MUKADIMAH

there's a story behind everything..how picture got on wall..how a scar got on your face..how you fall in love with your buddy..sometimes the stories are simple and sometimes they are hard and heartbreaking..
there's always be a stories where others people are really at the heart..leave them to tell those..tell yours instead..

Friday, August 1, 2014

MENU 30 HARI PUASER 2014

ni jadual buka puasa saya sepanjang bulan puasa yang lalu..mana yang sempat saya amik gambar maka adalah gambarnya..mana yang tak ada gambar hanya tulisan melengkapkannya hihihi...

tahun ni 1st week berpuasa enchek suami ada bersama so aku decide untuk masak complete set..maksud complete set tu adalah ada ikan goreng..ada sayur dan sambal @ kari @ masak lemak.

by next week seterusnya hanya kami anak beranak makanya hidangannya akan lebih simple sebab aku sediri dah berjanji  hanya makan nasi time sahur sahaja..time buka aku nak makan lain..yang simple2 sebab nak jaga badan kih kih kih..

so berikut adalah menu-menu aku untuk sebulan berpuasa ni yer..

day 1 - buka rumah mak metua saya
day 2 - buka plak kat rumah mak saya
day 3 - caramelise chicken wing
day 4 - sambal petai ngan udang
















day 5 - sotong kicap dengan cili kering
















day 6 - menu bazar ramadan peringgit (ikan bakar,sambal sotong,urap)


















day 7 - asam pedas ikan serkut
















day 8 - kari daging dengan sambal belacan dan ulam

















day 9 - masak pindang kerisi.kerisi goreng ngan sawi kacau goreng


















day 10 - philea resort
day 11 - perkasam daging dengan petai
















day 12 - ikan bakar dengan sambal kicap
















day 13- 
day 14-ikan bakar
day 15-paprik campur (seafood,chicken and veggie)
















day 16-ayam masak lemak cili padi
















day 17 - tenggiri sambal 
















day 18-daging masak merah
















day 19-sotong goreng kunyit
















day 20-sambal petai udang
















day 21-pasar ramadhan
day 22-rumah mak metua
day 23-pasar ramadan peringgit
day 24-sambal ayam
















sekian..terima kasih..sebab hari2 yang lain tu terlupa plak menu apa..hihi

Friday, April 11, 2014

SPAGHETTI LAGIK


mood malas nak masak datang lagi..kenapa malas sangat nak masak..?kata nak jimat cermat sebanyak yang mungkin sebab nak pindah kan tapi itula...tahap kemalasan mengatasi segala-galanya..

dan sebab malas juga blog ni dah berbulan-bulan tak update..asal on laptop jer mata ni berat..berat macam ada gam superglue melekat kat mata..

ni pon sambil menekan-nekan keypad mata sengaja dibesar-besarkan supaya tidak terlelap.sabo ajalah...huhuuhu..but at last tewas jugak..kenalah sambung esoknya nak post entry ni..

pada hari esoknya..sambung semula entry ni sambil tengok citer THE CROODS kat fox movie..budak nsem dah lena..abang adam pun dah selamat tido..abang amir tak balik lagi dari tusyen..ayah tak der..so umi amik sambung semula entry semalam..

kalo saper yang rajin baca blog haku ni mesti perasan yang aku ni suka masak spagetti kan..ni tak tahu entry spagetti yang ke berapa kih kih kih...

kali ni aku nak share resepi spagetti bolognese aku sebab ada few friends yang tanya resepi..pelik sebab gravy aku perkat dan tak cair macam yang dier orang buat..senang ajer..nak pekat jangan letak air hihiii...

bahan-bahannya..senang jerk.1 mangkuk cendawan..aku guna yang dah siap dipotong2..senang..jimat sikit masa aku..satu mangkuk bawang holland potong dadu..2 biji tomato potong dadu..meatball..ikut suka la banyak mana korank nak letak..dan daging kisar..aku guna yang ramlynyer tu..4 keping..pastu 2 ulas bawang putih ngan minyak tuk tumis..

yang ni lak..tomato puri..tin kecik sudah..sos prego..aku guna yang mushroomnyer..sos cili dan sos tomato..ikut sesedap rasa tekak korank..and instant soup cambell's..tapi personally aku suka yang dalam tin tu lagi tapi dah ini ajer yang ada kat rumah so belasah ajalah..

caranya ..senang aja..panas minyak..then tumis bawang putih sampai bau wangi..pastu masuk bawang holland..masak sampai bawang agak lembut..

pastu masuk pulak daging kisar..kalo nak lagi sedap leh guna daging cincang..atau boleh aja tukar pada ayam kisar..ikut suka tekak kita.. 

after few minutes leh masukkan bebola daging atau bebola ayam..aku suka masak sampai air daging kering dan sebab itu kot rasanya kuah spagetti aku ni pekat dan tak cair..sebab air daging tu aku keringkan..

later on masukkan tomato diced tadi..kacau sampai tomato agak lembut

sos prego..sos cili dan sos tomato..juga instant soup tadi..

kacau rata then masukkan cendawan..kacau..then perasakan dengan garam.oregano..aku suka letak black pepper sikit..kalau ada slice cheese pun boleh masukkan time ni..agak2 cendawan dah masak..bolehlah di padamkan api tu yek..

aku suka spaghetti SAN REMO ni..aku selalu guna yang ni..kalo yang angel hair tu aku tak berapa nak suka sebab halus sangat..rebus sampai lembut then toskan air dia..lepas tu letak dry oregano then kacau spaghetti tu.ada orang letak minyak sebab tak nak bagi spaghetti tu melekat tapi aku tak buat macam tu sebab nanti rasa berminyak mulut aku hihii...

dah siap..masa nak hidang tu parut sikit cheddar cheese bagi lagi sedap..kali ni aku guna bega cheddar...memang meletop..

sekian untuk entry kali ini..posting yang berikutnya tak tahulah bila pula..segalanya bergantung pada kerajinan aku menghapdatenya nanti..until then...happy reading uolssss..

Friday, January 31, 2014

ORANGE WITH POPPY SEED MUFFIN

ari ni nak share resepi mufin orange with poppy seed

ni barang-barang yang kita nak gunakan :-

i- 3biji telur ( asing kuning n putih yerk )
ii- 1/2 cawan gula halus ( ai tak suka manis so 1/2 cawan ni pun dah cun sangat dah )
iii- 1 1/4 cawan tepung gandum yang diayak bersama 1 sudu teh baking powder dan garam sikit jerk..
iv- 1.2 cawan minyak masak atau butter atau margerin
 ( terpulang mana suka )
v- 2 sudu besar perasa oren ( boleh juga guna jus orange sunkist yng diperah tu yer..lagi sedap..)
vi- setitik dua pewarna oren
vii-1 atau 2 sudu poppy seed atau biji kas-kas (tak letak pon x apa...nanti jadi la muffin oren ajer )
viii- kulit limau ( yang dalam mix fruit tu..kalo kulit limau ori haruslah pahit ) kalo nak letak parutan kulit limau pon boleh..

ni cara-caranya pulak yerk :
i-panaskan dulu oven sebab senang bila oven dah panas..adunan dah ready leh masuk trus dalam oven..x payah nak tunggu-tunggu lagikk..
ii=pukul telur putih sampai kembang dan gebu gebas dan masukkan gula sedikit sedikit..lepas tu pukul lagi sampai kembang dan sebati baru masuk kuning telur
iii-masuk tepung dan digaul sebati baru masuk minyak,perasa,pewarna,poppy seed dan kulit oren.kacau sebati pastu masuk la dalam paper cup.
iv-bakar dalam 180 deg c sampai masak..ai selalu guna cake tester la-ala macam lidi tu..cucuk tengah-tengah muffin untuk tengok dah masak ke belom..

ni rupa bahan-bahan yang dah dimix sebati

ai guna paper cup muffin yang sedang punyer..letak adunan tu separuh ajer yerk..kalo letak 3/4 nanti bila masak dia akan melimpah sikit kuar dari paper cup tu..

taraaa..muffin ai dah masak dah tapi tak berapa nak gebu sangat..

ni blah dalam dier..eh macam gebu pulak kan kan kan ...









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...