MUKADIMAH

there's a story behind everything..how picture got on wall..how a scar got on your face..how you fall in love with your buddy..sometimes the stories are simple and sometimes they are hard and heartbreaking..
there's always be a stories where others people are really at the heart..leave them to tell those..tell yours instead..

Wednesday, September 21, 2011

KASIH RYAN 27


CHAPTER 27

“Kau tak sihat ke Kay.?”

“Aku tak apa-apa.”tuala kecil yang Mira hulur dicapai dan Kasih sapu sisa-sisa air dibibir.

Tekak masih terasa perit sekalipun sudah berkumur hampir sebesen air.

“Kau pregant.?”Mira meneka.

Walau dia tahu hubungan Kasih dengan Ryan dingin,namun manalah tahu kan.Siang-siang aja dingin,malam-malam….

Kasih bisu.Geleng tidak.Angguk pun tidak.

“Risau aku tengok kau ni.Badan kau pun susut.Kau sakit ke.?”

“Aku tak apa-apalah.Kau jangan risau..”

“Kau dah pergi klinik.?”

“Mi,aku cakap aku tak apa-apa.Aku tak sakit.Jangan risaulah.”

Mira hanya mampu melihat Kasih yang sudah mula bangun.Namun dia tergamam bila Kasih tiba-tiba rebah.

“Kay..!!!”

@@@@@

“Macam mana boleh jadi macam ni.?Ryan tahu tak Kay pregnant.?”

Ryan hanya angguk.Takkan dia nak cakap yang dia tak tahu Kasih pregnant.

Makin riuhlah mulut mama nanti.

“Doktor kata tekanan darah Kay meningkat.Terlalu stress.What is happen between both of you.?”mama tak putus-putus bertanya.

Hati seorang ibu.Bagai mengetahui ada sesuatu yang tidak kena antara anak dan menantunya.

Ryan memilih untuk tidak menjawap.Dia tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.

Kasih yang masih lena ditatap dengan perasaan bersalah.Sejak mereka bertengkar hari itu,dia memang tidak langsung ambik tahu tentang Kasih.

Malah sengaja menjauhkan diri.Sengaja menyibukkan diri dengan kerja-kerja pejabat dan projek mereka di Singapura.

Sekalipun hati meronta rindu pada Kasih namun ego lelakinya begitu tebal.

Setiap kali dia mahu menghampiri Kasih,bagai terbayang dimata melihat kemesraan Kasih bersama Azran hari itu.

“Kalau apa-apa jadi pada Kay,mama tak akan maafkan Ryan..”

“Mama,sudahlah tu.Kay tak ada apa-apa.Orang mengandung memang macam tukan.”along cuba memujuk.

“Kita balik dulu ya mama.Ryan dah ada untuk jaga Kasih.Malam nanti kita datang lagi.”ujar angah pula.

Dan akhirnya mama akur.Namun sebelum berlalu,sempat lagi mama leterkan Ryan.

@@@@@

“What is happen,bro.?”Nadzmi hulur cawan kertas yang berisikan nescafe panas pada Ryan.

Ryan sambut namun masih tiada kata yang keluar dari bibirnya.Dia berperang dengan perasaan sendiri.

Sedih melihat keadaan Kasih namun dalam masa yang sama dia masih tak dapat terima kenyataan.

Terasa seperti Kasih mempermainkan perasaannya.

“Kau dengan Kasih ada problem ke?”lembut suara Nadzmi bertanya bila Ryan masih belum mahu buka mulut.

Tak guna nak marah-marah.Bukan boleh selesaikan masaalah.

“Entahlah Jimmy.Aku sendiri arghh..susah aku nak cakap.”

“Kau tak cuba..mana nak tahu.Kalau ada masalah,jangan pendam untuk diri kau sendiri.Apa gunanya kawan.”

“Aku tak tahu sejauh mana kejujuran Kasih pada aku selama ini.Did you know that she still meet her ex..?”

Ryan pandang tepat pada Nadzmi.

Nadzmi angguk perlahan.

“You know about that.?”

“Kay ada beritahu aku tapi aku percaya tak ada apa yang berlaku antara dia dan Azran.And I trust her.Kay will not cheat on you.”

“I saw with my own eye.She and that guy, couple of day ago.Put yourself in my shoes,Jimmy.Apa perasaan kau bila lihat isteri kau dengan lelaki lain.?”

“Did you ask her?”

Geleng.

“Is not that aku nak sebelahkan Kay sebab dia adik aku tapi rasanya kau patut bersemuka dengan Kay.Jangan terus jatuhkan hukuman jika tak tahu cerita yang sebenar.”

Ryan sedar dia salah.Terus menjatuhkan hukuman tanpa mengetahui letak perkara sebenar.

Seseorang itu tidak bersalah selagi belum dibuktikan bersalah tapi matanya sendiri menjadi saksi.Ego seorang lelaki dan suami benar-benar tercabar saat itu.

“I know…”tak sempat Nadzmi menghabiskan kata bila pintu bilik terkuak.

Muncul Mira dimuka pintu bersama seorang lelaki yang spontan menaikkan darah Ryan.

“What are you doing here?Tak puas-puas kau datang cari isteri aku.?”

“Ryan..aku.”Mira cuba bersuara namun Ryan seakan tidak dengar.

“Baik kau pergi dari sini..”

“Aku datang nak lawat Kasih.”

“Ohh..baiknya kau.Sekarang kau dah tengok dia,apa lagi blah lah..”

“Apa masalah kau ni..?”

“Masalah aku.?Masalah aku adalah kau.Banyak lagi perempuan dalam  dunia ni,kenapa isteri aku juga yang kau nak !!”

“Ryan..”Nadzmi cuba meleraikan suasana yang mula tegang.

“Ryan..kau dah salah anggap hubungan aku dengan Kasih.Kami tak ada apa-apa hubungan.”

“Oh ya.Kalau kau dengan dia tak ada apa-apa hubungan,kenapa dia jumpa kau hari tu.?Nak share goods new with kekasih hati.?”

“Good news?What do you mean..?”

“Kasih tak beritahu kau.She’ pregnant.Mesti dia nak share berita ni dengan kau.”

Azran sedikit terkejut dengan penjelasan Ryan.Sedikit pun dia tidak tahu tentang itu.

Tadi dia call Flower Shoppe,bukan untuk mencari Kasih tapi untuk menempah beberapa jambangan bunga bagi majlis syarikat.

Sedikit terkejut mendapat informasi dari Mira,yang Kasih berada dihospital.

Sebagai kawan,dia tak rasa salah untuk datang melawat Kasih,tambahan pula Mira juga mempelawa.

“Tak ada sebab untuk dia beritahu aku tentang berita tu dan FYI,dia datang jumpa aku hari tu sebab dia mahu aku lupakan dia.Which I cant do it actually..”

“Aku patut minta maaf dengan kau,Ryan.Aku sebenarnya tak boleh terima hakikat bila Kasih terima lamaran kau.Aku pujuk Kasih.Minta dia tinggalkan kau.Lari jauh-jauh dari sini tapi dia tolak.Dia pilih untuk hidup dengan kau.Terima kau sebagai suaminya.Dan aku terpaksa akur dengan permintaan Kasih walau bukan itu yang aku harapkan.”

“You are so lucky Ryan.So pleaselah,jangan tuduh Kasih yang bukan-bukan.Take a good care of her..”

“Teruk betul perangai kau ni..”Mira kerling Ryan dengan muka mencuka.

Sedikit sebanyak dia seakan tahu apa yang sedang berlaku sekarang ni.

Kes cemburu buta rupanya.

“Kasihan Kasih..”getus hati kecil Mira.

Carnation putih berbelang biru diletakkan diatas meja.Mira mahu Kasih ceria sebaik dia buka mata nanti.

Harap-harap carnation kegemaran Kasih akan membuatkan harapannya tercapai.

“She gonna be fine,don’t worry..”Nadzmi sebaik Mira mengangkat muka.

Mira angguk perlahan.Rambut Kasih diusap penuh kasih sayang.

Sememangnya dia sangat sayangkan Kasih,sahabatnya diwaktu susah dan senang.

“Mira rasa biarlah Mira balik dulu.Nanti kalau Kasih dah sedar,abang tolong call Mira,okay.”

“Okay..”
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...