MUKADIMAH

there's a story behind everything..how picture got on wall..how a scar got on your face..how you fall in love with your buddy..sometimes the stories are simple and sometimes they are hard and heartbreaking..
there's always be a stories where others people are really at the heart..leave them to tell those..tell yours instead..

Tuesday, September 20, 2011

KASIH RYAN 23

CHAPTER 23

Kasih masih termenung disitu sejak dari tadi.Sejak dia sampai ke kedai tidak ada satu kerja yang dilakukannya.

Lily singgung Mira yang sedang membuat kira-kira.Mira angkat muka dan Lily muncung pada Kasih yang masih bermenung.

“Sejak tadi kak Ariana macam tu,kenapa kak..?”

“Kau tanyalah dia sendiri..”balas Mira tanpa memperdulikan renungan Lily.

Ada pula saya nak tanya.Akak tanyalah.Dia ada masaalah agaknya tu.Satu keja tak buat.Asyik termenung aja..”

“Biarlah dia selesaikan masaalah dia sendiri Ly.Akak tak nak masuk campur.”balas Mira perlahan.

Kembali dia tunduk merenung buku kira-kira dihadapannya.Namun dari ekor mata dia pandang juga pada Kasih.

Sejak dia tahu Kasih berhubung semula dengan Azran,sedikit sebanyak hatinya terluka.

Dia sayangkan Kasih dan tak dapat terima perbuatan Kasih.Namun tidak sekali Mira buka mulut untuk bertanya kisah lebih lanjut.

Dia tahu Kasih sudah dewasa dan Kasih boleh berfikir untuk masa depannya sendiri.

Apa yang Kasih lakukan,walau dia sama sekali tidak setuju.,siapalah dia untuk membantah.

Kasih lebih tahu apa yang dia lakukan.

“Kak Mira..pergilah tanya Kak Ariana tu.Saya tak sedap hatilah..”pujuk Lily bila Mira hanya buat tak reti.

Deringan telefon mengganggu perbualan Lily dan Mira.Tanpa disuruh Lily bangun dan mendapatkan telefon yang berdering..

“Kak Ariana..”panggilnya membuatkan Kasih berpaling.

Gagang telefon ditunjukkan menandakan ada seseorang dihujung talian mencari Kasih.

“Hello,Kasih sini..”

“Kay,it’s me..”

“You nak apa..?”

“Kenapa tak reply my sms.I call pun you tak angkat..”

“I sibuk..”

“Sibuk sangat ke.?”

“Bolehlah.Err you call ni nak order bunga ke..?”

“Hmm..I call ni sebab I nak cakap dengan you.I miss you so much..”

Kasih diam.Tak tahu apa yang mahu dicakapkan.

“Kay,are you there..?”

“Azran,I ada kerja nak buat.Nanti I call you back ya..”

“Kay..wait.We have lunch today..”

“I quite busy hari ni.Next time ajalah ya..”

“How about dinner..?”Azran masih memujuk.Tidak berputus asa.

Kasih tarik nafas panjang.

“I cant.Not lunch even dinner.I call you back.Bye..”

Gagang telefon diletakkan semula.

“Kau kenapa..?”soalnya pada Mira yang disedari tadi memandangnya.

Sejak dia mengangkat telefon hingga dia letakkan semula gagang,dia perasan mata Mira melekat padanya.

“Kau masih contact dia..”soal Mira.

“Siapa..?”Kasih pura-pura tak faham.

“You know who I mean..”

Kasih buat tak faham.Dia bangun dan buat-buat check bunga dalam freezer.

Mira masih disitu.Menanti jawapan.

“Kau tahu kau sedang main api,Kay..?”

“Kami hanya kawan Mi.Azran pernah menjadi kekasih aku dan aku rasa tak salah kalau kami berkawan..”

“Itu kata kau Kay.Orang lain tak tahu itu semua.”

“Mi,kau kawan aku.Kau kenal akukan..”

“Bukan niat aku nak campur urusan kau tapi sebagai seorang sahabat yang sayangan kau,aku minta sangat kau fikir masak-masak sebelum kau ambil apa-apa keputusan..”

“Keputusan apa Mi..?”

Mira senyum sambil menggeleng.

Kasih Kasih..masih lagi nak sembunyikan hakikat yang sebenar.

“Apa-apa sahaja keputusanlah Kay.Kau lebih faham apa maksud aku..”balas Mira dalam senyum lantas tinggalkan Kasih sendirian.

Memberi ruang untuk Kasih terus berfikir.

@@@@@

Selepas merasakan dia tiada mood untuk berada dikedai,dia beritahu Mira yang dia perlukan rehat hari ini.

Tak tahu apa yang membuatkan dia datang kesini.Tempat ini segera mengingatkan dia pada Ryan.

Disinilah dia mula-mula jumpa Ryan sendirian.Disini juga secara sinis Ryan perli dan nasihatkan dia tentang  pentingkan ibu bapa dalam hidup anak-anak..

Kerana nasihat tak langsung Ryan,dia kembali kerumah dan hubungannya dengan papa dan mama rapat semula.

Kasih pesan sirap bandung dengan nasi lemak beserta kepak ayam panggang..

Dia ingat dulu Ryan pernah menikmati nasi lemak dengan kepak ayam panggang dan hari ini Kasih terasa mahu menikmatinya.

Ahh Ryan lagi.Kenapa mesti aku ingat dia..?

Ryan sudah sembuh dari demam dan mula sibuk seperti sebelumnya.

Sudah jarang dia dan Ryan bertemu muka dirumah tapi yang sebenar dia juga tidak bersedia untuk berhadapan dengan Ryan setelah apa yang berlaku pada malam itu.


Tiba-tiba dia rasa rindu sangat pada Ryan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...