MUKADIMAH

there's a story behind everything..how picture got on wall..how a scar got on your face..how you fall in love with your buddy..sometimes the stories are simple and sometimes they are hard and heartbreaking..
there's always be a stories where others people are really at the heart..leave them to tell those..tell yours instead..

Monday, October 31, 2011

SAYA DAN PANCAKE @ LEMPENG

Hari tu duduk sembang2 ngan member opis..ntah macam mana terkeluar lak citer pasal pancake..fuhh..makan ngan madu la..makan ngan jem la..macam nak meleleh air liur ..


Semalam aku g ECONSAVE..beli barang nak buat cucur kodok udang ngan jagung..sekali ntah macam mana ternampak lak deretan kotak-kotak instant pancake..capailah satu..mana tahu ada masa boleh la berpancake bagai..


Hari ni mood terajin pulak..lagi pun terasa nak makan pancake..apa lagi..lepas mandi..semayang..aku pun mulakan operasi..


aku pilih pancake perisa  blueberry sebab kat rumah ada filling blueberry

Lepas tu mulalah operasi membancuh dengan sedikit air,sebiji telur and few spoon of oil..tapi aku tukar guna butter yang aku cairkan..lagi besh dan lemak gilossss..tapi gambar semasa operasi membancuh aku terlupalah pulak nak snap barang 2-3 keping so imagine ajalah sendiri how it look like..

Then panaskan kuali leper..sebab kalo guna kuali yang melekung susah sket nak dapatkan bentuk lempeng..aku guna kuali leper TEFAL yang dah lama sangat dok bersarang dalam kabinet..

guna senduk aja untuk buat bentuk macam ni

tunggu sampai keluar bubble2 besar macam ni then baru flip

masak yang belah satu lagi tu taw..

wala...dua2 belah dah masak..well done

lastly..sapulah blueberry filling kat atas tu..and ready to ngapp..

Dulu ingat masa kecik2..nenek haku suka buat lempeng kelapa muda..kalo nak manis letak gula sket tapi nenek aku buat yang ala-ala tawar..so kami makan cicah ngan sambal ikan bilis..sedap wooo..tapi sekarang dah tak ada orang nak buat lempeng kelapa tu lagi..nenek aku jauh kat kampung..dan tak berapa sihat..i miss my grandmom and her lempeng kelapa so muchhhh...






Saturday, October 29, 2011

saya peminat ARSENAL..

Dah lama tak update blog..tak ada mood dan tak ada idea nak menulis..kenapa macam tu yerk..otak dah berkarat agaknya atau sebab lama tak menulis..idea pun tak nak kuar..menciiiiiii...

aku tak lah extreme sangat menonton anime tapi aku suker baca komik gempak starz.

Hari ni macam rasa nak tulis pasal bola sepak..BPL to be specified.Dah lama tak follow Liga Malaysia sebab team favourite tidak sehebat dulu..Nak tahu apa team fav..hahaha..tengok ic beb..then lu tahulah apa wa punya favourite team..

Team BPL haku sejak dulu lagi ( sejak zaman Thiery Hendry )..Dah lama tak pegang piala tapi as die hard fan..kita sokong juga team kita even team kiter tak ada piala untuk dibangga2kan..bukan macam team satu lagik tuh..

Tapi sejak buah hati pengarang jantung aku dah move to Nou Camp..aku dah rajin tengok La Liga ( Spanish League )..tapi ada pulak supporter team BPL yang satu lagi tu kata aku lalang sebab aku support Arsenal ngan Barcelona..hello..aku punya sukerlah kan nak support mana2 team..ko apa hal nak kata aku lalang..kamben tul..

giler handsome kan Fabregas nih..??


hanya tinggal kenangan but cesc is always in my heart

History about Arsenal boleh baca kat sini..sini..thanks to WIKIPEDIA (the free encyclopedia )..macam2 info ada kat situ.Aku dah baca..so aku harap korank pun bacalah jugak yerk...




History about the crest boleh baca dekat sini..

Nanti aku sambung lagi yerk..later on citer pasal manager pulak..bubbyee..

Saturday, October 22, 2011

INAI..INAI..INAI..

Korank tahu apa itu inai..?Ala yang selalu orang letakkat kuku jari tangan dan jari kaki time nak kahwin..time nak raya dan kadang-kadang saja-saja aja suka nak pakai..

Dulu orang pakai inai kat kuku aja but lately dah jadi trend lak lukis habes penuh tangan dan kaki dengan inai ni..Aku pun tak terkecuali jugak membuatnya untuk suka-suka..

Ini aku buat ngan sorang gul kat tempat aku meniaga..since kami sama-sama kawan meniaga..it just cost me RM5..sebelah tangan ajer aku buat..

Cantikkan art dier..hanya orang yang betul-betul berseni aja boleh draw cantik macam ni.Kalau aku memanglah kelaut jawapnya..

Yang ni lak draw by one of my office mate..cik Ekin which very talented and creative.
Tapi kena polish lagik sebab dia pakar buat sebelah ajer..yang sebelah tangan lagi dah tak sama bunganya.


My latest inai done on 05.11.2011 bersempena AIDILADHA ( ngalahkan orang naek haji lak aku nih..).Cantik tak..simple but just nice.Aku buat kat Pahlawan Walk.Ini masa belum kering lagi..

Ini hasil biler dah kering and according to that girl this henna will last at least a week.Cuba tengok warna dia..merah bukan oren kan..Aku rasa dia ada mix something with the henna..IF not takkan warna dier cantik macam ni kan..??

Latest inai done on 11.12.2011 sempena hubbynyer cousin kawen..yang ni buat kat orang laen..ni masa lom kering..

Like using magic pen kan...

Sunday, October 16, 2011

KASIH RYAN FINALE

FINALE

Sempat dia melirik penampilannya pada cermin sebelum keluar dari bilik.Seluar panjang biru gelap dengan baju lengan panjang warna cerah.

Rambut panjangnya di ikat satu dan solekkan tipis dikenakan diwajah.

Breeze,Elizabeth Arden disembur dipergelangan tangan dan dibelakang leher.

Dia capai pochette PRADA diatas meja sisi sebelum melangkah keluar dari bilik.

Langkah diatur perlahan menuruni anak tangga dan sebaik tiba dihujung tangga langkahnya terhenti bila kelibat Ryan dilihatnya.

“Nak pergi mana..?”soal Ryan memandang tepat kewajahnya.

Tiada senyum menghias bibir.Serius dan bersahaja.

Kasih angkat muka dan membalas pandangan Ryan.

“Kay nak keluar..”

“I pun nak keluar.Boleh I hantar..?”Tanpa suara,Kasih angguk perlahan.

Sepanjang perjalanan,tidak sepatah perkataan pun keluar,baik dari mulutnya mahupun Ryan.

Nasib juga Ryan pasang CD Michael Learn To Rock,boleh juga dia ikut menyanyi walau dalam hati.

“I nak jumpa somebody dekat 5th floor..”

Kasih diam.Hanya mengikut langkah Ryan.

“You going to 5th floor also..?”

Angguk..

“Kay ada janji dengan siapa..?”

“Err..dengan orang yang hantar tiket wayang pada Kay petang tadi..”balas Kasih tanpa memandang pada Ryan.

Sebaliknya dia sibuk menyelongkar pochette mencari tiket yang dikatakannya tadi.

“Hmm..tapi Kay tak bawa tiket tu.Maybe tertinggal dekat dalam beg dekat rumah..”ujar Kasih sedikit hampa.Hampa dengan kelalaiannya.

Ryan pandang pada Kasih yang suram.Jari-jemari Kasih dicapai dan diramas perlahan.

“Jangan buat muka sedih macam tu.Tahulah peminat Upin Ipin.Tak dapat tengok wayang cerita tu,nak nangis pulak dia..”usik Ryan.

Kasih senyum mendengar usikkan Ryan.

“Tak apa.Kita masih boleh tengok cerita tu esok tapi esok,your treat.Deal..?”

Malu-malu Kasih angguk..

@@@@@

“I always pass by here tapi ini baru first time I was really here.How about you..?”

Kasih geleng.Memang dia tidak pernah jejakkan kaki di Pantai Klebang kerana memang sifat semula jadinya yang tidak berapa gemar pada laut dan pantai.

“You kidding.?”

“I rasa you tahukan yang I tak gemar pada laut dan pantai.”

Ryan angguk.Masih ingat percutian yang dianjurkan Earth Land untuk staff syarikat ke Langkawi beberapa tahun yang sudah.

Kasih langsung tidak ikut mereka sewaktu Island Hopping dan Mangrove Tour.Dia lebih rela tidur dan berendam dikolam hotel sahaja.

Bila tiba time makan dan shopping,baru nampak muka.

“I know.”

“Coke is not good for you..”tak jadi Kasih tuang coke kedalam cawan kertas.

Sebaliknya dia capai milo yang Ryan hulurkan.

“I miss you so much.”ujar Ryan perlahan namun sudah cukup untuk sampai dipendengarannya.

Ryan dipandang lama sebelum kalihkan pandangannya pada laut yang luas terbentang didepan mata.

Dari jauh jelas kelihatan lampu-lampu neon bergemerlapan di EOM dan jambatan yang menyeberangi sungai ke Melaka Raya.

Lampu-lampu dari kapal yang berlabuh juga sayup kelihatan mewujudkan pemandangan yang cantik pada malam itu.

Tambahan pula bayu laut bertip lembut membuatkan suasana tambah nyaman.

“Kay,I benar-benar minta maaf dengan apa yang telah terjadi antara kita.."ujar Ryan tiba-tiba.Memandang jauh kedalam anak mata Kasih.

Kasih hanya bisu.Membalas seketika renungan Ryan sebelum membuang pandang kelaut.

“I just want to be love by you.I will never ask for other thing..”

“Kenapa you jauhkan diri you dari I selepas malam tu.?”soal Kasih tiba-tiba.Sememangnya dia sangat-sangat hendak tahu kenapa Ryan menjauhkan diri.

“Sebab I tak nak you terima I atas dasar simpati dan terhutang budi.I nak you terima I seikhlas hati you.Sayang dan cintakan I kerana siapa I.Lagipun I tak bersedia untuk kehilangan you.I takut kalau you betul-betul pergi dari hidup I.”

“Dengan menjauhkan diri you dari I..?”soal Kasih lagi.Masih tidak berpuas hati dengan penjelasan Ryan.

“Tapi I berjayakan.?”

Dahi Kasih berkerut.Merenung Ryan menuntut penjelasan.

“Tiap malam you tidur dekat sofa.Tunggu I balik kan.?Sebenarnya bukan I nak buat you rasa bersalah tapi I yang rasa I patut jauhkan diri I dari you.Incase kalau you benar-benar nak pergi tinggalkan I,at least I dah training..”ujar Ryan dengan senyum.

“You sanggup lepaskan I..?”

Geleng.

“Then,kenapa you cakap macam tu..?”

“I akan buat apa saja untuk kebahagiaan you,Kay.”

“Walau hati you terluka.Kecewa..”

“Bukan I dah pernah beritahu you.I dah lalui semua itu dan sekiranya I terpaksa laluinya sekali lagi,mungkin tidak sesukar kali pertama..”

Kasih balas renungan Ryan.Matanya sedikit berkaca.

Selepas peristiwa malam itu,dia terasa semakin jauh dari Ryan.Bukan dia yang menjauh tapi Ryan.

Ryan sengaja pulang lewat malam dan dia akan jadi penunggu setia disofa.Menunggu Ryan pulang saban malam.

Walau Ryan tidak pernah mengejutkan dia bangun tapi ,dia tetap diselimutkan dan kucup dahinya sebelum Ryan masuk tidur.Bukan dia tak sedar.

Dan dia mula rindukan Ryan.Dia rindu pada senyuman Ryan,pada gelak ketawa Ryan.

Dia rindukan saat-saat yang pernah dilaluinya bersama Ryan dulu.

“I akui,I banyak buat salah dengan you.Banyak dosa I sebagai seorang isteri.Tapi tuduhan you pada I,benar-benar melukakan hati I.Memang sebelum kita kahwin..I agak bebas bersosial tapi I tak pernah melampaui batas-batas agama.Begitu juga selepas I jadi isteri you.."

"Kay..Please.Jangan ulang lagi.I benar-benar kesal atas apa yang I dah lakukan.."

“Jika orang buat salah,kita tegur.Untuk kebaikan juga.Tak guna kita terus salahkan dia atau biarkan dia hanyut dengan kesalahannya..”

“Ryan,sudi tak you maafkan semua kesalahan I pada you selama ini.?”

“Kalau I tak maafkan you,you tak cium bau syurga tau..”ujar Ryan dengan senyum.

Kasih hanya bisu.Kata-kata Ryan memang benar.Syurga seorang isteri adalah suaminya.

“Kay,look at me..”

Kasih akur.Ryan menatapnya dalam senyum.

“Setiap manusia tak lari dari buat salah dan silap,termasuk I juga.Tak ada manusia yang sempurna.Silap I terlalu sayang pada you.Sanggup buat apa saja asal you bahagia termasuk melepaskan you sedang hakikatnya I tak sanggup kehilangan you.I salah sebab tuduh you yang bukan-bukan sedang I tahu you tak akan lakukan semua itu.I menyesal melukakan hati you Kay.I minta maaf dengan janji tak akan sesekali mengulanginya lagi selagi ada hayat I."


Kasih bisu.Sebenarnya dia sudah lama memaafkan Ryan.Apa yang berlaku dianggapnya dugaan dalam berumah tangga.Tuhan sayangkan dia dan Ryan kerana itu mereka diuji.


"Kay..masih ada tak kemaafan untuk I..?"


"You suami I.Tempat I disisi you.Syurga I..berdosalah I kiranya tidak memberikan kemaafan pada you."

"Terima kasih sayang.."

Kay angkat muka,balas senyum Ryan.Hati masing-masing berbunga indah.Moga-moga hari yang mendatang akan terus menjanjikan kebahagian buat mereka berdua hingga hujung nyawa.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...