MUKADIMAH

there's a story behind everything..how picture got on wall..how a scar got on your face..how you fall in love with your buddy..sometimes the stories are simple and sometimes they are hard and heartbreaking..
there's always be a stories where others people are really at the heart..leave them to tell those..tell yours instead..

Wednesday, December 12, 2012

SUSU OH SUSU KENAPA MAHAL SANGAT..???

selama hampir tujuh tahun aku tak pernah ambil tahu berapa harga susu formula dipasaran..last aku rasa aku beli susu formula untuk adam pada tahun 2005 dulu..sekarang dah nak masuk 2013 so kiralah berapa tahun aku tidak pernah membeli susu formula..

kalo takat temankan kenkawan pegi beli susu formula untuk anak-anak dier orang tu adalah tapi still aku tak amik pot pun berapa rega susu formula tu semua..

sebab tu bila aku start membeli FM untuk baby nadheef aku seakan tercekik tulang ikan bila tengok harga-harga yang dipamerkan kat tag harga..berganda-ganda mahalnya susu FM sekarang ni ya..untunglah ibu-ibu yang fully BF untuk anak masing-masing sebab dapat berjimat..

memang aku plan nak fully bf untuk nadheef..siap aku beli breast pump sebagai preparation tapi entah dimana silapnya aku tak boleh nak produce susu untuk nadheef so sebagai alternatif lain kenalah bagi FM kat nadheef..takkan aku nak biarkan DS aku tu lapar tak minum susu kan..

pilihan aku susu SNOW sebab masa dekat nursery MMC,nadheef minum susu ni so aku malas nak tukar pada yang lain..takut dia alergiklah pulak..aku lah yang susah nanti..lagipun so far nadheef tak ada apa-apa alahan dengan susu SNOW ni..tak ada cirit birit..ruam etc..so tak ada sebab nak tukar pada susu laen..

masa dalam pantang nadheef menyusu about 6-7 times perday..day and nite..3oz macam tu and now dia dah mula minum 4oz to 5 oz..depend on tahap kelaparan dan kehausan dia..tapi nadheef dah tak kerap menyusu..dulu bangun jer nak susu..asal bangun jer nak susu tapi sekarang dah tak macam tu..rutin dia dah berubah..bangun..main-main..bercakap..minum susu..then tido balik..tapi tetap seminggu tu 1 tin 900gm habis..mean that untuk sebulan aku kena siapkan 4 tin susu untuk nadheef..

memang susu nadheef ni agak mahal sedikit tapi ada yang lagi mahal dari susu nadheef ni..mula-mula beli dulu RM 59.90 untuk 1 tin 900gm ni tapi sejak dah tukar packaging harga dah jadi RM66.90..naik dekat RM7 jugak.kandungan dia apa yang aku tengok sama aja..yang berbeza cuma tin dan cover ajer..

tak kisahlah mahal atau murah..yang penting DS aku dapat khasiat yang dia perlukan..memang lah FM punya khasiat tak sama macam susu ibu tapi aku akan provide yang terbaik dan yang termampu untuk nadheef..next ..aku plan untuk homemade puree and food..nak kena budget for that gadjet lak..

yang belah kanan tu packaging lama dan yang belah kiri tu packaging baru..cantik sket dan kerana lebih cantik dan colorful dari yang lama tu maka sebab tu kot harganya dinaikkan sedikit huhuhu..

perbezaan harga yang amat ketara sekali..






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...