MUKADIMAH

there's a story behind everything..how picture got on wall..how a scar got on your face..how you fall in love with your buddy..sometimes the stories are simple and sometimes they are hard and heartbreaking..
there's always be a stories where others people are really at the heart..leave them to tell those..tell yours instead..

Tuesday, October 30, 2012

BERTUNGKU ANYONE..???

sementara berada dalam pantang ni dan masih dalam mood berpantang (ari ni hari yang ke 30..masih ada 14 hari lagi untuk menamatkan aktiviti makan dengan ketat..berbengkung tiap hari..berstoking 24jam..mandi air daun)..terasa pulak aku nak posting about aktiviti dalam pantang..BERTUNGKU..

aku bertungku dua kali sehari..pagi lepas mandi sekali dan petang lepas mandi sekali lagi..yang  best tu aku cuma baring dan emak kesayangan aku akan tungkukan aku..walau umur aku dah jejak 4 series tapi sepanjang dalam pantang emak yang jaga aku..alhamdulilah..emak aku masih kuat dan sihat untuk jaga aku dalam pantang..


tahu tak apa itu bertungku..??tungku ni guna batu sungai yang dipanaskan..balut dengan daun-daun dan pas tu balut dengan kain..then tekap2 kat perut..ada juga yang gunakan besi..dan bila dunia makin lama makin moden..orang guna tungku moden macam gambo kat bawah ni ha..



ni ruper tungku moden tu..guna letrik..nama pun tungku moden kan..
tapi aku tak guna tungku moden ni..aku bertungku secara tradisional..cara lama yang guna batu sungai itew..selalu mak akulah yang dok bakar batu ni..by the way batu ni aku rasa umonya dekat 20 tahun jugak sebab aku dah gunakan batu ni sejak anak sulung aku yang la ni dah berumur 15 tahun..and forsure batu ni sebelum aku guna telah digunakan oleh makcik2 aku terdahulu..panjang umo batu ni kan..

ha..ini ler batu sungai yang aku cakapkan tu..batu ni dah lama sangat umonyer dan banyak pulak jasanya pada aku dan adik beradik aku yang laen..masa nak bakar batu ni pastikan apinyer kecik jerk..jangan besau-besau tau..kalo api kecik..penyerapannya lebih lagi..kalo api besau..luar ajer panas..kalo api kecik..sampai kedalam batu ni akan panas taw..
pass tu mak sayer balut dengan daun lengkuas..daun mengkudu dan daun sirih..kain yang guna tuk balut batu tu pun dah bertahun rasanya diguna..ala guna kain pelekat lama jerk..
nilah rupernya batu yang sudah dibalut dengan daun dan kain pelekat
proses bertungku dilakukan sambil baring..nak duduk pun boleh tapi dah nama pun nak tungku area perut kan..kalo dah duduk tu tang mana nak ditungkunya kan kan kan ..pass tu batu tungku ni ditekan perlahan-lahan dekat area ari-ari..pangkal paha..bawah pusat dan atas perut
( kawasan bawah breast )..

lepas mandi aku akan sapu losen untuk bakar lemak..tapi bila nak bertungku aku tak akan sapu dekat area perut..sebabnya bila haba batu tungku tu meresap dalam kulit..rasa macam nak terbakar lak hihihi..

selalunya aku akan lapik dengan kain batik ( 2 lapis ) pada permulaan semasa bertungku tapi bila haba panas berkurangan..aku akan kurangkan lapis kain tu hinggalah at the end direct dengan kulit aja.. 

banyak tahu kebaikan bertungku ni..antaranya..dapat menghangatkan badan..buang angin dalam badan..kecutkan semula urat-urat dan rahim yang dah kembang masa bersalin ari tuh..melancarkan perjalanan darah..

selain dari tu kalau ada rasa sakit-sakit kaki..lenguh-lenguh kaki pun boleh bertungku..mak ai kata caranya sama aja cuma tak perlulah tungku kat perut tapi letakkan kaki atas batu tungku tu..nanti haba dari tungku akan meresap masuk dalam badan melalui kaki dan insyallah boleh hilangkan lenguh-lenguh kaki..mak ai kata lagi kalo kita ada sengugut pun digalakkan kita bertungku..pass tu mak ai kata lagi bertungku pun bagus untuk mengempiskan perut kita selepas bersalin..tu ai akui tapi perut ai masih lom flat lagikk..i sedikit kecewa 

selain bertungku dikawasan perut..aku juga duduk diatas batu tungku tu (pastikan jangan masa batu tu masih panas..habes terbakau nanti tutttt)..mak aku kata kasi kena dekat kita punyer tu..kasi dia panas dan hangat..lepas siap duduk atas batu..aku pijakkan pula batu tungku tu..kasi panaskan tumit kaki pulak..


comel tak kaki ai..hihihi
selain dari bertungku..aku juga mengamalkan urut lepas bersalin..dan of course aku tak perlu bersusah payah mencari tukang urut yang berpengalaman kerana mak aku ada kebolehan mengurut orang bersalin..heii..ingat senang nak urut orang lepas bersalin ni..ni bukan urut main-main taw..sebab urut lepas bersalin ni nak betulkan semula urat yang dah tegang..putus atau pun dah terkeluar dari tempatnya juga nak menaikkan semula rahim..bukan semua orang boleh urut orang lepas bersalin nih..

nota kaki : boleh hubungi saya kalo nak gunakan khidmat emak saya untuk urut lepas bersalin mahupun urut biasa..( ala ni blog aku..sukerlah nak buat iklan ke apa ker..) 

Thursday, October 18, 2012

ME & MY 3rd PREGNANCY..FINAL CHAPTER

my expected due date is on 29th september 2012 bersamaan dengan hari sabtu tapi pada hari tu aku tak ada apa-apa tanda pun akan bersalin..my appointment still going on that day coz doc kata kalo aku tak bersalin hari tu..kena datang check up as usual..

so ke MMC lah aku hari tu..hasil dari scan menunjukkan yang air ketuban cukup..baby dah ada di position cuma masih belum ada jalan lagi..doc tak nak induce..menurut kata doc tak ada sebab untuk induce sebab semuanya okay..kita tunggu dia nak keluar sendiri..

hari ahad tu 30hb aku sempat lagi pi kenduri kawen one of my officemate..and aku decide esoknya nak gi kerja macam biasa..yalah tak ada apa nak buat dekat rumah kan..kalo sakit bersalin dekat opis pun at least ada member boleh hantar gi sepital..beg baby ngan beg aku semua dah standby kat dalam keta..

isnin 1st october 2012..aku bangun pagi as usual..gosok baju sekolah anak-anak dan gosok baju aku..suddenly aku terasa macam ada liquid...panas aja mengalir..aku tengok laa darah..cepat-cepat aku kejutkan enche suami..dalam masa kejutkan enche suami..air ketuban keluar sikit..

aku tak berapa nak panik sebab aku tahu aku tak akan bersalin lagi..sekurang-kurangnya bukan dalam 2-3 jam yang terdekat ni..so aku selesaikan semua kerja yang tergendala..aku siap boleh kemas rumah.kemas bilik..siap vacum lagik..bila enche hubby balik dari hantar adam gi sekolah baru aku mandi..siap makeup cantik-cantik lagi nak gi sepital..tapi kali ni aku g sepital pakai skirt heheehe..tak macam yang no 2 dulu tu..aku g sepital pakai track suit..

sampai kat sepital dalam kul 9 pagi mcm tu..masa tu memang tak rasa sakit lagi..terus daftar kat emergency dan naik tingkat 2..


aku stay dekat sini..bilik no 260-A..mula-mula nak amik single bed sebab beza pun RM100 jerk tapi fikir-fikir balik at least ada kawan dalam bilik okay jugakkan..sebab enche hubby tak dapat nak temankan aku ..roomate aku pun bersalin hari yang sama cuma dier operate aku lak normal..dia dapat baby gurl..while aku..baby boy..
dalam pukul 10 pagi doc datang check up..oo dah buka around 4 cm..doc suruh nurse bawa aku ke labour room sebab aku nak amik suntikkan epidural..at around 10.30am..nurse bawa aku ke labour room..aku dah mula rasa seram sejuk dan takut..sampai kat sana tukar baju..dan masuk air..aku kena tunggu pakar bius datang untuk bagi suntikan tu sebab pakar saja yang  boleh inject epidural ni...

what is an epidural ? during an epidural, painkilling drugs are passed into the small of your back via a fine tube. It is a regional anaesthetic, so the drug is injected around the nerves that carry signals from the part of your body that feels pain in labour..it will numb your tummy and provide you with very effective pain relief 

boleh baca lebih details tentang epidural dekat sini ..kalo nak tengok video lak silalah tekan sini

aku tak sempat nak snap pic masa aku kat dalam labour dan saat-saat aku sedang mengambil suntikan epidural tu..

later on dr minta aku baring mengiring dan bengkokkan badan macam huruf C sebab dr nak inject dibahagian belakang aku..

untuk info jarum yang digunakan bengkok dan berlubang kat hujungnya..cer tengok gambo..kenapa jarum tu bengkok..??baca kat sini untuk lebih info..ai malas nak taip panjang-panjang..
lebih kurang macam nilah keadaan aku masa proses injection dilakukan..lepas sattle proses injection..katerer tu disambungkan pada satu pam kecik dimana suntikkan dos anestetik dikawal oleh pam tersebut..dalam kes aku dos yang diinject mula dengan 8..dan tiap kali aku rasa sakit nurse akan tingkatkan dos aku..max dos adalah 12 untuk wanita normal tapi aku dos aku sehingga 10 sahaja
 dr yang inject epidural kat aku adalah dr Lim Chiam Lock..dan masa tu actually aku belum pun rasa sakit nak bersalin pun..tapi kata dr Ahmad..normally epidural akan diambil bila serviks kita mengembang 4 ke 5cm sebab kalo serviks dah kembang sampai 8cm..dah tak ada maknanya amik epidural..teruskan ajalah  sebab masa tu baby dah nak kuar pun

masa tu around 11 am..and before proses suntikkan tu dilakukan..dr Lim terangkan pada aku tentang apa itu epidural dan kesan-kesan yang mungkin akan aku hadapi..antaranya aku mungkin akan muntah sebaik kesan epidural ni habis..kaki akan rasa kebas..sakit  tulang belakang dan mungkin boleh lumpuh separuh badan..

untuk yang lain-lain kesan tu aku masih boleh terima tapi lumpuh separuh badan tu buat aku seriau sikit tapi apa-apa pun tetap ada risikonya even bersalin secara normal pun kan.

oh ya..jika terdapat kebocoran tulang sum-sum akibat jarum yang terkeluar dari ruang epidural..itu akan mengakibatkan sakit kepala yang teruk tapi boleh dirawat dengan cara menampal lubang yang bocor tu dengan darah yang diambil dari lengan kita..

lagi satu kesan yang aku dapat bila ambil injection ni ialah tak ada rasa nak buang air kecil so midwifelah yang tolong aku hehehe..

lepas dah inject epidural..aku dok relax kat labour sambil tengok tv..citer national geographic lagi..nurse ada bagi remote tapi masa tu tak ada mood nak alih-alih channel..sesekali rasa nak terlelap jugak sebab rasa mengantuk..mana taknya..tak ada rasa sakit nak bersalin..

aku sendiri tak tahu bila yang aku betul-betul rasa sakit nak bersalin sebab aku cuma rasa macam nak buang air besar aja tapi tak lepas..since dos aku start from 8..aku still rasa sakit (tapi percayalah..sakitnya tak macam sakit nak bersalin..cuma rasa perut tak sedap)..dan tiap kali tu juga muka aku berkerut dan tiap kali muka aku berkerut midwife akan adjust dos aku..max dos aku amik adalah 10 sebab....

dr aku tak bagi amik dos yang paling tinggi sebab aku tak akan rasa sakit langsung..bila tak ada rasa sakit langsung..kita tak akan rasa nak push so dr ngan midwife kena guide kita bila untuk push..lagi satu bila tak sakit..tak rasa nak push..so baby mungkin boleh lemas ..nanti doc akan guna vacum atau fosep untuk tolong kita kuarkan baby..

sebab tu dr advisekan aku tuk amik dos sampai 10 aja (tapi kalo kita nak amik maximum..dr tak larang pun ..dr cuma advise kita supaya jangan amik max sebab bila tak rasa sakit..risikonya mcm yang aku cakap kat atas tu la)..

jam 2 petang aku mula rasa sakit perut memulas..aku bagitahu midwife so dia jengah..dah almost fully open..so she call dr..masa tu ada 3 orang nurse termasuk midwife dan dr..sakit perut kejab ada kejab tak ada..bila tak ada boleh pulak aku sengih2 sambil cakap..dr tak sakit dah...tapi kejab aja...empat kali aku push dan alhamdulilah 2.28pm 01.10.2012..MUHAMMAD AMIR NADHEEF selamat aku lahirkan kedunia..

gambar yang diambil few hour after birth


*gambar kredit pada pakcik google yang membantu.artikel lak kredit pada babycenter.com.my

nota kaki : yang sebenar-benarnya aku sendiri tak tahu pukul berapa aku start sakit bersalin..tapi yang betul-betul sakit ( ala sakit perut macam nak buang air besar jerk )..is around 2pm..so kalo ditakdirkan tuhan aku diberikan rezeki lagi..yes..i'm going for EPIDURAL..

Tuesday, October 16, 2012

ME & MODERN CLOTH DIAPER

semenjak disahkan pregnant entah naper tetiba aku rajin surf about cloth diaper..entah kenapa aku tetiba rasa berminat untuk menggunakan cloth diaper untuk my new coming baby ni..tapi cloth diaper ni bukanlah macam cloth diaper zaman dedulu yang pakai suar plastik ngan lampin kain yang pat segi tu..yang ni modern cloth diaper..yang mana harganya ( terutama yang dari obersea..) boleh tahan lah jugak mahalnyer..

ni basic calculation penggunaan disposable diaper :
1 hari guna at least 6 helai ( consider salin tiap 4 jam..mak aihh lama tu )..
1 helai regenya ( amek yang average ) dalam RM 0.60
1 tahun ada 365 hari
1 baby guna disposable diaper tu at least 3 tahun..

6 helai * 0.60 sen sekeping  = RM  3.60
RM 3.60 * 365 hari              = RM 1,314.00
RM 1,314.00 * 3 tahun        = RM 3,942.00

banyak jugak kan..tu kira sehari 6 helai aja..ada harinya kita guna lebih dari itu...guna banyak maka banyaklah duet yang kita buang kan..

selain dari boleh jimatkan duet banyak lagi info yang aku dapat hasil menggoggle kebaikan penggunaan modern cloth diaper ni..pasal isu alam sekitar..chemical dalam dd..ruam lampin etc etc..so aku decide...i'm gonna use cd for my baby..fully cd..

tapi...ini kata-kata dari suamiku.

jimat ke cloth diaper ni sebab abang tengok sue membeli macam tak ingat dunia..yang sedia ada ni aja dah dekat berapa hinggit..ni yang beli masa baby lom kuar..sok baby dah kuar beli lagi..silap2 lebih dari kos berdisposable diaper lak nanti..jangan nanti dah beli banyak-banyak ni tak pakai..kalo tak pakai abang pastikan sue yang pakai semua cd nih..

begitulah ugutan enche suami..ala ugut2 sayangkan tapi memang aku dah berazam nak fully cd so aku kena makesure azam aku tu dipenuhi la..

tapi rupa-rupanya bukan senang nak bercd..maksud aku ..mental kena kuat..kena rajin paling utama..yelah sebab kalo guna dd..lepas guna kita campak aja dalam dustbin tapi kalo guna cd ni kena basuh..kalo campak dalam dustbin memang kopak la poket..

dan for info..cd ni adabanyak jenis..ada poket diaper..AIO..AI2..cover..dan macam-macam istilah lagi ler yang bakal aku study step by step..no need to hurry..

nak tengok tak cloth diaper yang aku dah beli tuk baby aku..meh la tengok..comel2 belaka..

ini first cloth diaper yang aku beli.ada 4 jenis yang berbeza (sunbaby 4.0,babyland,cozy babies ngan rainbow baby)..yang ni jenis poket diaper..dalam tu ada insert microfiber..nak letak sekeping atau dua keping pun boleh..yang aku beli ni harganya agak murah..RM25 sekeping so this 4pcs cost me RM100

later on aku mula gila surfing tentang jenis-jenis cd yang ada..banyak jenis rupernya yang aku tak tahu..dan ada banyak istilah berkaitan cd yang aku perlu tahu hihihi...

kalo ada sesiapa yang nak try ber cd memang ada support group kat FB..tanyalah mcm2 soalan kat situ..experience mommies kat situ sudi menjawap pertanyaan anda..

ini pulak dari brand BUMGENIUS FREETIME AIO OS..albert & lovelylace..this 2 pcs cost me about RM 137.00 include postage
ni brand SIMPLEX AIO OS..this 2pcs cost meRM152..yang ni aku beli sekali dengan brand GROVIA..tapi yang GROVIA hanya shell atau kulitnya ajer..yang belah dalam tu boleh guna insert yang bersesuaian tapi aku beli sekali GROVIA SOAKER yang stay dry nyer..harga GROVIA tu RM 108.00 untuk 2 pcs dan soakernya pulak RM 58.50..postage lak RM 9.00

yang nilah namanya GROVIA..aku pun x sure yang ni jenis HYBRID atau tidak..belasah jer belikan..study about it later but since banyak review kata okay sebab tu aku beli hihihi..


ni soaker stay dry tu..gambar ni aku amik dari official web GROVIA..gambar soaker aku masih belum sempat diambil..kelupaan..nanti kalo dah ada aku tukarlah ngan gambar aku sendiri..meanwhile..credit to GROVIA page


6 in 1 reusable cloth diaper from CHARLIE BANANA yang sungguh yummy and temptating sekali warnanya..yang ni semua OS pocket come with 2 microfleece..cost me RM 289.00

yang ni aku beli kat baby fair..brand AUTUMNZ..ni PUL printed..come with 2 insert..harga per pc is about RM 29.00 jer..rege asal RM 39.90

ni pun brand AUTUMNZ gak..tapi yang ni minky printed OS pocket diaper..harga sama gak mcam PUL printed..aku beli kat baby fair gak..pun come with 2 mf insert
ni brand LUVEABLE FRIENDS..harga sama macam AUTUMNZ gak tapi agak nipis even design dia colourful sangat..this come with 1 mf insert jerk..
beside that aku beli juga few bamboo insert jenama ADORA pada harga RM 7.00 sekeping..
setakat ni BG ni adalah cd terakhir yang aku beli sebelum bersalin hari tu..previous BG aku button but kali ni aku beli velco tape nyer lak..yang ni AIO OS..harga tuk 3 pcs ni just RM 182.00 include postage..murah kan..sebab hari tu ada promo..buy 5 free 1..tapi x naklah beli banyak-banyak so aku share ngan kawan..3 is enuff
ni lak wet bag untuk letak cd yang kotor bila kita hantar ke nursery atau baby sitter..yang ni baru RM10.00 per pc..aku harap baby sitter aku tak keberatan nak menggunakan cd ni..kalo tidak harus aku yang kena pakai cd ni semua..
setakat posting ini ditulis..aku dah ada 26 pcs cd berbagai brand..dan aku dah habeskan sebanyak RM 1,294.00..hahahaa..berbaloi tak..??tapi tak apa..kalo dah tak guna atau nak beli yang baru..yang lama ni aku boleh fsot..



ME & MY 3rd PREGNANCY PART 4

when my pregnancy is about 7 month  (about +/- 28 weeks)..aku decide untuk give birth at MMC..few of my officemate recommend me one of Obstetrics & Gynaecology specalist kat situ so i decide to give him a visit..

it was 28th july and my pregnancy is about 31 weeks when i give dr.Ahmad a visit till later on aku decide untuk gunakan khidmat dr.Ahmad masa aku bersalin nanti..

dan buat pertama kalinya aku dapat tengok baby dalam womb secara 3d tapi funny baby nyorok balik tali pusat..puas juga pusing sini pusing sana tapi baby tak nak juga tunjuk muka..but at last maybe dia kesian sama umi ngan ayah..finally dapat juga tengok even sikit jerk..

my next appointment with dr.Ahmad will be on 01.09.2012 a month after this appointment ( once a month sebab aku ada buat check up juga dekat KK..kalau tidak it should be once in two week time )

by the way..at this time my weight is 84.3kgs..

alhamdulilah..tahun ni jugak aku dapat puasa penuh..baby macam tahu-tahu aja yang aku cuba nak berpuasa penuh..tak banyak ragam pun sepanjang bulan puasa cuma sedih sebab puasa yang tahun lepas masih ada baki lagi 2 hari nak ganti tapi tak apa..insyallah habis pantang bolehlah ganti..nasib tinggal 2 hari aja..

dalam bulan puasa pun still kena pergi check up dekat KK dan masa ni berat badan aku turun sikit..sikit jer sebab nafsu makan aku pun sedikit berkurangan ..ala bukan kurang banyak sangat..adalah dalam sekilo ajer hihihi..

comel tak ai..masa ni berat ai 83kg..tapi tahu tak..lepas raya ai pergi check up lagi kat KK..ha..amek ko..berat ai masa bulan puasa turun 1 kilo tapi lepas raya berat ai naik pada 86kg..naek 3 kilo hahahaha...





masa cepat sangat berlalu..sedar tak sedar bulan raya pun berlalu..tahu-tahu aja now dah masuk bulan september..haahhh..september already..masa dah nak tiba..

my 2nd appointment with dr.Ahmad is on 01.09.2102..36 week already..my previous kids memang deliver awal dari due datenya...amir awal 6 hari from due..adam pun awal 10 days from due..and according from baby scanning today pun look like baby memang dah turun kebawah..dah engage pun..

so dr.assume i might deliver by 38 weeks..aku makin rasa seriau dan takut..yalah dah sepuluh tahun aku pass the experience..aku rasa macam tak nak lalu dan rasa lagi sakit tu..
sakit bersalin bukan semua orang rasa sama..even aku tak pernah rasa sakit berbelas-belas jam ( ada orang sakit sampai 2 hari 2 malam ) tapi aku tak nak lagi rasa sakit bersalin tu..

sebabkan aku tak nak rasa sakit bersalin aku decide untuk amik epidural masa give birth nanti..aku tanya pada kawan-kawan yang pernah amik suntikkan ni..aku tanya pakcik google..dan aku juga tanya pada dr.

banyak info yang aku dapat dari hasil carian aku bersama pakcik google..tak dinafikan memang ada rasa sedikit takut akan kompilasi suntikan ini nanti..ada juga kawan-kawan ( yang tak amik suntikan ni tapi dengar cakap orang ) kata bahaya..sakit pingganglah..itulah..inilah..menambahkan lagi keseriaun aku untuk mengambil suntikan epidural ni..

but explanation dari specialist yang aku jumpa finally aku buat keputusan..YES..I'M GOING FOR EPIDURAL..

Monday, October 15, 2012

ME & MY 3rd PREGNANCY PART 3

time flies so fast...perut yang flat..comel lote dah mula bumping..baju pun dah banyak yang dah tak muat..so mission bermula untuk mencari maternity dress..actually bukanlah dress..aku lebih prefer blouse with long skirt or pant..menjadi kepantangan aku memakai skirt labuh tapi sebenarnya singkat so all my long skirt memang labuh menyapu lantai..and i hate dress..sebab aku tak suka pakai kain yang singkat..nampak gonjeng jerk so memang tak ada dalam gobok aku maternity dress


one of my favourite tee and long pant..sedap jer sarung t-shirt free ni sebab kain dia x panas and long pant tu pun sama..loose so rasa selesa dengan keadaan perut aku yang dah mula menonjol tuh..

beside maternity dress..aku kena fikir juga shoes yang suitable sebab most of my shoes tak ada yang sesuai tuk aku pakai..imagine..masa preggy 4 month aku still use my wedges sampai enche hubby tegur..'aik..pakai lagi kasut tinggi tuh..?'tak nak enche hubby bising..aku decide nak beli few pair shoes untuk aku guna sekarang till aku deliver..

ini one of the shoes..percaya tak sebelum ni kasut macam ni tak ada dalam gobok sebab pada pandangan aku..kasut ni untuk makcik-makcik aja tapi at last aku beli juga kasut makcik ni..

selain dari mula menukar cara dress up..aku mula amik supplement untuk baby dan untuk aku sendiri..aku mula consume obimin..obical dan mula minum susu..!!!!aku tak boleh nak telan vitamin zink yang KK bagi sebab aku rasa macam aku telan karat besi so aku telan obimin..alhamdulilah..bacaan hb aku sentiasa dalam keadaan okay dan tak pernah turun..

what is obimin -  it's a nutritional supplement with a high dosage of FOLIC ACID, VITAMIN B1 & B6 for pre and postnatal formula..boleh baca detail tentang obimin kat sini

obical atau pil kalsium untuk mummies yang tak boleh nak minum susu..tapi aku lak minum susu dan telan obical dengan jayanya..baca lebih lanjut tentang obical kat sini

ada juga rumors yang kata kalo consume obimin nanti baby akan jadi besar..orang katalah tapi bila aku tanya doktor..tak ada pula doktor kata baby jadi besar kalo consume obimin..aku suka telan obimin sebab tak perlu nak telan banyak-banyak pil..semua vitamin dah ada dalam tu.

31 may 2012..baby dah 23 minggu..atau lebih kurang 6 bulan..kejab aja kan..berat badan aku pun dah bertambah..sekarang dah 80kg hehehehe..aku naik 3.5 kg from my last visit to KK..beratnya aku..

me at my 6 month pregnancy..come tak..????






masa ni juga aku alami on off bleeding..siap buat test dan doktor siap scan lagi sebab nak tengok position uri sama ada jatuh atau tidak tapi alhamdulilah tak ada apa-apa..

doktor advise aku not to do heavy job..jangan angkat benda berat..rehat ajer kat rumah..kalo bleeding lagi ..uri kat bawah..doktor kata aku kena masuk sepital..which is satu benda yang aku try to avoid..aku tak nak duduk sepital lama-lama..scary..

masa scan tu juga..aku dapat tahu yang baby dalam perut ni baby boy..rasa a bit down sebab i really hope this time aku dapat gegirl but then i told myself..tak kisahlah..boy ke girl ke sama aja..yang penting baby sihat..cukup sifat..sempurna..yang penting cara didikkan kita..

sampai kat parking terus sms enche hubby..

me       - insyallah lagi sepuluh tahun kita akan buat kenduri berkhatan lagi..
hubby - alhamdulilah..dah confirm ke..?
me       - haah..balik nanti sue tunjuk gambar kay














kalo terror musti boleh nampak apa yang dikatakan boy..tengok betul-betul hehehe..

by the way..at this time selera makan aku dah mula back to normal..macam-macam aku dah boleh telan..sebab tu berat aku pun mencanak ajer naiknye..


Sunday, October 14, 2012

ME & MY 3rd PREGNANCY PART 2

my 3rd pregnancy ni memang a bit different compare dengan yang dua orang tu..aku selalu moody..tak ada mood nak bercakap..muka pun susah nak senyum..sampai kawan aku cakap baby dalam perut bila keluar sure muka masam jer..

aku lebih cepat rasa penat..maklumla umo dah nak masuk 4 serieskan..kaki pun selalu cramp..tido jangan cakap lah..belum kul 9 malam aku dah tarik selimut..

nasib enche hubby ada sepanjang aku mengandung kali ni.. ( yalah masa pregnant no 2 dulu kami PJJ..sorang kat melaka dan sorang lagi kat johor )..so tiap-tiap malam enche hubby akan sapu minyak panas dan pakaikan aku stokin sebelum aku tido untuk elak kaki aku cramp                 
 













inilah rupa stokin yang aku pakai tiap-tiap malam sepanjang tempoh aku mengandung..funny kan but bila mengenangkan layanan enche hubby yang so sweet tu..rasa nak pregnant tiap-tiap tahun..

selera makan aku pun tak sama macam previous..tak lalu langsung nak makan..minum air masak pun aku boleh rasa loya..sebab tu berat aku turun mendadak..rasa macam mendiet lah pulak..hari-hari kat opis ada ajer yang tegur kata aku ni makin kurus..aku sengih ajerlah...dier orang tak tahu yang coming soon aku akan jadi gumuksss sangat..

yang pelik..nasi tak boleh makan tapi bubur sedap aja ditekak aku ni..maka dengan itu aku agak rajin jugak masak bubur..bubur nasi kosong aja tapi makan ngan macam2 lauk..macam bubur nasi kosong kat bawah ni..aku makan ngan ayam goreng halia with long bean..so yummy tapi kadang tu tak sampai half hour..keluar balik..

awal-awal pregnancy dulu aku cukup suka makan buah anggur..boleh dikatakan hanya buah anggur sahaja yang mampu bermastautin dalam perut aku dalam tempoh masa yang agak lama compare dengan yang lain-lain..beside that..aku pantang jumpa buah kundang..memang sedap aja aku makan tanpa pedulikan perasaan orang lain..yang penting aku dapat makan ..

stok yang sentiasa ada kat dalam fridge

ni kalo jumpa memang kena beli sebab limited edition..susah maw jumpa ini buah..

selain dari tu aku ada satu lagi habit pelik masa pregnant kali ni..aku giler makan buah durian..boleh dikatakan every week aku makan durian..ada masa tu seminggu sampai dua kali dok berulang gi makan durian hinggalah aku dapat penyakit batuk yang agak kronik..mana tidaknya sampai 4 doktor aku jumpa..batuk aku tu tak baik-baik dan tambah parah dalam keadaan aku sekarang ni..bila batuk aja mesti disertai dengan buang air..bila hari siang masih okay lagi tapi bila malam menjelang...terpaksa aku pakai pad overnite dan tido beralaskan baby changing mat..kesian tak..??
dah salah sendiri..nampak durian aja mesti terbit nafsu nak makan..tapi sejak kejadian itu..nampak durian aja..aku dah macam nampak hantu..musti takutttt..

Saturday, October 13, 2012

ME & MY 3rd PREGNANCY PART 1

it was saturday 17th March 2012..when dr rusita from klinik amal semabok confirm that i'm pregnant and it was already 12 weeks..

it was like..WHAT....sebab aku benar2 x sangka dlm usia aku yg sebegini tuhan nak berikan amanahnya pada aku..sekali lagi

before that aku dah pergi pun klinik dekat ngan rumah aku tu..sebab perut aku selalu meragam macam masuk angin dan doktor tu sendiri sahkan yang memang aku masuk angin disebabkan makan tak ikut masa but aku sendiri tak yakin then I do my own test and ya..memang nampak ada dua line but the one on top tu not so clear..so I decide untuk pergi check up once again..

actually at the beginning memang agak sukar untuk aku terima kenyataan..bukanlah bermakna aku menolak tapi after 10 years aku rasa macam OMG boleh ke aku ulang  semula..morning sickness..scar on tummy..changing hormon...klinik kesihatan..check up..kaki bengkak...buku merah..bangun tengah malam..

memikirkan tu semua buat aku sedikit tertekan..but  i always think positive..kalau orang lain boleh buat kenapa tidak aku..bukan aku tak pernah mabuk-mabuk..muntah teruk..bukan aku tak pernah bengkak kaki waktu pregnant dan bukannya aku tak pernah bangun tengah malam..it's not a big deal okay..

lagipun my eldest dah 15 years old and my second boy is already 10 years old..dah besar sangat and for sure both of them boleh tengok-tengokkan the coming soon baby..memang keadaan akan berubah dan tak sama seperti dulu but it's a gift..hadiah yang bukan semua orang bernasib baik akan menerimanya..


this is my baby at 12 weeks old..the head just start to build up..he look just like a red bean..but my little one is growing so quick..according to BABY GAGA..he's 2in lenght with 14gm weight..keciknya..

aku buat buku merah kat kk tengkera when my pregnancy at 13 weeks ( abt 3 month plus )..my weight that time was just 70kg..kenapa aku ckp just..yelah sbb b4 this berat aku 75-76kg tp early pregnant aku kena evening sickness yg agak teruk.tak boleh nak mkn nasi..tapi yang pelik kalo western tu sedap aja masuk dalam tekak..beside that aku suka sangat makan buah anggur..sehari sekilo boleh aku habiskan sorang..selalunya balik dari opis trus flat..langsung x boleh nak mkn..exp nasi..siap pesan ngan enche hubby kalo nak tapau nasi makesure jangan beli dekat kedai tengah ( hihihihi..panjang citernya kalo nak explain kenapa aku panggil kedai tengah so tak payah citerlah yerk..) sebab kedai tu guna banyak sangat bawang putih and at that time aku langsung tak boleh nak terima kehadiran bawang putih dalam tekak aku..
this scanning actually aku pun x tahu apa bendanya..but from my view aku rasa ukur lilit kepala to confirm the edd date..the edd was on 29.09.2012 which is another six month from the date aku buat buku merah ni..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...