MUKADIMAH

there's a story behind everything..how picture got on wall..how a scar got on your face..how you fall in love with your buddy..sometimes the stories are simple and sometimes they are hard and heartbreaking..
there's always be a stories where others people are really at the heart..leave them to tell those..tell yours instead..

Tuesday, September 20, 2011

KASIH RYAN 24

CHAPTER 24

“Betul apa yang angah dengar dari along..?”lembut Nadzmi bertanya.

Kasih angat muka dan membalas pandangan angah.

Nadzmi senyum.Kasih cantik.Secantik along,Jass.Walau keduanya amat berbeza sikap dan perwatakkan,mereka berdua adalah antara wanita-wanita yang disayangi dalam hidup.

“Kay,Kay tahukan angah sayang Kay.Along pun sayang Kay.Kami juga sayang pada Ryan..”

“Apa yang angah nak cakap sebenarnya.?”

“Betul Kay nak minta Ryan lepaskan Kay..?”

Kasih diam.Angguk tidak geleng pun tidak.

Bagaimana mahu beritahu pada angah.?

“Angah tak nak mahu mempengaruhi apa-apa saja keputusan yang bakal Kay ambil.Itu hak Kay.Apa yang  angah boleh cakap fikir masak-masak.Apa saja keputusan yang Kay ambil akan mempengaruhi segalanya..”

“You are not a young girl anymore tau..”Nadzmi cuit hidung Kasih.

“Kenapa semua orang sayang sangat dengan Ryan.?”

Nadzmi senyum.Tidak menjawap soalan yang Kasih soalkan.

“Kay akan tahu nanti..”

@@@@@

Hari ini Ryan pulang lewat lagi.Kata angah Earth Land dapat beberapa projek baru dan kerana itu Ryan agak sibuk kebelakangan ini.

Kasih kerling jam didinding.Tepat pukul 9 malam.

Ahh..bosan sungguh.Nak tengok tv pun tak ada mood.Astro ni balik-balik repeat cerita yang sama.

Kasih bangun.Dia berdiri tepat dimuka pintu bilik yang dihuni Ryan.

Tombol pintu dipulas dan pintu ditolak perlahan.

Suis lampu dipetik dan bilik yang gelap tadi menjadi terang benderang.

Katil bersaiz King dihampar cadar warna biru gelap dengan corak grafik warna putih.Ada empat biji bantal bersarung warna biru muda.Begitu juga dengan sebiji bantal peluk bersarung warna senada.

Dua lapis langsir,tebal dan nipis menutup tingkap.Sebuah meja tulis disudut meja dengan sebuah sofa disebelahnya.Almari pasang siap melekat didinding.

Diatas meja ada sebuah komputer riba dan lampu meja.Ada juga beberapa buah buku dari siri Witness To World War 2.Tak sangka Ryan minat baca buku-buku perang ni.

Keharuman lavendar menusuk hidung..

Baik aku keluar sebelum Ryan balik..

Namun ada sesuatu yang menarik perhatiannya.Ada satu oganizer berkulit hitam terletak diatas meja.

Langkah keluar Kasih terhenti.Ringan tangannya menyelak halaman depan organizer tersebut.

Ada beberapa keping gambar disitu dengan nama Ryan tertera dimuka surat pertama.

Kasih capai organizer tersebut dan bawa keluar.Tutup lampu dan pintu.

Dia henyak punggung diatas sofa dan mula meneliti gambar yang ada ditangan.

Gambar ditangan mengingatkan dia pada peristiwa lapan tahun lalu.

Waktu itu dia berusia 17tahun dan baru sahaja tamat SPM.Dia tak faham kenapa papa dan mama beria-ia mahu menghadiri konvo seorang lelaki yang tidak dikenalinya.

Malah papa dan mama kelihatan amat bangga dan gembira dengan kejayaan lelaki tersebut.Along dan angah pun sama,turut gembira.

Hanya dia yang tak tahu hujung pangkal.

Ada catatan dibelakang gambar itu.

dia cantikkan..biarpun bibirnya tidak langsung ukirkan senyum..

Memang dalam gambar itu,hanya dia seorang yang tidak senyum memandang kamera.

Gambar kedua menarik minat Kasih.Gambar sebuah keluarga yang kelihatan cukup bahagia.

Papa,mama,along,angah dan Ryan.Hanya dia yang tiada kerana melihat tarikh gambar itu,dia sedang berada di Australia.

Maknanya hubungan Ryan dengan keluarganya cukup rapat.Tapi kenapa?Kenapa mama dan papa,along juga angah amat rapat dan sayang sungguh pada Ryan.?

Kasih benar-benar tidak faham.

Gambar-gambar yang lain tiada apa yang istimewanya lantas Kasih letakkan semula gambar-gambar tersebut dihalaman yang mula-mula tadi.

Dia selak helaian organizer tersebut.Tak berdosa ke baca catatan orang lain..?Ahh..pedulilah.

Pastinya ada sesuatu didalam ini yang akan membuka cerita kenapa Ryan amat disenangi oleh ahli keluarganya.

Perjalanan hidup ini amat panjang.Aku sudah bosan untuk mengharunginya.

Bukan tak cemburu melihat kehidupan orang lain yang dikelilingi ahli keluarga tersayang.Aku tak ada siapa-siapa melainkan Datuk dan Datin.Kerana mereka aku punya kekuatan untuk teruskan hidup.

Kejayaan yang aku kecapi hari ini adalah hasil usaha gigih aku selama ini.Juga berkat dorongan papa dan mama..Alhamdulilah..

Jatuh cinta..arghh..mungkin sukar untuk dia terima aku jika dia tahu aku siapa?Kami bagai enggang dan pipit.langit dan bumi..
Papa beri aku tanggungjawap besar untuk kendalikan EARTH LAND..sesuatu yang sukar untuk aku terima.Papa terlalu baik..alangkah indahnya jika ayah aku sendiri seperti papa..Aku tak boleh terima amanah papa..biar Jimmy saja yang uruskan..dia lebih berhak..

Pencarian aku berakhir hari ini..Orang yang sangat ingin aku temui selama berpuluh tahun sudah aku tahu dimana duduknya..Hati ini terlalu rindukan mereka..

Ya ALLAH..berilah aku kekuatan untuk terus menghadapi kehidupan ini.Mengapa aku diduga sebegini rupa..Ibu..Ayah..Ryan tak minta semua ini terjadi..Ryan juga tak mahu harta benda..kemewahan yang Ibu dan Ayah ada..cukuplah kalau Ibu dan Ayah mengaku Ryan anak Ibu dan Ayah..

Ryan dah jumpa ayah dah ibu dia?Tapi kenapa Ryan tak pernah cerita pada aku?

Aku benar-benar kecewa.Pencarian ini telah berakhir namun tidak ada maknanya lagi.Ibu dan Ayah tidak mengakui aku anaknya..malah tak mahu langsung pada muka aku..Kenapa?Hina sangatkah aku ni.Aku tak minta mereka lahirkan aku kedunia..kesilapan mereka harus ditanggung oleh aku?Kerana harta mereka sanggup buang aku..

Ya ALLAH...kerana aku yakin setiap apa yang KAU lakukan ada hikmahnya..Alhamdulilah,jika aku tidak dihantar kerumah anak yatim,pasti aku tidak akan jumpa papa dan mama..Insan yang sebaik-baiknya..Aku tak kisah jika Ibu dan Ayah tiada..tapi jangan ambil papa dan mama dari aku....

Terasa panas airmatanya menitik.Kasihannya.Ada juga orang yang sanggup tinggalkan anak mereka begitu?Manusia jenis apakah mereka itu?

Tidakkah mereka punya hati dan perasaan.Kasihan Ryan.

Kasih kesat air mata yang sudah menitik membasahi jurnal milik Ryan.Matanya yang berkaca kini sudah terang semula.

Dia selak helaian seterusnya.Ingin terus membaca luahan hati Ryan.

Sekeping gambar jatuh diatas kaki.Seakan dia kenal pada insan didalam gambar itu.

Mereka adalah pemilik rangkaian hotel budget yang cukup berjaya dan terkenal.

Earth Land ada projek untuk menyiapkan beberapa bangunan untuk mereka.Bangunan yang bakal dijadikan hotel budget disepanjang Pantai Puteri.

Tapi kenapa Ryan simpan gambar ni sedangkan dia sendiri tiada dalam gambar.

Kasih kecilkan mata dan tilik betul-betul wajah pemilik hotel tersebut.

Mereka suami isteri nampak masih anggun dan kacak dalam usia masing-masing.

Senyum sang suami persis senyum Ryan dan mata sepet milik Ryan sama seperti mata si isteri.

Mungkin ini adalah ayah dan ibu kandung Ryan.?

Kasih geleng kepala.Pelik dan hairan dengan sikap orang kaya dan terpelajar.

Sanggup buang dan tak mengaku anak sendiri..?Tak banggakah mereka dengan kejayaan yang dicapai Ryan selama ini..?

Sekeping kad ucapan yang diselit ditengah-tengah jurnal menarik minatnya lantas ditarik keluar.

GET WELL SOON..Dengan gambar seekor beruang yang sedang terlantar diatas katil hospital.

Ryan ni memang selalu sakit ker..??

Kad dibuka dan tertera beberapa tandatangan didalamnya.

Thanks very much..

Love,
papa,mama,along & angah..

Apa maksudnya semua ni?

Papa sakit..?YA ALLAH..jangan ambil papa dari aku.Aku belum puas merasa kasih sayang seorang ayah.Aku sanggup buat apa sahaja untuk papa..

“Papa sakit.?Kenapa aku tak pernah tahu papa sakit.?Kenapa tak pernah ada orang beritahu aku..?”

Papa perlukan buah pinggang yang baru?Mana nak cari donor?Masa papa makin suntuk..?TUHAN..aku rela berikan sebelah buah pinggang aku untuk papa asalkan papa sihat semula..TUHAN..KAU izinkanlah aku.Permudahkanlah segalanya untuk papa..

Kasih telan liur.Macam tak percaya apa yang dibacanya tadi.Papa sakit.Papa sakit apa?Papa perlukan buah pinggang baru?Kenapa..?Kenapa.?

Alhamdulilah YA ALLAH..Pembedahan papa berjaya dan aku bersyukur segalanya selamat.Apa yang aku lakukan bukan sahaja kerana aku amat terhutang budi atas segala jasa papa dan mama tapi aku lakukan kerana kasih sayang aku sebagai seorang anak.Aku tak minta balasan..aku hanya mahu ada papa dan mama yang sayang sepenuh hati pada aku..yang menerima aku seadanya..

Mean,buah pinggang yang yang ada pada papa sekarang adalah milik Ryan..?Why did Ryan do that..?Hanya kerana sayang pada papa?Atau Ryan ada agenda lain..?

Kasih tutup jurnal milik Ryan.Tidak mahu tahu kisah seterusnya.Dia letakkan jurnal diatas meja dan perlahan naik keatas dengan air mata berlinang dimata.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...