MUKADIMAH

there's a story behind everything..how picture got on wall..how a scar got on your face..how you fall in love with your buddy..sometimes the stories are simple and sometimes they are hard and heartbreaking..
there's always be a stories where others people are really at the heart..leave them to tell those..tell yours instead..

Tuesday, October 30, 2012

BERTUNGKU ANYONE..???

sementara berada dalam pantang ni dan masih dalam mood berpantang (ari ni hari yang ke 30..masih ada 14 hari lagi untuk menamatkan aktiviti makan dengan ketat..berbengkung tiap hari..berstoking 24jam..mandi air daun)..terasa pulak aku nak posting about aktiviti dalam pantang..BERTUNGKU..

aku bertungku dua kali sehari..pagi lepas mandi sekali dan petang lepas mandi sekali lagi..yang  best tu aku cuma baring dan emak kesayangan aku akan tungkukan aku..walau umur aku dah jejak 4 series tapi sepanjang dalam pantang emak yang jaga aku..alhamdulilah..emak aku masih kuat dan sihat untuk jaga aku dalam pantang..


tahu tak apa itu bertungku..??tungku ni guna batu sungai yang dipanaskan..balut dengan daun-daun dan pas tu balut dengan kain..then tekap2 kat perut..ada juga yang gunakan besi..dan bila dunia makin lama makin moden..orang guna tungku moden macam gambo kat bawah ni ha..



ni ruper tungku moden tu..guna letrik..nama pun tungku moden kan..
tapi aku tak guna tungku moden ni..aku bertungku secara tradisional..cara lama yang guna batu sungai itew..selalu mak akulah yang dok bakar batu ni..by the way batu ni aku rasa umonya dekat 20 tahun jugak sebab aku dah gunakan batu ni sejak anak sulung aku yang la ni dah berumur 15 tahun..and forsure batu ni sebelum aku guna telah digunakan oleh makcik2 aku terdahulu..panjang umo batu ni kan..

ha..ini ler batu sungai yang aku cakapkan tu..batu ni dah lama sangat umonyer dan banyak pulak jasanya pada aku dan adik beradik aku yang laen..masa nak bakar batu ni pastikan apinyer kecik jerk..jangan besau-besau tau..kalo api kecik..penyerapannya lebih lagi..kalo api besau..luar ajer panas..kalo api kecik..sampai kedalam batu ni akan panas taw..
pass tu mak sayer balut dengan daun lengkuas..daun mengkudu dan daun sirih..kain yang guna tuk balut batu tu pun dah bertahun rasanya diguna..ala guna kain pelekat lama jerk..
nilah rupernya batu yang sudah dibalut dengan daun dan kain pelekat
proses bertungku dilakukan sambil baring..nak duduk pun boleh tapi dah nama pun nak tungku area perut kan..kalo dah duduk tu tang mana nak ditungkunya kan kan kan ..pass tu batu tungku ni ditekan perlahan-lahan dekat area ari-ari..pangkal paha..bawah pusat dan atas perut
( kawasan bawah breast )..

lepas mandi aku akan sapu losen untuk bakar lemak..tapi bila nak bertungku aku tak akan sapu dekat area perut..sebabnya bila haba batu tungku tu meresap dalam kulit..rasa macam nak terbakar lak hihihi..

selalunya aku akan lapik dengan kain batik ( 2 lapis ) pada permulaan semasa bertungku tapi bila haba panas berkurangan..aku akan kurangkan lapis kain tu hinggalah at the end direct dengan kulit aja.. 

banyak tahu kebaikan bertungku ni..antaranya..dapat menghangatkan badan..buang angin dalam badan..kecutkan semula urat-urat dan rahim yang dah kembang masa bersalin ari tuh..melancarkan perjalanan darah..

selain dari tu kalau ada rasa sakit-sakit kaki..lenguh-lenguh kaki pun boleh bertungku..mak ai kata caranya sama aja cuma tak perlulah tungku kat perut tapi letakkan kaki atas batu tungku tu..nanti haba dari tungku akan meresap masuk dalam badan melalui kaki dan insyallah boleh hilangkan lenguh-lenguh kaki..mak ai kata lagi kalo kita ada sengugut pun digalakkan kita bertungku..pass tu mak ai kata lagi bertungku pun bagus untuk mengempiskan perut kita selepas bersalin..tu ai akui tapi perut ai masih lom flat lagikk..i sedikit kecewa 

selain bertungku dikawasan perut..aku juga duduk diatas batu tungku tu (pastikan jangan masa batu tu masih panas..habes terbakau nanti tutttt)..mak aku kata kasi kena dekat kita punyer tu..kasi dia panas dan hangat..lepas siap duduk atas batu..aku pijakkan pula batu tungku tu..kasi panaskan tumit kaki pulak..


comel tak kaki ai..hihihi
selain dari bertungku..aku juga mengamalkan urut lepas bersalin..dan of course aku tak perlu bersusah payah mencari tukang urut yang berpengalaman kerana mak aku ada kebolehan mengurut orang bersalin..heii..ingat senang nak urut orang lepas bersalin ni..ni bukan urut main-main taw..sebab urut lepas bersalin ni nak betulkan semula urat yang dah tegang..putus atau pun dah terkeluar dari tempatnya juga nak menaikkan semula rahim..bukan semua orang boleh urut orang lepas bersalin nih..

nota kaki : boleh hubungi saya kalo nak gunakan khidmat emak saya untuk urut lepas bersalin mahupun urut biasa..( ala ni blog aku..sukerlah nak buat iklan ke apa ker..) 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...