MUKADIMAH

there's a story behind everything..how picture got on wall..how a scar got on your face..how you fall in love with your buddy..sometimes the stories are simple and sometimes they are hard and heartbreaking..
there's always be a stories where others people are really at the heart..leave them to tell those..tell yours instead..

Wednesday, September 21, 2011

KASIH RYAN 25


CHAPTER 25

“Kenapa tak ada seorang pun beritahu Kay yang papa sakit..?”

“Papa sakit.?Mana ada..?”

“Sudahlah angah.Kay dah tahu semuanya.Papa pernah sakit dulukan hingga perlu lakukan pembedahan.Papa perlu buah pinggang baru,is that true..?”

“Kay,sudahlah.Perkara tu dah lama berlalu.Papa dah sihat sekarang ni.Tak perlu kita nak ingat-ingat semula..”along cuba memujuk.

Namun tidak mudah untuk Kay menerimanya.Hatinya remuk dan kecewa kerana tidak diberitahu tentang sakit papa.

Dia juga anak papa dan dia juga berhak untuk tahu apa saja masaalah yang berlaku dalam keluarga mereka.

“Kenapa dengan Ryan,along dan angah boleh beritahu tapi tidak Kay.Kay anak papa juga.Ryan orang luar..”

“Dan kenapa senang sangat Ryan beri buah pinggang dia pada papa.?Dia dengan kita tak ada apa-apa hubungan.Mesti dia ada niat lain..”

Jassrina dan Nadzmi berpandangan sesama sendiri.Kasih tetap Kasih yang penuh dengan prasangka.

“Kay,Ryan bukan orang yang macam tu..”

“Macamlah along dengan angah kenal sangat Ryan tu..”

“Papa yang minta kami rahsiakan dari Kay sebab tak mahu Kay susah hati.Lagipun along dan angah,mama ada untuk jaga papa.”.

“Kalau apa-apa jadi pada papa masa tu..?”Kasih masih tak puas hati

“Kay,papa dah selamat.Sudahlah tu.Besar tau pengorbanan Ryan pada keluarga kita.Boleh tak Kay hargainya walaupun sedikit.Jangan asyik nak ikut cakap Kay aja...”suara along mula meninggi.

“Kay just nak tahu.Salah ke.?”

“Kay,bukan semua orang dilahirkan didunia ini dalam keadaan sempurna.Maksud angah,tak semua orang lahir dalam keluarga yang bahagia,yang hidup senang macam Kay.Macam kita..”

“Ryan contohnya.Dia dilahirkan dalam keluarga berada.Anak orang kaya tapi sudahnya dimana dia membesar.Dirumah anak-anak yatim.Hanya kerana datuk dan nenek dia tak mahu mengiktiraf kehadirannya.Dan parents dia pula,kerana harta dan tak mahu hidup susah,sanggup tinggalkan Ryan dekat situ..”

“Ryan is so special.Papa dan mama ambil Ryan jadi anak angkat waktu Ryan darjah 5 tapi Ryan tak tinggal dengan kita.Hujung minggu kita semua akan jengah Ryan.Mungkin Kay tak ingat sebab Kay kecil lagi masa tu...”

“He’s a quick learner,seorang yang selalu sangat merendah diri,tak banyak cakap,hormat pada orang tua dan sangat-sangat sayangkan papa.Mula-mula dulu kami cemburu juga tapi lama-lama jadi tak kisah.”

 “Kalau Kay kata Ryan ada agenda lain,angah tak rasa macam tu.Angah tak rasa Ryan buat semua tu semata-mata kerana dia inginkan harta papa.”

“Mana angah tahu.Jangan-jangan dia berlakon aja...?”

“Kay,cuba jangan selalu berfikiran negatif pada orang lain.Yes,memang ramai manusia dalam dunia ni yang suka ambil kesempatan tapi ada juga yang jujur dan ikhlas.One of them yang angah rasa benar-benar jujur dan ikhlas is Ryan.Kay patut bersyukur tau.He come to you.He love you.He love our family.”

“Kay tak kasihan pada dia ke?Dahla parents sendiri tak mahu mengaku anak.Dari kecil tak pernah rasa kasih sayang parents sebenar.Hanya mampu menumpang kasih sayang papa dan mama.Then ingat dapatlah tumpang kasih sayang isteri tapi isteri pula tak sudi.Kalau Kay ditempat Ryan macam mana.?Tentu sedihkan...”pujuk along.

Kasih diam.Walau kata-kata along dan angah singgah dikotak fikiran namun dia buntu.

“Along tahu Kay tak sekejam itu.Cuma Kay perlukan masa,betul tak?Take your time to think about everything.Bila ada orang sayangkan kita,kenapa kita nak sia-siakan kasih sayang yang dia berikan.Dan tak salah kalau kita bahagiakan orang lain juga..”

“Bukan senang nak jumpa orang yang sungguh-sungguh sayangkan kita.Yang sanggup lakukan apa saja untuk keluarga kita.Think about it..”


@@@@@

Bunyi sms mengganggu suasana sunyi petang itu.Sms diterima dari Azran,dibaca lantas kemudian terus dipadamkan.

Tidak terlintas langsung untuk membalasnya.Namun satu lagi sms dari Azran menyusul dan Kasih delete sekali lagi.

Kasih tekad.Segalanya harus dinoktahkahkan hari ini juga.Dia tidak mahu bertangguh lagi.

Gelas berisi fresh orange dibawa kebibir dan diteguk perlahan.Telinganya menangkap bunyi enjin kereta diluar.

Kasih kerling jam dipergelangan tangan.Tepat enam setengah petang.Sebenarnya dia sudah tiba dirumah sejak pukul empat tadi.

Dia mahu bersemuka dengan Ryan kerena sejak dia sengaja meninggalan jurnal Ryan diatas meja beberapa hari yang lalu,Ryan seperti menjauhkan diri darinya.

Terdengar pintu dibuka namun Kasih tidak menoleh.Dia pura-pura berminat dengan kaca LCD yang sedang menayangkan rancangan kartun,Hagemaru.

Ryan tidak menegurnya,sebaliknya terus masuk kedalam bilik.

Dahi Kasih berkerut.What is happening to Ryan.?Selalu Ryan tak macam ni.Paling tidak Ryan akan beri salam.Tapi hari ini,nothing.

Kasih bangun.Dia tidak peduli.Pintu bilik Ryan diketuk perlahan.Menanti beberapa saat namun masih belum terbuka.

Kasih ketuk lagi tapi kali ini agak kuat.Dan berhasil bila Ryan muncul dimuka pintu.

“Can we talk..?”soalnya perlahan.

“Cakaplah..”Ryan seperti tidak berminat.

“I ..err..I..”

“You buat apa selongkar bilik I..?”soal Ryan tiba-tiba.

Kasih terkedu mendengar soalan Ryan.Ah memang aku yang salah.Tapi menuduh aku selongkar bilik dia dah melampau.

Jurnal tu ada atas meja.Bukan duduk dalam laci atau bawah almari pun.

“I tak selongkar bilik you..”

“Then why my jurnal boleh ada dekat depan tv.Dia jalan sendiri.?”

Kasih diam.Tahu silapnya.Tapi dia harus bercakap dengan Ryan.Dia tidak peduli walau Ryan sedang marah sekali pun waktu itu.

“I’m sorry..”hanya itu yang mampu Kasih katakan.

“So..what do you want to talk..?Ohhh I forgot..Forgive me sebab terlupa.Ya we should talk about to let you go..”

“Ryan..!!”

“Itu yang you nak bincangkan bukan.I minta maaf sebab buat you tunggu lama sangat untuk bincang tentang hal tu.Come..you wanna talk kan..”

Ryan tarik tangan Kasih dan dudukkan dia atas sofa sebelum dia ambil tempat berhadapan deengan Kasih.

Ryan raup wajah dengan dua tapak tangan sambil mengeluh.

“Perlu ke you pergi,Kay..?”soalnya dengan tangan masih dimuka.

“I tak kata yang I nak pergi..”

“Then.?Bukan itu yang you mahukan..?”

Kasih geleng.Tak tahu kenapa tiba-tiba dia rasa nak menangis mendengar pertanyaan Ryan.

Saat ini,dia hanya mahu berada disisi Ryan.Dia tidak mahu kemana-mana.

“Kay nak minta minta maaf..”ucap Kasih lembut.Dia raih jari jemari Ryan yang masih menutup muka dan pinta Ryan pandang wajahnya.

“Kay tahu Kay banyak buat salah..”

“Kay,pleaselah jangan nak berlakon lagi.I tahu you just nak show your sympathykan.I tak perlukan simpati you..”

Kasih ketap bibir.Cuba menahan airmata dari luruh.

“It’s okay Kay.I dah biasa dengan semua ni.Kecewa,derita.Semua I dah rasa.”

“You jangan risau.I,orang yang berpegang pada janji.Kata tetap akan I kotakan..”

“Ryan,can you shut up for a while dan dengar apa yang I nak cakap..”

“Hmm..okay..okay.Go ahead.Cakap apa yang you nak cakap.I dengar..”

Kasih tarik nafas panjang.Membalas pandangan Ryan.

“Ya,I admit.I baca jurnal you dan I feel sorry for you.”

“No need to feel sorry..”

“Kay minta maaf sebab selalu prasangka buruk..You selamatkan papa.If not, sure Kay tak dapat jumpa papa lagi.I should thank you for that..”

“Sekarang you rasa terhutang budi dengan I..?”sinis Ryan bertanya.

“For your information Puan Kasih Ariana,I buat semua tu sebab I sayangkan papa.I bukan buat semua tu sebab nak tunjuk baik or what so ever.Lagipun I sangat-sangat terhutang budi pada papa dan mama yang sudi menerima dan menjaga I macam anak sendiri.I tak minta papa balas apa yang I buat sebab I sendiri tak dapat membalas segala jasa baik papa dan mama sampai I mati sekalipun.Hanya itu yang mampu I beri sebagai tanda kasih sayang I pada mereka.So I tak nak you rasa terhutang budi pada I,okay.Sebab I ikhlas...”

“Kalau you berbaik-baik dengan I semata-mata kerana simpati dengan nasib I atau kerana you rasa terhutang budi that I’ve save your father life..then you better forget it.I tak perlukan simpati you dan you tak ada hutang apa-apa dengan I.You get me clear.?Now,if you tak ada apa-apa nak cakap.,I nak masuk bilik..Selamat malam..”

“Ryan..wait.”

Langkah Ryan terhenti.Membalikkan tubuh dan merenung membalas pandangan Kasih.

“Is there something that I should know..?”

Kasih geleng dengan linangan airmata
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...