MUKADIMAH

there's a story behind everything..how picture got on wall..how a scar got on your face..how you fall in love with your buddy..sometimes the stories are simple and sometimes they are hard and heartbreaking..
there's always be a stories where others people are really at the heart..leave them to tell those..tell yours instead..

Monday, July 25, 2011

KASIH RYAN 3

CHAPTER 3

Keharuman mawar segar menerjah lubang hidung.Sesekali kesegaran potpuri turut menerpa.

Sememangnya semenjak dia berkerja dikedai Mira,fikirannya cukup tenang.

Bunga-bunga segar pelbagai rupa dan warna.Bunga kering dengan keharuman potpuri yang menyamankan.Segalanya cukup indah,cantik dan berwarna-warni.

Sebagaimana hidupnya dikala ini.Cukup membahagiakan.

 “Kay,kau tolong gubahkan bunga lily putih tu.Kau letak sikit kekwa kuning dengan putih.”

“Baik boss..”

“Aku bukan boss kaulah..”

“Tapi kau owner kedai ni.Dan aku pulak makan gaji aja dekat sini.”

“Kau bukan makan nasi ke?”

“Ah kau ni.Loyar buruk betul.”

Beberapa tangkai lily putih dicapai dan diletakkan didalam bakul.Dua tangkai lily merah berbintik putih ditambah sebagai penyeri.

Baby breath ditambah dengan sedikit kekwa kuning dan beberapa helai daun panjang.

Dia sendiri kurang arif nama daun itu,walaupun Mira sudah berkali-kali menyebut.Dia lebih senang memanggil daun itu daun panjang.

Hampir dua puluh minit mengubah,dia tersenyum melihat hasil tangannya tadi.

“Cantik.”puji Mira ikhlas.

Kasih sengih.Tak tahu dari mana datang bakatnya mengubah bunga.Sejak zaman sekolah lagi dia sudah berminat dengan bunga.

Setiap kali dia nampak bunga timbul minat untuk mengubahnya.Semasa musim-musim perayaan terutamanya Valentine day,ramai yang minta dia menolong mengubah yang mana akhirnya menjadi pendapatan sampingannya.

“Aku dengar hari tu Azran tersempak dengan angah kau.Tak terkejut dia.?”

“Siapa?Angah aku?”

“Dialah.Siapa lagi..”

“Mahu tak terkejut.Yang mulut aku ni pulak ringan aja panggil Azran sayang depan-depan angah.Kenalah aku buat selamba aja.Tebal betul muka aku masa tu..”

“Padan muka kau.Lima tahun kau bercinta sekalipun tak pernah bawa Azran jumpa family kau.Alih-alih kantoi..”

“Bukan aku tak nak tapi aku rasa belum sampai waktunya lagi.Kau tahukan cita-cita aku.Selagi tak tercapai cita-cita aku tu,aku tak nak kawin dulu.”

“Kau ni,tak kesian ke dengan Azran tu.”

“Aku tak pernah paksa dia untuk tunggu aku Mi.Dia sendiri tahu tentang itu.”

“Kau ni.Cakap tak berlapik-lapik.Satu hari nanti,kalau Azran dah tak sabar,dia tinggalkan kau.Baru kau tahu.Masa itulah baru kau nak menyesal..”

Kasih diam.Entahlah.Dia memang sayangkan Azran tapi setiap kali lelaki itu melamar,dia masih tak bersedia.

Dia mahu berjaya dalam kerjaya sebelum mendirikan rumah tangga.Dan Azran sedia maklum tentang hal itu.

“Ha.lagi satu.Macamana nak capai cita-cita kau..nak jadi businessman macam papa kau kalau kau masih lagi dok melangak dekat kedai aku ni..”

“Sampai hati kau cakap aku macam tu ya..”

“Bukanlah aku bermaksud nak menyakitkan hati kau tapi kalau nak jadi businessman or business woman yang berjaya,macam aku ni..at least kenalah buat sesuatu.Kau ada bakat kan so gunakan bakat kau tu.Buka kedai.Buktikan pada papa kau yang kau juga boleh berjaya macam dia.Tak semestinya kau nak berjaya dalam business kena buka business macam dia.”

“Kau tak suka ke aku datang sini Mi..?”

“Laa.Kau ni.Betullah kata Ryan.Suka buruk sangka.Aku bukan tak suka kau datang tolong aku.Suka sangat.Aku cuma bagi kau idea aja.Aku tahu kau suka bunga,kau ni kreatif so why not buka business yang kau suka.Do something yang kau minat.”

Dia diam.Memikirkan kata-kata Mira yang dirasakan ada benarnya.Dah hampir dua bulan dia menjadi penganggur.

Hanya sesekali dia datang membantu Mira.Selebihnya dia bersantai dirumah.

Sesekali dia berkunjung ke Indah Lereng,melihat banglo-banglo cantik yang hampir siap.Dia tersenyum bangga melihat beberapa buah banglo dicat dengan warna pilihannya.

“Kay,kita kawan dah lama tau.Kau lebih bernasib baik dari aku.Belajar tinggi sampai oversea sedangkan aku setakat SPM aja.Tapi kau tengok.Hasil usaha aku.Kau boleh buat lebih baik dari aku tau.Cuma kau tu aja yang degil.Keras kepala.”

Dia hanya membatu mendengarkan kata-kata Mira yang dirasakan memang ada benarnya.

Mira dikenalinya sewaktu dia mula-mula berpindah kesekolah MGS semasa dia didalam darjah 5.

Mira yang mula-mula menegur sewaktu dia di kantin dan sejak itu Miralah kawannya yang paling rapat setelah budak perempuan lain agak kurang mahu berkawan dengannya.Mungkin sebab perangainya yang agak lasak dan kasar macam budak lelaki.

Dia pandang tepat pada Mira yang sedang asyik dengan buku ledgernya.

Mira memang baik.Dia juga cantik orangnya.Pada Mira seluruh rahsianya tersimpan termasuklah hubungannya dengan Azran.

Lima tahun di Australia,dia benar-benar terasa kehilangan Mira.Walaupun ramai teman-teman diseliling,dia tetap terasa sunyi.

Hanya email menjadi penghubung mereka berdua.Dia akan menulis setiap hari dan Mira akan membalasnya.

Sesekali mereka akan berkomunikasi melalui YM,MSN atau Skye.Lebih cepat dan murah.

Mira buka kedai bunga ini pun hasil dari tabungan dia membantu ayahnya menjual goreng pisang diwaktu cuti sekolah.

Kasih tak tahu betapa susahnya mencari duit sehingga dia berkawan dengan Mira.

Kerana Mira juga dia tahu nilai kasih sayang yang mana tidak boleh dijual beli dengan wang ringgit.

Ayah Mira seorang penjual goreng pisang dan kuih apam balik dipasar.Berapalah sangat pendapatannya sehari.

Setiap hari dia akan makan apa saja yang dia teragak dan Mira hanya menjamah nasi goreng yang dibekalkan ibunya kesekolah.

Tapi dia rasa seronok melihat kebahagiaan Mira sekeluarga.Setiap pagi Mira akan dihantar kesekolah oleh ayah dan ibunya.

Dia dapat lihat keriangan pada wajah Mira sekalipun dia bukannya datang dari keluarga senang..

“Aku cakap dengan kau.Bukan suruh kau berangan.”

Tersentak dengan teguran Mira,dia hanya tersengih.

“Aku nak balik..”ujar Kasih tiba-tiba.

“Kay,kau marah aku ke.?”

“Taklah.Nanti aku call kau.”

“Kay...!!..”Namun Kasih sudah jauh berlalu.Mira hanya menggeleng.

Merajuklah tu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...