MUKADIMAH

there's a story behind everything..how picture got on wall..how a scar got on your face..how you fall in love with your buddy..sometimes the stories are simple and sometimes they are hard and heartbreaking..
there's always be a stories where others people are really at the heart..leave them to tell those..tell yours instead..

Friday, December 21, 2012

BIG BAD WOLF BOOKS 2012

hari ni kita orang satu family pi BBW held at MIECC @ Mines International Exhibition Convention Center..actually start dah lama from 7th Disember hari tu and will end on 23rd Disember..tapi baru hari ni kita orang ada masa nak pegi jengah..

hari ni malas nak citer panjang-panjang sebab penat lah dan tak sabar nak membaca buku-buku yang dah dibeli secara berjemaah di BBW itew..so aku tepek gambar ajalah yer..tapi nak citer sket..hihihii..this is actually the 1st time kita orang pergi BBW nih..tahu pun dari member-member FB tapi memang heavenlah pada peminat buku expecially buku-buku dari oversea yang kita memang sedia tahu harganya yang agak melantung mahal bila dah sampai sini..

kat sini ada lebih 3 juta buku untuk dijual pada harga serendah RM3 ajer..yelah diskaun from 75% to 95%..tak ko rasa macam nak giler..tengok semua pun rasa nak beli..adoii..kita orang dekat sini dekat 4 jam jugak..tu pun rasa macam tak cukup..rasa macam nak datang lagik tapi tahun depan kot..

giler banyak buku-buku dekat sini..nak cari senang aja sebab dia orang ada gantung tag dekat belah atas so just follow tag-tag tu untuk cari buku-buku yang korank berkenan..books for children,photography,cooker,family & relationship,politics,malay novel dan macam-macam lagilah..

kalau suka nigella..memang banyak sangat buku dia..jamie oliver pun sama..aku tak beli pon hihihihi tapi memang worth it la kalo beli sebab RRP buku nigella ni around RM119.90 tapi kat BBW ni baru RM30..hardcover lagik tu..

kita orang siap bawa beg sorang satu..enche suami aja yang tak bawak tapi dun worry kat pintu masuk tu disediakan kotak-kotak untuk korank letak buku-buku yang nak dibeli tapi aku tengok kebanyakkannya bawa beg sendiri..beg troli..ada yang guna stroller baby jugak..pass tu jangan risau kalo kotak tu dah terlampau berat (yelah shopping buku macam tak hengat dunia..buku-buku tu lak berat nak giler)..korank leh simpan dulu dekat bahagian penyimpanan..jangan risau tak kena bayar pon hehehehe..

sampai aja kat sana kita orang split..enche hubby kearah lain..anak-anak aku amir n adam pun ke tempat lain..aku tak risau sangat dia orang hilang sebab masing-masing ada handphone and dah janji..kalo siapa yang dah sattle pilih buku kena tunggu dekat tepi tangga..so tak jadi masalah kan..bukan apa kalo dok tunggu masing-masing pilih buku harus 12 jam pun tak cukup dok dalam tu..aku mula-mula terus tuju arah novel malay..murah tu RM8 untuk satu novel keluaran creative enterprise..terus aku amik dalam 15 buah mcm tu hihihihi..tamaknyer makk..then aku g area cooker..niat dihati nak cari baby and toddler food tapi tak jumpa..penat pusing..buku resepi lain-lain banyak la sangat..last-last jumpa 2 bijik jerk..lepas aku dah pilih buku-buku lain terus head ke tempat yang dijanjikan dan aku tengok enche suami dan anak-anak dah ada kat situ..masing-masing tengah kusyuk baca and select buku yang nak dibeli..

giler tak..dok dalam tu 4 jam tanpa rasa lapar atau dahaga tapi bila dah habis pilih..time nak bayar tu baru rasa lapar hiihihi..total buku kita orang beli hari ni 37 buah semuanya dan cost us just RM289.00..kenapa aku kata JUST RM289.00..sebabnya nilai sebenar buku-buku tu lebih dari itu..memang ada certain magazine yang enche suami beli tu dated 2010 tapi yang penting isi dalamnya kan..lagipun knowledge is priceless..

buku-buku yang sempat disambar dalam masa 4 jam..x cukup kan 4 jam tu..kalo boleh aku nak pegi hujung minggu sebab buka 24jam..lagi la lama boleh berkampung kat sini..

 enche suami memang suka buku-buku about world war ni dan dekat sini memang banyak sangat buku-buku pasal ni sampai dia tak tahu yang mana satu nak beli..at last yang kat dalam gambar ni menjadi pilihan hati dia..1)World At War RM20..2)The Story Of World War 2 ..yang ni RRP dia RM98.90  kat sini RM25 tapi enche suami dapat yang tag dia RM20 hihihihi..3)The Battle Of Britain RM10..4)World War 2 RM15..harga kalo kat UK12.99..5)The Vietnam War RM6..kalo kat US rege dia $7.99 sama gak ngan buku yang satu lagi tu 6)World War One Life In The Trenches RM6

both magazine golf ni just RM5 each instead of harga asal dia UK4.20..kiralah sendiri berapa harganya kalo dah convert duet kita and jangan luper plus tax lagi..magazine ni lah yang aku kata tahun 2010 tuh tapi hubby kata yang penting isi dalam dia dan memang tak ada magazine ni jual kat malaysia so  tak pedulilah tahun bila pun..

ni semua buku-buku adam..one set of nickledeon sponge bob square pants contains book 1 to 20 which is RM5 each..harga asal kalo kat US3.99..then anak bujang aku ni beli buku wresting lak..nasib baru RM3 jerk..another spongebob book tapi kali ni ada 34pcs holographic stickers..just RM5 but in US $5.99..disney pixar cars pull tabs and pop up book RM 8 (UK5.99)..star wars activity book RM 6 (UK3.99) dan ironman adventure with 30 metalic sticker RM3 (US $3.99)..murah-murah tapi dier sedikit bengang sebab buku anime dan manga banyak in english..hehehe..

 yang ni lak buku-buku saya..consist of 1)10 malay novel RM8 each compare to harga sebenar around RM17.90 to RM22.90..heaven..2)baby & toddler recipes RM6 (US $7.99)..3)annabel karmel bestever cookbook RM15 (UK14.99) buku resepi masak-masak ni untuk baby and toddler..sebab per aku beli..sebab aku plan nak homemade cook for nadheef..takmo bagi dier nestum or readymade puree lagik..harap-harap boleh suksess..4)body drama RM8.00 (US $20.00)..aku suka buku ni..best sangat ..it's about real girls..real bodies.real issue and real answers..sebab tu aku beli..5)baby & toddler checklist..jangan pelik sebab aku beli buku ni..yelah bukan anak baru satu tapi dah ada tiga..patut buku ni tak perlu beli tapi aku beli gak sebab buku ni best..hints,tips and great advice for parents..lagipon buku ni baru RM3 ajer..kalo nak beli kat US harga dia US $14.95 gitew..ni takat RM3 jerk..bukan mahal compare ngan isi dier..

ni buku yang paling aku cari-cari..best buku ni..all about cats ada dalam ni..rege pun tak mahal..RM20 jerk..hard cover lagik..dalam tu penuh ngan gambar warna-warni..kualiti kertas pun very  good..

overall memang best argh BBW ni..dan pastinya tahun depan aku akan datang lagi untuk memborong buku-buku kat sini..thanks to BBW sebab buat sale macam ni..bagi peluang orang-orang macam aku nak beli buku pada harga yang amatlah berpatutan..yelah kalo nak beli kat ThaiKuang..MPH ke sah-sahlah tak dapat harga macam ni kan..cth macam buku yang enche suami suka tu..kalo kat MPH mahu dah cecah ratus-ratus..tapi kat BBW dengan harga tak sampai RM300..dapat 37 buah buku..suker tak ??suker tak???tentulah suker sangat kannnnnnnn..

oh ya..ada satu citer lawak tadi berlaku masa nak pegi sini..lepas parking keta enche suami siap tanya pada pakguard bangla kat situ..mana arah nak tuju tuk pi BBW ni..sekali pakguard tu tunjuk bangunan sebelah sambil cakap shopping shopping..kami anak beranak pon pi la seberang..masuk dalam shopping The Mines tu..sekali rupernya BBW tu dekat MIECC..sebelah The Mines..sebab tu aku cakap ngan enche suami jangan tanya bangla tu..dia bukannya paham..nasib aku memang nak witdraw duet..kalo tidak benganglah jugak..jalan berpusing-pusing..penat woo..nasib dlm kepala otak dah set nak beli buku..nak beli buku..nak beli buku..sebab masuk-masuk The Mines  tu trus jumpa kedai kasut..dah la aku ni hantu kasut..nasib iman kuat hihihihi....


Tuesday, December 18, 2012

HARI NI TIRAMISU PULAK..

ari ni teragak pulak nak buat tiramisu hehehe...tulah dah melampau tahap bosan aku duk rumah ni..tula sapa suruh amik maternity leave sampai 3 bulan..amek ko..kan dah kebosanan tahap gaban dan melampau..

tapi kan rugi argh kalo aku cuma amik 2 bulan jerk sebab berdasarkan faktor umur..takkan aku nak beranak lagi kan..so nak juga merasa amik cuti sampai 3 bulan..

sebab teragak nak buat tiramisu..apa susah..pakcik google kan ada ..so tanyalah pakcik google cara yang paling mudah nak buat tiramisu nih..pakcik google ni kan terror..so tak sampai few minutes dah terpampang resepi paling mudah nak buat tiramisu..

ni bahan-bahan yang aku guna..cream cheese Philadelphia
( kawan aku kata apsal guna cream cheese ni..sebab katanya mahal..ala kan nak makan masuk tekak sendiri..apa salahnya beli yang mahal kan )..pass tu whipped cream jenama Mauri..whipped cream ni non dairy punya..maknanya bukan dari tenusu..aku suka whipped cream ni sebab rasa dia lemak dan manis..pass tu aku gunakan biskut jejari jenama forno bonoli..
( ya kot sebab itu yang ada mention kat plastik dia )

mula-mula kan letak cream cheese,gula ( dalam berapa sudu-bergantung pada sejauh mana tahap manis yang korank suka..aku tak suka manis so aku letak dalam 4 sudu jerk )..pass tu esen vanilla satu sudu teh..mixed use low speed dulu sebab kalo terus guna high speed tak ker terbang-terbang gula tu keluar..tapi ikut sukalah kan,.nak low ke nak high ke..janji mixedkan bahan-bahan tu sampai jadi kembang dan gebuss

lupa lak nak mention lagi satu bahan hehhe..nescafe..serbuk nescafe tu korank bancuh ngan air sejuk then rendam biskut tu dalam bancuhan nescafe tu..jangan guna air panas sebab nanti biskut tu akan serap air dengan cepat dan nanti jadi terlalu lembik..aku pun tak rendam lama-lama..sedang-sedang aja..lepas dah rendam biskut tu..korank susun dalam bekas..sukalah nak guna bekas macam mana pun kan..yang pat segi..yang bulat..yang besau..yang kecik..the choice is yours..dah susun biskut ikut citarasa sendiri..letak pulak cream chese yang kita pukul gebus tadi..ratakan cantik-cantik

lepas tu amik serbuk koko dan tapiskan atas cream cheese tadi..kena tapis sebab tak nak serbuk koko tu berketul-ketul dan nak wujudkan effect macam hujan hihihi ( tak tahu nak cakap macam mana )..then repeat step mula-mula tadi yakni step rendam biskut dlm bancuhan nescafe,susun dalam bekas,letak cream cheese dan tapiskan serbuk koko kat atas dia..kendian korank sejukkan la dalam peti ais sebelum dimakan..rasanya bila makan time sejuk tentulah heavennnnnnn....

 ini actually 2nd batch of tiramisu yang aku buat..yang 1st batch tu dah selamat anak-anak aku makan then ada request dari anak-anak tu yang aku buat 2nd batch ni..dan untuk 2nd batch aku gunakan cream cheese yang lain iaitu jenama Tatura which aku rasa tak berapa nak hebat sepertimana aku menggunakan cream cheese Philadephia tempohari..

inilah rupa cream cheese Tatura..menarikkan packaging dier tuh

ini bahagian aku yang mana 3/4 darinya dah masuk dalam perut hihiii..

kalo rajin bulehla buat tiramisu macam yang aku buat ni..senang sangat..aku buat dalam masa satu jam ajer..

Wednesday, December 12, 2012

SUSU OH SUSU KENAPA MAHAL SANGAT..???

selama hampir tujuh tahun aku tak pernah ambil tahu berapa harga susu formula dipasaran..last aku rasa aku beli susu formula untuk adam pada tahun 2005 dulu..sekarang dah nak masuk 2013 so kiralah berapa tahun aku tidak pernah membeli susu formula..

kalo takat temankan kenkawan pegi beli susu formula untuk anak-anak dier orang tu adalah tapi still aku tak amik pot pun berapa rega susu formula tu semua..

sebab tu bila aku start membeli FM untuk baby nadheef aku seakan tercekik tulang ikan bila tengok harga-harga yang dipamerkan kat tag harga..berganda-ganda mahalnya susu FM sekarang ni ya..untunglah ibu-ibu yang fully BF untuk anak masing-masing sebab dapat berjimat..

memang aku plan nak fully bf untuk nadheef..siap aku beli breast pump sebagai preparation tapi entah dimana silapnya aku tak boleh nak produce susu untuk nadheef so sebagai alternatif lain kenalah bagi FM kat nadheef..takkan aku nak biarkan DS aku tu lapar tak minum susu kan..

pilihan aku susu SNOW sebab masa dekat nursery MMC,nadheef minum susu ni so aku malas nak tukar pada yang lain..takut dia alergiklah pulak..aku lah yang susah nanti..lagipun so far nadheef tak ada apa-apa alahan dengan susu SNOW ni..tak ada cirit birit..ruam etc..so tak ada sebab nak tukar pada susu laen..

masa dalam pantang nadheef menyusu about 6-7 times perday..day and nite..3oz macam tu and now dia dah mula minum 4oz to 5 oz..depend on tahap kelaparan dan kehausan dia..tapi nadheef dah tak kerap menyusu..dulu bangun jer nak susu..asal bangun jer nak susu tapi sekarang dah tak macam tu..rutin dia dah berubah..bangun..main-main..bercakap..minum susu..then tido balik..tapi tetap seminggu tu 1 tin 900gm habis..mean that untuk sebulan aku kena siapkan 4 tin susu untuk nadheef..

memang susu nadheef ni agak mahal sedikit tapi ada yang lagi mahal dari susu nadheef ni..mula-mula beli dulu RM 59.90 untuk 1 tin 900gm ni tapi sejak dah tukar packaging harga dah jadi RM66.90..naik dekat RM7 jugak.kandungan dia apa yang aku tengok sama aja..yang berbeza cuma tin dan cover ajer..

tak kisahlah mahal atau murah..yang penting DS aku dapat khasiat yang dia perlukan..memang lah FM punya khasiat tak sama macam susu ibu tapi aku akan provide yang terbaik dan yang termampu untuk nadheef..next ..aku plan untuk homemade puree and food..nak kena budget for that gadjet lak..

yang belah kanan tu packaging lama dan yang belah kiri tu packaging baru..cantik sket dan kerana lebih cantik dan colorful dari yang lama tu maka sebab tu kot harganya dinaikkan sedikit huhuhu..

perbezaan harga yang amat ketara sekali..






Wednesday, December 5, 2012

KENANGA WHOLESALE CITY..yeahhhhh

aritu aku ngan enche suami pergi KL untuk amik barang dagangan kita orang yang dah makin susut..alhamdulilah sepanjang cuti sekolah ni sales kami agak memberangsangkan jugaklah so nak tak nak kenalah turun KL untuk mentop up barang dagangan kami itew..

nak tahu apa yang kami dagangkan..hihihihi..kami jual toys untuk kanak-kanak..kenapa aku jual toys sedangkan untungnya x seberapa..??sebab aku rasa lebih mudah jual toys dari jual benda lain..kalo jual tudung kena ikut zaman..jual baju pun macam tu juga..so kalo jual toys..mana der toys yang ketinggalan zaman kan..toys ni sentiasa ada peminatnya terutama kanak-kanak hihihihihi...

ultraman yang human sized ni aku tak ada jual hihihihi..tapi kalo yang kat belah belakang tu aku ada la jual..yang kat belakang tu pun dah kira besau kan kan kan..rege dia dalam RM110 gitew..

sebabkan aku dah list down apa yang aku nak cari so it's take about 1 and the 1/2 hour aja kami kat toys store ni..lagipun enche suami dah remindkan aku untuk seberapa segera meninggalkan KL sebab dia tak nak stuck dalam jammed dekat tol sungai besi nanti lagipun KL selalu hujan sebelah petang dan bila hujan KL sure banjir..

tanpa berlengah lagi kami head to KCW..nasib jugaklah jalan tak berapa jammed masa tu..mula-mula ingat nak singgah TAR tapi jelingan maut enche suami membantutkan hajat aku hihihihi..

sedit info tentang KCW..ada at least 800 kedai dekat situ..lokasi dekat Jalan Kenanga..berhampiran balai bomba dan monorail Hang Tuah..masuk je dalam tu..nampak building besar warna putih..jangan risau pasal parking kereta..memang banyak sangat dekat situ..

our parking coupon..ada kupon tapi parking free jer..dah dua kali aku pegi..2-2 parking free..so aku rasa kupon tu fungsi dia untuk track berapa banyak keta yang dah masuk parking KCW tapi sapa tahu coming soon parking tu kena bayar kots..

lepas parking aja keta..kita orang pi lunch dulu ..isi perut sebab masa tu pun dah dekat pukul dua kan..perut pun dah menyanyi riang..kat KCW tu ada macam-macam kedai makan tapi kita orang malas nak jalan naik keatas sebab dah lapar so makan kat bawah ajer..lunch hari tu over dari budget asal..yalah selalu lunch dekat RNR Nilai..ni makan kat tempat mahal hihihi.manalah budget tak lari..


bila perut dah kenyang barulah rasa best nak berjalan dan mencari apa-apa yang patut..yang bestnya dekat KCW ni kebanyakkan kedai ada jualan wholeseller dan retail..tak macam kedai-kedai yang diluar sana yang mana kebanyakkannya semua wholeseller..

wholeseller ni pun tgk kedai juga..ada kedai kena amik semua saiz yang ada..ada kedai pulak kena amik semua warna yang ada..matilah macam tu kan..kalo nak pakai sendiri ..so takat nak beli selai dua tu boleh  cari kat KCW..and kalo nak borong boleh cari dekat kedai-kedai dekat luar sana tu..dan menurut kawan seniaga aku yang menjual baju..kalo nak borong baik beli dekat kedai luar dari KCW sebab dekat KCW harga agak mahal sikit..

actually aku tak tahu berapa tingkat KCW ni tapi base on the photo aku rasa ada lebih dari 10 tingkat tapi yang pastinya tingkat 4 tak ada hihihi..sebab per tak der..sebab 4 kan bermaksud mati dalam bahasa cina so musti owner building ni takut business dia mati so tingkat 4 diganti dengan tingkat 3A dan kalo nak tahu dekat tingkat 3A ni tak ada peniaga cina..semua peniaga melayu sahaja..lagipun dekat sini kebanyakkannya jual busana muslimah..tudung dan kain baju yang sewaktu dengannya..

tapi kebanyakkan kat sini baju pompuan la..ada juga kedai untuk baju baby..baju lelaki..aksesori wanita..topi..handbag..kasut..pendek kata macam-macam ada..ko sediakan duet aja jah oiiii..

ni jer gambar yang aku sempat amik sebab aku dok ralit dok cari-cari blouse nak buat gi keja nanti..banyak sangat baju yang cantik dan menarik dimata aku tapi bila tanya kat enche suami dia dok geleng aja..mencik taw..dah tu bagi komen-komen yang menyakitkan hati..baju tu design dia buruk sangat..warna dia macam warna orang tua..yang tu tak der lengan boleh ke bawah g opis.??(hello abang..boleh la..pakaila blazer)..baju ni sue pakai nampak gemuk..baju ni sue pakai nampak macam makcik2..
tekanan sekejab aku dengan kerenah laki aku ni..

dah naik tingkat 7..turun balik tingkat 3 sebab tak jumpa apa yang dicari..last-last masuk satu kedai yang agak besar jugak and banyak baju yang cantik-cantik..so tanpa buang masa dan malas nak cari lagi sebab jam dah pukul 5 petang..aku sambar 4 helai baju dekat sini..dapatlah harga borong yang berpatutan..pass tu enche suami suruh aku beli baju waka-waka..eeeee tak berkenan aku baju tu..lainlah kalau dia belikan hihiihii...

masa kita orang meninggalkan KL..hujan dah turun tapi alhamdulilah jalan masih clear lagi dan keadaan kat tol sungai besi pun masih clear sangat..sepanjang jalan pulang ke Melaka hujan turun tak henti-henti..enche suami bila driving time hujan mula la mata dia ngantuk so kita orang take a break dekat RNR..dan sampai rumah jam 8 malam..

hujan masa nak kuar KL..kat tol sungai besi..nasib sangat baik sebab tak jammed walaupun kuar dah lepas pukul 5 petang..selalu macam ni keta memang banyak sangat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...