MUKADIMAH

there's a story behind everything..how picture got on wall..how a scar got on your face..how you fall in love with your buddy..sometimes the stories are simple and sometimes they are hard and heartbreaking..
there's always be a stories where others people are really at the heart..leave them to tell those..tell yours instead..

Friday, April 11, 2014

SPAGHETTI LAGIK


mood malas nak masak datang lagi..kenapa malas sangat nak masak..?kata nak jimat cermat sebanyak yang mungkin sebab nak pindah kan tapi itula...tahap kemalasan mengatasi segala-galanya..

dan sebab malas juga blog ni dah berbulan-bulan tak update..asal on laptop jer mata ni berat..berat macam ada gam superglue melekat kat mata..

ni pon sambil menekan-nekan keypad mata sengaja dibesar-besarkan supaya tidak terlelap.sabo ajalah...huhuuhu..but at last tewas jugak..kenalah sambung esoknya nak post entry ni..

pada hari esoknya..sambung semula entry ni sambil tengok citer THE CROODS kat fox movie..budak nsem dah lena..abang adam pun dah selamat tido..abang amir tak balik lagi dari tusyen..ayah tak der..so umi amik sambung semula entry semalam..

kalo saper yang rajin baca blog haku ni mesti perasan yang aku ni suka masak spagetti kan..ni tak tahu entry spagetti yang ke berapa kih kih kih...

kali ni aku nak share resepi spagetti bolognese aku sebab ada few friends yang tanya resepi..pelik sebab gravy aku perkat dan tak cair macam yang dier orang buat..senang ajer..nak pekat jangan letak air hihiii...

bahan-bahannya..senang jerk.1 mangkuk cendawan..aku guna yang dah siap dipotong2..senang..jimat sikit masa aku..satu mangkuk bawang holland potong dadu..2 biji tomato potong dadu..meatball..ikut suka la banyak mana korank nak letak..dan daging kisar..aku guna yang ramlynyer tu..4 keping..pastu 2 ulas bawang putih ngan minyak tuk tumis..

yang ni lak..tomato puri..tin kecik sudah..sos prego..aku guna yang mushroomnyer..sos cili dan sos tomato..ikut sesedap rasa tekak korank..and instant soup cambell's..tapi personally aku suka yang dalam tin tu lagi tapi dah ini ajer yang ada kat rumah so belasah ajalah..

caranya ..senang aja..panas minyak..then tumis bawang putih sampai bau wangi..pastu masuk bawang holland..masak sampai bawang agak lembut..

pastu masuk pulak daging kisar..kalo nak lagi sedap leh guna daging cincang..atau boleh aja tukar pada ayam kisar..ikut suka tekak kita.. 

after few minutes leh masukkan bebola daging atau bebola ayam..aku suka masak sampai air daging kering dan sebab itu kot rasanya kuah spagetti aku ni pekat dan tak cair..sebab air daging tu aku keringkan..

later on masukkan tomato diced tadi..kacau sampai tomato agak lembut

sos prego..sos cili dan sos tomato..juga instant soup tadi..

kacau rata then masukkan cendawan..kacau..then perasakan dengan garam.oregano..aku suka letak black pepper sikit..kalau ada slice cheese pun boleh masukkan time ni..agak2 cendawan dah masak..bolehlah di padamkan api tu yek..

aku suka spaghetti SAN REMO ni..aku selalu guna yang ni..kalo yang angel hair tu aku tak berapa nak suka sebab halus sangat..rebus sampai lembut then toskan air dia..lepas tu letak dry oregano then kacau spaghetti tu.ada orang letak minyak sebab tak nak bagi spaghetti tu melekat tapi aku tak buat macam tu sebab nanti rasa berminyak mulut aku hihii...

dah siap..masa nak hidang tu parut sikit cheddar cheese bagi lagi sedap..kali ni aku guna bega cheddar...memang meletop..

sekian untuk entry kali ini..posting yang berikutnya tak tahulah bila pula..segalanya bergantung pada kerajinan aku menghapdatenya nanti..until then...happy reading uolssss..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...