MUKADIMAH

there's a story behind everything..how picture got on wall..how a scar got on your face..how you fall in love with your buddy..sometimes the stories are simple and sometimes they are hard and heartbreaking..
there's always be a stories where others people are really at the heart..leave them to tell those..tell yours instead..

Tuesday, September 20, 2011

KASIH RYAN 22

CHAPTER 22

Civic milik Ryan sudah terpakir digaraj bila dia tiba dirumah petang itu.

Cepat dia balik hari ni atau aku yang balik cepat..?getus hati Kasih sambil menolak pintu.

Suasana dalam rumah sunyi dan sepi.Kasih kehairanan.Dia jengah kedapur namun keadaan dapur sama seperti waktu pagi tadi sebelum dia keluar.

Masih ada mug yang berisi nescafe yang digunakan Ryan pagi tadi dalam mangkuk singki.Aik..tak basuh pun mug tu..??

Tingkap dapur juga tertutup.Selalunya Ryan akan buka tingkap dapur bila dia ada dirumah.

Kasih angkat bahu lantas atur langkah keatas.Dia mahu segera membersihkan diri dan berehat seketika diatas katil empuknya sebelum makan malam.

Dia benar-benar keletihan hari ini bila hanya terjaga bila jam sudah menunjukkan angka 8 malam.

Mak aii..lamanya aku tertidur..getus hatinya sambil melompat turun dari katil.Dan terus kebawah.

Gelap gelita.Malampau betul Ryan ni,sampai lampu pun tak tahu buka.

Ryan tidak ada diruang tamu mahupun didapur.Kasih jengah keluar.Civic Ryan masih terpakir ditempat yang sama.Ryan juga tiada diluar.Mana dia pergi.?

Dia berpaling pada bilik Ryan.Pintu bilik tertutup rapat.Takkan dia tidur hingga tak sedarkan diri?

Tombol pintu dipulas perlahan.Cahaya dari luar menjengah sama.Dia nampak Ryan sedang baring diatas katil.

Masih lengkap dengan kemeja dan seluar panjang.Juga bertali leher.Sarung kaki juga masih tersarung.

Buat tebiat ke dia ni tidur dengan baju kerja.?Dah tu tidur hingga tak sedarkan diri.

Namun bagai terasa ada sesuatu,membuatkan Kasih perlahan menapak kearah katil.

Dia buka lampu dimeja sisi dan nampak beberapa plastik putih yang berisikan ubat.

Ryan sakit?

Pantas Kasih letakkan tangan pada dahi dan leher Ryan.Ya ALLAH.Panasnya badan dia.

“Ryan..Ryan..”

Namun tiada sahutan membuatkan Kasih tak keruan.

“Ryan..”geraknya lagi.Kali ini agak kuat hingga Ryan tersedar dari lena.

“You demam.Kenapa tak beritahu I..?”

Ryan tidak membalas.Matanya dipejamkan semula.Dia mahu sambung semula lena yang terganggu.

“Ryan,you tak boleh tidur aja..”Kasih paksa Ryan buka mata.

“I tak apa-apalah.I hanya sakit kepala aja.Lepas I tidur ni nanti baiklah ..”

“You kena makan ubat tapi sebelum tu you kena makan dulu..”

“I dah makan ubat tadi.Pagi tadi..”

 “Itu pagi tadi.Nanti I masakkan something untuk you..”

Kasih kedapur.Melihat apa yang ada untuk dia berikan pada Ryan sebagai alas perut.

Eii..kenapa tak ada apa-apa dekat dapur ni..?

Akhirnya dia buat keputusan untuk telefon angah.Minta angah beli bubur untuk Ryan.

“Cepat sikit ya angah.”

“Okay princess..”

Dia kembali semula ke bilik Ryan dengan semangkuk air dan tuala kecil.Basahkan tuala dan lap muka Ryan.

Satu per satu butang kemeja Ryan ditanggalkan dan dia basahkan tubuh Ryan sebelum sarungkan kemeja bersih untuk Ryan.

Dia tarik selimut dan selimut tubuh Ryan yang panas seperti bara.

“Sayang juga you pada I ya..”

Kasih angkat muka.Tak sangka Ryan sedar segala perbuatannya.

“I bukannya tak ada hati dan perasaan..”

“Thanks Kay..”

Kasih hanya bisu.Hanya berbalas pandang dengan Ryan.

Terdengar hon kereta berbunyi dari luar.Kasih bingkas bangun.

“Ryan demam.?”

Kasih angguk..

“Sejak bila..?”

“Tak tahu.Kay baru tahu tadi.Tapi kata Ryan dia sakit kepala dari pagi tadi.”

“Kay dah bawa Ryan jumpa doktor..?”soal angah yang jelas nampak gusar.

“Ryan dah jumpa doktor tadi.”

“Kay pastikan Ryan makan ubat.Kalau ada apa-apa call angah..”

Angah hulur bungkusan plastik yang berisi bubur ayam pada tangan Kasih.

“Thanks angah..”

Angah hanya angguk sebelum berlalu.

Ryan hanya mampu terima beberapa sudu bubur sebelum dia mengeleng tanda tidak mahu.

“You have to finish this..”

“One bowl.?I tak larat unless you eat with me..”

Kasih angguk tanda setuju.Lagupin dia memang lapar.Tengah hari tadi dia hanya sempat makan bun kacang merah saja.

Malam ini pun,dia masih belum sempat telan apa-apa.

Kasih cedok sesudu bubur dan hulur pada Ryan namun Ryan geleng..

“Your turn..”

“Okay..”Kasih sudu dalam mulutnya.

Hmm sedap juga bubur ni.Boleh habis semangkuk aku makan sorang.

“Now your turn..”

Seperti kanak-kanak,Ryan buka mulut dan tak sampai 10 minit semangkuk besar bubur ayam habis dimakan mereka berdua.

“Angah pesan to makesure you take your pills..”dia hulur gelas berisi air masak dengan beberapa biji pill pada Ryan.

“Done..”sekali telan,kesemuanya masuk kedalam perut.

“Now,you take a rest.Tidur..”Kasih tarik selimut dan selimut tubuh Ryan.

“Good night,Ryan..”

“Kay..”

Kasih toleh.

“Boleh temankan I sekejab..”

Hmm..Kasih angguk.Dia kembali semula dan duduk pada sofa berdekatan.

“Kenapa jauh sangat.Marilah sini.You takut dengan I..?Dalam keadaan I yang macam ni,I tak boleh nak buat apa-apa pada you..”

Kasih hanya pandang pada Ryan tanpa reaksi.

Mungkin benar kata Ryan,dalam keadaannya yang sebegitu..apa yang dia boleh lakukan.

“I have big space here and enough for you.Please.Temankan I sekejab.At least sampai I tidur.Dari kecik bila I sakit,tak ada siapa temankan I,so today can you..?”

Akhirnya Kasih akur.Rasa kasihan menyelinap dalam diri.Ryan enjak dan beri ruang pada Kasih untuk baring disebelah.

Mereka berbalas pandang.Ryan senyum.Dia angkat tangan dan elus perlahan rambut Kasih.

“You memang cantik.Cantik sangat.Mungkin ini kali terakhir I tengok wajah cantik you.Bila I sihat nanti,we talk.I tahu you tak bahagia dengan I,kan.Tapi sebelum tu ,I nak tengok you puas-puas..”

“You tak sihat.Jangan cakap yang bukan-bukan..”

“I sedar apa I cakap Kay.I akan buat apa saja untuk kebahagiaan you walau pun I terpaksa korbankan rumah tangga kita.Asalkan you bahagia,I tak kisah menderita..”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...