MUKADIMAH

there's a story behind everything..how picture got on wall..how a scar got on your face..how you fall in love with your buddy..sometimes the stories are simple and sometimes they are hard and heartbreaking..
there's always be a stories where others people are really at the heart..leave them to tell those..tell yours instead..

Wednesday, September 21, 2011

KASIH RYAN 29


CHAPTER 29

Kepala dilentok perlahan kekiri dan kemudian kekanan sambil jari jemari memicit perlahan tengkuk yang terasa agak lenguh setelah begitu lama dia asyik dengan jahitan ribennya.

“Kay..”

“Hmm..”

“Kau pergilah rehat dulu.Tak sampai hati aku tengok kau lentok sini lentok sana.Silap haribulan terberanak pulak kau dekat sini..”

“Asalkan boleh aja kau ni Mi.Lama lagi aku nak bersalin..”

“Kay..”panggil Mira lagi.

“Ya..”Kasih membalas.

“Macam mana kau dengan Ryan.Dah ada improvement..?”

Kasih diam.Sedikit pun tidak berbunyi membalas pertanyaan Mira.

“Lagi berapa bulan kau nak bersalin Kay..?”soal Mira beralih pada isu lain setelah soalan pertamanya tidak berjawap.

“Soon..”perut yang makin membesar diusap perlahan dan senyumnya tambah lebar bila kaki comel menendang dinding perut memberi tindak balas pada usapannya tadi.

Jika diizinkan Tuhan,dua bulan lagi dia bakal bergelar ibu.InsyALLAH.

“Kau tahu tak..aku pernah baca dekat majalah Mastika tentang isteri yang susah nak bersalin..”

“Itu isteri yang curang dengan suami.Aku pun ada baca..”cepat Kasih potong kata-kata Mira.Dia tahu apa yang Mira nak sampaikan.

“Itu kes isteri curang and having their boyfriend baby.Memang patut pun susah nak bersalin tapi ada juga kes yang isteri susah nak bersalin sebab derhaka pada suami..”

“Aku tak dapat terima tuduhan dia mengatakan aku ada hubungan sulit tapi paling aku tak boleh terima bila dia tuduh aku melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya dengan Azran..”

“Kay,kan dah lama perkara tu.Setahu aku Ryan dah puas minta maaf.Macam-macam cara dia buat.Takkan tak ada sekelumit pun perasaan kasihan kau pada dia.”

“Syurga kau dibawah tapak kaki dia.Banyak dosa kau pada dia tahu.Baik kau cepat-cepat minta maaf..”sambung Mira lagi bila Kasih hanya bisu.

Cess..celuparnya mulut Mira namun Kasih akui Mira memang betul.

Sudah berbulan-bulan sejak hari itu namun marahnya pada Ryan tidak pernah padam walau sudah puas rasanya Ryan menuturkan maaf.

“Kau tak rindukan laki kau ke..?”soal Mira dalam ketawa nakalnya.

“Kalau aku rindupun takkan aku nak bagitahu kau..”

“Hah..mengaku pun rindu kat laki kau.Dahlah pergi balik.Jumpa laki kau tu.Minta maaf.Minta ampun..”

Jam dinding sudah tepat ke angka 4 petang bila Kasih sudah berkira-kira mahu pulang petang itu.

“Nah.Kau punya..”Mira letak dihadapannya,seekor teddy bear warna coklat gelap yang sedang memeluk satu jambangan carnation putih yang berbelang biru.

Bulat matanya memandang Mira inginkan jawapan.

“Ni,ada orang deliver untuk kau.”

“Untuk aku?”soalnya macam tak percaya.

Siapa pula yang rajin sangat hantar bunga siap dengan teddy bear ni?Hari ni bukannya birthday aku atau ada hari-hari yang istimewa.

“Mana kau tahu untuk aku..?.”

“Dah budak tu cakap untuk Puan Kasih Ariana.Untuk kau la.Takkan untuk aku pulak..”

Kad yang diselit dicelah bunga dicapai dan dibuka.Cantik dekorasi kad tersebut.Light pink dengan dua kuntum ukiran rose timbul.

Ada juga dua keping tiket wayang untuk menyaksikan cerita,ha?Cerita Geng Pengembaraan..Upin & Ipin.Biar betul..?

Tak ada orang yang tahu aku sukakan cerita ni,melainkan dia.Tapi tak mungkin dia yang hantar tiket ni..?Mesti nak pujuk aku..Hatinya berkata-kata.

i nak sangat tengok cerita ni.boleh tak temankan i..?since 2-2 keping ada dekat tangan u,I’ll hope u come..

Kasih senyum.Dia cukup kenal dengan tulisan tangan itu.Cukup kemas dan teratur.

Abjadnya sebiji-biji.Jelas dan nyata.Cukup senang nak baca.

Upin & Ipin.Hmm.Tayangan hari ini.Pukul sembilan malam di GSC Dataran Pahlawan.

“Mi,aku nak balik cepat hari ni..”beritahunya sambil mengemas meja yang bersepah dengan reben dan satin.

“Baliklah.Selama ini aku pun tak pernah suruh kau balik lambat.Kau aja yang suka menyiksa diri kau..”

Kasih tidak membalas,hanya senyum menghias bibir.Membuatkan Mira tertanya sendiri.

“Kay,aku nak tanya sikit ni..?”

“Tanyalah..”

“You look happy.Any chances for me to know,why..?”

“When everything dah sattle,I let you know.”








KASIH RYAN 28


CHAPTER 28

Tombol pintu dipulas dan Ryan menolak perlahan.

Kasih yang masih bersimpuh diatas sejadah,melipat telekung berpaling dan sedikit terkejut melihat Ryan berdiri dimuka pintu.

“Assalamualaikum..”

“Waalaikumsalam..”balas Kasih.Dalam hati.

“Kay dah makan..?”lembut Ryan bertanya.

Kasih angguk.

“Temankan I dinner malam ni..?”

Kasih tidak membalas.Dia bangun perlahan-lahan lantaran perut yang semakin memboyot membuatkan dia agak sukar untuk bangun.

Pantas lengannya disambut Ryan  namun secara baik dia menolak.

Sudah berbulan sejak kejadian itu berlaku namun hatinya masih tidak mampu memaafkan dan melupakan kata-kata Ryan padanya dulu.Hatinya masih sakit.


“Bolehkan kalau I minta excuse.I tak larat.”

“Kay..”Ryan raih tangan Kasih dan dikucup lembut.

“You marah lagi..?”

Kasih geleng.Walau dalam hatinya masih bengkak lagi.

“Sure..?”

“Bukan penting pun kan..?”

“Kay..”

Kasih tolak perlahan tangan Ryan yang masih menggenggam jari-jemarinya.

 “I minta maaf Ryan,tapi boleh tak you keluar.I nak tidur.”

“Tidurlah.I temankan you ya..”

Kasih geleng.Malas nak layan karenah Ryan.

Mengada-ngada.Nak tunjuk dia baik lah kononnya..getus Kasih dalam hati.

Tanpa memperdulikan Ryan,Kasih bangun.Membuka almari dan menyimpan telekung sebelum menutup pintu semula.

Dan dia beristigifar panjang sebaik pintu almari ditutup.Ryan berada betul-betul dihadapannya.

“Pleaselah Ryan.I’m so tired.Jangan ganggu I..”

“I janji I tak ganggu you.I just nak temankan you.”

“I don’t need company..”

“Kay…”

Sekelip mata dia sudah berada dalam pelukkan Ryan.Kasih cuba meronta,mahu melepaskan diri.Namun ditenangkan Ryan.

“I tahu you marah and maybe hard for you to forgive me,but I want you to know that I’m regret for what I had say before.I don’t mean it.”bisik Ryan ditelinga.

 “Seorang suami tak patut menuturkan kata-kata begitu pada isterinya.I’m so sorry Kay.”

Kasih masih bisu dengan airmata yang mula bertakung ditubir mata.Dia sebak tiba-tiba.

Kenapa Ryan buat macam ni?Sekejab suka sekejab tidak.

“I tak nak kehilangan you Kay.I tak dapat bayangkan bagaimana hidup I tanpa you..”

“You hurt me..”

“I know and I’m so regret.I should ask.Bukannya buat tuduhan melulu..”

“Kay,please look at me.Please..”

Kasih angkat muka.Airmata yang berlinang,Ryan sapu lembut dengan jari jemarinya.

Tanpa diduga Ryan kucup lembut pipi Kasih.Ryan senyum melihat tiada penolakkan spontan dari Kasih.

“Terima kasih sebab sudi terima I dalam hidup you.Kerana sudi menjadi isteri I.Kerana mahu menghabiskan sepanjang hayat you dengan I.Thanks Kay..”

Kasih ketap bibir.Geram dengan sikap selamba Ryan.Bagaikan tak ada apa-apa yang berlaku antara mereka.

“You dah habis..?Kalau sudah boleh tak you keluar.I nak tidur..”




KASIH RYAN 27


CHAPTER 27

“Kau tak sihat ke Kay.?”

“Aku tak apa-apa.”tuala kecil yang Mira hulur dicapai dan Kasih sapu sisa-sisa air dibibir.

Tekak masih terasa perit sekalipun sudah berkumur hampir sebesen air.

“Kau pregant.?”Mira meneka.

Walau dia tahu hubungan Kasih dengan Ryan dingin,namun manalah tahu kan.Siang-siang aja dingin,malam-malam….

Kasih bisu.Geleng tidak.Angguk pun tidak.

“Risau aku tengok kau ni.Badan kau pun susut.Kau sakit ke.?”

“Aku tak apa-apalah.Kau jangan risau..”

“Kau dah pergi klinik.?”

“Mi,aku cakap aku tak apa-apa.Aku tak sakit.Jangan risaulah.”

Mira hanya mampu melihat Kasih yang sudah mula bangun.Namun dia tergamam bila Kasih tiba-tiba rebah.

“Kay..!!!”

@@@@@

“Macam mana boleh jadi macam ni.?Ryan tahu tak Kay pregnant.?”

Ryan hanya angguk.Takkan dia nak cakap yang dia tak tahu Kasih pregnant.

Makin riuhlah mulut mama nanti.

“Doktor kata tekanan darah Kay meningkat.Terlalu stress.What is happen between both of you.?”mama tak putus-putus bertanya.

Hati seorang ibu.Bagai mengetahui ada sesuatu yang tidak kena antara anak dan menantunya.

Ryan memilih untuk tidak menjawap.Dia tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.

Kasih yang masih lena ditatap dengan perasaan bersalah.Sejak mereka bertengkar hari itu,dia memang tidak langsung ambik tahu tentang Kasih.

Malah sengaja menjauhkan diri.Sengaja menyibukkan diri dengan kerja-kerja pejabat dan projek mereka di Singapura.

Sekalipun hati meronta rindu pada Kasih namun ego lelakinya begitu tebal.

Setiap kali dia mahu menghampiri Kasih,bagai terbayang dimata melihat kemesraan Kasih bersama Azran hari itu.

“Kalau apa-apa jadi pada Kay,mama tak akan maafkan Ryan..”

“Mama,sudahlah tu.Kay tak ada apa-apa.Orang mengandung memang macam tukan.”along cuba memujuk.

“Kita balik dulu ya mama.Ryan dah ada untuk jaga Kasih.Malam nanti kita datang lagi.”ujar angah pula.

Dan akhirnya mama akur.Namun sebelum berlalu,sempat lagi mama leterkan Ryan.

@@@@@

“What is happen,bro.?”Nadzmi hulur cawan kertas yang berisikan nescafe panas pada Ryan.

Ryan sambut namun masih tiada kata yang keluar dari bibirnya.Dia berperang dengan perasaan sendiri.

Sedih melihat keadaan Kasih namun dalam masa yang sama dia masih tak dapat terima kenyataan.

Terasa seperti Kasih mempermainkan perasaannya.

“Kau dengan Kasih ada problem ke?”lembut suara Nadzmi bertanya bila Ryan masih belum mahu buka mulut.

Tak guna nak marah-marah.Bukan boleh selesaikan masaalah.

“Entahlah Jimmy.Aku sendiri arghh..susah aku nak cakap.”

“Kau tak cuba..mana nak tahu.Kalau ada masalah,jangan pendam untuk diri kau sendiri.Apa gunanya kawan.”

“Aku tak tahu sejauh mana kejujuran Kasih pada aku selama ini.Did you know that she still meet her ex..?”

Ryan pandang tepat pada Nadzmi.

Nadzmi angguk perlahan.

“You know about that.?”

“Kay ada beritahu aku tapi aku percaya tak ada apa yang berlaku antara dia dan Azran.And I trust her.Kay will not cheat on you.”

“I saw with my own eye.She and that guy, couple of day ago.Put yourself in my shoes,Jimmy.Apa perasaan kau bila lihat isteri kau dengan lelaki lain.?”

“Did you ask her?”

Geleng.

“Is not that aku nak sebelahkan Kay sebab dia adik aku tapi rasanya kau patut bersemuka dengan Kay.Jangan terus jatuhkan hukuman jika tak tahu cerita yang sebenar.”

Ryan sedar dia salah.Terus menjatuhkan hukuman tanpa mengetahui letak perkara sebenar.

Seseorang itu tidak bersalah selagi belum dibuktikan bersalah tapi matanya sendiri menjadi saksi.Ego seorang lelaki dan suami benar-benar tercabar saat itu.

“I know…”tak sempat Nadzmi menghabiskan kata bila pintu bilik terkuak.

Muncul Mira dimuka pintu bersama seorang lelaki yang spontan menaikkan darah Ryan.

“What are you doing here?Tak puas-puas kau datang cari isteri aku.?”

“Ryan..aku.”Mira cuba bersuara namun Ryan seakan tidak dengar.

“Baik kau pergi dari sini..”

“Aku datang nak lawat Kasih.”

“Ohh..baiknya kau.Sekarang kau dah tengok dia,apa lagi blah lah..”

“Apa masalah kau ni..?”

“Masalah aku.?Masalah aku adalah kau.Banyak lagi perempuan dalam  dunia ni,kenapa isteri aku juga yang kau nak !!”

“Ryan..”Nadzmi cuba meleraikan suasana yang mula tegang.

“Ryan..kau dah salah anggap hubungan aku dengan Kasih.Kami tak ada apa-apa hubungan.”

“Oh ya.Kalau kau dengan dia tak ada apa-apa hubungan,kenapa dia jumpa kau hari tu.?Nak share goods new with kekasih hati.?”

“Good news?What do you mean..?”

“Kasih tak beritahu kau.She’ pregnant.Mesti dia nak share berita ni dengan kau.”

Azran sedikit terkejut dengan penjelasan Ryan.Sedikit pun dia tidak tahu tentang itu.

Tadi dia call Flower Shoppe,bukan untuk mencari Kasih tapi untuk menempah beberapa jambangan bunga bagi majlis syarikat.

Sedikit terkejut mendapat informasi dari Mira,yang Kasih berada dihospital.

Sebagai kawan,dia tak rasa salah untuk datang melawat Kasih,tambahan pula Mira juga mempelawa.

“Tak ada sebab untuk dia beritahu aku tentang berita tu dan FYI,dia datang jumpa aku hari tu sebab dia mahu aku lupakan dia.Which I cant do it actually..”

“Aku patut minta maaf dengan kau,Ryan.Aku sebenarnya tak boleh terima hakikat bila Kasih terima lamaran kau.Aku pujuk Kasih.Minta dia tinggalkan kau.Lari jauh-jauh dari sini tapi dia tolak.Dia pilih untuk hidup dengan kau.Terima kau sebagai suaminya.Dan aku terpaksa akur dengan permintaan Kasih walau bukan itu yang aku harapkan.”

“You are so lucky Ryan.So pleaselah,jangan tuduh Kasih yang bukan-bukan.Take a good care of her..”

“Teruk betul perangai kau ni..”Mira kerling Ryan dengan muka mencuka.

Sedikit sebanyak dia seakan tahu apa yang sedang berlaku sekarang ni.

Kes cemburu buta rupanya.

“Kasihan Kasih..”getus hati kecil Mira.

Carnation putih berbelang biru diletakkan diatas meja.Mira mahu Kasih ceria sebaik dia buka mata nanti.

Harap-harap carnation kegemaran Kasih akan membuatkan harapannya tercapai.

“She gonna be fine,don’t worry..”Nadzmi sebaik Mira mengangkat muka.

Mira angguk perlahan.Rambut Kasih diusap penuh kasih sayang.

Sememangnya dia sangat sayangkan Kasih,sahabatnya diwaktu susah dan senang.

“Mira rasa biarlah Mira balik dulu.Nanti kalau Kasih dah sedar,abang tolong call Mira,okay.”

“Okay..”

KASIH RYAN 26


CHAPTER 26

“But why.?Bukan you pernah beritahu yang you suka and want this ring..”soal Azran.

Kasih hanya senyum,membalas pertanyaan Azran.

“Satu waktu dulu memang aku mahukannya Azran,tapi waktu itu dah lama berlalu.Aku tak layak lagi untuk memilikinya.”

“Kay,please.Jangan buat aku macam ni..”

“Aku dah banyak buat salah Azran.Ini salah satu kesalahan yang aku tak patut lakukan.Kita tak patut jumpa macam ni.”

“Kay,why should you wait.?You don’t love him.You love me.Walk away from him.We get married.”

Kasih geleng.

“Aku yakin kau akan jumpa gadis yang lebih yang lebih sempurna dari aku.Lupakan saja aku,Azran”

“Kay,jangan minta aku buat sesuatu yang aku tak mampu lakukannya.Kau pun tahukan.Aku tak mungkin dapat lupakan kau.We were mean for each other,Kay.”

“Kisah kita dah lama berakhir,Azran.Segala impian yang kita impikan dulu tak mungkin akan terlaksana.Aku banyak berdosa pada Ryan.Aku mahu tebus semua kesalahan aku pada dia.Please Azran.Jangan cari aku lagi.Aku nak bina hidup baru dengan Ryan.”

Azran tidak berkelip merenung Kasih.

Bagaimana dia mampu menunaikan permintaan Kasih kerana dia sememangnya tidak mampu melakukannya.

Seluruh kasih sayang,cintanya hanya untuk Kasih Arianna.

“Janganlah buat muka sedih macam tu.Kita telah ditakdirkan untuk bersama tapi bukan sebagai suami isteri.Kau tetap kawan aku dunia akhirat,Azran.”ujar Kasih dengan senyum.

Menolak bekas baldu kecil dihadapannya kepada Azran semula.Azran panggung kepala.

Membalas renungan Kasih dan akhirnya dia paksa diri untuk ukir senyum.

“Jaga diri kau baik-baik Azran.”

“You too Kay.”


@@@@@

Ryan kerling jam didinding.Sudah lepas ke angka sembilan malam.Kasih masih tidak sampai sekali pun menurut Mira,Kasih sudah meninggalkan Flower Shoppe sejak jam lima petang tadi.

Petang tadi dia singgah ke Dataran Pahlawan,mahu mencari sesuatu untuk diberikan pada Kasih sebagai tanda terima kasih pada isterinya.

Ryan sedar,sejak akhir-akhir ini dia sering mengabaikan Kasih dan dia mahu menebus kesalahnnya semula.

Sebagai suami,dia patut berusaha untuk terus memenangi hati Kasih walau dia sudah hampir give up sebenarnya tapi bila Kasih menyerah pada malam itu,dia mula yakin penerimaan Kasih.

Tapi apabila dia dapat tahu,jurnal peribadinya dibaca Kasih,hati Ryan mula berbelah bagi.

Walau dia tahu Kasih hanya baca jurnalnya selepas malam itu namun dia seakan tidak boleh terima kenyataan.

Dia tidak mahu Kasih menerima dia kerana simpati pada nasib malangnya selama ini.

Kerana itu dia sanggup biarkan Kasih sendirian sekalipun dia tahu,itu bukanlah cara untuk dia mengetahui perasaan sebenar Kasih padanya.

Tapi semalam,melihat airamata Kasih yang menitis,hatinya tersentuh.

Arghh..Ryan kerling lagi jam didinding.Lagi sepuluh minit kepukul 10.Kasih tak balik-balik lagi.

Hatinya mula mengelagak marah sejak mendidih sedari petang tadi.

Puncanya,dia tak sangka melihat isteri tercinta bersama bekas kekasih di Coffee Bean.

Hilang niat untuk mencari something untuk Kasih,terus dia angkat kaki dan berlalu dari situ.

 “Thanks angah.”

“Jangan lupa ajak Ryan pergi klinik nanti.”

“Yalah..”

“Seronok sangat jumpa bekas kekasih atau masih lagi kekasih,hingga tak jumpa jalan balik rumah.?”meluncur ayat-ayat dari bibir Ryan sebaik kelibat Kasih muncul dimuka pintu.

Kasih hanya bisu.Tak kuasa nak bertikam lidah dengan Ryan.Kepalanya masih terasa berat dan tekaknya juga masih mual.

“I’m talking to you Kay..”

“I’m listening..”ujarnya perlahan sambil membalas renungan Ryan yang bagaikan singa lapar.

Seakan Ryan akan menerkam dan membahamnya bila-bila saja.

“Where have you been..?”

“Kay balik rumah mama tadi.Tak sangka terlelap pula.Kereta pun ada dekat sana.Tak larat nak drive..”

“Oh!Really.Bukan you dok bersantai dengan kekasih lama you tu..?”

“Apa masalah you ni Ryan?What are you trying to say…?”

Ryan ketap bibir.

“I’m wondering..apa agaknya yang pernah you lakukan dengan Azran dibelakang I selama ini..?”

Kasih kehilangan kata.Tidak disangka Ryan sanggup berkata begitu.Begitu hina sekali dirinya dimata Ryan,suaminya sendiri.

Airmata yang hampir tumpah ditahan segera.

“Suka hati youlah.Cakaplah apa yang you suka.”

Kasih atur langkah.Dia tidak mahu menangis depan Ryan.

“I’m not finish.”Ryan raih lengan Kasih dan paksa Kasih membalas pandangannya.

“Then,it’s true..?”

“You ingat I perempuan murahan.?Kalau itu anggapan you pada I selama ini,tak guna you simpan perempuan murah ni kan.I tak sehina itu Ryan.I masih tahu batas-batas pergaulan I sebagai isteri orang.Kalau tak ada apa-apa lagi,I’m finish.”

Dan didalam bilik Kasih menangis sepuas-puas hati.Tak tahan mendengar tuduhan melulu Ryan padanya.

Tergamak sungguh Ryan !!!




KASIH RYAN 25


CHAPTER 25

“Kenapa tak ada seorang pun beritahu Kay yang papa sakit..?”

“Papa sakit.?Mana ada..?”

“Sudahlah angah.Kay dah tahu semuanya.Papa pernah sakit dulukan hingga perlu lakukan pembedahan.Papa perlu buah pinggang baru,is that true..?”

“Kay,sudahlah.Perkara tu dah lama berlalu.Papa dah sihat sekarang ni.Tak perlu kita nak ingat-ingat semula..”along cuba memujuk.

Namun tidak mudah untuk Kay menerimanya.Hatinya remuk dan kecewa kerana tidak diberitahu tentang sakit papa.

Dia juga anak papa dan dia juga berhak untuk tahu apa saja masaalah yang berlaku dalam keluarga mereka.

“Kenapa dengan Ryan,along dan angah boleh beritahu tapi tidak Kay.Kay anak papa juga.Ryan orang luar..”

“Dan kenapa senang sangat Ryan beri buah pinggang dia pada papa.?Dia dengan kita tak ada apa-apa hubungan.Mesti dia ada niat lain..”

Jassrina dan Nadzmi berpandangan sesama sendiri.Kasih tetap Kasih yang penuh dengan prasangka.

“Kay,Ryan bukan orang yang macam tu..”

“Macamlah along dengan angah kenal sangat Ryan tu..”

“Papa yang minta kami rahsiakan dari Kay sebab tak mahu Kay susah hati.Lagipun along dan angah,mama ada untuk jaga papa.”.

“Kalau apa-apa jadi pada papa masa tu..?”Kasih masih tak puas hati

“Kay,papa dah selamat.Sudahlah tu.Besar tau pengorbanan Ryan pada keluarga kita.Boleh tak Kay hargainya walaupun sedikit.Jangan asyik nak ikut cakap Kay aja...”suara along mula meninggi.

“Kay just nak tahu.Salah ke.?”

“Kay,bukan semua orang dilahirkan didunia ini dalam keadaan sempurna.Maksud angah,tak semua orang lahir dalam keluarga yang bahagia,yang hidup senang macam Kay.Macam kita..”

“Ryan contohnya.Dia dilahirkan dalam keluarga berada.Anak orang kaya tapi sudahnya dimana dia membesar.Dirumah anak-anak yatim.Hanya kerana datuk dan nenek dia tak mahu mengiktiraf kehadirannya.Dan parents dia pula,kerana harta dan tak mahu hidup susah,sanggup tinggalkan Ryan dekat situ..”

“Ryan is so special.Papa dan mama ambil Ryan jadi anak angkat waktu Ryan darjah 5 tapi Ryan tak tinggal dengan kita.Hujung minggu kita semua akan jengah Ryan.Mungkin Kay tak ingat sebab Kay kecil lagi masa tu...”

“He’s a quick learner,seorang yang selalu sangat merendah diri,tak banyak cakap,hormat pada orang tua dan sangat-sangat sayangkan papa.Mula-mula dulu kami cemburu juga tapi lama-lama jadi tak kisah.”

 “Kalau Kay kata Ryan ada agenda lain,angah tak rasa macam tu.Angah tak rasa Ryan buat semua tu semata-mata kerana dia inginkan harta papa.”

“Mana angah tahu.Jangan-jangan dia berlakon aja...?”

“Kay,cuba jangan selalu berfikiran negatif pada orang lain.Yes,memang ramai manusia dalam dunia ni yang suka ambil kesempatan tapi ada juga yang jujur dan ikhlas.One of them yang angah rasa benar-benar jujur dan ikhlas is Ryan.Kay patut bersyukur tau.He come to you.He love you.He love our family.”

“Kay tak kasihan pada dia ke?Dahla parents sendiri tak mahu mengaku anak.Dari kecil tak pernah rasa kasih sayang parents sebenar.Hanya mampu menumpang kasih sayang papa dan mama.Then ingat dapatlah tumpang kasih sayang isteri tapi isteri pula tak sudi.Kalau Kay ditempat Ryan macam mana.?Tentu sedihkan...”pujuk along.

Kasih diam.Walau kata-kata along dan angah singgah dikotak fikiran namun dia buntu.

“Along tahu Kay tak sekejam itu.Cuma Kay perlukan masa,betul tak?Take your time to think about everything.Bila ada orang sayangkan kita,kenapa kita nak sia-siakan kasih sayang yang dia berikan.Dan tak salah kalau kita bahagiakan orang lain juga..”

“Bukan senang nak jumpa orang yang sungguh-sungguh sayangkan kita.Yang sanggup lakukan apa saja untuk keluarga kita.Think about it..”


@@@@@

Bunyi sms mengganggu suasana sunyi petang itu.Sms diterima dari Azran,dibaca lantas kemudian terus dipadamkan.

Tidak terlintas langsung untuk membalasnya.Namun satu lagi sms dari Azran menyusul dan Kasih delete sekali lagi.

Kasih tekad.Segalanya harus dinoktahkahkan hari ini juga.Dia tidak mahu bertangguh lagi.

Gelas berisi fresh orange dibawa kebibir dan diteguk perlahan.Telinganya menangkap bunyi enjin kereta diluar.

Kasih kerling jam dipergelangan tangan.Tepat enam setengah petang.Sebenarnya dia sudah tiba dirumah sejak pukul empat tadi.

Dia mahu bersemuka dengan Ryan kerena sejak dia sengaja meninggalan jurnal Ryan diatas meja beberapa hari yang lalu,Ryan seperti menjauhkan diri darinya.

Terdengar pintu dibuka namun Kasih tidak menoleh.Dia pura-pura berminat dengan kaca LCD yang sedang menayangkan rancangan kartun,Hagemaru.

Ryan tidak menegurnya,sebaliknya terus masuk kedalam bilik.

Dahi Kasih berkerut.What is happening to Ryan.?Selalu Ryan tak macam ni.Paling tidak Ryan akan beri salam.Tapi hari ini,nothing.

Kasih bangun.Dia tidak peduli.Pintu bilik Ryan diketuk perlahan.Menanti beberapa saat namun masih belum terbuka.

Kasih ketuk lagi tapi kali ini agak kuat.Dan berhasil bila Ryan muncul dimuka pintu.

“Can we talk..?”soalnya perlahan.

“Cakaplah..”Ryan seperti tidak berminat.

“I ..err..I..”

“You buat apa selongkar bilik I..?”soal Ryan tiba-tiba.

Kasih terkedu mendengar soalan Ryan.Ah memang aku yang salah.Tapi menuduh aku selongkar bilik dia dah melampau.

Jurnal tu ada atas meja.Bukan duduk dalam laci atau bawah almari pun.

“I tak selongkar bilik you..”

“Then why my jurnal boleh ada dekat depan tv.Dia jalan sendiri.?”

Kasih diam.Tahu silapnya.Tapi dia harus bercakap dengan Ryan.Dia tidak peduli walau Ryan sedang marah sekali pun waktu itu.

“I’m sorry..”hanya itu yang mampu Kasih katakan.

“So..what do you want to talk..?Ohhh I forgot..Forgive me sebab terlupa.Ya we should talk about to let you go..”

“Ryan..!!”

“Itu yang you nak bincangkan bukan.I minta maaf sebab buat you tunggu lama sangat untuk bincang tentang hal tu.Come..you wanna talk kan..”

Ryan tarik tangan Kasih dan dudukkan dia atas sofa sebelum dia ambil tempat berhadapan deengan Kasih.

Ryan raup wajah dengan dua tapak tangan sambil mengeluh.

“Perlu ke you pergi,Kay..?”soalnya dengan tangan masih dimuka.

“I tak kata yang I nak pergi..”

“Then.?Bukan itu yang you mahukan..?”

Kasih geleng.Tak tahu kenapa tiba-tiba dia rasa nak menangis mendengar pertanyaan Ryan.

Saat ini,dia hanya mahu berada disisi Ryan.Dia tidak mahu kemana-mana.

“Kay nak minta minta maaf..”ucap Kasih lembut.Dia raih jari jemari Ryan yang masih menutup muka dan pinta Ryan pandang wajahnya.

“Kay tahu Kay banyak buat salah..”

“Kay,pleaselah jangan nak berlakon lagi.I tahu you just nak show your sympathykan.I tak perlukan simpati you..”

Kasih ketap bibir.Cuba menahan airmata dari luruh.

“It’s okay Kay.I dah biasa dengan semua ni.Kecewa,derita.Semua I dah rasa.”

“You jangan risau.I,orang yang berpegang pada janji.Kata tetap akan I kotakan..”

“Ryan,can you shut up for a while dan dengar apa yang I nak cakap..”

“Hmm..okay..okay.Go ahead.Cakap apa yang you nak cakap.I dengar..”

Kasih tarik nafas panjang.Membalas pandangan Ryan.

“Ya,I admit.I baca jurnal you dan I feel sorry for you.”

“No need to feel sorry..”

“Kay minta maaf sebab selalu prasangka buruk..You selamatkan papa.If not, sure Kay tak dapat jumpa papa lagi.I should thank you for that..”

“Sekarang you rasa terhutang budi dengan I..?”sinis Ryan bertanya.

“For your information Puan Kasih Ariana,I buat semua tu sebab I sayangkan papa.I bukan buat semua tu sebab nak tunjuk baik or what so ever.Lagipun I sangat-sangat terhutang budi pada papa dan mama yang sudi menerima dan menjaga I macam anak sendiri.I tak minta papa balas apa yang I buat sebab I sendiri tak dapat membalas segala jasa baik papa dan mama sampai I mati sekalipun.Hanya itu yang mampu I beri sebagai tanda kasih sayang I pada mereka.So I tak nak you rasa terhutang budi pada I,okay.Sebab I ikhlas...”

“Kalau you berbaik-baik dengan I semata-mata kerana simpati dengan nasib I atau kerana you rasa terhutang budi that I’ve save your father life..then you better forget it.I tak perlukan simpati you dan you tak ada hutang apa-apa dengan I.You get me clear.?Now,if you tak ada apa-apa nak cakap.,I nak masuk bilik..Selamat malam..”

“Ryan..wait.”

Langkah Ryan terhenti.Membalikkan tubuh dan merenung membalas pandangan Kasih.

“Is there something that I should know..?”

Kasih geleng dengan linangan airmata

Tuesday, September 20, 2011

KASIH RYAN 24

CHAPTER 24

“Betul apa yang angah dengar dari along..?”lembut Nadzmi bertanya.

Kasih angat muka dan membalas pandangan angah.

Nadzmi senyum.Kasih cantik.Secantik along,Jass.Walau keduanya amat berbeza sikap dan perwatakkan,mereka berdua adalah antara wanita-wanita yang disayangi dalam hidup.

“Kay,Kay tahukan angah sayang Kay.Along pun sayang Kay.Kami juga sayang pada Ryan..”

“Apa yang angah nak cakap sebenarnya.?”

“Betul Kay nak minta Ryan lepaskan Kay..?”

Kasih diam.Angguk tidak geleng pun tidak.

Bagaimana mahu beritahu pada angah.?

“Angah tak nak mahu mempengaruhi apa-apa saja keputusan yang bakal Kay ambil.Itu hak Kay.Apa yang  angah boleh cakap fikir masak-masak.Apa saja keputusan yang Kay ambil akan mempengaruhi segalanya..”

“You are not a young girl anymore tau..”Nadzmi cuit hidung Kasih.

“Kenapa semua orang sayang sangat dengan Ryan.?”

Nadzmi senyum.Tidak menjawap soalan yang Kasih soalkan.

“Kay akan tahu nanti..”

@@@@@

Hari ini Ryan pulang lewat lagi.Kata angah Earth Land dapat beberapa projek baru dan kerana itu Ryan agak sibuk kebelakangan ini.

Kasih kerling jam didinding.Tepat pukul 9 malam.

Ahh..bosan sungguh.Nak tengok tv pun tak ada mood.Astro ni balik-balik repeat cerita yang sama.

Kasih bangun.Dia berdiri tepat dimuka pintu bilik yang dihuni Ryan.

Tombol pintu dipulas dan pintu ditolak perlahan.

Suis lampu dipetik dan bilik yang gelap tadi menjadi terang benderang.

Katil bersaiz King dihampar cadar warna biru gelap dengan corak grafik warna putih.Ada empat biji bantal bersarung warna biru muda.Begitu juga dengan sebiji bantal peluk bersarung warna senada.

Dua lapis langsir,tebal dan nipis menutup tingkap.Sebuah meja tulis disudut meja dengan sebuah sofa disebelahnya.Almari pasang siap melekat didinding.

Diatas meja ada sebuah komputer riba dan lampu meja.Ada juga beberapa buah buku dari siri Witness To World War 2.Tak sangka Ryan minat baca buku-buku perang ni.

Keharuman lavendar menusuk hidung..

Baik aku keluar sebelum Ryan balik..

Namun ada sesuatu yang menarik perhatiannya.Ada satu oganizer berkulit hitam terletak diatas meja.

Langkah keluar Kasih terhenti.Ringan tangannya menyelak halaman depan organizer tersebut.

Ada beberapa keping gambar disitu dengan nama Ryan tertera dimuka surat pertama.

Kasih capai organizer tersebut dan bawa keluar.Tutup lampu dan pintu.

Dia henyak punggung diatas sofa dan mula meneliti gambar yang ada ditangan.

Gambar ditangan mengingatkan dia pada peristiwa lapan tahun lalu.

Waktu itu dia berusia 17tahun dan baru sahaja tamat SPM.Dia tak faham kenapa papa dan mama beria-ia mahu menghadiri konvo seorang lelaki yang tidak dikenalinya.

Malah papa dan mama kelihatan amat bangga dan gembira dengan kejayaan lelaki tersebut.Along dan angah pun sama,turut gembira.

Hanya dia yang tak tahu hujung pangkal.

Ada catatan dibelakang gambar itu.

dia cantikkan..biarpun bibirnya tidak langsung ukirkan senyum..

Memang dalam gambar itu,hanya dia seorang yang tidak senyum memandang kamera.

Gambar kedua menarik minat Kasih.Gambar sebuah keluarga yang kelihatan cukup bahagia.

Papa,mama,along,angah dan Ryan.Hanya dia yang tiada kerana melihat tarikh gambar itu,dia sedang berada di Australia.

Maknanya hubungan Ryan dengan keluarganya cukup rapat.Tapi kenapa?Kenapa mama dan papa,along juga angah amat rapat dan sayang sungguh pada Ryan.?

Kasih benar-benar tidak faham.

Gambar-gambar yang lain tiada apa yang istimewanya lantas Kasih letakkan semula gambar-gambar tersebut dihalaman yang mula-mula tadi.

Dia selak helaian organizer tersebut.Tak berdosa ke baca catatan orang lain..?Ahh..pedulilah.

Pastinya ada sesuatu didalam ini yang akan membuka cerita kenapa Ryan amat disenangi oleh ahli keluarganya.

Perjalanan hidup ini amat panjang.Aku sudah bosan untuk mengharunginya.

Bukan tak cemburu melihat kehidupan orang lain yang dikelilingi ahli keluarga tersayang.Aku tak ada siapa-siapa melainkan Datuk dan Datin.Kerana mereka aku punya kekuatan untuk teruskan hidup.

Kejayaan yang aku kecapi hari ini adalah hasil usaha gigih aku selama ini.Juga berkat dorongan papa dan mama..Alhamdulilah..

Jatuh cinta..arghh..mungkin sukar untuk dia terima aku jika dia tahu aku siapa?Kami bagai enggang dan pipit.langit dan bumi..
Papa beri aku tanggungjawap besar untuk kendalikan EARTH LAND..sesuatu yang sukar untuk aku terima.Papa terlalu baik..alangkah indahnya jika ayah aku sendiri seperti papa..Aku tak boleh terima amanah papa..biar Jimmy saja yang uruskan..dia lebih berhak..

Pencarian aku berakhir hari ini..Orang yang sangat ingin aku temui selama berpuluh tahun sudah aku tahu dimana duduknya..Hati ini terlalu rindukan mereka..

Ya ALLAH..berilah aku kekuatan untuk terus menghadapi kehidupan ini.Mengapa aku diduga sebegini rupa..Ibu..Ayah..Ryan tak minta semua ini terjadi..Ryan juga tak mahu harta benda..kemewahan yang Ibu dan Ayah ada..cukuplah kalau Ibu dan Ayah mengaku Ryan anak Ibu dan Ayah..

Ryan dah jumpa ayah dah ibu dia?Tapi kenapa Ryan tak pernah cerita pada aku?

Aku benar-benar kecewa.Pencarian ini telah berakhir namun tidak ada maknanya lagi.Ibu dan Ayah tidak mengakui aku anaknya..malah tak mahu langsung pada muka aku..Kenapa?Hina sangatkah aku ni.Aku tak minta mereka lahirkan aku kedunia..kesilapan mereka harus ditanggung oleh aku?Kerana harta mereka sanggup buang aku..

Ya ALLAH...kerana aku yakin setiap apa yang KAU lakukan ada hikmahnya..Alhamdulilah,jika aku tidak dihantar kerumah anak yatim,pasti aku tidak akan jumpa papa dan mama..Insan yang sebaik-baiknya..Aku tak kisah jika Ibu dan Ayah tiada..tapi jangan ambil papa dan mama dari aku....

Terasa panas airmatanya menitik.Kasihannya.Ada juga orang yang sanggup tinggalkan anak mereka begitu?Manusia jenis apakah mereka itu?

Tidakkah mereka punya hati dan perasaan.Kasihan Ryan.

Kasih kesat air mata yang sudah menitik membasahi jurnal milik Ryan.Matanya yang berkaca kini sudah terang semula.

Dia selak helaian seterusnya.Ingin terus membaca luahan hati Ryan.

Sekeping gambar jatuh diatas kaki.Seakan dia kenal pada insan didalam gambar itu.

Mereka adalah pemilik rangkaian hotel budget yang cukup berjaya dan terkenal.

Earth Land ada projek untuk menyiapkan beberapa bangunan untuk mereka.Bangunan yang bakal dijadikan hotel budget disepanjang Pantai Puteri.

Tapi kenapa Ryan simpan gambar ni sedangkan dia sendiri tiada dalam gambar.

Kasih kecilkan mata dan tilik betul-betul wajah pemilik hotel tersebut.

Mereka suami isteri nampak masih anggun dan kacak dalam usia masing-masing.

Senyum sang suami persis senyum Ryan dan mata sepet milik Ryan sama seperti mata si isteri.

Mungkin ini adalah ayah dan ibu kandung Ryan.?

Kasih geleng kepala.Pelik dan hairan dengan sikap orang kaya dan terpelajar.

Sanggup buang dan tak mengaku anak sendiri..?Tak banggakah mereka dengan kejayaan yang dicapai Ryan selama ini..?

Sekeping kad ucapan yang diselit ditengah-tengah jurnal menarik minatnya lantas ditarik keluar.

GET WELL SOON..Dengan gambar seekor beruang yang sedang terlantar diatas katil hospital.

Ryan ni memang selalu sakit ker..??

Kad dibuka dan tertera beberapa tandatangan didalamnya.

Thanks very much..

Love,
papa,mama,along & angah..

Apa maksudnya semua ni?

Papa sakit..?YA ALLAH..jangan ambil papa dari aku.Aku belum puas merasa kasih sayang seorang ayah.Aku sanggup buat apa sahaja untuk papa..

“Papa sakit.?Kenapa aku tak pernah tahu papa sakit.?Kenapa tak pernah ada orang beritahu aku..?”

Papa perlukan buah pinggang yang baru?Mana nak cari donor?Masa papa makin suntuk..?TUHAN..aku rela berikan sebelah buah pinggang aku untuk papa asalkan papa sihat semula..TUHAN..KAU izinkanlah aku.Permudahkanlah segalanya untuk papa..

Kasih telan liur.Macam tak percaya apa yang dibacanya tadi.Papa sakit.Papa sakit apa?Papa perlukan buah pinggang baru?Kenapa..?Kenapa.?

Alhamdulilah YA ALLAH..Pembedahan papa berjaya dan aku bersyukur segalanya selamat.Apa yang aku lakukan bukan sahaja kerana aku amat terhutang budi atas segala jasa papa dan mama tapi aku lakukan kerana kasih sayang aku sebagai seorang anak.Aku tak minta balasan..aku hanya mahu ada papa dan mama yang sayang sepenuh hati pada aku..yang menerima aku seadanya..

Mean,buah pinggang yang yang ada pada papa sekarang adalah milik Ryan..?Why did Ryan do that..?Hanya kerana sayang pada papa?Atau Ryan ada agenda lain..?

Kasih tutup jurnal milik Ryan.Tidak mahu tahu kisah seterusnya.Dia letakkan jurnal diatas meja dan perlahan naik keatas dengan air mata berlinang dimata.


KASIH RYAN 23

CHAPTER 23

Kasih masih termenung disitu sejak dari tadi.Sejak dia sampai ke kedai tidak ada satu kerja yang dilakukannya.

Lily singgung Mira yang sedang membuat kira-kira.Mira angkat muka dan Lily muncung pada Kasih yang masih bermenung.

“Sejak tadi kak Ariana macam tu,kenapa kak..?”

“Kau tanyalah dia sendiri..”balas Mira tanpa memperdulikan renungan Lily.

Ada pula saya nak tanya.Akak tanyalah.Dia ada masaalah agaknya tu.Satu keja tak buat.Asyik termenung aja..”

“Biarlah dia selesaikan masaalah dia sendiri Ly.Akak tak nak masuk campur.”balas Mira perlahan.

Kembali dia tunduk merenung buku kira-kira dihadapannya.Namun dari ekor mata dia pandang juga pada Kasih.

Sejak dia tahu Kasih berhubung semula dengan Azran,sedikit sebanyak hatinya terluka.

Dia sayangkan Kasih dan tak dapat terima perbuatan Kasih.Namun tidak sekali Mira buka mulut untuk bertanya kisah lebih lanjut.

Dia tahu Kasih sudah dewasa dan Kasih boleh berfikir untuk masa depannya sendiri.

Apa yang Kasih lakukan,walau dia sama sekali tidak setuju.,siapalah dia untuk membantah.

Kasih lebih tahu apa yang dia lakukan.

“Kak Mira..pergilah tanya Kak Ariana tu.Saya tak sedap hatilah..”pujuk Lily bila Mira hanya buat tak reti.

Deringan telefon mengganggu perbualan Lily dan Mira.Tanpa disuruh Lily bangun dan mendapatkan telefon yang berdering..

“Kak Ariana..”panggilnya membuatkan Kasih berpaling.

Gagang telefon ditunjukkan menandakan ada seseorang dihujung talian mencari Kasih.

“Hello,Kasih sini..”

“Kay,it’s me..”

“You nak apa..?”

“Kenapa tak reply my sms.I call pun you tak angkat..”

“I sibuk..”

“Sibuk sangat ke.?”

“Bolehlah.Err you call ni nak order bunga ke..?”

“Hmm..I call ni sebab I nak cakap dengan you.I miss you so much..”

Kasih diam.Tak tahu apa yang mahu dicakapkan.

“Kay,are you there..?”

“Azran,I ada kerja nak buat.Nanti I call you back ya..”

“Kay..wait.We have lunch today..”

“I quite busy hari ni.Next time ajalah ya..”

“How about dinner..?”Azran masih memujuk.Tidak berputus asa.

Kasih tarik nafas panjang.

“I cant.Not lunch even dinner.I call you back.Bye..”

Gagang telefon diletakkan semula.

“Kau kenapa..?”soalnya pada Mira yang disedari tadi memandangnya.

Sejak dia mengangkat telefon hingga dia letakkan semula gagang,dia perasan mata Mira melekat padanya.

“Kau masih contact dia..”soal Mira.

“Siapa..?”Kasih pura-pura tak faham.

“You know who I mean..”

Kasih buat tak faham.Dia bangun dan buat-buat check bunga dalam freezer.

Mira masih disitu.Menanti jawapan.

“Kau tahu kau sedang main api,Kay..?”

“Kami hanya kawan Mi.Azran pernah menjadi kekasih aku dan aku rasa tak salah kalau kami berkawan..”

“Itu kata kau Kay.Orang lain tak tahu itu semua.”

“Mi,kau kawan aku.Kau kenal akukan..”

“Bukan niat aku nak campur urusan kau tapi sebagai seorang sahabat yang sayangan kau,aku minta sangat kau fikir masak-masak sebelum kau ambil apa-apa keputusan..”

“Keputusan apa Mi..?”

Mira senyum sambil menggeleng.

Kasih Kasih..masih lagi nak sembunyikan hakikat yang sebenar.

“Apa-apa sahaja keputusanlah Kay.Kau lebih faham apa maksud aku..”balas Mira dalam senyum lantas tinggalkan Kasih sendirian.

Memberi ruang untuk Kasih terus berfikir.

@@@@@

Selepas merasakan dia tiada mood untuk berada dikedai,dia beritahu Mira yang dia perlukan rehat hari ini.

Tak tahu apa yang membuatkan dia datang kesini.Tempat ini segera mengingatkan dia pada Ryan.

Disinilah dia mula-mula jumpa Ryan sendirian.Disini juga secara sinis Ryan perli dan nasihatkan dia tentang  pentingkan ibu bapa dalam hidup anak-anak..

Kerana nasihat tak langsung Ryan,dia kembali kerumah dan hubungannya dengan papa dan mama rapat semula.

Kasih pesan sirap bandung dengan nasi lemak beserta kepak ayam panggang..

Dia ingat dulu Ryan pernah menikmati nasi lemak dengan kepak ayam panggang dan hari ini Kasih terasa mahu menikmatinya.

Ahh Ryan lagi.Kenapa mesti aku ingat dia..?

Ryan sudah sembuh dari demam dan mula sibuk seperti sebelumnya.

Sudah jarang dia dan Ryan bertemu muka dirumah tapi yang sebenar dia juga tidak bersedia untuk berhadapan dengan Ryan setelah apa yang berlaku pada malam itu.


Tiba-tiba dia rasa rindu sangat pada Ryan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...