MUKADIMAH

there's a story behind everything..how picture got on wall..how a scar got on your face..how you fall in love with your buddy..sometimes the stories are simple and sometimes they are hard and heartbreaking..
there's always be a stories where others people are really at the heart..leave them to tell those..tell yours instead..

Friday, November 30, 2012

MUDAH.MY

nak tanya..korank pernah tak iklankan apa-apa dekat mudah..saper pernah angkat tangan cepat..as for myself dah banyak kali aku iklankan barang dekat mudah..ada barang baru..barang 2ndhand..

dan semudah namanya...macam tu juga mudahnya aku barang-barang yang aku iklankan itu dijual..tapi ada jugak yang tak dapat jual hehehehe..mungkin tuan punya barang tu belum lagi nak amik barang dia kot..

first item yang aku iklankan dekat mudah adalah fridge 2 pintu yang aku beli kira-kira 16 tahun yang lepas ( masa mula-mula kahwin dulu..masa tu kira paling canggihla peti ais tak ada frost hihiii )..peti ais tu punyalah bagus sebab sepanjang 16 tahun tu sekali aja dia rosak tapi aku jual bukan sebab dia rosak ..sebab nak upgrade pada yang lain..

family pun dah bertambah..anak-anak dah besar so kenalah upgrade peti ais aku tu..so aku iklankan dekat mudah dan dalam masa satu hari aja ada few caller yang nak..pada aku siapa datang dulu..berkenan dan bayar aku jual aja..no booking sistem..

then lepas tu aku start mengiklankan barang yang aku tak nak..barang yang aku jual tapi tak terjual dekat mudah..dan memang mudah sangat..

thanks to mudah sebab memudahkan urusan jual beli aku..tapi ada juga iklan aku yang tak lepas sebab mudah ni dia da rules n regulation dia sendiri..

  • Duplicate ads will be refused / Iklan yang duplikasi/ sama akan ditolak
  • One ad per itemSatu iklan untuk satu barang.
  • Choose a title that is as descriptive as possible / Pilih deskripsi yang paling sesuai.
  • Pure Marketing ads are not allowed. Only concrete goods.Iklan yang berunsur pemasaran tidak dibenarkan. Hanya barang yang fizikal.
  • Delete the old ads first in order to insert it again. / Padam iklan yang lama sebelum menghantar iklan yang sama sekali lagi.
  • Ads that do not meet Mudah's rules will not be published. / Iklan yang tidak mengikut syarat Mudah tidak akan dipaparkan 

oh ya..nak iklan kat mudah ni free aja tapi ada juga iklan yang berbayar..maksud aku bukan kita bayar untuk publishkan iklan tu dekat mudah tapi kita bayar sebab nak iklan kita sentiasa berada di 1st page walau dah berhari-hari iklan tu kita tepek kat mudah..

Thursday, November 29, 2012

MASAK LAGI KER.?????

hari ni 29 November 2012 bersamaan dengan 60 hari aku dah duduk dirumah..lamanyer kan tapi actually ada lagi 30 hari + another 7 days lagi..mean that ada 37 hari lagi untuk aku duduk dirumah before resume back to work on 07 January 2013..bak kata kawan aku si AJU ANIK tu..lama sangat aku dok ternak lemak kat rumah..rasa macam hari ni nak ternak lagi..oh no no no...

semalam anak aku adam tanya bila nak buat muffin sebab tepung muffin tu dah hampir seminggu tergolek dalam kitchen kabinet..mula-mula malas nak buat tapi tengok nadheef sedap aja tido rasanya boleh lah kot aku buat kejab..ala bukan susah..tepung instant kan..masuk air + telur + veggie oil + tepung tu...mix dalam 6-10 minit aja pass tu bakar dalam oven..tak sampai satu jam lepas tu dah boleh makan dah..

ari ni aku x ada mood nak mengambil gambar bagai sebab iphone aku tengah charge..sian nak mati dah sebab tak ada tenaga..nak guna dslr kat dapur rasa macam tak syok pulak..maklumla kita bukan pro..amatur pun bukan..takat set button auto kat dslr tu saper-saper pon boley..

nah..dah siap muffin aku..tepung tu 1 kilo so leh dapat dalam 40 biji muffin..aku keep dalam 15 biji jerk yang laen suruh adam pi sedekah kat rumah baby sitter aku..at least dekat sana ada ramai budak-budak yang makan..insyALLAH mesti habes punya..yang dekat rumah aku ni tak tahu bila nak habisnya..

ICE-CREAM COKLAT OREO yang sangat shedappp...


ari ni  tak tahu nak buat apa..sejak bercuti 3 bulan ni rasa banyak pula masa yang terbuang..tengok dalam kabinet dapur tu ada tepung untuk muffin blueberry tapi macam malas lah pula nak keluarkan oven yang terperuk dalam gobok tu..then belek lagi apa yang ada..hmmm..boleh kot kalo nak buat aiskrim sebab bahan-bahannya pun ader..

ari tu dah buat aiskrim coklat emulco oreo ngan aiskrin strawberi..hari ni sebab bahan-bahan yang ada pun balance yang lepas so buatla aiskrim coklat oreo tapi dengan resepi yang berlainan pulak..

bahan-bahan senang jer..susu dutch lady + coffee mate + biskut oreo..nah senang sangat kan..

aku guna dutch lady coklat (2 1/2 cawan..ikutlah cawan korank besar mana tapi aku guna cofee mug tu) then aku guna 2 1/2 cawan cofeemate..ada orang guna susu tepung tapi mana nak cari susu tepung unless korank ada anak tapi takkan nak guna infant formula milk kan..so gunalah cofeemate ni..

aku guna oreo yang ini which already crushed..kalo tak ada guna ajer biskut oreo yang  bulat2 tu..korank crushed kanlah sendiri..apalah susah..

mixkan susu dutchlady with cofeemate then masukkan biskut oreo..aku guna high speed selama lebih kurang 5 minit tapi rasanya lebih kot..nanti korank akan dapat adunan lebih kurang macam dalam gambar kat atas nih..pass tu masukkan dalam fridge for about 2 hour or sebelum adunan korank tu beku

bila dah beku but makesure jangan terover beku sebab nanti korank nak mix lagi adunan tu..mix around 5 minutes gitew..nak lebih pun tak apa..tak ada orang nak marah pun..polis pun tangkap der..

sebab nak cepat aku guna cara macam ni..malas aku nak letak bagi dia pusing sebab punyalah slow dan lembab so aku guna tangan aku pusingkan mixer tu..cepat sangattt

pass tu korank patah-patahkan biskut oreo beserta dengan krimnya sekali sebab krim dia tu kan lemak-lemak masin..shedap gitew

lepas tu oreo yang korank dah patah-patahkan tu korank masuklah dalam bekas..suka hatilah bekas apa pun nak letak..yang besar atau yang kecik..aku suka letak yang kecik sebab anak-anak aku boleh ambil sorang satu bekas..kalo bekas yang besar tu selalu si abang akan cedok lebih..sian kat adik..so kalo bekas kecik macam ni leh la amek sorang satu

lepas tu penuhkan bekas tu dengan adunan aiskrim tadi..tutup dan masuk la dalam peti ais..ikut sukalah nak letak berapa jam puin dalam peti tu..tapi kalo lama sangat nanti aiskrim jadi tak sedap..jadi keras macam batu heehhehee..

kalo guna bekas kecik macam yang aku guna tu akan dapat lebih kurang 11 bekas..dapatlah sorang 4 bekas..ayah 3 bekas..ummi..???ummi tak nak..suka-suka buat bagi anak-anak makan






Wednesday, November 21, 2012

BUAT PER HARI NI - RENEW LESEN DER..

ari ni aku merancang untuk memperbaharui lesen perniagaan aku..amboi bahasa bukan main lagi bahasa malaysia standard..memperbaharui konon..

so pagi-pagi aku dah bangun..kemaslah rumah apa-apa yang patut..siapkan si kecik aku tu dulu ( dulu bolehla..bangun aja mandi..makeup sket2 terus vroommmm )..sekarang ni priority pada si kecik aku tu dulu..dah siapkan dia..siapkan pula beg dia..susu..barulah aku menyiapkan diri aku pulak..

sebab nadheef masih kecik lagi n aku pulak jenis malas nak menolak stroller bagai so post aja dekat rumah atok n nenek dia yang sudi menjaganya..so bolehlah aku dengan senang hati ke PBT yang berkenaan untuk urusan renew lesen aku tu..

ikutkan lesen tu tak payah aku bersusah payah bagai pergi renew sebab organizer yang organizekan uptown tempat aku part time meniaga tu yang uruskan but something goes wrong somewhere..lesen aku tu accidently telah dihilangkan oleh organizer dan dengan bangganya dia suruh aku pergi renew sendiri..amboiii..kata sewa tapak dah sekali ngan lesen tapi kalo aku g sendiri tak aku kena bayar lesen tu sendiri..habes tu sewa bayar full..macam mana nih.???

malaslah nak cakap banyak..pergila renew sendiri..sampai sana amik nombor..dapat no 8064..amboii..banyaknyer nombor tapi tak per..kaunter ada 19..relaxla..hmmm..memang ada 19 kaunter tapi yang berfungsinya bukanlan semua kaunter..maybe staff g breakfast kot..yelah..kul 10.30 pagi masa tu..

aku pun tak adalah nak bising-bising cuma ada few public yang bising cakap macam-macam..hala...normallah benda-benda tu kat opis gomen..(bukan tak biasa kan kan kan..)so aku tunggulah dengan penuh berhemah dan kesabaran yang tinggi sampai no aku dipanggil..no 8064 kaunter 14..

tapi sedihnya aku kena come back again sebab lesen tak boleh nak renew..puncanya nama aku dah didelete dari sistem dengan alasan dah lama sangat lesen tu tak renew..aku tak salahkan dier orang..aku salahkan diri aku sendiri sebab 100% serah pada organizer..

rupernya organizer tu tak pernah renew lesen aku ( dan mungkin juga kawan2 peniaga yang lain..)..yalah bila aku tanya lesen mana..jawap dier orang ada kat opis..tak bawa..lupa..tak bawa sebab banyak sangatla....hampas lah sangat alasan tu kan..patutlah tak bawak-bawak lesen yang dah direnew rupernya tak pernah renew..habes tu duet yang aku bayar sewa + lesen tu macam mana..adoiiii hai..

lagi pulak sekarang ni management dah tukar..lagi senang jawapan dier orang bila kita tanya..itu management lama kak..kita orang ni baru tu yang tak tahu sangat..senang citer akak pergi MBMB..trace balik lesen lama..kamben betul..nak trace camner..dah korank tak bayar ..MBMB pun delete la dari sistem dier orang..kan dah tak pasal-pasal haku kena mohon lesen baru..start all over again..

kesian kan..tak pasal-pasal dah kena isi borang ni semula..dah kena datang lagi semula..dah kena amik nombor semula..pulak tu dah kena bayar lesen ni sendiri..adoiii..memanglah..

Sunday, November 18, 2012

MUHAMMAD AMIR NADHEEF B.ROSAZLE

hari ni terasa nak update blog n citer pasal  new darling in the house..MUHAMMAD AMIR NADHEEF B.ROSAZLE

he's not just my sweetheart but the heart of everyone in the house..senang sangat nak minta abang-abang tolong tengokkan adik yang satu ni time ummi nak masak..time ummi nak mandi..pendek kata adik bunyi erkk aja..cepat abang-abang bangun tengok..

nak minta tolong ayah pun senang..maklumlah..dah lama sangat rumah ni tak ada baby..last pun masa abang adam dulu about 10years ++..sebab tu semua dekat dalam rumah ni senang sangat nak suruh jaga @ tengok-tengokkan nadheef tapi ayah selalu cekelat..tiap kali suruh tengok-tengokan nadheef..dengan ayah-ayah sekali tido..

sedap jer kan ayah tido..banyak lagi gambo ayah tengah sedap tido dengan nadheef

masa aku belum pregnant dulu aku teragak nak letak nama Amir Mukhreez sebab nama anak-anak aku memang akan ada AMIR yang bermaksud pemimpin @ pemerintah @ ketua..atau Adam Mukhreez..
nama Adam Mukhreez tu aku dapat masa aku tengah syok baca novel Adam & Hawa..jatuh cinta denga am masa tu..tak sangka setelah bertahun aku baca novel tu akhirnya ada pula penerbit yang buat telenovela 80 episod..tapi masa ni aku dah  tak jatuh chenta ngan am lagi sebab aku tak minat Aaron Aziz..

tapi bila aku pregnant and dapat tahu aku akan dapat baby boy ( again..) aku search nama tru net..mencari nama-nama yang sedap didengar dan  baik maksudnya..and i've found one yang aku rasa cukup berkenan dihati..amir nadheef irfan..and i'm leaving the name muhammad..amir nadheef irfan bermaksud pemimpin yang bersih,bijaksana dan berpengetahuan tapi masa register enche suami ku telah tinggalkan nama irfan tu sebab hubby nak juga letak muhammad..so tertulislah nama di surat beranak MUHAMMAD AMIR NADHEEF B.ROSAZLE..(amek ko..nama anak sikit punya panjang tapi nama ayah dier..pendek jerk )

nadheef..sehari selepas dilahirkan pada 01.10.12..tahu tak masa nadheef keluar dan doktor letak kat atas dada..aku sedikit terkejut sebab nadheef agak gelap jika nak compare dengan abang-abang dia yang lain..

jaga nadheef ni senang sangat..dia bangun just nak susu dan tidur semula..malam pun bangun dua kali aja..so aku boleh tido dengan aman dan jayanya..lepas mandi pagi..nadheef akan tidur dalam 2 jam..so dalam 2 jam tu aku boleh mandi..kemas rumah dan masak juga..then dia bangun untuk susu..tido balik semula tapi sekarang ni nadheef dah kurang sedikit waktu tidonya sebab dia dah pandai nak bercakap-cakap dengan siapa saja yang ada dekat depan dia..

dan yang pastinya nadheef memang nak ada orang duduk and adap muka dia..dia suka..siap sengih-sengih dan ternganga-nganga mulut dia nak bercakap..nadheef pun tak banyak menangis..nangis bila perlu aja..perlu apa..??susulah apa lagi..kalo dia poo-poo pun tak nanges..relax aja

cerita tentang susu..i was disappointed sebab tak boleh nak produce susu and not able to breast feed my chubby whubby ni..(aku jeles dengan mummy yang boleh produce susu banyak sebab aku pun ada amik supplement untuk tambah susu..makan kurma dan mcm2 lagilah aku but yet..still tak ada susu)..ada tak ada rasanya dapatlah dalam 4oz aja untuk nadheef sebab after that tak ada susu pun even puas aku pump..mungkin memang tak ada rezeki untuk anak-anak aku di breastfeed kan..so untuk nadheef aku bagi susu formula snow..mula-mula dulu 3oz aja tapi sekarang dah 4oz or more..dengan time gap between 1.5-2 hr..sebab tu dia membesar dengan besar dan sihat..

nadheef now..he's 48 days already masa aku tulis posting ni..tambah comel..tambah chubby and tambah geram tengok dia..ayah kata nadheef ni baran..kalau lambat dapat susu..kaki tangan semua naik..tangan dah macam maen badminton..kaki pula macam orang main bola..lagi satu..kalo dia buka mata..tengok tak ada orang dekat sebelah..siap mulut cebek-cebek lagi nak nanges..nanges lak siap kuar air mata..maklumla bulu mata pun dah tumbuh..panjang lak tu..

bila tengok muka nadheef ni..macam muka abang amir dia kecik-kecik dulu tapi abang amir lagi gebus..cuma dah besar sekarang ni dah hilang kegebuannyer..dah gelap gelitalah pulak..tapi abang adam jeles kalo orang cakap muka nadheef macam muka abang amir..abang adam akan cakap..nadheef muka macam abang amir tapi nadheef ada lesung pipit macam abang adam..

sebab dah lama tak dapat baby kan..i'm so excited bila tiba bab shopping..baju baby yang comel-comel..cute-miut belaka..mana tak geram kan..so semestinya banyakkkkkkkk sangat aku borong..ayah kata setahun nadheef tak payah beli baju..mana taknya..masih banyak lagi yang belum berpakai...lucky i'm buying oversize cloth so rasanya insyallah until nadheef 1 years old..i dont have to buy any cloth..(pray to GOD..hati aku mcm batu bila tengok baju yang comel-comel tu)

tu baru baju..belum lagi botol susu..percaya tak kalo aku bagitau nadheef setakat ni dah ada 7 botol susu yang 9oz tu..5 botol AVENT n 2 TOMMY TIPPEE bottle..also another 2 bottles yang 4oz tu..both from AVENT n TOMMY TIPPEE..tak termasuk lagi 3 botol 9oz yang member present..mana dengan warmer..sterilizer..teats..memang aku giler membeli untuk nadheef nih..macam anak sulung aku punya kos shopping..ribu riban jugak la..hehehe..

dan untuk nadheef juga aku merancang untuk fully cloth diaper..so far yang paling banyak aku spend untuk nadheef adalah untuk cloth diaper..and more coming in..more $$$$ fly  away..tak apa untuk nadheef..ummi tak kisah pun..

nadheef with one of my fav cd from luveable friend..insyallah aku akan cuba ber cd sampai nadheef pt sebab mak aku macam marah aku pakai cd nih..risau opah tengok cucu dia kengkang sebab cd ni agak bulky tuk nadheef yang belum pun 2 months..dan aku pun risau juga kalau mak yam which is my baby sitter tak nak guna cd ni..tapi hari tu masa aku tanya mak yam kata okay..tak  kisah..alhamdulilah..

 
buah hati,pengarang jantung,kawan bergaduh,my bodyguards

seperti ibu bapa yang lain..menjadi harapan aku agar anak-anak membesar jadi orang yang berguna pada agama,bangsa dan negara..aku tak minta lebih dari apa yang anak-anak aku mampu..aku mahu anak-anak aku boleh hidup berdikari,sayang sesama mereka,ingat jasa orang tua,hormat pada orang tua..jangan susahkan orang lain...INSYALLAH



Sunday, November 11, 2012

RUTIN BARU LAGIK

ada tak korank terdetik dalam hati bila baca blog aku ni..lorat betul la dia ni..steril botol susu anak pun nak posting..ele...relax la..ni blog aku yang punya kan..dan nama blog pun another story to tell..so apa saja cerita yang aku rasa menarik aku posting dalam blog aku..nak cerita kat korank semua..

kali ni nak cerita lagi pasal rutin aku since nadheef was born..dah lama tahu aku tak cuci diaper..yalah dulu guna disposable diaper..buka aja then campak dalam dustbin..but since now aku guna cloth diaper so sekarang menjadi rutin aku untuk mencucinya..and i'm happy doing it..


aku cuci cd ni dua hari sekali..lepas guna masuk dalam dry pail..dua hari lepas tu baru basuh tapi kalo yang kena poo tu kena buang dan bilas dulu tapi basuhnya tetap dua hari kemudiannya.

 mula-mula soak dulu insert ( yang belah dalam tu ) untuk buang sisa-sia pee dan hilangkan bau.later on perah but in gentle way..tak perlu nak bilas sampai insert tu kering..dulu aku tak tahu tapi sekarang aku dah tahu dah..x perlu nak perah sampai kering sebab lepas ni kita nak basuh jugakkan..bukan nak terus g jemur

dah perah ala kadar dumb dalam pail yang aku dah lapik dengan netting..yang warna putih itu insert microfiber..yang  hitam tu bamboo charcoal dan yang colorful tu reusable liner (yg ni fungsinya lapikkan atas cd kita untuk elakkan poo kena direct pada cd tapi what i found still kena juga)

 
lepas ni bilas pulak cover dia..tapi makesure jangan perah sekuat hanti anda sebab dibimbangi PUL kat luar tu boleh pecah atau pun koyak..sia-sia aja nanti cd anda bocor walau baru guna..

 lepas tu apa lagi campur aja outer cover tu dengan insert then dumb dalam washing machine..so easy

aku pilih setting macam ni untuk basuh cd aku..water level 60 liter..wash for 13 minutes then 2 times rinse..rinse time also 13 minute dan spin time 7 minute..setting yang aku rasa okay untuk basuh cd..all together time  taken untuk basuh cd ni is up to one hour and the half..yang mana sementara itu aku boleh berjimba-jimba untuk buat kerja laen yang menunggu

 kerja yang terakhir..menyidai cd-cd ni semua..makesure jangan sidai terlalu lama dibawah matahari yang terik sebab PUL mudah pecah @ koyak kalo kena matahari sebab PUL tu kan lebih kurang macam plastik..plastik kalo dok dedah lama-lama kat bawah matahari terik apa akan jadi.??ha itulah juga yang akan jadi pada anda punya cd kalo lama terdedah pada matahari..

ada satu lagi rutin yang bakal aku buat..mungkin sebulan atau dua bulan dari tarikh posting ini..stripwash..stripwash tu wajib dilakukan pada insert-insert yang dah keras kejung macam batu..yang mana daya penyerapannya dah tak bagus lagi..so kenalah strip wash..macam mana nak strip wash..itu lain kali aku citer wokay..
 
 



RUTIN BARU SINCE OKTOBER 2012

sejak Nadheef lahir 01.10.12 yang lalu..rutin hidup aku dah jadi kelam-kabut sikit..semuanya dah tak sama macam dulu.

dulu senang aja..anak-anak dah besar so arah aja apa nak suruh dia orang buat..tapi sekarang ni..apa-apa pun nak buat kena kasi sattle nadheef dulu..mandikan dia..bagi dia tidur dulu then baru aku boleh move on..tapi alhamdulilah..abang-abang dia ada ..so senanglah sikit kerja aku..

memang banyak rutin yang kena buat even bukan kena buat hari-hari..dah lama sangat aku tak sterilize botol and puting susu but now itu antara rutin yang aku buat every 3 days..(bolehla buat 3 hari sekali sementara dalam bercuti ni..nanti dah naik keja harap-harap pon boleh buat juga..)

i'm using this sterilizer.it's from philips avent.what i like about this sterilizer is it easy to use..just add water,load then switch on lagi pun ianya large capacity..can fit botol yg gemuk mcm tommee tippee..kalo guna botol avent itself boleh hold up to 6 botol yang 9oz tu..breast pump pon  boleh masuk dalam ni..pendek kata boleh muat apa saja jenis botol dan saiz..it's also fast..just 8 min and the contents are sterile..ready to use

first of all gunakan measuring cup untuk measure berapa banyak air nak guna.later on susunlah botol-botol yang kita nak sterile kat belah bawah..kat tiang tengah-tengah tu aku masukkan botol susu punya neck then on top untuk teats dan tutup botol lepas tu onkan switch and wait for 8 min ( tapi tidaklah aku tunggu dekat situ..dalam masa 8 min tu aku pi la buat kerja laen )..oh ya kalau kita unopened cover tu..contents remind sterile up to 6 hours taw..

lepas dah sterile tu silalah keluarkan botol-botol tersebut dan aku letak pada spinning dry tray..kalo tak keluarkan pun x apa..selagi tak buka tutup sterilizer tu..boleh aja dia tahan 6 jam lagik..

gunakan tongs untuk keluaran puting dari sterilizer tu dan gunakan measuring cup untuk measure air yang nak kita letakkan dalam sterilizer..jangan risau kedua barangan ni ada didalam kotak termasuk set sterilizer anda..
tong and measuring cup

why do i need to sterilise my baby bottles..?refer to baby center

dalam erti kata lain nak matikan kuman pada botol susu anak kiter itew..sebab baby baru lahir hingga umur setahun mempunyai antibodi yang tidak begitu kuat sebab tulah salah satu cara nak help baby dari senang kena infection..kenalah sterilise kan botol susu dier orang

by the way kalau tak ada sterilizer ni bukan bermakna korang tak boleh nak sterilise kan botol anak2 kita..boleh aja sebab aku dulu anak yang dua orang tu pun tak guna alat ni..asyiklah merebus botol-botol susu ..sebab masa tu tak berapa nak mampu beli alat ni..sekarang ni alhamdulilah..bertuah sungguh nadheef jika nak dibandingkan dengan abang-abang dia dulu..baby serba mahal kata laki aku..

oh ya..this sterilizer is present from my beloved hubby..thanks you abang..

 










Saturday, November 3, 2012

CERITA PASAL SEAWEED a.k.a RUMPAI LAUT

sana sini orang dok cerita tentang seaweed @ rumpai laut..ada yang claim seaweed ni ibu collagen..ada pulak yang kata marin collagen..tak tahulah yang mana satu yang betul..tapi aku ada terbaca akan kebaikan rumpai laut ni kalau diamalkan permakanannya secara berterusan..

antara benefit seaweed ni :-

-penghapusan bintik-bintik,jerawat,meningkatkan elastik kulit,kulit jadi halus mulus gitew ( yang ni aku suker..dan aku baca banyak testimonial di internet yang mengatakan kulit akan lebih cantik lepas consume seaweed nih..mau ko tak rasa teruja giler baban )
-elakkan sembelit,proses membuang yang lebih lancar  
( kalo saper yang susah nak membuang tu mungkin leh cuba makan seaweed ni kot..)
-menghilangkan bau nafas
-kurangkan berat badan dan hilangkan lemak diperut
( yang ni aku suker jugak..sebab dah jenuh aku sapu macam-macam losyen kat perut aku ni..idak flat2 pun..mak tension dah nyah oii )
-melambatkan proses penuaan
-mencegah penyakit Alzheimer
-meningkatkan kualiti darah
pendek kata banyak lagilah kebaikkan mengamalkan makan seaweed ni sampai naik lenguh jari jemari aku menekan keypad ni hah..so nak tahu lebih lanjut silalah bertanya pada pakcik google yer..

sebenar-benarnya aku ada membeli kira-kira sekilo dried seaweed ni masa kunjungan aku ke KK satu waktu dulu..tapi hinggalah kehari ini baru aku memanafaatkan kegunaannya..kalo tidak duduk dlm gobok dendiam ajer..
itupun setelah aku membaca betapa banyaknyer benefit seaweed ni..kalo idak dah lama harus aku bakul sampahkan ajer..

oh yer..masa kunjungan aku ke pasar philipin dulu..dan menikmati ikan bakar yang sungguh marbelos..kat atas meja tu ada disediakan kerabu seaweed ni tapi aku tak ada nafsu nak mencubanyer hihihih..

kerabu seaweed dalam mangkuk kat ujung sekali tuh

back to dried seaweed yang aku beli tu..aku tak berniat untuk makan mentah-mentah..yelah dah kering macam tukan..haruslah liat macam getah kalo aku nak makan mentah..kang terbelit pulak tali perut aku ngan dried seaweed tuh..

alternatif lain ialah masak seaweed tu sebab bila dah masak dia akan jadi beku macam agar-agar..ha yang itulah kiter makan..nak dapat kulit cantikkan..so kenalah usaha..( ni aku tengah nak berusahalah ni )


nilah ruper seaweed yang aku beli tuh..gold color..dengar kata ada yg warna purple dan dengar kata juga yang warna purple tu gred AAA..yang aku beli ni gred AA jer..tak kisahlah gred apa pun janji khasiatnya sikit lebih kurang ajer..

dried seaweed ni aku  rendam lebih kurang few hour tapi setiap sejam aku buang air rendaman tu dan gantikan yang baru.btw kalo korank beli seaweed ni banyak dalam sekilo atau pun few hundred gms pun..makesure jangan direndam semua sebab seaweed ni akan kembang..dia akan jadi macam bunga kembang semangkuk..penuhlah mangkuk tu nanti..so agak2lah kuantitinya semasa nak direndam yerk..by the way..air rendaman ni korank jangan buang..ada banyak gunanya..antaranya buleh buat air rendaman kaki untuk ilangkan pecah2 kat tumit tu..














aku rendam seaweed tu dari warna dia kuning sampai lah dia kembang dan warnanya jadi kuning keputihan..lepas aku rendam tu aku toskan seaweed tu sebelum aku masak macam aku masak agar-agar..

kalau tengok seaweed ni pun dah macam agar-agarkan..












ini semasa proses masak-memasak dilakukan..masak seaweed ni sampai dia hancur..aku masak dengan api yang perlahan..dan dikacau selalu..


lepas masak jangan luper tapis yerk..sebab hampas seaweed ni leh korank gunakan untuk buat masker pulak..


 
















ini lah rupanya selepas proses tapis menapis dijalankan..jernih sket roper dia lepas ditapis..

aku letak dalam bekas kecik-kecik tu..ala bekas dadih tu la..tuk bekas yang kecik tu aku plan tuk satu harinyer consume..bekas dadih yang panjang tu untuk dua hari punya consume..ikutkan kalo kira semua bekas ni cukup stok tuk sebulan..then dah habes barulah masak yang laen..



















anak aku siap tanya aku buat dadih perisa apa..aku cakap dadih perisa rumpai laut sambil tunjuk rumpai laut yang kering tuh..cebik-cebik dia buat muka tanda geli nak makan
nilah ruper dadih seaweed aku..senangkan nak makan dalam keadaan bekas yang comel-comel macam ni..

aku tak berkesempatan nak amik gambar yang dah beku sebab masa posting ni dibuat ianya lom beku lagi hehee..

oh ya..pastikan seaweed ni sejuk dulu sebelum di masukkan kedalam peti sejuk..cukuplah letak kat bawah ajer..tak perlu letak kat belah atas..kang tak pasal2 keras jadi air batulah pulak..


















ini pula hasil tapisan seaweed tadi..lebih pekat dan lebih likat..sebab itu sesuai dijadikan masker muka..

aku akan try selama sebulan then after that aku akan review semula pengambilan seaweed ni ya..

kalo rasa nak cuba seaweed ni..mehla datang kerumah..FOC jerk..for 1st trial hahahaha...





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...