”

“Kau ni.Macam mak nenek lah.Aku pegi dulu.Jangan lupa contact carpenter tu.Janji tadi pukul 10 tapi ni dah nak masuk Zohor,tak muncul-muncul lagi.”

“Aku tahu lah.Kau tu dah pergi cepat.Jangan nak menceceh aja dekat sini la.”

Mira atur langkah menuruni tangga ke tingkat bawah.Namun terdengar suaranya riuh memarahi carpenter yang kebetulan sudah  berada ditingkat bawah.

“Apalah kak Mira tu,orang bukan sengaja nak datang lambat.Lori buat hal tadi.”

“Habis yang kau tak tahu nak telefon tu kenapa.?”

Ala kak.Bukan tak  nak telefon.Kredit tak ada ..”

“Harap telefon aja mahal,siap ada 3G lak tu.Tapi kredit tak ada.Buat malu betul ler..”

Zaidi yang ditegur cuma tersengih.Hendak membangkang,kata-kata Kasih itu ada benarnya.

Harap telefon aja mahal tapi kalau kredit tak ada memang tak ada maknanya.Hampeh.

“Kak,rak yang belakang ni saya  buat kotak-kotak.4 X 4.Tinggi dalam 2 kaki.Lebar pun sama.Senang akak nak display barang.Akak nak letak cermin atau biar macam tu aja.”

“Pasang cermin sekali lah senang.Tak nanti berhabuk-habuk pulak.”

Zaidi hanya mengangguk.Pantas tangannya mencapai pita pengukur.Tak sampai 10minit keja mengukur siap.

“Untuk table,saya buat L shape.Cuba akak tengok sketch ni.”

Sebuah file dihulurkan ketangan Kasih.Dia meneliti dengan penuh minat.Lakaran yang dilukis memang nampak begitu menarik sekali.

Meja berbentuk L shape diletakkan disudut bilik.Dilengkapi dengan 3 drawer dan dua partition.Bahagian hadapan dilengkapi dengan cermin.

Warna yang dicadangkan adalah coklat gelap atau maroon.Dengan kemasan permukaan berwarna hijau lumut gelap.

“Saya tahu akak suka bunga-bungakan sebab tu saya cadangkan warna-warna alam ni,Nampak segar tau.Lebih-lebih lagi kalau akak gunakan bunga-bunga hidup.”ujar Zaidi tersengih.

“Pandailah kau.Eh kabinet untuk letak barang-barang perhiasan macam mana.?”

“Kabinet tu,saya pasang dekat sini.Sebelah meja L shape ni.Sebab kalau saya pasang dekat dinding tu,nampak macam serabut dan sempit.”

Matanya dialihkan kearah yang ditunjukkan oleh Zaidi.Betul kata jejaka itu.Dinding yang telah disapu cat hijau terang itu patut dibiarkan kosong.

Andai diletakkan kabinet didinding,akan nampak serabut dan semak mata memandang.

“Macam tu akak setuju.Tapi bila kau nak mulakan kerja-kerja ni semua.?”

“Kalau akak setuju dengan quotation saya ni,esok saya dah boleh start.”

Kertas sebut harga ditunjukkan.Berkerut sekejab dahinya melihat angka-angka yang tertera.

Walaupun masih dalam budget,namun  tak salah untuk meminta sedikit potongan harga.

“Tak ada diskaun ke?”

“Ini harga dah cukup cantik ni kak.”

Ala..at least 10% ke.That will be enough.”dia cuba memujuk.

“Mmm,akak punya pasal..saya bagi 5 %.Ok..?”

“Mmm..okaylah.Esok kau datang.Jangan lambat.Nanti kak Mira kau tu bisinglah..”

“Yes boss..”

“Kau jangan nak yes..yes aja.Esok sharp at ten ..”

Dia turun semula kebawah setelah Zaidi dan pembantunya pulang.Lily sedang leka membersihkan freezer.Rajin sungguh dia.

Belum sempat dia membuka  mulut mahu bertanya,terdengar bunyi sms ditelefon.

honey..rindu sangat dengan u

Dia senyum.Pantas dia membalas.

rindu awak juga,sayang

Beberapa saat berlalu,kedengaran bunyi sms masuk lagi.

i nak jumpa u.lama x jumpa.rindu betul.dah bgtau ur parent tak.?

x sempat nak bagitau sebab busy betul dengan kedai.ptg kita jumpa tempat biasa k.miss u.

klah.kita jumpa tpt biasa.miss u 2.

“Kak Ariana,nak pergi dating dengan abang Azran ya..?”

“Hye.jangan cakap dengan orang tahu.”dia berjenaka.

“Mmm..kenapa akak nak sorok-sorok abang Azran tu.”

“Habis.Takkan lah akak nak iklan dalam paper atau pun buat iklan kat billboard..?.”

“Bukanlah macam tu kak.”

“Then..”

“Saya taklah berniat untuk pasang telinga bila akak dengan kak Mira bercerita,tapi sedikit sebanyak saya dengarlah juga.Akak buat macam ni..akak tak takut ke?”

“Takut..?”

“Yalah.Kalau akak declare abang Azran tu boy friend akak,sure tak ada yang berani nak kacau akak atau abang Azran.Ni akak sorok-sorok.Kalau ada orang lain datang pinang akak dan lepas tu parent akak setuju pulak.Ha..siapa yang susah.Akak ngan abang Azran juga yang susah.”

Panjang lebar penjelasan Lily membuatkan dia terdiam.Tak pernah terfikir langsung difikiran akan perkara yang dibimbangkan Lily bakal berlaku.Tapi kalau perkara tersebut berlaku,macam mana..??

“Akak marah saya ke?”

“Tidaklah.Akak fikirkan kata-kata Lily tadi tu.Ada benarnya.”

“Saya rasa baik akak bagitahu aja parent akak.Saya yakin mereka boleh terima abang Azran tu.”

Kasih senyum.Yang itu dia amat setuju.Dia amat yakin kedua orang tuanya boleh menerima Azran seadanya.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...