MUKADIMAH

there's a story behind everything..how picture got on wall..how a scar got on your face..how you fall in love with your buddy..sometimes the stories are simple and sometimes they are hard and heartbreaking..
there's always be a stories where others people are really at the heart..leave them to tell those..tell yours instead..

Wednesday, September 21, 2011

KASIH RYAN 29


CHAPTER 29

Kepala dilentok perlahan kekiri dan kemudian kekanan sambil jari jemari memicit perlahan tengkuk yang terasa agak lenguh setelah begitu lama dia asyik dengan jahitan ribennya.

“Kay..”

“Hmm..”

“Kau pergilah rehat dulu.Tak sampai hati aku tengok kau lentok sini lentok sana.Silap haribulan terberanak pulak kau dekat sini..”

“Asalkan boleh aja kau ni Mi.Lama lagi aku nak bersalin..”

“Kay..”panggil Mira lagi.

“Ya..”Kasih membalas.

“Macam mana kau dengan Ryan.Dah ada improvement..?”

Kasih diam.Sedikit pun tidak berbunyi membalas pertanyaan Mira.

“Lagi berapa bulan kau nak bersalin Kay..?”soal Mira beralih pada isu lain setelah soalan pertamanya tidak berjawap.

“Soon..”perut yang makin membesar diusap perlahan dan senyumnya tambah lebar bila kaki comel menendang dinding perut memberi tindak balas pada usapannya tadi.

Jika diizinkan Tuhan,dua bulan lagi dia bakal bergelar ibu.InsyALLAH.

“Kau tahu tak..aku pernah baca dekat majalah Mastika tentang isteri yang susah nak bersalin..”

“Itu isteri yang curang dengan suami.Aku pun ada baca..”cepat Kasih potong kata-kata Mira.Dia tahu apa yang Mira nak sampaikan.

“Itu kes isteri curang and having their boyfriend baby.Memang patut pun susah nak bersalin tapi ada juga kes yang isteri susah nak bersalin sebab derhaka pada suami..”

“Aku tak dapat terima tuduhan dia mengatakan aku ada hubungan sulit tapi paling aku tak boleh terima bila dia tuduh aku melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya dengan Azran..”

“Kay,kan dah lama perkara tu.Setahu aku Ryan dah puas minta maaf.Macam-macam cara dia buat.Takkan tak ada sekelumit pun perasaan kasihan kau pada dia.”

“Syurga kau dibawah tapak kaki dia.Banyak dosa kau pada dia tahu.Baik kau cepat-cepat minta maaf..”sambung Mira lagi bila Kasih hanya bisu.

Cess..celuparnya mulut Mira namun Kasih akui Mira memang betul.

Sudah berbulan-bulan sejak hari itu namun marahnya pada Ryan tidak pernah padam walau sudah puas rasanya Ryan menuturkan maaf.

“Kau tak rindukan laki kau ke..?”soal Mira dalam ketawa nakalnya.

“Kalau aku rindupun takkan aku nak bagitahu kau..”

“Hah..mengaku pun rindu kat laki kau.Dahlah pergi balik.Jumpa laki kau tu.Minta maaf.Minta ampun..”

Jam dinding sudah tepat ke angka 4 petang bila Kasih sudah berkira-kira mahu pulang petang itu.

“Nah.Kau punya..”Mira letak dihadapannya,seekor teddy bear warna coklat gelap yang sedang memeluk satu jambangan carnation putih yang berbelang biru.

Bulat matanya memandang Mira inginkan jawapan.

“Ni,ada orang deliver untuk kau.”

“Untuk aku?”soalnya macam tak percaya.

Siapa pula yang rajin sangat hantar bunga siap dengan teddy bear ni?Hari ni bukannya birthday aku atau ada hari-hari yang istimewa.

“Mana kau tahu untuk aku..?.”

“Dah budak tu cakap untuk Puan Kasih Ariana.Untuk kau la.Takkan untuk aku pulak..”

Kad yang diselit dicelah bunga dicapai dan dibuka.Cantik dekorasi kad tersebut.Light pink dengan dua kuntum ukiran rose timbul.

Ada juga dua keping tiket wayang untuk menyaksikan cerita,ha?Cerita Geng Pengembaraan..Upin & Ipin.Biar betul..?

Tak ada orang yang tahu aku sukakan cerita ni,melainkan dia.Tapi tak mungkin dia yang hantar tiket ni..?Mesti nak pujuk aku..Hatinya berkata-kata.

i nak sangat tengok cerita ni.boleh tak temankan i..?since 2-2 keping ada dekat tangan u,I’ll hope u come..

Kasih senyum.Dia cukup kenal dengan tulisan tangan itu.Cukup kemas dan teratur.

Abjadnya sebiji-biji.Jelas dan nyata.Cukup senang nak baca.

Upin & Ipin.Hmm.Tayangan hari ini.Pukul sembilan malam di GSC Dataran Pahlawan.

“Mi,aku nak balik cepat hari ni..”beritahunya sambil mengemas meja yang bersepah dengan reben dan satin.

“Baliklah.Selama ini aku pun tak pernah suruh kau balik lambat.Kau aja yang suka menyiksa diri kau..”

Kasih tidak membalas,hanya senyum menghias bibir.Membuatkan Mira tertanya sendiri.

“Kay,aku nak tanya sikit ni..?”

“Tanyalah..”

“You look happy.Any chances for me to know,why..?”

“When everything dah sattle,I let you know.”








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...