MUKADIMAH

there's a story behind everything..how picture got on wall..how a scar got on your face..how you fall in love with your buddy..sometimes the stories are simple and sometimes they are hard and heartbreaking..
there's always be a stories where others people are really at the heart..leave them to tell those..tell yours instead..

Thursday, October 18, 2012

ME & MY 3rd PREGNANCY..FINAL CHAPTER

my expected due date is on 29th september 2012 bersamaan dengan hari sabtu tapi pada hari tu aku tak ada apa-apa tanda pun akan bersalin..my appointment still going on that day coz doc kata kalo aku tak bersalin hari tu..kena datang check up as usual..

so ke MMC lah aku hari tu..hasil dari scan menunjukkan yang air ketuban cukup..baby dah ada di position cuma masih belum ada jalan lagi..doc tak nak induce..menurut kata doc tak ada sebab untuk induce sebab semuanya okay..kita tunggu dia nak keluar sendiri..

hari ahad tu 30hb aku sempat lagi pi kenduri kawen one of my officemate..and aku decide esoknya nak gi kerja macam biasa..yalah tak ada apa nak buat dekat rumah kan..kalo sakit bersalin dekat opis pun at least ada member boleh hantar gi sepital..beg baby ngan beg aku semua dah standby kat dalam keta..

isnin 1st october 2012..aku bangun pagi as usual..gosok baju sekolah anak-anak dan gosok baju aku..suddenly aku terasa macam ada liquid...panas aja mengalir..aku tengok laa darah..cepat-cepat aku kejutkan enche suami..dalam masa kejutkan enche suami..air ketuban keluar sikit..

aku tak berapa nak panik sebab aku tahu aku tak akan bersalin lagi..sekurang-kurangnya bukan dalam 2-3 jam yang terdekat ni..so aku selesaikan semua kerja yang tergendala..aku siap boleh kemas rumah.kemas bilik..siap vacum lagik..bila enche hubby balik dari hantar adam gi sekolah baru aku mandi..siap makeup cantik-cantik lagi nak gi sepital..tapi kali ni aku g sepital pakai skirt heheehe..tak macam yang no 2 dulu tu..aku g sepital pakai track suit..

sampai kat sepital dalam kul 9 pagi mcm tu..masa tu memang tak rasa sakit lagi..terus daftar kat emergency dan naik tingkat 2..


aku stay dekat sini..bilik no 260-A..mula-mula nak amik single bed sebab beza pun RM100 jerk tapi fikir-fikir balik at least ada kawan dalam bilik okay jugakkan..sebab enche hubby tak dapat nak temankan aku ..roomate aku pun bersalin hari yang sama cuma dier operate aku lak normal..dia dapat baby gurl..while aku..baby boy..
dalam pukul 10 pagi doc datang check up..oo dah buka around 4 cm..doc suruh nurse bawa aku ke labour room sebab aku nak amik suntikkan epidural..at around 10.30am..nurse bawa aku ke labour room..aku dah mula rasa seram sejuk dan takut..sampai kat sana tukar baju..dan masuk air..aku kena tunggu pakar bius datang untuk bagi suntikan tu sebab pakar saja yang  boleh inject epidural ni...

what is an epidural ? during an epidural, painkilling drugs are passed into the small of your back via a fine tube. It is a regional anaesthetic, so the drug is injected around the nerves that carry signals from the part of your body that feels pain in labour..it will numb your tummy and provide you with very effective pain relief 

boleh baca lebih details tentang epidural dekat sini ..kalo nak tengok video lak silalah tekan sini

aku tak sempat nak snap pic masa aku kat dalam labour dan saat-saat aku sedang mengambil suntikan epidural tu..

later on dr minta aku baring mengiring dan bengkokkan badan macam huruf C sebab dr nak inject dibahagian belakang aku..

untuk info jarum yang digunakan bengkok dan berlubang kat hujungnya..cer tengok gambo..kenapa jarum tu bengkok..??baca kat sini untuk lebih info..ai malas nak taip panjang-panjang..
lebih kurang macam nilah keadaan aku masa proses injection dilakukan..lepas sattle proses injection..katerer tu disambungkan pada satu pam kecik dimana suntikkan dos anestetik dikawal oleh pam tersebut..dalam kes aku dos yang diinject mula dengan 8..dan tiap kali aku rasa sakit nurse akan tingkatkan dos aku..max dos adalah 12 untuk wanita normal tapi aku dos aku sehingga 10 sahaja
 dr yang inject epidural kat aku adalah dr Lim Chiam Lock..dan masa tu actually aku belum pun rasa sakit nak bersalin pun..tapi kata dr Ahmad..normally epidural akan diambil bila serviks kita mengembang 4 ke 5cm sebab kalo serviks dah kembang sampai 8cm..dah tak ada maknanya amik epidural..teruskan ajalah  sebab masa tu baby dah nak kuar pun

masa tu around 11 am..and before proses suntikkan tu dilakukan..dr Lim terangkan pada aku tentang apa itu epidural dan kesan-kesan yang mungkin akan aku hadapi..antaranya aku mungkin akan muntah sebaik kesan epidural ni habis..kaki akan rasa kebas..sakit  tulang belakang dan mungkin boleh lumpuh separuh badan..

untuk yang lain-lain kesan tu aku masih boleh terima tapi lumpuh separuh badan tu buat aku seriau sikit tapi apa-apa pun tetap ada risikonya even bersalin secara normal pun kan.

oh ya..jika terdapat kebocoran tulang sum-sum akibat jarum yang terkeluar dari ruang epidural..itu akan mengakibatkan sakit kepala yang teruk tapi boleh dirawat dengan cara menampal lubang yang bocor tu dengan darah yang diambil dari lengan kita..

lagi satu kesan yang aku dapat bila ambil injection ni ialah tak ada rasa nak buang air kecil so midwifelah yang tolong aku hehehe..

lepas dah inject epidural..aku dok relax kat labour sambil tengok tv..citer national geographic lagi..nurse ada bagi remote tapi masa tu tak ada mood nak alih-alih channel..sesekali rasa nak terlelap jugak sebab rasa mengantuk..mana taknya..tak ada rasa sakit nak bersalin..

aku sendiri tak tahu bila yang aku betul-betul rasa sakit nak bersalin sebab aku cuma rasa macam nak buang air besar aja tapi tak lepas..since dos aku start from 8..aku still rasa sakit (tapi percayalah..sakitnya tak macam sakit nak bersalin..cuma rasa perut tak sedap)..dan tiap kali tu juga muka aku berkerut dan tiap kali muka aku berkerut midwife akan adjust dos aku..max dos aku amik adalah 10 sebab....

dr aku tak bagi amik dos yang paling tinggi sebab aku tak akan rasa sakit langsung..bila tak ada rasa sakit langsung..kita tak akan rasa nak push so dr ngan midwife kena guide kita bila untuk push..lagi satu bila tak sakit..tak rasa nak push..so baby mungkin boleh lemas ..nanti doc akan guna vacum atau fosep untuk tolong kita kuarkan baby..

sebab tu dr advisekan aku tuk amik dos sampai 10 aja (tapi kalo kita nak amik maximum..dr tak larang pun ..dr cuma advise kita supaya jangan amik max sebab bila tak rasa sakit..risikonya mcm yang aku cakap kat atas tu la)..

jam 2 petang aku mula rasa sakit perut memulas..aku bagitahu midwife so dia jengah..dah almost fully open..so she call dr..masa tu ada 3 orang nurse termasuk midwife dan dr..sakit perut kejab ada kejab tak ada..bila tak ada boleh pulak aku sengih2 sambil cakap..dr tak sakit dah...tapi kejab aja...empat kali aku push dan alhamdulilah 2.28pm 01.10.2012..MUHAMMAD AMIR NADHEEF selamat aku lahirkan kedunia..

gambar yang diambil few hour after birth


*gambar kredit pada pakcik google yang membantu.artikel lak kredit pada babycenter.com.my

nota kaki : yang sebenar-benarnya aku sendiri tak tahu pukul berapa aku start sakit bersalin..tapi yang betul-betul sakit ( ala sakit perut macam nak buang air besar jerk )..is around 2pm..so kalo ditakdirkan tuhan aku diberikan rezeki lagi..yes..i'm going for EPIDURAL..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...